Kebejatan Akhlak dan Solusi oleh Azhari

Salam sejahtera ke atas kamu dan salam satu Ummah Islamiyah.

Kes pertama: Sepupu saya ada sebuah klinik pengkhususan untuk penagih dadah membeli ubat bagi mengatasi tabiat penyalahgunaan dadah. Pastinya terdapat yang datang ke klinik tersebut masih membawa dadah di dalam poket mereka kerana bagi mereka setiap kali mengambil dadah, mereka akan mengambil ubat. Mudah-mudahan sedikit demi sedikit mereka mampu menjauhi perkara tersebut. Rupanya, yang hadir ke klinik ini daripada pengaggur sehinggalah kepada pegawai yang berjawatan besar.. Dadah, tidak mengenal mengsa pengambilnya.

Makanya, pastilah diketahui umum kebanyakan yang ke klinik ini adalah penagih dadah. Wujud pula segolongan pihak polis yang telah bersiap sedia di luar klinik. Apabila mengetahui ada di antara penagih ini ada yang membawa dadah sepeti mana yang saya katakan di atas, maka mereka akan menahan pesakit tersebut. Apa yang diugut oleh polis ini? Antara mereka (polis) akan mengugut untuk membawa pesakit masuk kes atau membayar kepada polis beberapa helai wang.

Kes kedua: Perkara ini telah saya dengar sejak sekian lama. Apabila pihak kastam atau imigresen menahan mana-mana barang yang dilarang, ke mana kelak barang tersebut akan dihantar. Sebagai contoh, kita kerapkali mendengar beberapa kes penahanan kereta, telefon bimbit, serta barangan lain yang ditahan dan dirampas dalam kuantiti yang bukan sedikit, malah boleh mencapai beberapa buah kontena.

Setiap orang ada keinginan dan nafsu. Dia kerani atau dia pegawai sekalipun, atas desakan nafsu, siapa yang mampu melihat barangan yang telah bertukar status kepada 'percuma' berada di dalam 'tangan' mereka sekarang? Dalam berita, barang-barang ini dilupuskan dengan hentakan dan hapusan jentolak. Akan tetapi adakah semuanya benar? Tidak ada langsungkah satu, dua atau lebih dari itu yang memasuki poket meraka? Barang-barang yang dirampas, ke masa perginya?

Kes ketiga: Baru-baru ini gempar dengan kes pembunuhan Sosilawati dan beberapa kes susulan yang lain. Juga kes yang ada kaitan di mana seorang peguam yang sepatutnya menegakkan undang-undang, telah melakukan pembunuhan.

Pelbagai lagi isu dan pemasalahan yang saya perolehi dan dengari. 'Mengharap pagar, pagar makan padi'.


Azhari
Azhari hari ini tidak boleh melekangkan diri mereka daripada isu semasa. Apabila saya pulang, kadang-kadang saya terkejut dengan adik saya yang darjah empat mampu menyatakan beberapa isu semasa yang diketahuinya dan mampu mengikuti perkembangannya.

Azhari hari ini bukan sahaja hanya menadah kitab kuliah, talaqqi kitab, berpersatuan ala kadar semata-mata. Dalam masa yang sama, pengetahun mengenai isu semasa umat Islam global dan tempatan (Malaysia) sangat perlu diambil perhatian. Kemampuan melakukan analisis dan pemerhatian terhadap beberapa kejadian menjadi satu keperluan kepada Azhari.

Mungkin situasinya agak berbeza apabila saya menetap di Kuala Lumpur. Hasil daripada perbincangan rakan sekerja contohnya, mampu membawa beberapa isu menjadi lebih luas perbincangan dan medan maklumatnya. Masyarakat yang sangat laju mengetahui isu semasa dan analisisnya, sehingga saya menjadi segan apabila tidak mampu mengupas dengan baik.

PMRAM
Tema pembentukan fikrah dan pengamalannya perlu dijalankan oleh pihak BKAN dan DPM seterusnya diperkasakan. Sebelum mampu menganalisis sesuatu isu dan perkara, bekalan mengenai maklumat atau intipati perbincangan perlulah diketahui. Sebagai contoh, persoalan mengenai kewajiban menjalankan tugas sebagai pengundi. Isu ini tidak boleh dijawab sesuka hati melainkan mempunyai asas ilmu daripada penulisan daripada Dr Yusif Qardhawi, Abul A'la Maududi, Said hawa, Imam Hasan Al-Bannda dan lain-lain tokoh Islam contohnya.

Selain daripada sumber Islam, pengetahuan mengenai atau daripada sumber Barat (penulisan orientalis contohnya) perlu juga diambil peduli. Ini kerana, daripada penulisan mereka, kadang-kadang kita mampu mengetahui perancangan permusuhan mereka terhadap Islam, strategi dan sebagainya.

Ya, kita perlu menentang sebarang fikrah madiah dan fikrah kepuakan. Akan tetapi tidak perlu dilayan sangat sehingga penumpuan kita dalam berorganisasi untuk melahirkan insan dan syakhsih yang cemerlang terbantut dek melayani sikap mereka ini.

Muhasabah
Baru saya sedar betapa besarnya tanggungjawab dalam menghadapi fenomena hari ini di lapangan realiti, Malaysia. Azhari bukan hanya mengisi bahagian J-Qaf, memberi ceramah di surau-masjid, mengajar kelas mengaji kanak-kanak, kelas KAFA dan lain-lain sahaja. Azhari perlu lebih bersedia untuk memasuki golongan elit, koporat, penyiaran, aktivis dakwah tejun ke masyarakat dan lain-lain. Bukan para doktor sahaja yang perlu bersedia on-call, malah Azhari juga. Azhari rupa-rupanya tidak boleh langsung merasakan berada di dalam zon selesa selama mereka memuntut pengajian. Kepala mereka perlu ligat dalam mengambil tahu pelbagai isu dalam masa yang sama cemerlang tarbiyah, akademik dan akhlak.

Kadang-kadang kita sangat memerlukan teori dan dalam masa yang sama, hanya teori kita tidak mampu bergerak tanpa menyesuaikannya dengan keadaan semasa.

Siapa (individu) dan pihak (perkumpulan) yang bakal mengubah kebejatan permasalahan ini semua?


*Sekiranya benar apa yang saya katakan tidak berlaku, baguslah. Tolong nyatakan kepada saya apa yang sebenarnya daripada fakta. Owh, ini bukan tuduhan. Sebagai rakyat biasa, saya mendengar banyak perkara. Maaflah, saya secara peribadi tidak mampu untuk mempercayai akhbar perdana 100%. Minta maaf atas segala kesalahan.

Hidup dalam mencari..

Comments