Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Diberitakan pada semalam 23 Jun 2010, jam 10:00 malam, berakhirnya riwayat hidup 'Sang Rantai Gergasi', Penjara Pudu. Pastinya di sana kerap diziarahi malaikat maut untuk mengambil nyawa pesalah yang dikenakan hukuman mati mandatori dan sebagainya. Pastinya juga ia banyak merakam pelbagai jeritan, raungan, pekikan kesakitan hukuman yang dikenakan kepada meraka.
"KUALA LUMPUR 21 Jun – Lebih seribu warga kota membanjiri pekarangan Penjara Pudu di Jalan Hang Tuah di sini untuk menyaksikan proses merobohkan tembok penjara itu malam ini.
Tembok penjara berusia 100 tahun dan menjadi dinding pemisah antara banduan dan orang awam dirobohkan mulai pukul 10 malam ini bermula di tembok bersebelahan Jalan Pudu." Sumber Utusan.
Tapak Penjara Pudu ini akan digantikan dengan projek Bukit Bintang City Center (BBCC). Sumber Berita Harian.
Kredit kepada:
Sila layari laman web Jabatan Penjara Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam cerita mengenai penjara ini.
Bicara Seorang Aku..
Korok Fotopages
the.kakiseni.blog
Skypercity dan lain-lain (cari sendiri).
Semoga kita semua tetap tabah untuk terus hidup di dalam penjara dunia ini.
Hidup dalam mencari...

Batu bersurat di Penjara Pudu.
Antara sejarah mengenai Penjara Pudu ini ialah mengenai drama tebusan yang berlaku pada 17 sehingga 22 Oktober 1986. Drama penahanan tebusan ini berlaku apabila enam orang banduan telah menahan Dr. Radzi Jaafar dan pembantu makmal, Encik Abdul Aziz Abdul Majid sebagai tebusan sewaktu kedua-duanya merawat banduan di penjara itu. Drama mencemaskan itu berlangsung selama lima hari sebelum pasukan polis menggempur bagi menyelamatkan tebusan. Operasi itu berjaya kerana tidak melibatkan sebarang tembakan & selesai dalam beberapa minit sahaja.Di dunia, penjara diibarat sebagai suatu tempat mengumpulkan pelaku-pelaku kesalahan atau jenayah. Fitrah penjara, mereka dikurung, tidak bebas melakukan apa yang mereka layak melakukannya di luar. Fenomena penjara menunjukkan bahawa sesiapa yang berada di dalamnya akan berasa terkongkong dan tersekat pergerakan. Kehendak mereka dalam berpakaian, makanan, pergerakan kebanyakannya tidak diperolehi.
Kawasan pergerakannya sangat terhad. Mungkin sekadar dua meter persegi atau mungkin lebih kecil dari itu. Tidak mustahil juga ada peringkat yang lebih tinggi, penjaranya gelap, lubang hanya sekadar sebiji mata, baring terhalang, berdiri tersekat. Tiada sebarang bunyi kecuali bunyi penyeksaan.
Itulah gambaran penjara di dunia. Namun, hakikat penjara bagi tempoh kehidupan manusia ialah dunia. Bagi orang mukmin, dunia merupakan penjara dan syurga bagi orang kafir. Penjara ini, mukmin terhalang melakukan sesuka hati mereka, dikawal dan dipantau oleh peraturan, hukum dan undang-undang, namun kelak bebas melakukan apa sahaja dan diberikan segala yang dikehendaki. Mereka yang kafir, di dunia ini melakukan apa sahaja yang mereka mahu, pada mereka tiada kehidupan lain selain di dunia. Natijahnya, kelak orang diazab di akhirat kelak, mereka di sana tidak hidup dan tidak mati.
*Saya telah membaca sebuah novel yang bertajuk Weil China terbitan PMRAM. Menceritakan seorang remaja awalnya seorang Islam. Akhirnya terpengaruh dengan Komunis dan menjadi pegangan. Dia kemudiannya insaf insaf dan ditangkap komunis. Dipenjara melebihi 40 tahun. Segala jenis seksa diterimanya melainkan bunuh. Latar belakang zaman komunis kemuncak Mao. Di Timur China, Turkistan dan Rusia.
Kawasan pergerakannya sangat terhad. Mungkin sekadar dua meter persegi atau mungkin lebih kecil dari itu. Tidak mustahil juga ada peringkat yang lebih tinggi, penjaranya gelap, lubang hanya sekadar sebiji mata, baring terhalang, berdiri tersekat. Tiada sebarang bunyi kecuali bunyi penyeksaan.
Itulah gambaran penjara di dunia. Namun, hakikat penjara bagi tempoh kehidupan manusia ialah dunia. Bagi orang mukmin, dunia merupakan penjara dan syurga bagi orang kafir. Penjara ini, mukmin terhalang melakukan sesuka hati mereka, dikawal dan dipantau oleh peraturan, hukum dan undang-undang, namun kelak bebas melakukan apa sahaja dan diberikan segala yang dikehendaki. Mereka yang kafir, di dunia ini melakukan apa sahaja yang mereka mahu, pada mereka tiada kehidupan lain selain di dunia. Natijahnya, kelak orang diazab di akhirat kelak, mereka di sana tidak hidup dan tidak mati.
*Saya telah membaca sebuah novel yang bertajuk Weil China terbitan PMRAM. Menceritakan seorang remaja awalnya seorang Islam. Akhirnya terpengaruh dengan Komunis dan menjadi pegangan. Dia kemudiannya insaf insaf dan ditangkap komunis. Dipenjara melebihi 40 tahun. Segala jenis seksa diterimanya melainkan bunuh. Latar belakang zaman komunis kemuncak Mao. Di Timur China, Turkistan dan Rusia.
Tapak Penjara Pudu ini akan digantikan dengan projek Bukit Bintang City Center (BBCC). Sumber Berita Harian.
Kredit kepada:
Sila layari laman web Jabatan Penjara Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam cerita mengenai penjara ini.
Bicara Seorang Aku..
Korok Fotopages
the.kakiseni.blog
Skypercity dan lain-lain (cari sendiri).
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Surah al-Kahfi 18:46)

Comments