Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Umum kita telahpun mengetahui bahawa segala kebejatan sistem yang ada pada hari ini adalah hasil daripada buatan manusia yang sememangnya memusuhi Islam dan pastinya tersasar jauh daripada landasan agama Islam yang sebenar.
Pelbagai perjumpaan dilaksanakan oleh pihak musuh Islam semata untuk merencanakan serangan yang perlu dilakukan. Setelah mengetahui Islam tidak mudah untuk dihapuskan atau dimusnahkan melalui peperangan fizikal semata-mata, maka mereka pun merancang peperangan yang berbentuk pemikiran. Sebagai seorang muslim yang taat kepada perintah agama, dalam masa yang sama menghayati kefardhuan bagi seorang muslim, pastinya pemikiran mereka tidak dapat dipesongkan kesan daripada keteguhan hati mereka kepada Allah SWT.
Pelbagai medium digunakan oleh pihak musuh untuk menyalurkan serangan ini. Televisyen, radio, akhbar, tabloid, internet, penulisan, gambar, audio dan video, semuanya digunakan oleh mereka sebaik mungkin. Internet merupakan media yang sangat mudah untuk diakses. Istilah 'dunia di hujung jari', 'ilmu atau maklumat di hujung jari' dan sebagainya merupakan panggilan bagi kemudahan internet ini.
Laman pornografi sememangnya jelas menjadi tapak utama merosakkan peribadi seorang muslim. Jika dakyah melalui penulisan juga berlaku untuk merosakkan minda umat Islam, akan tetapi laman pornografi merupakan serangan yang paling ampuh. Jika penulisan perlu untuk dibaca sehingga seseorang terpengaruh atau dipengaruhi oleh penulisan tersebut, namun gambar-gambar porno ini cukup hanya dengan melihat. Maka, terkesan dan terpengaruhlah minda dan pemikiran seseorang dengan mudah.
Hari ini, penyebaran gambar yang berbentuk separa porno sudah meluas. Jika kita buka halaman utama enjin carian Yahoo!, iklan yang diletakkan kadang-kadang sudah ada berbentuk separa porno ini. Gambar realiti tubuh seorang manusia. Laman ponografi yang berbentuk kartun atau manga pastinya tidak dinafikan kewujudannya. Malah, gambar-gambar separa porno ini telah mula menjalar dalam bertuk kartun terselit di beberapa laman enjin carian atau laman umum yang lain. Sehinggakan sesetengah gambar ini menayangkan aksi-aksi yang 'panas' dan tidak sepatutnya. Laman-lama umum yang kadang-kadang mudah untuk diakses oleh golongan bawah umur juga tidak terlepas daripada fenomena ini terjadi. Di sini saya meletakkan beberapa contoh yang saya temui. Pastinya pembaca juga pernah melihatnya.
Jika diperhatikan, kesemua gambar ini dibuat oleh pihak penyiar iklan 'i m v u' yang mungkin bermaksud 'i'm loving you'.

Ini merupakan salah satu contoh iklam di muka utama enjin carian Yahoo! Kebiasaannya, iklan sebegini merupakan iklan travel, tourism dan seumpamanya.
Jika diperhatikan, kesemua gambar ini dibuat oleh pihak penyiar iklan 'i m v u' yang mungkin bermaksud 'i'm loving you'.
Inilah dakyah dan serangan pemikiran yang berdasarkan 5S iaitu 'sport, sex, song, smoke and shopping' atau 3S iaitu 'sport, song and sex'. Bahan-bahan lain sangatlah banyak. Cumanya di sini saya menyebutkan beberapa sahaja sebagai contoh.
Di Jepun telah ada permainan yang berorientasikan pemikiran remaja atau kanak-kanak ke arah seks. Penulis yakin dan percaya permainan ini telah lama diterbitkan.
Apa yang penulis faham daripada permainan ini, ia meminta si pemain melalui pergerakan tangan yang dirakam melalui kamera diterjemahkan dalam bentuk perbuatan di skrin. Sekiranya tangan pemain menggenggam, maka tangan di skrin akan sedemikian juga dan ia bertujuan untuk menarik pakaian wanita di dalam permainan tersebut. Orientasi gerakan tangan akan menterjemahkan perbuatan si pemain untuk menyelak, mengangkat dan seterusnya menanggalkan pakaian perempuan tersebut.
Ini antara sejenis permainan dan kemungkinan terdapat banyak lagi permainan yang berbentuk sedemikian. Antara contoh lain yang dihasilkan oleh barat adalah permainan popular Sim City. Jikalau dahulu, Sim City hanya kepada membina sebuah keluarga 'bayangan' atau membina sebuah bandar moden 'bayangan', tetapi semakin hari mereka semakin maju dengan teknologi dan serangan pemikiran. Apabila mengetahui bahawa permainan ini juga menjadi pilihan orang Islam, maka mudahlah serangan ini diserap. Melalui permainan ini, pemaian boleh melakukan apa sahaja atas kehendak meraka dalam kehidupan berkeluarga gaya barat. Bercium, bertepuk tampar, makan bersama-sama jiran, sehinggakan boleh mengajak jiran mandi bersama lelaki dan perempuan di dalam kolam.
Dalam sedar ataupun tidak, ianya telah tersebar luar di negara-negara Islam khususnya dan di Malaysia dan serantau amnya. Barat kini menjuarai segala teknologi dan kemajuan dan umat Islam memperoleh tempiasnya. Namun, masih kecil bilangan yang mahu kehadapan mewujudkan suatu bentuk method permainan berasaskan wasilah Islamik bagi menawarkan kepada umum alternatif yang lebih baik.
Mungkin ada golongan yang mengatakan, "Alah, tinggalkanlah je permainan tersebut, tak perlulah main". Ya, benar. Tapi tidak sedarkah kita bahawa telah ada di dalam kelompok masyarakat yang telah senang dengan kehidupan permainan yang sedemikian. Adakah kita mahu terus mereka bermain, atau terus menegahnya daripada bermain secara paksa, atau menyediakan alternatif yang terbaik kepada mereka? Tidakkah kita terfikir andai kita terus meninggalkan prihatin terhadap masalah ini (kemajuan ini), suatu hari nanti pasti umat Islam tidak mampu mencari jalan terbaik bagi menghalang serangan pemikiran yang semakin merbahaya dan melebar.
Apa yang perlu untuk kita pula ialah meningkatkan ilmu pengetahun dan memenangi isu-isu semasa. Dalam masa yang sama, perlu mempertingkat jatidiri sebagai seorang muslim melalui kriteria fardhu muslim. Semoga kita memperoleh 'inayah dan taufiq daripada Allah SWT.
Sebagai satu perkongsian.
Tanta, 13 Ramadhan 1431 H.
Hidup dalam mencari...

Comments