Sesungguhnya pemikiran nasional atau kebangsaan ini telah melekat dengan cukup teguh di dalam pemikiran bangsa arab yang tiada agenda ummah berlandaskan agama Islam. Walaupun kebanyakan negara Arab ini sinonim dengan kepercayaan aqidah Islam, namun Islam yang mereka anuti bukanlah merangkumi keseluruhan aspek kehidupan mereka. Islam hanya ada pada nama, majlis keraian dan perbuatan yang berkaitan dengan ritual keagamaan semata-mata.
Selepas kita melihat kesan nasionalisme yang menjadi penyebab utama kepada kejatuhan khilafah Uthmaniyah, jangan kita lupa bahawa semangat ini jugalah yang memberi penyumbang besar kepada Peperangan Teluk antara Iraq dan Iran. Secara jelasnya kedua negara ini merupakan bangsa Arab yang hidup serumpun, namun mereka berperang dengan jumlah kematian yang tidak sedkit dan memberikan kerugian kepada umat Islam secara langsung.
Ketika slogan ini dikumandangkan oleh Saddan Hussein, beliau berada di dalam Parti Ba'ath Iraq yang dilabel sebagai sebuah Parti Pekauman Sekular atau Parti Sosialis Sekular. Parti Ba'ath bukan sahaja terdapat di Iraq, malah negara Arab lain seperti Syria. Selain daripada fahaman nasionalisme yang mencengkam kuat pemikiran bangsa Arab, fahaman sosialis juga sebenarnya telah tersebuar dengan luas di kalangan bangsa Arab. Inilah keadaan umat Islam yang telah bercampur pemikiran mereka dengan isme yang merosakkan.
Melalui parti Ba'ath, Saddam mendendangkan semangat nasional kepada bangsa Arab menjadikan beliau sebagai simbol dan idola pejuang bangsa. Melalui media yang memang sudah teruk keadaannya, ia menjadikan bangsa Arab lebih memandang akan bangsa mereka dan kurang mengambil tahu dan peduli dengan saudara mereka yang seagama. Perjuangan bangsa diutamakan berbanding perjuangan agama.
Tulang belakang parti Ba'ath adalah orang Kristian dan mengamalkan fahaman marxisme selain menjadikan sosialis sebagai teori dan aplikasi pemerintahan. Jika dilihat daripada sudut sejarah, pengasas Parti Ba'ath Iraq ialah Micheal Aflaq dan beliau telah berkahwin dengan anak perempuan Golda Meir yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Ia bukan hanya berkaitan Kristian dan Yahudi semata, namun berkait rapat dengan agenda kristianisasi dan zionisme. Malah Micheal Aflaq merupakan pengasas nasionalisme Arab.
Ini merupakan salah satu contoh bagaimana isme atau ideologi barat ini umumnya memusnahkan Islam dan semangat nasionalisme ini mengahncurkan pemikiran dan perpaduan umat Islam. Walaupun Saddam beragama Islam dan pernah dipandang tinggi sebagai pejuang agama yang berani mempertahankan hak Islam di era 80-an, namun ianya telah mati dari segi jatidirinya apabila menjadikan selain Islam sebagai pegangan dalam diri mahupun pemerintahan. Inilah boneka dan hasil barat yang telah berjaya me'robot'kan seorang Islam untuk menghancurkan agama sendiri.
Pemerintah Islam yang telah dipengaruhi ini akhirnya membunuh orang Islam sendiri. Apabila Amerika menyerang Iraq pada tahun 2008, tidak mustahil dengan tindakan Iran yang tidak menolong Iraq. Secara tidak sedar fitnah demi fitnah menimpa orang Islam sedunia dalam konteks ini.
Ketika era Saddam, beliau telah mengisytiharkan perang keatas Iran. Sebuah negara Islam mahu berperang dengan negara Islam yang lain. Kemudian pada tahun 1990, giliran Kuwait pula diserang oleh Iraq. Sebelum itu, rakyat Kurdis yang kebanyakannya menetap di Iarq telah dibunuh dengan kejam oleh pemerintahan Saddam dengan melancarkan bom kimia. Anak-anak, wanita dan orang muda serta dewasa mati serta merta setelah menghidu bahan tersebut yang dilancarkan oleh jet pejuang Mirrage.
Bila tiba giliran Iraq diserang, tiada negara Arab yang mahu menolong Iraq. Malah Kuwait dan Arab Saudi sanggup membenarkan Amerika menggunakan perairan dan lapangan terbang sebagai pusat penyerangan terhadap Iraq. Iran hanya mengambil sikap senyap tanpa menyerang kembali pihak Amerika. Ini semua fitnah yang telah berlaku dan terus akan berlaku sekiranya kita terus membenarkan diri dan pemimpin kita menjadi boneka negara dan isme barat.
Saddam telah dijatuhi hukuman mati di tali gantung pada hari pertama Aidiladha di seluruh dunia. Sudahlah Islam dipengaruhi agar memperkosa saudaranya sendiri, lebih teruk diperkosa pula maruah mereka dengan perancangan hukuman Saddam pada hari umat Islam menyambut hari pengorbanan yang penuh kemuliaan.
Inilah fitnah. Isme barat, nasionalisme, sekularisme, liberalisme, kapitalisme, marxisme, athiesme dan metarialisme perlulah kita anggap sebagai kahak hijau yang berada dalam kerongkong kita. Perlulah kita ludah dan buang daripada badan kita dengan penuh kebencian. Kemudian, kita gantikan dengan manisan prinsip Islam yang dijamin serta menjamin kemandirian dan keharmonian sejagat.
Hidup dalam mencari..
Kuala Lumpur,
4 Muharram 1432 H.
Selepas kita melihat kesan nasionalisme yang menjadi penyebab utama kepada kejatuhan khilafah Uthmaniyah, jangan kita lupa bahawa semangat ini jugalah yang memberi penyumbang besar kepada Peperangan Teluk antara Iraq dan Iran. Secara jelasnya kedua negara ini merupakan bangsa Arab yang hidup serumpun, namun mereka berperang dengan jumlah kematian yang tidak sedkit dan memberikan kerugian kepada umat Islam secara langsung.
Pemikiran sosialis dan kebangsaan yang diperjuangkan oleh Saddam menyebabkan segala kebaikannya dilupakan malah dihina oleh kebanyakan umat Islam sehingga kematiannya.
Agama seseorang ayah dan keturunan tidak menjamin sejauhmana agama tersebut diwarisi. Begitulah juga apa yang berlaku. Setiap orang pasti tidak terlepas daripada pengaruh duniawi yang menjerumus kepada kebinasaan. Inilah juga yang berlaku kepada Saddam Hussein yang telah memperjuangkan slogan 'Satu Umat Arab Dengan Satu Perutusan Abadi'. Dua sudut pandangan yang mudah. Andai dipandang daripada sudut bangsa Arab, ia suatu slogan yang bakal membawa kepada perpaduan dan kesatuan bangsa Arab. Namun dari sudut padangan yang lain, ianya jelas menjurus ke arah perpecahan hasil daripada semangat kebangsaan Arab.Ketika slogan ini dikumandangkan oleh Saddan Hussein, beliau berada di dalam Parti Ba'ath Iraq yang dilabel sebagai sebuah Parti Pekauman Sekular atau Parti Sosialis Sekular. Parti Ba'ath bukan sahaja terdapat di Iraq, malah negara Arab lain seperti Syria. Selain daripada fahaman nasionalisme yang mencengkam kuat pemikiran bangsa Arab, fahaman sosialis juga sebenarnya telah tersebuar dengan luas di kalangan bangsa Arab. Inilah keadaan umat Islam yang telah bercampur pemikiran mereka dengan isme yang merosakkan.
Melalui parti Ba'ath, Saddam mendendangkan semangat nasional kepada bangsa Arab menjadikan beliau sebagai simbol dan idola pejuang bangsa. Melalui media yang memang sudah teruk keadaannya, ia menjadikan bangsa Arab lebih memandang akan bangsa mereka dan kurang mengambil tahu dan peduli dengan saudara mereka yang seagama. Perjuangan bangsa diutamakan berbanding perjuangan agama.
Micheal Aflaq, pengasas nasionalisme Arab. Saya bependapat dia merupakan 'penggerak' kembali nasionalisme setelah permulaan ianya muncul semasa pemerintahan Kamal Attartuk di Turki.
Tulang belakang parti Ba'ath adalah orang Kristian dan mengamalkan fahaman marxisme selain menjadikan sosialis sebagai teori dan aplikasi pemerintahan. Jika dilihat daripada sudut sejarah, pengasas Parti Ba'ath Iraq ialah Micheal Aflaq dan beliau telah berkahwin dengan anak perempuan Golda Meir yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Ia bukan hanya berkaitan Kristian dan Yahudi semata, namun berkait rapat dengan agenda kristianisasi dan zionisme. Malah Micheal Aflaq merupakan pengasas nasionalisme Arab.
Ini merupakan salah satu contoh bagaimana isme atau ideologi barat ini umumnya memusnahkan Islam dan semangat nasionalisme ini mengahncurkan pemikiran dan perpaduan umat Islam. Walaupun Saddam beragama Islam dan pernah dipandang tinggi sebagai pejuang agama yang berani mempertahankan hak Islam di era 80-an, namun ianya telah mati dari segi jatidirinya apabila menjadikan selain Islam sebagai pegangan dalam diri mahupun pemerintahan. Inilah boneka dan hasil barat yang telah berjaya me'robot'kan seorang Islam untuk menghancurkan agama sendiri.
Perdana Menteri wanita kedua Israel. Dia sama sekali tidak mengiktiraf rakyat Palestin dan tanah air mereka malah menghina dan memperkecilkan mereka sebagai penduduk asal.

Comments