Mungkin wujud sesetengah golongan yang memandang rendah dengan pelajar yang mengaji agama. tidak terlepas juga pandangan rendah ini terharap orang-orang yang mengaji di Al-Azhar. Mungkin menganggap lepasan Al-Azhar tidak sekualiti tempat-tempat pengajian lain yang bersistematik pengajian dan pengurusannya.
Tidak dinafikan, setiap tempat ada kelebihan dan kekurangannya. Andai di sana ada lebih, mungkin di sini ada kurangnya. Andai di sana ada kurang, mungkin di sini ada kelebihan yang hanya ada di sini. Maka sana dan sini dijadikan ada kurang dan lebihnya sebagai penyempurna sesuatu kerana tiada yang sempurna sebenarnya di dunia ini.
Setiap orang ada kelebihan. Ada di antara mereka yang genius, sangat mudah menangkap apa yang dibaca atau didengar atau ditulis lantas mengingatinya. Ada pula yang jenis sangat susah untuk ingat, perlu pembacaan yang berulang, dibuat nita dan sebagainya. Ada yang perlu aham dulu baru boleh hafal dan ada yang boleh hafal terus sebiji-sebiji tanpa sebarang masalah.
Belajar di Al-Azhar khususnya di dalam pengajian Islam mempunyai signifikan yang tersendiri. Bukan hanya dalam bentuk entiti ilmu itu sahaja secara langsung, tetapi ia melibatkan kesabaran, emosi, perancangan dan ketekunan. Pengalaman belajar di kolej di Malaysia dan belajar di Al-Azhar sangat banyak bezanya.
Dari segi silibus, di Malaysia (peringkat diploma atau sarjana muda) istilah lebih banyak 'disuap' rasanya tidak melampau. Pengalaman di kolej dahulu setiap semester sudah diketahui apa yang akan dipelajari dan sebelum masuk peperiksaan telah tahu apa tajuk yang akan keluar. Bukan sahaja tajuk, malah subtopik bagi tajuk-tajuk.
Di dalam peperiksaan, nilai markah diletakkan sebagai panduan di hujung soalan. Ia sangat memudahkan pelajar menilai dan merancang berapa panjang yang perlu dikarang, berapa item yang perlu disebut dan sebagainya. Malah, setelah selesai menjawab, mampu mengagak bukan sahaja lulus atau tidak, lebih dari itu markah yang bakal diperolehi.
Kedatangan wajib diambil di Malaysia. Malah umumnya di mana-mana universiti. Peratus kehadiran bakal membantu para pelajar mendapat markah tambahan seperti 5% dari keseluruhan markah subjek berkenaan. Dibantu dengan pembentangan, kerja penyelidikan, kajian luar, praktikal dan lain-lain. Ia memberi peluang yang besar kepada sesiapa sahaja untuk mendapat kejayaan dan kelulusan.
Penyusunan dan pengurusan pengkuliahan pula umumnya sangat sistematik. Dari pendaftaran, kemasukan kuliah, pembayaran yuran, pendaftran subjek, pengiraan jam kredit, markah gred terkumpul dan lain-lain. Sistem-sistem ini banyak membantu pelajar merancang pengajian dan pembelajaran mereka.
Tiada salahnya di Al-Azhar ini. Tetapi jauh di sudut pandangan penulis, boleh jadi ia serba sedikit terkesan dengan pengaruh budaya dan cara pemikiran masyarakatnya. Hasil daripada penjajahan minda dan sekatan kemajuan yang ditimpa kepada mereka.
Pengurusan di Al-Azhar berkemungkinan lebih 75% masih menggunakan sistem sehelai kertas dan sebatang pen. Mungkin juga dibantu dengan sebatang pembaris. Maklumat pelajar, perfailan pengajian pelajar, keputusan dan selainnya masih menggunakan sistem perfailan manual yang di simpan di dalam almari. Mungkin di tempat lain sudah menggunakan fail di hujung jadi dan disimpan di dalam sistem folder atau hardisk.
Kehadiran bukan satu kewajipan. Hakikatnya, andai kehadiran merupakan satu kewajipan bagi keseluruhan pelajar Al-Azhar di dalam satu-satu kuliah atau jabatan, pastinya bilik kuliah tidak akan mencukupi. Ada yang terpaksa berdiri dan mendengar di luar bilik kuliah. Duduk berhimpin mendengar ucapan pensyarah yang kadang-kadang menggunakan mikrofon dan kadang-kadang tidak.
Membaca buku teks semata kadang-kadang tidak menjamin. Andai terlepas pandang nota daripada pensyarah yang sama sekali tidak pernah ditulis di dalam buku semasa sesi pengkuliahan dan dimaklumkan akan masuk peperiksaan, mereka ini akan berputih mata. Kandang-kadang buku teks keluar lewat, sehingga hanya sebulan dua sebelum peperiksaan. Juga dengan buku teks ini juga merupakan pendapatan utama bagi para pensyarahnya emndapat duit tampahan selain daripada kerja luar seperti berniaga, memandu teksi dan lain-lain.
Boleh jadi pensyarah mengatakan satu buku akan masuk peperiksaan. Dari kulit ke kulit. Boleh jadi soalan yang ditanya berdasarkan footnote atau endnote sesuatu perbahasan. Silibus yang masuk peperiksaan boleh jadi senang dan boleh jadi susah. Pengamatan dan penguasaan yang sebaiknya terhadap sesuatu topik sebernya sangat membantu selain hafalan yang kuat. Inilah antara inti belajar agama selain pemahaman iaitu ingatan yang kuat.
Pengurusan yang masih menggunakan pen dan kertas kadang-kadang dilihat begitu menyerabutkan. fail yang bersepah dan seolah tidak terurusan. Tetapi tidak dinafi bahagian yang cekap data arkibnya seperti maklumat pelajar disusun dan disimpan walaupun pelajar tersebut telah habis pengajian sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.
Sistem pemberian dan penyelarasan markah tidak di Malaysia. Sistem secara manual banyak kurangnya. Ditambah dan ditolak markah agak mudah mengkikut kesesuaian. Sekiranya di Malaysia, markah yang telah di key-in dan dimasukkan dalam sistem bukan mudah-mudah untuk ditukar kerada ia berkait rapat dengan peratus atau nilai HPNG dan PNGK.
Sesuatu markah pula boleh dinaikkan melalui bantuan subjek-subjek yang lain. Satu atau dua subjek boleh dibantu. Namun, pengesahannya tidak semudah. Pengesahan Al-Azhar cawangan dan Al-Azhar pusat perlu diperolehi bersama. Andai pusat tidak menerima, dan pihak cawangan berusaha sedaya upaya memberikan kejayaan, ianya tidak akan berhasil.
Nama tercicir, subjek tercicir, tertukar maklumat hanya sedikit contengan di atas kertas, hilang fail, dan sebagainya merupakan segala kemungkinan yang boeh terjadi. Sehingga ia mampu menyebabkan pelajar yang sepatutnya habis tahun ini terpaksa menambah satu tahun lagi. Keputusan peperiksaan yang tidak sama di antara transkrip dan database universiti juga antara sebabnya.
Maka segala kemunkinan dan banyaknya apa jua kemungkinan yang terjadi ini menyebabkan pelajar Al-Azhar perlu lebih banyak berusaha. Bukan sahaja berusaha menghafal dan memahami, tetapi berusaha dengan berdoa dan terus berdoa. Boleh jadi telah jawab dengan betul, yakin lulus, akhirnya akibat kelemahan pengurusan, ia terpaksa tambah setahun lagi di Mesir.
Hanya mereka yang belajar di Al-Azhar dan terpilih menghadapi ujian ini akan merasakan hakikat tawakkal, doa dan redha. perlu berpegang manusia hanya berusaha tetapi hasilnya adalah dari sisi Allah SWT. Mungkin orang luar memandang betapa teruknya pelajar Al-Azhar yang terlalu lama di Mesir, tetapi mungkin mereka kurang mengetahui hakikat sebenar.
Mungkin dengan cara ini, ilmu yang diperolehi perlu menjalani betapa tapisan oleh tuan punya ilmu iaitu Allah. Ilmu tidak hanya di peperiksaan atau di bibir. Tidak hanya di penulisan. Tetapi ilmu yang tertinggi nilainya adalah ilmu yang diselaputi keikhlasan penuntut ilmu dan keredhaan penyampai ilmu.
Boleh jadi ia cemerlang di peperiksaan, tetapi tidak mampu menyebarkan dan mempergunakan ilmu. Lebih teruk lagi menjadi fitnah terhadap nilai ilmu itu sendiri.
*Ini merupakan catatan atau pendapat peribadi. Ia tidaklah sempurna. Mungkin ada betul dan salahnya melalui pengamatan sendiri. Ia juga sedikit luahan apa yang berlaku ke atas diri penulis. Mungkin ada hikmah di atas segala perancangan dan kesulitan. Syurga dan ilmu itu kan mahal harganya..? Ia bukan menyebarkan kelemahan Al-Azhar, lagi-lagilah mahu memperkecilkannya. Mungkin ada sesuatu yang boleh direnung sebagai teladan dan sempadan.
Hidup dalam mencari..
ARWP, Hayyu Sabi', Kaherah.
22 Syawal 1432 H.

Comments