Takrif Zuhud
Zuhud pada bahasa mempunyai makna yang banyak dan pelbagai. Antara makna yang penting ialah ‘membenci sesuatu’ atau ‘menyukai sesuatu’. Dikatakan juga bahawa ‘zuhud pada sesuatu’ berlawanan dengan ‘menyukai sesuatu’.
Zuhud pada istilah bermaksud benci kepada dunia dan beramal untuk menyucikan jiwa dari segi mengosongkan hati untuk ibadah tanpa sesuatu yang menyibukkan atau sesuatu hijab (yang menghalang).
Faktor-faktor kelahiran Zuhud
Umumnya, faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya zuhud ada tiga. Apa yang dimaksudkan di sini ialah faktor yang menyebabkan lahir atau timbulnya sifat zuhud dalam diri seseorang. Iaitu:-
1- Faktor Kemasyarakatan – Bertumbuhan yang besar dan mendadak terhadap masyarakat dan komuniti Islam kesan daripada pertambahan jumlah orang yang memeluk agama Islam daripada pelbagai bangsa, budaya dan negara. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan berkembangnya wilayah umat Islam di dalam peta dunia yang dipimpin oleh Daulah Islamiyah. Hasilnya, mereka memiliki kekayaan yang melimpah ruah, perluasan perdagangan dan pemilikan tanah ladang.
Keadaan ini telah menjurus sebahagian manusia atau masyarakat Islam ketika itu lahir perasaan cinta kepada dunia dan menjadikan dan menerimanya sebagai matlamat hidup. Keadaan ini juga menyebabkan segolongan yang lain bangkit menyeru kepada masyarakat untuk bersikap zuhud terhadap dunia. Sejarah perluasan dunia Islam ini bolehlah kita lihat dengan bermulanya kekhalifahan Saidina Umar bin Al-Khttab RA bermula kurun pertama hijrah lagi.
2- Faktor Politik – Perumpamaan bagi faktor ini adalah disebabkan fitnah yang berlaku pada zaman Daulah Islamiyah selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad SAW dan khususnya apa yang berlaku di kalangan umat Islam selepas kejadian fitnah terhadap Saidina Uthman bin ‘Affan, khalifah ar-Rasyidin yang ketiga. Situasi ini mengundang kepada kelahiran kelompok-kelompok masyarakat islam yang berorientasikan politik, pemikiran (ideologi) dan keagamaan.
Dari segi politik, munculnya pelbagai kumpulan yang berteraskan siyasah atau politik seperti Syi’ah, Khawarij dan selain dari keduanya daripada kumpulan-kumpulan politik.
Dari segi pemikiran atau ideologi, rancaknya aktiviti perdebatan di kalangan golongan mutad, pelaku dosa besar dan hukum terhadap sesiapa yang mencela para sahabat Nabi SAW dan pelbagai permasalahan lain.
Dalam bentuk kejiwaan atau ruhiyyah pula, sebilangan daripada para sahabat dan tabi’in telah melakukan ‘uzlah (menyendiri daripada kesibukan dunia) dan zuhud. Malah mereka juga mengajak umat Islam yang lain umumnya untuk bersama melakukan ‘uzlah kerana padanya terdapat keselamatan.
3- Faktor Agama – Seruan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW kepada kelebihan agama serta seruan kepada sifat-sifat wara’, taqwa, berhijrah daripada dunia dan perhiasan-perhiasannya, memandang kecil terhadap dunia dan segala isinya, membesarkan dan mengutamakan perkara-perkara akhirat. Selain itu seruan ke arah qiamullail, berpuasa, menunaikan solat tahajjud dan sebagainya. Sepertimana yang dianjurkan didalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan” (Surah Yunus 10:7-8)
Dan firman-Nya yang bermaksud “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)” (Surah an-Naazi’aat 79:37-41).
Bersambung...
*Artikel ini berdasarkan nota kuliah subjek Tasawwuf Islam Tahun Tiga, Jabatan Tafsir dan 'Ulum Quran, Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar cawangan Tanta.

Comments