Zaman yang berlalu pada hari ini kian pelbagai perkara baru wujud. Sehinggakan boleh mendatangkan syubhah dan tersasar ke lembah bid'ah. Sesuatu perkara telah jelas hukumnya di sisi Islam, samada hak atau batil, halal atau haram, makruh atau sunat dan juga harus.
Kebanyakan ulama yang wara' mereka menggalakkan diri mereka agar menjauhi perkara harus. Kerana takut-takut terjatuh ke dalam perkara syubhah atau makruh serta akhirnya boleh mengundang terjatuhnya kepada haram.
Melayari internet, membina laman blog, menyertai laman sosial dan seumpamanya sebahagian daripada sifat harus tadi. Hukum penggunaannya boleh berubah mengikut niat atau matlamat serta cara dan bagaimana ia digunakan. Memahami serta mengetahui keutamaan dan kaedah fiqh mampu membantu seseorang menimbangi setiap perbuatannya agar selari dengan tuntutan hukum syariat. Lima kaedah fiqh yang utama ialah:-
1- Segala amalan berdasarkan niat.
2- Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan.
3- Kemudharatan hendaklah dihilangkan.
4- Kesulitan membawa peringanan (keringanan).
5- Adat diterima sebagai hukum.
Antara sedikit perbahasan yang mungkin boleh dirujuk adalah seperti di sini dan di sini.
Islam menganjurkan umatnya agar melakukan sesuatu perintah mengikut kemampuan dan menjauhi larangan secara total (tanpa keringanan). Maka perkara-perkara harus pada hukum asalnya sekiranya tidak diletakkan asas yang kukuh dalam melakukannya boleh jadi membawa kepada dosa.
Antara petanda yang sesuatu yang dilakukan boleh mengundang dosa adalah hati berdebar, berasa takut dan tidak senang. Sekiranya ia sememangnya maksiat, sejak dari awal lagi seseorang sudah mampu merasa debaran di hatinya. Namun, atas petimbangan akal, iman dan ilmu, sesuatu yang harus boleh dinilai keadaannya dengan gerakan hati.
Ketika mana seseorang merasakan tidak tenang dengan apa yang telah dilakukan, merasa tidak senang dengan jawapan yang diberikan, atau merasakan serba tidak kena di dalam satu-satu perlakuan, diri sendiri mampu membuat perhitungan dan pertimbangan terbaik untuk menilai apa yang telah dilakukan. Adakah ia masih selari dengan syariat atau telah wujud bibit-bibit tersasar dari nilai syariat Islam.
Kerana itu, Rasulullah mengesyorkan kepada umatnya agar melaksanakan istikharah sebagai pilihan. Bukankan istikharah itu sendiri bertujuan untuk memilih antara pilihan yang seimbang? Dalam kata lain bukan pemilihan yang telah jelas hukumnya seperti perkara yang haram dan halal. Pemilihan ini terjadi apabila dua perkara yang sama nilainya atau sama manfaatnya. Memilih apa yang terbaik.
Ada galakan agar seseorang mengerjakan solat istikharah bukan hanya untuk memilih jodoh, bahkan dilaksanakan setiap hari adalah yang terbaik. Kerana setiap hari menusia pasti perlu memilih di dalam tindakannya. Paling kurang, "aku mahu keluar rumah ini pada jam 11 pagi atau 12 tengahari?"
Walaupun ianya nampak remeh, namun pengharapan terbaik dari Allah ini menjamin sesuatu yang lebih baik. Sertakan bermasa solat dhuha dengan solat istikharah, bermohon segala pilihan anda dalam segala tindakan anda tidak terlepas daripada penglihatan dan perancangan Allah, untuk anda mengharap sesuatu yang terbaik untuk diri anda. Boleh jadi apabila anda keluar pada jam 11 pagi tadi sesuatu bencana kelak menimpa anda.
Gerakan hati dan firasat anda, berpandungan iman, ilmu dan akal sangat diperlukan pada hari ini. Padanya terdapat pelbagai perkara yang boleh membawa seseorang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar samada dari segi akidah, ibadah mahupun akhlak.
Semoga Allah merahmati kita semua dan menjadikan amalan kita semua ikhlas hanya kerana Allah SWT.
Wallahu khairan razzaq, wa huwa arhamun rahimiin.
Hidup dalam mencari..
Tanta,
12 Rejab 1432 H.

Comments