Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penulisan ini adalah sebagai perkongsian setalah. Ianya untuk diri saya dan sesiapa yang mahukannya. Semua apa yang kita buat, perlukan motivasi. Ianya penting untuk kekal bersemangat atau dalam istilah lain, istiqamah.
Imam al-Ghazali menyatakan bahawa kebanyakan penyakit datangnya dari perut. Perut adalah organ yang menerima segala apa yang dimakan oleh kita.Segala zat an nutrisi disedut dan diserap ke dalam tubuh. Melalui urat-urat darah, memberi tenaga, memberi zat yang diperlukan badan dan menjadi darah daging kita. Darah daging itulah tubuh kita, yang kita akan persembahkan di hadapan Allah swt kelak.
Selain itu, Imam al-Ghazali juga menyatakan kekenyangan adalah ibu kepada perbuatan dosa. Dosa mata, tangan, telinga, mulut, hidung, tangan dan kaki. Mengurangkan makan bermakna mengurangkan penyakit. Mengurangkan makan bermakna langkah mengurangkan dosa. Kekenyangan di dunia, lapar di akhirat, lapar di dunia, kenyang di akhirat.
Target kita bukanlah hanya untuk mengurangkan berat badan, atau ke'boroi'an perut, atau kebesaran di anggota tertentu badan. Tetapi juga, kita boleh selitkan niat agar dengan pemakanan yang baik dan mengurangkan makan dan berat badan mempermudah untuk kita mengerjakan ibadat. Bangun tahajjud, tidak mudah mengantuk, tidak sukar berpuasa sunat dan stamina badan sentiasa dalam paras terbaik.
Di bawah ini antara perkongsian setelah membelek laman-laman di internet.
Berikut adalah jadual 'menu pemakanan seminggu' bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan 'secara drastik'. Apapun, pastikan diet seimbang diambil kira, jangan sesekali memudharatkan kesihatan. Mata sama bulat, citarasa lain-lain. Gigi asalnya putih, diet terbaik asalnya yang seimbang.
Hari 1:
Makan buah-buahan segar yang banyak mengandungi air. Tidak memakan pisang. Minum air banyak agar tidak terhidrasi.
Hari 2:
Makan sayuran aneka warna. Jangan makan nasi. Dimakan mentah, kukus atau rebus. Jangan digoreng atau tumis. Banyakkan minum air.
Hari 3:
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Tiga kali sehari. Jangan makan kentang atau pisang. Banyakkan minum air.
Hari 4:
Makan pisang dan minum susu. Aneka bentuk makan pisang tetapi jangan digoreng. Banyakkan minum air.
Hari 5:
Makan nasi satu senduk sekali makan sebanyak 2 kali, sarapan dan tengahari. Jangan makan nasi malam. Makan 8 biji tomato mentah atau direbus. Banyakkan minum air.
Hari 6:
Sarapan pagi dengan makanan berprotein. Tengahari makan dua senduk nasi berserta lauk dan sayur. Minum banyak air.
Hari 7:
Sarapan pagi dua senduk nasi dan tengahari dua senduk nasi. Tengahari berserta lauk dan sayuran. Makan buah-buahan segar yang banyak air dan beraneka warna. Minum banyak air.
Catatan:
Usaha agar setiap hari minum lapan gelas air. Mulakan hari anda dengan minum segelas air kosong suhu bilik atau suam sebaik sahaja bangun dari tidur. Akhiri hari anda dengan minum segelas air kosong sebelum tidur.
Kerapkan minum air jus buah atau jus sayur. Sehari segelas atau dua hari segelas.
Cara mengelak perut anda buncit tak tentu pasal, atau dapat gelaran PJK, bukan Pingat Jasa Negara, tetapi Perut Jauh Kedepan, Di bawah ini antara cara yang boleh dilakukan.
1- Elakkan menunda jadual pemakanan seharian anda. Sebaiknya enam kali sehari, iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam. Banyak bukan? Tetapi ia perlu diambil dengan 'sekadarnya' sahaja. Bukap pelahap tanpa dikesah apa yang dimakan.
2- Elakkan makan makanan berat sebelum hampir masuk tidur malam. Kita makan kerana makanan membekalkan tenaga. Tidur tidak memerlukan tenaga, maka jangan makan makanan yang berat sebelum tidur malam.
3- Elakkan kerapan makan makanan 'junk food'.
4- Elakkan mengambil jumlah makanan yang banyak atau besar setiap kali sesi makan. Ambil sesenduk nasi atau mee sahaja. Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.
5- Elakkan setiap kali selepas makan, anda tidur. Makanan yang anda makan perlu dibakar. Jika anda terus tidur, makanan yang baru anda makan tadi tidak dapat dibakar dengan baik.
6- Jika anda bekerja di dalam pejabat sahaja, pastikan kerap bergerak atau bersenam. Bersenam di tempat duduk atau berjalan, atau menaiki tangga dan turun. Elakkan hanya menggunakan lif untuk naik atau turun bangunan. Selain itu, kurang menggunakan lif boleh menjimatkan elektrik.
7- Elakkan minum minuman bergas. Selain menambah gas dalam perut anda, minuman bergas kebiasaannya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Juga makanan yang mempunyai gas. Jika makanan yang menyebabkan gas yang dilepaskan berbau, itu cerita lain..
8- Kerap bersenam, berekreasi, beriadah, berolahraga dan pelbagai 'ber' lagi. Kerana, lebih banyak aktiviti anda lakukan, lebih cergas makanan anda dibakar. "Kita bakor jer.."
9- Kerap lihat cermin agar anda sedar bahawa perut anda sedang mengalami proses pemboroian.
Itulah serba sedikit cara mengelak perut membuncit tak tentu pasal. Peliharalah ke'macho'an dan ke'jelita'an anda.
Antara tabiat pemakanan yang baik juga adalah seperti:
1- Mulakan hari dengan memakan kurma atau kismis. Ia baik untuk tenaga segera dan membekalkan bekalan untuk menguatkan ingatan.
2- Menggunakan cuka dalam makanan. Nabi menggunakan cuka dan menyukainya.
3- Menggunakan minyak zaitun. Ia sangat baik, kebaikannya berderet seperti yang anda Google melalui internet.
4- Elakkan makan terlalu kenyang. Elakkan makan terburu-buru. Elakkan makan dengan sikit kunyah dan diselang-seli dengan minum air. Minumlah air sebaiknya setengah jam selepas makan, kecuali tersedak atau tercekik. Elakkan makan sambil baring. Jangan makan makanan dan minum minuman dari bekas diperbuat daripada emas dan perak.
5- Amalkan puasa sunat cara Nabi Daud as atau Nabi Muhammad saw.
6- Elak makan atau minum yang 'terlalu'. Terlalu pedas, terlalu manis, terlalu panas, terlalu sejuk, dan terlalu yang selainnya. Atau juga 'melampau'. Islam mengajar umatnya bersederhana dan qana'ah.
7- Mulakan makan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan sudahi dengan Alhamdulillah serta doa selepas makan. Kenyang dapat, berkat dapat, rahmat Allah pun dapat.
Selamat beramal.
Dari mana hadirnya cinta,
Dari mata turun ke hati,
Dari mana hadirnya nyahtinja,
Dari mulut turun ke..lu pikirlah sendiri..
^_^ v
Bandar Baru Bangi,
18 Rejab 1436H.
Comments