Kalau kau mahu dia...

Kau mahu dia seorang yang cantik dan kacak,

sedangkan kau tidak mengindahkan akhlak kau.

Kau mahu dia seorang yang berpekerti mulia,

sedangkan kau tidak bersihkan hati.

Kau mahu dia seorang yang setia,

sedangkan kau tidak berlaku jujur.

Kau mahu dia seorang yang lemah-lembut,

sedangkan kau tidak belajar menyayangi.

Kau mahu dia seorang yang taat,

sedangkan kau berdusta dalam percakapan.

Kau mahu dia seorang yang pemurah,

sedangkan kau tidak bermurah hati.

Kau mahu dia seorang yang tegas,

sedangkan kau tidak tetap pendirian.

Kau mahu dia seorang yang bijak memimpin,

sedangkan kau tidak mendengar kata.

Kalau kau ingin dia setia,

jangan sesekali kau berniat curang.

Kalau kau ingin dia jujur,

jangan sesekali kau beniat berdusta.

Kalau kau ingin dirindui,

jangan kau lupa berdoa untuknya.

Andai kau masih menyakiti orang,

mulakan kembali menyayangi orang.

Andai kau masih dirundum kecewa,

mulakan kembali senyum dan tawa.

Andai kau mencari cinta,

mulakan dengan mencari maknanya.

Andai kau mahu kembali disayangi,

mulalah dengan belajar memaafi.

Andai kau mahu mula disayangi,

mulalah menyayangi al-Mustafa.

Andai kau mahu mula dicintai,

mulalah mencintai Rabbul Jalil…


Hidup dalam mencari...

Comments