Assalamualaikum dan dalam sejahtera.
9 Februari 2011
Orang awam seperti saya tidaklah layak untuk membicarakan secara khusus mengenai pendidikan Islam yang dilaksanakan di Malaysia. Lebih-lebih lagi mengkritik, mempersoal dan menolak sistem yang telah ada pada hari ini. Walaubagaimanapun, disebabkan sistem kehidupan kita hari ini masih berada di bawah minda penjajahan, kita seolah terus meletakkan diri kita di bawah cengkaman penjajahan. Baik dari segi pemikiran mahupun sistem. Maka apa yang dilihat masih kurang, ia boleh lagi dikritik atau istilah seumpamanya.
Kehadiran yang tidak disengajakan
Kehadiran saya ke Wacana Pendidikan Islam 2011 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan IIUM Entrepreneurship & Consultancies Sdn. Bhd. bukanlah sesuatu yang telah dirancang awal. Setelah pulang sementara ke rumah di waktu rehat, saya kembali ke UIAM. Semasa melalui kawasan kampus saya terlihat mengenai iklan ini. Berhentikan motor di tepi jalan seketika dan melihat dengan lebih dekat iklan yang hanya bersaiz A4 bewarna bewarna merah jambu. Dalam hati saya teringin benar untuk menghadirinya. Saya tertanya dalam hati, mengapa tidak disedari sejak dari awal..
Saya segera ke bangunan Research Managemant, naik ke pejabat dan bertanya tentang wacana tersebut. Segera di bawa ke tempat program. Dalam hati agak gelisah kerana ini bermakna saya ponteng waktu kerja yang sepatutnya! Tapi inilah yang dikatakan tidak dirancang. Kurang dari 10 minit keputusan dan tindakan diambil.
Prof. Dr. Muhammad Kamal Hassan
Ketika saya masuk ke bilik seminar, Prof. sedang memberikan pembentangannya. Akibat tidak memasuki dari awal program dan hanya mula mendengar di pertengahan ucapan beliau, pada awalnya saya 'ternganga' seketika. Selepas sekitar lima minit baru saya mula memahami kondisi perbincangan. Sebelum ini saya terlepas sekali mendengar syarahan Prof. di UIAM
Jujurnya bila berpeluang mendengar kata-kata daripada orang yang bertaraf Prof., sesuatu yang sangat berharga. Saya suka untuk memahami cara mereka berfikir dan memberikan pendapat atau respon dalam bidang perbincangan yang diperkatakan. Kehadiran sebenarnya adalah menjurus kepada golongan profesional pendidikan Islam, kementerian dan mereka yang berkaitan. Saya tidak termasuk! Rugi tidak hadir sesi awal kerana antara pembentang adalah Prof. Dr. Sidek Baba. Tidak sampai seminggu saya baru mendengar suaranya di IKIM.fm. kagum dengan ucapan dan cara pemikiran beliau.
Kesyumulan Pendidikan Islam
Awalnya Prof. menerangkan bahawa beliau bersetuju dengan manhaj tarbiyatul Islamiyah yang dibawa oleh Syeikh Syed Qutb melalui al-fikrah al kamilah atau al-tasawwur al-Islamiyah. Daripada ini seolah beliau berpendapat bahawa pendidikan Islam atau tarbiyah Islamiyah ini perlulah bersifat sempurna dan menyeluruh (komprehensif) serta merangkumi seluruh pandangan Islam terhadap kehidupan manusia.
Walaubagaimanapun, perbincangan apa bezanya 'Pendidikan Islam' dan 'Pendidikan Agama Islam' masih dalam kesamaran. Apakah istilah yang sesuai dan sepatutnya serta selari dengan sistem dan konsep pendidikan pada hari ini? Hari ini, istilah yang digunakan ialah Pendidikan Islam dan ini merupakan salah satu subjek di dalam silibus sekolah rendah mahupun menengah bagi pelajar beragama Islam. Namun, istilah ini bukan asal yang digunakan oleh cendiakawan Islam terdahulu.
Antara Asalah dan Mu'asarah
Sebagai contoh, Prof. menyatakan Imam Al-Ghazali menamakan kitabnya sebagai Ihya' 'Ulum ad-Din (menghidupkan ilmu-ilmu agama) melambangkan bahawa di sana terdapat satu lagi ilmu yang berlawanan dengan 'Ulum ad-Din itu tadi iaitu 'Ulum ad-Dunya (ilmu-ilmu dunia). Ia juga seolah selari dengan pembahagian ilmu asas iaitu 'Ilmu al-Wahy (ilmu wahyu) dan 'Ilmu al-Kauniyah (ilmu kejadian). Maka, bagaimana untuk kita kembali kepada kesepaduan pendidikan Islam yang sepatutnya.
Prof. juga menerangkan bahawa kita pada hari ini menghadapi kondisi ilmu sains yang sekular dan ilmu agama yang konservatif. Atau dengan kata lain, kita berhadapan situasi pendidikan yang mahu mempertahankan al-Asolah (keaslian) dan dalam masa yang sama perlu berhadapan dengan susana al-Mu'asarah (kontemporari). Prof. mempersolakan, bagaimana mempelajari sifat dua puluh Allah SWT (walau ada perbincangan lain mengenai sifat-sifat Allah tersebut) mampu untuk menghadapi dan menangkis sebarang serangan pemikiran atau agama yang berlaku mutakhir ini. Adakah mampu ilmu tersebut digunakan dalam kita mempertahankan apa yang sepatutnya?
Dengan itu, Prof. berkata setelah kita lama melalui pemikiran penjajahan ini, lantas sedar bahawa sistem barat, ideologi ciptaan manusia ini telah hancur nilainya, maka telah tiba masanya (pada saya sejak dahulu lagi) untuk kita sedar dan bertindak memperbaikinya kembali. Antara jalannya, kita mampu untuk mengkritik ilmu sains pada hari ini yang berpijak atau bertunjangkan ilmu sekular. Maka dari ini (bermula dengan kesedaran, kemudian mengkritik dan berterusan dengan tindakan lain) inilah, proses Islamisasi ilmu itu kita jana dan perkasa kembali.
Saya sedikit rugi kerana akibat terleka mendengar ucapan Prof, terlupa untuk menyalin nota atau ringkasan yang diberikan melalui pancaran microsoft power point.
Konsep 'Membaca Dua Buku'
Ini lebih kurang sama maknanya dengan 'Ulum ad-Din dengan 'Ulum ad-Dunya, al-Asolah dengan al-Mu'asarah serta 'Ilmu al-Wahy dengan 'Ilmu al-Kauniyah. Konsep ini juga telah dibawa oleh cendiakawan silam Islam. Namun saya tidak teringat siapakah yang mewujudkannya. Apa yang dimaksudkan dengan 'membaca dua buku' ini adalah membawa dua buku atau kitab iaitu kitab al-Wahy (kitab wahyu) dan kitab al-'Alam (kitab alam).
Apa maknanya? Ini bermakna, kita sebagai umat Islam perlu kembali (dan sepatutnya terus berpegang dan mempertahankan) pembacaan, penelitian dan pengkajian terhadap dua ilmu atau kitab ini. lmu asolah yang mempunyai nilai ilmu wahyu perlu dipelajari dan dihadamkan di dalam ruang lingkup pemahaman semasa. Ilmu kauniyah, mu'asarah dan 'alam inilah yang berubah akibat berubahnya kehidupan manusia sehingga memerlukan 'pemahaman semasa' itu tadi.
Hari ini dunia barat telah menguasai kitab atau ilmu alam ini. Ilmu teknologi, sosial, kemajuan, ekonomi, sains moden dan sebagainya. Barat mendahului semua itu. Akibat pegangan mereka adalah sekular, maka sudah pasti semua ilmu tadi tiada nilai agama kerana pada mereka agama telah diletakkan sebagai salah satu elemen budaya setempat sahaja.
Sewajibnya, untuk kita kembali kepada kesepaduan pendidikan agama Islam itu, maka ilmu-ilmu tadi tidak seharusnya bersifat dualisme yang menggambarkan ianta berpisah atau terpisah daripada penelitian serta pemahaman ilmu-ilmu wahyu, ilmu asolah dan ilmu agama. Apabila kita berbicara mengenai keperincian sel-sel dan sistem tubuh badan manusia, ia mesti dikaitkan secara langsung dengan ilmu agama Islam. Apabila kita berbicara mengenai tindak balas kimia dan pergerakan atom atau zahrah, perlu kita kaitkan secara langsung dengan ilmu agam Islam. Malah, apabila kita berbicara mengenai mekanikal dan fenomena fizik, ia pasti tidak dapat lari untuk dikaitkan dengan ilmu asolah atau ilmu wahyu agama Islam.
Saya sangat tertarik dengan istilah yang digunakan oleh Prof. iaitu kita perlu menjana 'Sains dimurnikan dengan agama dan agama diperkuat dengan sains'. (Adakah agama ini tidak kuat sehingga menafikan kesempurnaanya dan perlu diperkuatkan dengan ilmu sains? Atau dengan agamalah bukti kesempurnaan dan kemunculan ilmu sains tersebut? Ini perbincangan lain).
Halangan Pluralisme
Semua kehendak ini tidak terjadi sekiranya Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi mengubah struktur pembelajaran. Sepatutnya apabila Islam telah menjadi agama rasmi persekutuan bagi Malaysia, maka kedudukan dan autoriti agama ini perlulah diletakkan di tempat yang selayaknya.Pemerkasaan bidang pendidikan melalui pendekatan agama Islam pelulah diberikan prioriti utama. Kepincangan gejala sosial mendambakan pendidikan Islam yang padu mampu menjadi penyelesai terhadap permasalahan tersebut.
Mungkin kerajaan tidak mampu untuk mewujudkan dua sistem pendidikan di peringkat pembelajaran sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Akan tetapi, penelitian dan penstrukturan semula kandungan pembelajaran agar selari dengan kehendak agama Islam kerana segala nilai baik dalam semua agama itulah sebenarnya nilai Islam. Sebagai contoh, mengambil suapan merupakan larangan dalam agama Islam dan perbuatan ini telah menjadi suatu nilai negatif di dalam semua agama. Maka, tiada halangan untuk agama lain bersetuju dengan nilai yang dibawa oleh Islam.
Kebimbangan ini wujud akibat kemungkinan agama lain menolak menjadikan Islam sebagai nilaian utama di dalam sistem pendidikan negara. Adakah agama lain tiada nilai yang baik? Mengapa Islam perlu dijadikan ukuran utama dan tidak nilai daripada agama lain? Semua persoalan ini telah dijawab sebentar tadi.
15 Langkah
Di sini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan apa yang telah disenaraikan oleh Prof. sebagai 'A Variety of Intellectual Effort/Academic Work Which Can Be Undertaken As Part of The Islamicisation of Human Knowledge'. Usaha ini sebenarnya perancangan yang mahu dirancakkan di UIAM.
1. Integration or incorporation
2. Serious critique and/or critical assessment
3. Reform (islah), renewal (tajdid), revival (ihya') or relevantisation
4. Comparative analysis/studies
5. Accepting, acknowledging, affirming and adopting
6. Inviting to, promoting, extolling, supporting and popularizing
7. Enjoining or encouraging or leading
8. Refuting, rejecting, prohibiting, discouraging, objecting, countering, repelling, deconstructing
9. Defending, protecting, supporting
10. Reorientation
11. Synthesizing
12. Improving
13. Reconstructing
14. New Construction
15. New Invention
Menurut Prof. langkah yang ke-13 dan ke-14 merupakan langkah yang terpenting dan paling sukar untuk dilaksanakan. Ini kerana melibatkan keseluruhan kehendak penulisan ini. Iaitu menjadikan agama Islam sebagai agama yang syumul pada kedudukannya dan relevan diserapkan dalam keseluruhan sistem pendidikan nasional.
Sejak Di Mesir
Sejak di Mesir saya mula terfikir bagaimana untuk kita menjadikan nilaian pendidikan hari ini meupakan nilaian yang adik dan sejahtera daripada sebarang ideologi barat dan pengaruh yang bersifat kepentingan tertentu. Sebagai contoh, sejarah yang dipelajari sejak dahulu sehingga ke hari ini merupakan sejarah yang berat sebelah. Maklumat yang disampaikan kepada pelajar hanya mengikut telunjuk idea barat dan kepantingan politik. Teori barat dijadikan sumber utama dan kehendak politik memutarbelit sejarah agar salah kerajaan di 'zaman dahulu' disembunyikan daripada diketahui oleh pemikiran rakyat. Manakala pihak yang tidak sebulu dengan kerajaan dianggap musuh dan pengkhianat bangsa negara. Sungguh memualkan tindakan ini.
Contoh yang lain, silibus pendidikan hari ini sebenarnya tidak mampu membentuk keharmonian negara secara menyeluruh. Pendekatan menyenaraikan Rukun Negara selepas kejadian 16 Mei 1969 adalah langkah yang patut dipuji. Akan tetapi, nilai Rukun Negara ini langsung tidak diserapkan dengan menyeluruh dan bersepadu ke dalam pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah mahupun pengajian tinggi.
Rukun pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan itu tidak menjadi tulang belakang dalam membentuk pemikiran dan keperibadian rakyat keseluruhan. Walau apapun agama mereka, fitrah peranan agama adalah membawa nilai yang baik kepada manusia. Akibat kearjaan lebih mengutamakan kelahiran modal insan untuk kemajuan metarial dan keperluan industri, maka lesaplah nilaian agama ini di dalam jatidiri rakyat. Contoh mudah yang lain, adakah Pendidikan Moral yang diajar di sekolah-sekolah meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai tajuk pertama di dalam silibusnya?
Sekolah Contoh
Secara tidak rasmi, kesedaran untuk kembali pendidikan Islam yang syumul ini telah dilakukan melalui penubuhan sekolah-sekolah swasta pendidikan Islam. Sebagai contoh yang saya perolehi daripada wacana tersebut ialah sekolah di bawah UIAM sendiri dan Sekolah Setia Budi. Walaubagaimanapun saya pasti bahawa perlaksanaannya masik belum menyeluruh meliputi keseluruhan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah.
Akan tetapi, ini merupakan satu langkah baik dan saya kira penubuhan PASTI juga antara yang meyumbang walaupun di peringkat pra-sekolah. Perlu lebih ramai pihak yang berkesedaran untuk menubuhkan sekolah-sekolah seperti ini dan terus berani membawa pembaharuan kembali menghayati kesempurnaan pendidikan agama Islam. Kewujudan sekolah-sekolah ini secara tidak langsung menjadi satu contoh atau indicator kepada kerajaan bagi mengembalikan penghayatan Islam di dalam pendidikan sekolah-sekolah awam kerajaan.
Apabila kewujudan sekolah ini bertambah dan kedudukannya semakin kuat dan berkembang, maka pengaruh 'mendesak' menjadi lebih kuat kepada kerajaan. Kerajaan melalui kementerian yang berkaitan perlu memenuhi kehendak untuk kembali kepada Islam dan ini bakal meletakkan pendidikan agama Islam sebagai suatu keutamaan dalam membentuk pemikiran dan peribadi masyarakat keseluruhannya.
Suruhanjaya Pendidikan Nasional
Ini idea yang tiba-tiba saya terfikir semasa wacana berlangsung. Apa ya peranan suruhanjaya ini? Saya pun bukan ahli dalam membentuk dasar sesebuah organisasi. Namun saya melihat setelah kita semua menyedari bahawa sistem barat tidak mampu membawa kemajuan yang seiring dengan ketinggian peribadi rakyat sesebuah negara, maka kita perlu melakukan apa yang disebut oleh Prof. pada langkah yang ke-13 dan ke-14. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam perlu dilakukan penggubalan konsep, method atau apa yang perlu.
Nilai keagamaan perlu dijadikan elemen utama pendidikan dengan memberi penekanan kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna, dalam ilmu sains rendah, sains am, sains tulen dan sains kejuruteraan, penolakan fahaman atheis perlu jelas. Di dalam pendahuluan mana-mana subjek yang berkaitan selain sains, pengenalan perlu diberikan bahawa segala yang berlaku menunjukkan adanya yang mencipta dan mentadbir iaitu Tuhan. Semua agama percayakan Tuhan dan ilmu sekular hari inilah sebenarnya diresapi dengan ideologi atheis.
Pendidikan jasmani dan kesihatan, pendidikan sivik dan selainnya perlu memberi penekanan terhadap pembinaan akhlak yang fitrah. Bukan hanya dalam bentuk teori dan penggunaan bahasa yang terlalu ideal retorik dan seumpamanya. Pendidikan menjauhi zina, meminum arak, berjudi, rasuah, dadah, merokok, pembuangan bayi, ini semua hakikat yang berlaku sekarang. Pendidikan yang disampaikan kepada murid perlu lebih telus dan bersifat realiti. Apa yang boleh diajar melalui contoh tauladan guru boleh dilaksanakan secara tidak langsung.
Sebagai contoh, tidak perlu saya rasa kita meletakkan nilai baik seorang pelajar dengan menulis 'menolong guru mengangkat buku'. Ini kerana pendidikan sebegitu boleh diajar melalui tauladan guru. Akan tetapi, permasalahan 'realiti' itu perlu lebih ditekankan melalui pengajaran, pendengaran, penghayatan, peperiksaan iaitu berbentuk input dan output. Agar murid dan pelajar lebih jelas dan menhayati maklumat tersebut untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian.
Selain itu, setiap matapelajaran melalui silibusnya perlu lebih diberi pengahayatan nilai terhadap subjek tersebut. Sains melalui eksperimennya, akaun dan ekonomi melalui amalan amanah dalam pengiraan dan pengurusan. Bahasanya dengan penghayatan nilai budi dan estetika budaya melalui bahasa. Sejarahnya melalui membentuk keperibadian dan jatidiri patriotik terhadap nagara dan bukan nasionalis terhadap bangsa.
Fakta-fakta dan maklumat sejarah perlu dipinda agak lebih telus dibentangkan kepada mesyarakat, pelajar dan murid. Kebenaran perlu dizahirkan walaupun ianya sepahit hempedu untuk diluah dan dinyatakan. Pengorbanan individu dan penanan mereka perlu diletakkan sama tinggi dengan 'tokoh rasmi' yang digazetkan kerajaan. Kesedaran untuk memiliki dan menyayangi negara yang merdeka dan demokrasi perlu ditanam di dalam sanubari setiap pelajar dan murid. Menjauhi sentimen yang tidak sihat dan mampu bertoleransi dalam hidup masyarakat majmuk. Membina pemikiran yang rasional, adil dan berpandangan jauh, bukan terlingkup dengan perjuangan menegakkan benang yang basah, bersifat perkauman dan hipokrasi.
Melalui suruhanjaya ini juga, pendidikan agama Islam akan mendapat kedudukannya yang tersendiri kerana Islam adalah agama rasmi persekutuan. Hanya satu agama rasmi iaitu Islam. Tidak seperti di Indonesia bahawa agama rasminya ada enam kesemuanya. Dengan kedudukan ini, peluang Islamisasi pendidikan nasional menjadi lebih luas. Ahlinya perlu terdiri daripada pakar dan golongan profesional setiap bidang dan 'ahli' mengenai pendidikan. Tiada campurtangan politik dan kepentingan politik. Perbincangan dan keputusan perlu dibuat sebulat suara, bersifat keadilan untuk kepentingan negara dan rakyat.
Penutup
Hakikatnya, pendidikan adalah satu istilah yang sangat keramat di atas muka bumi ini. Ia bakal menentukan halatuju seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara. Andai pendidikan hari ini yang telah tempang tidak dipulih dan diberikan rawatan yang sepatutnya, tidak mustahil anak negara yang bakal lahir kelak semuanya memiliki sindrom terencat nilai positif. Bukan hanya ekonomi yang perlu diberi transformasi, tetapi pendidikan itu yang lebih utama ditransformasikan.
Hidup dalam mencari Dan memberi..
Kuala Lumpur,
7 Rabi'ul Awwal 1432 H.

Comments