8 Mei 2009.
Jam menunjukkan jam 12:50 tengahari. Azan solat Jumaat telah pun berkumandang. Sebuah tremko hampir sahaja berjalan. Akhirnya.. Tak sempat nak tahan, berlalu tremko. Dalam hati ni, mahu juga ke Masjid Badawi. Bukan tiada tremko lain di Akhir Said, malah itulah akhir mahattahnya. Akan tetapi akibat sudah lewat, menaiki teksi adalah keputusan yang terbaik.
Sekali tahan, terus dapat teksi. Alhamdulillah, bisik hati. Pemandunya tersenyum. Buka pintu, duduk di kerusi hadapan, sebelah pemandu. Ditakdirkan, lupa beri salam.
“Kamu orang Malaysia?” pemandu teksi memulakan perbualan.
“Ya, saya orang Malaysia” jawabku ringkas.
“Kamu dari Kuala Lumpur?”
“Ya. Saya tinggal di Kuala Lumpur. Ia ibu kota Malaysia.”
“Kuala Lumpur bagus, Bersih” katanya.
“Ya, insya Allah. Alhamdulillah.”
“Kamu kuliah Azhar?”
“Ya, saya kuliah Azhar. Ini tahun kedua.”
“Oh, tahun kedua..”
“Ya, saya dari mu’adalah.”
“Pakcik, kamu asal sini ke (Tanta)?”
“Ya, asal Tanta” jawabnya.
Kemudian pemandu teksi mengemukakan persoalan tentang bahasa Arab, tentang penggunaan bahasa Arab di dalam al-Quran. Saya kurang pasti apa yang mahu disampaikannya mengenai bahasa Arab. Seperti dia menafikan perkaitan bahasa Arab di dalam al-Quran.
“Bahasa Arab adalah bahasa terbaik. Bahasa syurga.”
“Tidak, tidak!!” katanya.
Saya jadi hairan. “Aik, kenapa pulak dengan orang Arab ni” bisik hati saya.
“Kamu belajar bahasa Arab?”
“Ya, sejak di Malaysia.”
“Kamu belajar tentang nahu (tatabahasa), grammar..?” dia bertanya.
“Ya, saya belajar di Malaysia.”
“Kamu tahu, dalam al-Quran banyak kesalahan (kesalahan penggunaan bahasa Arab di dalam al-Quran)..”
Teksi yang dinaiki melewati Masjid Syeikhah Sabah, seorang wali perempuan dan ahli bait Nabi Muhammad SAW..
“Kamu lihat, di dalam al-Quran zalikal kitabu la raiba fihi. Bukankah zalika menunjukkan jauh. Sepatutnya digunakan haza kitab. Lihat, al-Quran salah. Salah yang banyak di dalam al-Quran.”
“Ya…” Saya tidak memanjangkan jawapan. Terkedu sebenarnya. Terfikir-fikir, apa yang mahu dijawab tentang persoalan ni. Saya semakin hairan. Erm, semakin lancang pula pemandu teksi ni mempersoalkan tentang al-Quran. Menafikan al-Quran, menyatakan bahawa al-Quran ni banyak kesalahan. Tergugup juga saya dibuatnya. Ini kali pertama menghadapi situasi sebegini.
Dalam keadaan nak fikir apa yang mahu dijawab, saya menjawab apa yang umum. “Al-Quran adalah ayat yang mu’jiz (melemahkan).”
“Tidak, tidak!!” katanya.
“Hai, makin keras suaranya..” bisik hati saya.
“Kamu lihat lagi..” katanya.
“Alif, Laam, Miim.. Ia adalah huruf hija’iyyah. Langsung tiada makna.”
Mata ni makin meliar. Kehendak hati mula mencari-cari, siapa sebernarnya pakcik pemandu teksi ni. Lihat pada cermin pandang belakang. Tiada apa pun yang disangkut. Mata meliar lagi sehingga terpandang keychain kunci kereta. Allah, berbentuk salib. Keychain daripada kayu, berbentuk salib. Di hujungnya terdapat corak kelopak bunga, meruncing tiga di hujungnya. Kepala semakin ligat berfikir. Macam pernah jumpa pakcik ni sebelum ni. Patutlah sejak awal naik lagi macam pernah jumpa..
Teringat dalam sebulan dua yang lepas, pernah juga naik teksi seorang kristian. Di cermin pandang belakang teksi tersebut tergantung sebuah ukiran, seakan-akan membentuk huruf. Apabila diteliti, rupa-rupanya ia berbentuk salib. Maka, saya pun khabarkan kepada kawan yang duduk di kerusi hadapan.
“Ha’ah la…” jawab kawan saya, Yunus.
Hati ni berkata, “Ini seperti orang yang sama..” Mungkin sudah dua kali berjumpa, dia berani nak persoalkan tentang agama Islam.
Saya rasa perlu juga tegas dalam menjawab soalan yang semakin menjadi-jadi ni. Saya katakan..
“Ia adalah kalimah yang mu’jiz. Setiap huruf ada maknanya yang tersendiri. Para mufassir mengemukakan pelbagai pendapat. Ada yang kata li tanbih (untuk menarik perhatian) dan ada yang kata setiap huruf ada maknanya yang tersendiri..”
“Tidak, tidak…” katanya lagi. “Setiap huruf tersebut tidak membawa apa-apa makna.” Seolah-olah dia ingin mengatakan bahawa al-Quran ayat-ayat tersebut tiada makna dan sia-sia.
Maka berlaku sedikit bibit-bibit seperti mahu panjang perdebatan ini. Saya tetap tegaskan kepada dia perkara yang sama, bahawa ayat tersebut ada makna tersendiri dan untuk menarik perhatian manusia terhadap ayat atau surah yang berkenaan.
Teksi semakin menghampiri Awal Barh. Perdebatan yang berlaku labih kurang lima minit. Kurang lima minit rasaya. Sampai di persimpangan, dia memberhentikan kereta. Tangan menghulurkan duit syiling satu genih, dua keping. Dalam hati kata, “Macam banyak pulak dua geneh ni.. tapi tak mengapalah. Malas nak seluk poket jubah nak cari syiling yang lebih kecil.”
Bayar, buka pintu, sambil beri salam.
Dia menjawab salam.
Tutup pintu. Teksi berjalan..
“Apasal la aku beri salam kat dia sedangkan dah tahu yang dia ni orang kristian. Erm, tapi nak buat macam mana lagi, dah terbiasa beri salam masuk dan keluar dari teksi..” bisik hati. Terlepas sebut..
Hati berdebar juga. Pengalaman kali pertama dengan orang kristian, lebih-lebih lagi tentang agama, yang berkaitan dengan agama. Saya beristighfar banyak-banyak..
Kepala asyik memikirkan tentang perkara yang berlaku beberapa ketika di dalam teksi tadi. Sambil berjalan kaki, menyusuri pasar Awal Bahr menuju Masjid Badawi. Selalu kalau jalan di situ, pandang juga kiri dan kanan. Tapi akibat kepala ligat fikir tentang peristiwa tadi, seolah-olah kiri dan kanan tiada orang dan seperti ‘tidak wujud!’. Tambahan, azan sudah lama berlalu. Sampai di Masjid Badawi, khatib sedang membacakan khutbah…
Inilah serba sedikit lebih kurang perbualan yang berlaku antara saya dengan pakcik pemandu teksi yang beragama Nasrani tersebut.
Teringat nasyid kumpulan Mawaddah yang bertajuk 'Luruskan Hatiku Tuhan'
Mungkin ada hikmahnya Allah menetapkan saya akan menghadapi situasi sebegitu. Antaranya;
- Allah tidak akan menetapkan sesuatu berlaku terhadap diri seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Mungkin itu tahap kemampuan saya setakat ini untuk menghadapi realiti. Diberi tempoh tidak lebih lima minit, berdebat dengan seorang yang bertaraf pakcik. Orang Kristian beragama Nasrani, berbahasa Arab dan berbangsa Arab Mesir.
- Saya masih tidak memiliki ilmu yang jitu dalam persoalan yang dikemukakan. Tidakkah bidang yang dipersoalkan tersebut memang bidang pengkhususan yang dipelajari. Fakulti Usuluddin, Jabatan Tafsir. Memang sudah kena bidangnya, mengetahui perincian terhadap tafsir ayat-ayat al-Quran. Namun, tahu sahaja tanpa pengukuhan, pemahaman dan kejituan terhadap ilmu tersebut memungkinkan saya tidak mampu menjawab soalan dengan jelas dan terperinci.
- Mungkin ilmu tersebut sudah ada. Tapi disebabkan kemungkinan diri ini yang tidak lari dari melakukan dosa dan kesilapan, akhirnya Allah menghijab jawapan yang sepatutnya untuk diberikan. Ini baru soalah yang mudah berkaitan dengan al-Quran, belum lagi andai ditanya mengenai persoalan aqidah dan sebagainya. Akibat dosa, hati menjadi kosong, maka jiwa mudah goyah. Ditanya soalan yang berkaitan dengan aqidah, tidak mampu dijawab. Na’uzubillahi min zalik…
- Mesir, bumi ‘lebih nyata’ berbanding Malaysia. Segala apa balasan baik atau buruk Allah akan bagi cash. Kadang-kadang kesalahan tersebut dilakukan di Malaysia, tapi Allah ‘bayar terus’ di bumi Mesir ini. Orang yang bangga diri, kadang-kadang Allah terbalikkan terhadap kata-katanya di sini. Orang yang bersangka buruk terhadap Allah, Allah akan balas terus dan mendapat balasannya. Perlekeh terhadap orang lain, hina dan sebagainya, Allah akan timpakan kembali keburukan dan hinaan tersebut kepada pengucapnya. Mungkin kerana ia bumi berkat, bumi para Nabi, para sahabat, ulama, wali, para soleh dan sebagainya. Allah akan ‘bayar cash’, itulah istilah mudahnya…
- Pasti setiap yang berlaku adalah ujian dan ada hikmahnya. Jalan untuk kebaikan dan mengubah diri kepada lebih baik terbuka luas. Mudah-mudahan diri ini mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah SWT.
Nasib baik semasa perdebatan saya memandang ke arah wajahnya. Ada yang menagtakan bahawa amat merbahaya sekiranya kita bersembang atau bermuamalah dengan orang Kristian di sini dengan memandang wajah mereka. Ini kerana kemungkinan mereka berniat jahat dan boleh mendatangkan mudharat melalui sihir contohnya hanya dengan apabila kita bertentang mata dengan mereka.
Malah, ada kisah yang mengatakan bahawa sihir Firaun itu masih kekal dan masih ada tempiasnya sehingga ke hari ini. Saya juga mengakui, pernah kadang-kadang, apabila memandang salib di gereja-gereja dengan pandangan yang lama, akan rasa lain macam. Pada saya itu situasi yang merbahaya untuk diri saya dan saranan ini saya tujukan kepada semua dan sesiapa sahaja agar menghindarinya.
Mengenai persoalan yang diutarakan oleh pakcik pemandu teksi tadi akan saya lampirkan jawapannya pada sedikit masa akan datang. Wallahu a’lam.
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com
Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu
Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.
Hidup dalam mencari…
Akhir Helwa, Tanta.
Comments
Begitu. Tidak sangka Hakim Akasisa sudah begini banyaknya entri yang tidak saya baca. Lama tidak menjenguk, sudah banyak yang berubah. Aduhai!
Sebenarnya datang sini mahu beritahu, ingat tak perdebatan kita atau setepatnya mungkin perbincangan lama dulu tentang orang tartar. Kamu katakan tartar pernah menyerang Islam kan? saya pula katakan sebaliknya. Wahai, Hamizan, kamulah yang benar!
Adadi siniSalam imtihan, binnajah wattaufeek!! Kan?
Benar, terima kasih kerana berkongsi link tersebut. Baru-baru ni saya ada pergi ke sebuah kedai buku di sini. Tak disangka, terjumpa sebuah buku khas menceritakan mengenai kaum tartar, sejarah dan misi penjajahannya. Ini dalam bahasa Arab. Ingin sahaja membelinya..
Terima kasih kerana menjenguk..!!