Menuntut ilmu adalah suatu amalan yang perlu berterusan. Ia umpama zikir yang sering diucap membasahi lidah. Ia umpama sungai yang sentiasa mengalir dari hulu ke hilir. Ia jua umpama bulan yang tetap setia mengelilingi bumi. Ibarat tiada pengakhiran. Kecuali kiamat bagi sungai dan bulan dan kematian bagi ilmu dan zikir.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Dato Dr. Harun Din bahawa orang yang berkhilaf dalam soal-soal keduaniaan, walau bagaimana teruk pun tikaman sildah mereka, iannya akan berkahir apabila ajal menjemput. Termasuklah dalam soal mazhab, bid'ah, kafir mengkafir, wahabi salafi dan sebagainya. Boleh jadi pengikutnya pulalah yang menyambung tradisi perselisihan tersebut.
Hakikatnya, jika sambung belajar untuk mendapat kemasyhuran, mendapat jawatan dan pangkat, mendapat kebanggaan, amat rugilah masa, nafas, wang dan lelahnya sepanjang menuntut ilmu. Rugi-serugi-ruginya! Manakan tidak, apabila ilmu tersebut disandar dan ditempel dengan sesuatu yang fana' maka akan fana lah jua ilmu tersebut. Tiada timbanganlah jariah lelahnya. Tidak berharga nafasnya. Tiada masanya. Habis wang melebur tanpa abu.
Hidup ini sangat singkat. Sesingkat mata yang mengerdip. Sesingkat nafas disedut dan dihembus. Sesingkat hati terdetik. Jika semalam meniarap, hari ini telah merangkak. Jika kelmarin masih bertatih, esok telah pandai menapak. Jika hari ini adalah hari ini, maka esok akan menjelma menggantikan hari ini.
Sesingkat itu, tiada masa untuk menipu. Orang menipu dalam percintaan. Orang mengelat dalam berurusan. Orang memarahi tanpa sebab. Orang berang dengan kesilapan kecil. Orang dendam dengan kejahatan orang. Orang hasad dengan apa yang tidak dia miliki. Apa faedahnya? Apakah yang telah berlaku itu terhadil ganjaran yang memuaskan hati?
Menuntut ilmu itu menghasilkan lelah. Mungkin hanya sekelumit usaha untuk menjadi lebih baik. Lebih faham. Lebih menghayati Agar menjadi lebih berharga dan bernilai. Walau harga dan nilai itu sukar dipandang manusia, namun sekurangnya Dia tahu bahawa ilmu dituntut keranaNya.
Realiti dunia memelikkan dan memeningkan. Apakah kiranya dunia itu ditanggapi apa yang termampu, dibiarkan semampu yang digapai, asalkan apa yang telah ada dijaga dengan baik? Zuhud itu bukan tidak mengambil dunia, tetapi mengambil dunia dengan kadarnya dan diguna untuk akhirat. BMW bukan lambang kemewahan dan Kancil bukan lambang kezuhudan.
Semalam kau mengelurkan not 50 sebnyak dua keping. Kau lihat wajahnya kelihatan sedih dan resah. Hari ini kau berikan lagi not 10 empat keping. Pasti berbeza nilai bagi yang menerima dan memberi. Namun, apakah yang menerima merasai budi yang memberi sepertimana budi yang memberi sedang ia memberi kepada yang menerima? Pasti berbeza nilainya, bukan?
Tiada keindahan yang lebih indah melainkan kau membayangkan memori dengan kedua ibu bapamu. Nostalgia bersama adik-beradikmu. Ingatan dengan atuk dan nenekmu. Mengapa? Kerana merekalah yang mengajar permulaan hidup bagimu, sedangkan apabila kau telah bertemmu jodoh, pasanganmu lebih banyak memanfaatkan pengalamanmu itu yang kau telah kutip. Benar?
Cinta boleh datang dan pergi. Datang kembali dan pergi lagi. Datang lagi dan pergi kembali. Ibarat hati yang terasa cinta pada dunia dan cinta pada akhirat. Mampukah kau menjadi seperti mereka yang hanya ada akhirat dalam diri? Sedangkan kakimu sekarang di atas dunia? Cinta itu suatu rasa, yang lahirnya halus, sering tanpa disedari, masuk bersimpuh di dasar kalbu. Cuma, apakah cinta itu benar cinta atau cinta yang bukannya cinta?
Apakah nilai dirimu? Kau mengharapkan dirimu begitu bernilai bagi orang disekelilingmu, sedangkan apakah mereka sedang memikirkan tentangmu? Kau mengharapkan penjagaannya, sedangkan apakah dia sedang mengenang sakit dan lelahmu? Kau mengharapkan pasanganmu benar-benar memahamimu, mendengar kata-katamu, sedangkan apakah ia boleh tabah di sisimu dan sabar dengan kata-katamu? Jika kau harapkan diri kau bernilai bagi diri mereka, pasti kau kecewa. Kerana mereka pastinya tidak mampu adil dalam penilaian. Jika kau hnya harap penilian Dia, lakukan sebaiknya yang termampu. Serahkan padaNya dan teruslah merintih.
Bodohnya orang yang menipu.
Bangangnya orang yang memanipulasi.
Bengongnya orang yang kesat kata-katanya.
Kelak kau rasai habuannya.
Kerana mahu juga menulis..
Hidup dalam mencari..
Bandar Baru Bangi,
26 Jamadil Awwal 1437H.
Comments