Falsafah Bumi

= Dunia

Tiba-tiba terdetik untuk memperkatakannya. Entah dari mana datangnya idea ini, pastinya segala perkara daripada Allah swt jua. Satu niat yang baik sudah dikira pahala, itu belum lagi dilakukan. Berganda-ganda ganjarannya apabila ia dilaksanakan. Berbanding niat yang tidak baik, ia dikira dosa apabila dilakukan.

Apa ada dengan bumi?
Bumi merupakan planet yang ketiga dalam turutan planet sistem suria. Sehingga ke saat ini, hanya bumi yang diiktiraf sebagai planet yag mempunyai kehidupan di alam zahir ini. Dikatakan Marikh juga mempunyai kehidupan. Namun di dunia serba moden ini teori ini masih tidak dapat dibuktikan. Maka, tidak perlulah jika mahu cari kehidupan zahir lain selain bumi. Nikmati puas-puas dahulu di bumi sebelum berangan hendak ke luar bumi.

Falsafah bumi mudah. Jikalau mahu bertanya, 'what the most beautiful planet?' Maka kita mesti menjawab dahulu 'Earth'. Sungguh ke? Sungguh la. Cuba tengok Utarid, Zuhrah, Marikh, Neptune dan Zuhal. Tidakkah cantik dan indahnya bumi adalah 'lebih' dari semua planet-planet yang lain?

Bila anda ke luar bumi, anda akan mampu melihat betapa keindahan bumi ini mampu memukau penglihatan anda. Lihat sahaja imej-imej yang diperoleh daripada satelit. Itu bukan lagi anda melihat dengan mata kepala sendiri, anda pasti sudah terpukau akan keindahannya.

'Indahnya bumi'. Terdetik di sanubari anda. bentuknya bulat. Kebiruan, kehijauan, lingkaran-lingkaran putih awanan, keunikan daratan dikelilingi lautan. Separuh bercahaya sedangkan separuh yang lain gelap. Antara keduanya lain pula kecerahannya.

Musytari cantik pada tompohan gergasinya. Zuhal indah pada gelangnya. Marikh terpesona melihatnya dengan merah yang menyala. Tidak kurang juga Neptune, cantik sekali dengan kebiruannya. Namun, adakah semua planet ini mampu menandingi indahnya Bumi?

Terpesona kita bukan apabila melihat bumi dari jauh? Ya, ia sangat pasti.

Kalaulah ada makhluk berakal lain yang hidup di Neptune, tatkala melihat Bumi, pasti mereka berkata sungguh indah Bumi. Dalam keadaan mereka masih tidak 'masuk' ke dalam ruang kehidupan Bumi lagi. Semestinya anda mempunyai jawapan untuk mereka.

Wah, indahnya Bulan. Oh bulan! 'Engkaulah lambang kesetiaan cinta kami berdua'. Sekiranya sudah berpoligami, 'Engkaulah lambang cinta kami bertiga atau berempat'. Oh bulan! Mengapa engkau sungguh mempersonaku. Tapikan, hakikatnya bagaimana ye keadaan permukaan bulan itu?


Hakikatnya?
Ya, Bumi ini sungguhlah indah di pandangan mata. Namun, seingkali manusia mudah tertipu dengannya. Mudah sekali.

Lihat sahaja permukaan Bumi antara gelap dah bercahaya. Tidak lain hanya warna yang kelam atau kelabu. Sungguh tidak cantik. Tiada warna. Yang ada samada gelap atau cerah atau antara keduanya. Namun, adakah anda yang di bumi ini akan membenarkan kata-kata tersebut sedang anda menghadap kaki langit tika terbit dan terbenamnya sang mentari?



Lihat pula kebiruan di permukaannya. Sungguh ia merupakan lautan luas yang sangat indah! Birunya memukau pandangan. Tidak tergambar oleh kata-kata. Sungguh tenang melihatnya. Pasti, mereka yang memuja lautan berkata 'Engkaulah sebenar-benarnya kehidupan ini'. Namun, anda yang berada di bumi ini apakah sebenarnya lautan itu? Penuh gelora, berombak, menghempas pantai tanpa kasihan. Gelora berombak memecah ketenangan menimbulkan kebimbangan. Bukankah 'warna biru' ini juga yang telah menjadi thunami? Menjadi banjir yang memusnah.

Beralih pula pada tompohkan hijau bercampur coklat kekuningan di permukaan bumi. Inilah yang dikatakan daratan oleh penghuni bumi. Ini merupakan tapak kehidupan mereka kerana fitrah mereka tidak mampu bernafas di dalam air. Sekiranya tidak, pasti sudah berderetan banglo yang maha mewah di dasar lautan sana.

Apa ya tompokan campuran warna ini? Sungguh indah kata makhluk yang hidup di Utarid. Mahu sahaja mereka berpindah ke Bumi. Manakan tidak, Utarid planet terhampir dengan Matahati. Tanpa lapisan ozon atau sinaran ultra-ungu. Bayangkanlah tahap kepanasannya. Tapi, pasti anda yang di bumi boleh jawabkan untuk mereka apakah sebenarnya tompokan warna tersebut.

Ia adalah terdiri daripada hutan hijau, padang pasir yang luas, coklat dan hitam. Ia juga merupakan pergunungan, lurah, banjaran, bukit-bukau, belahan sungai dan jurang. Di sini juga terdapatnya gunung berapi dan kehidupan manusia. Indahkah semua ini? Anda mungkin berkata ya. Namun setengah yang lain pasti tidak. Kerana dengan gunung berapi ini mereka hidup dalam tangisan dan kebimbangan.

Dengan hutan hijau ini, akhirnya terbakar melepaskan kepulan asap panas yang menyesakkan. Musnah kediaman. Belahan sungai ini juga yang akhirnya mengganas memusnahkan pertanian dan sumber pendapatan. Lurah, tebing, gunung ganang ini semua. Tiada kehidupan yang bermanfaat padanya. Adakah anda akan membina rumah di antara dua lurah yang menegak di tengah padang pasir?

Mungkin juga anda mengatakan indah benar hutan hijau ini. Dari dekat bewarna hijau. Semakin jauh pandangan, warnanya berubah kebiruan. Sungguh mempersonakan! Namun, cuba tanya diri anda yang pernah merentasi hutan-hutan ini. Adakah selesanya anda di dalamnya seselesa pandangan mata melihatnya dari jauh? Adakah ia benar-benar sama dengan pandangan mata anda ketika melihatnya dari jauh, atau lebih jauh lagi melihatnya dari angkasaraya?

Dari jauh anda terpegun dengan kemodenan sesebuah bandar metropilitan yang kononnya 'berterusan' hidupnya. Anda pasti mampu menjawab, apakah sebenarnya kehidupan di dalam bandar tersebut. Ketika melihat ke puncak menara dan bangunan, bandingkan dengan lorong-lorong penempatan dan kediaman yang tidak terurus. Ketika melihat kesegakan teruna dan kelenggokan dara, bandingkan pula dengan peminta sedekah, pengemis, penggila, pengurang upaya dan sebagainya. Ketika melihat Mc Donald, KFC, Starbucks, bandingkan pula dengan cebisan dan sisa makanan yang dikutip oleh 'pengawal' bandar setiap masa. Mereka ini yang sudah tiada makanan lain, tiada rumah lain dan tiada pakaian lain.

Dalam anda sibuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Sibuk berulang alik dari rumah ke tempat pengajian. Berulang alik ke tempat perlancongan. Singgahlah sebentar di kawasan berlot, batu dua yang telah dahulu orang sebelum anda menginapnya. Singgah sebentar. Lihat 'batu dua-batu dua' yang masih tertegak mahupun tumbang. Nama-nama yang tercatat di sana pastinya bukan dari gologan yang selain manusia, meraka sama dengan anda.

Bila makhluk planet lain bertanya tentang Bumi kita pasti mampu menjawabnya. Andai mereka ada jawapannya, pasti tidak sama dan serupa dengan jawapan yang kita berikan pada mereka hakikat sebenarnya. Kerana kita yang hidup di Bumi ini! Bukan mereka.

Tapi, sayang kita masih tidak mampu memberi jawapan dengan kehidupan 'di dalam bumi' ini. Kita ibarat makhluk asing bagi penghuni 'dalam bumi' ini. Apakah sama hakikatnya dengan apa yang kita dengar dari 'atas Bumi' ini berbanding realiti sebenar 'di dalam Bumi' sana? Mahukah anda mencuba menggali dan memanggi orang yang 'telah' menginap 'di dalam' Bumi dan bertanyakan kepada mereka hal ehwal 'di dalam bumi'? Pasti anda akan dianggap oleh rakan baik anda sendiri bahawa anda adalah penggila.

3, 2, 1, berlepas...
Pasti penggila dan tidak masuk akal andai anda mahu ke angkasa lepas atau ke Bulan (walau entah siapa yang pernah jejakkan kaki ke sana, inikan mahu ke Marikh) tanpa ROKET dan Baju Khas berkepala besar. Bodoh apa, mahu ke sana hanya menaiki kapal terbang, apatah lagi basikal atau kereta proton saga yang diciplak. Bodoh juga anda mahu menyelam KE dasar lautan dalam, mahu melihat batu karang, tanpa memakai tangki gas. Juga anda orang yang bodoh jika mahu ke puncak Everest tapi tanpa tangki oksigen dan hanya bersinglet dan berseluar 'seteng'. Juga anda orang yang bangang sekiranya mahu membaiki kereta yang rosak hanya berbekalkan satu pemutar skru berkepala philips.

Semua tadi ketika anda sudah tahu hala tuju anda, apa yang anda mahu lakukan dan akan hadapi. Bagaimana pula dengan 'kehidupan' anda selepas kehidupan anda ini? Bukan anda sudah tahu ke mana hendak di tuju, bagaimana keadaanya kelak, apa persediaan yang diperlukan dan sebagainya. Jikalau anda semua bersetuju melabelkan orang yang di atas tadi sebagai BODOH, bagaimana pula anda melabel diri anda apabila tidak bersedia untuk 'kehidupan akan datang' anda? Sememangnya anda MEMANG BODOH!

Kalaulah makhluk di planet Ultra (tempat lahirnya kerabat Ultraman) diceritakan tantang keindahan Bumi, pasti mereka sangat terpegun dan mahu sangat untuk sampai ke bumi. Selain untuk memusnahkan raksasa. Tapi, manusia yang di Bumi lagi bodoh kerana langsung tidak tertarik dengan habuan dan keindahan syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Beramal untuk mendapat syurga Allah SWT? Bukankah ianya tidak salah?

Jadi siapa penipu sebenarnya? Apa dan siapa yang indah sebenarnya?

Ya Allah, kerdilnya makhlukMu yang hina dina ini.

Tanta,
4 Syaaban 1432 H.

Comments

hani khalisya said…
bagus tulisan awak...kdg2 manusia juga lupe bumi yg kelihatan muda remaja itu sbnrnye telah terlalu tua kan untuk menanggung onar yg dilakukan penduduk bumi...