Islam dan Kristian


Dalam perjalan ke Kaherah petang tadi, tiba-tiba mata terpandang sebuah papan tanda iklan besar di tepi jalan utama selepas Mahattah Syoubra Khemah. Apa yang benar-benar menarik perhatian di papan tanda tersebut ialah dua buah gambar dan serangkap ayat. Gambar kubah masjid yang di puncaknya terdapat bulan sabit dan gambar menara gereja yang dipuncaknya terdapat palang. Di atas ayat tersebut tertulis di dalam bahasa Arab yang bermaksud “Dengan Kekuatan dan Kesatuan Kita”.


Apabila terlihat papan tersebut dan membaca ayat yang tertera, otak ini lantas terfikir. Apakah maksud sebenarnya yang terselindung di sebalik ungkapan tersebut?


Beberapa kesimpulan yang diperoleh antaranya ialah kemungkinan pada masa ini tersebar di kalangan rakyat Mesir untuk bersatu dalam satu penyatuan masyarakat dan kesatuan. Antara masyarakat Islam dan Kristian yang merupakan kumpulan majoriti warganegara Mesir.


Apakah sebenarnya yang telah berlaku sehingga wujud ungkapan dan saranan ini? Sekiranya atas alasan ancaman dalaman ianya kurang sesuai dengan gambar dan tema yang diletakkan. Aku berpendapat ianya hasil daripada gelombang ancaman yang dirasai oleh masyarakat Mesir sendiri yang bersifat luaran.


Sebagai contoh, sekiranya terdapat keretakan atau perpecahan dalam masyarakat Islam itu sendiri, pastinya iklan yang tertera bertema dan menggambarkan kepada penyatuan umat Islam. Tetapi, iklan ini merupakan saranan kepada penyatuan dan perpaduan dua buah agama besar iaitu Islam dan Kristian. Secara tidak langsung ia menggambarkan kepada penyatuan seluruh rakyat Mesir ini.


Beberapa andaian yang pernah aku terfikir. Andai dilihat semula kedudukan Republik Mesir ini, telah jelas ianya bersempadan dengan Israel, musuh politik dan musuh agama. Musuh politik bagi negara Mesir dan musuh agama kepada Islam.


Dengan kapasiti masyarakat Kristian merupakan kelompok majoriti kedua selepas Islam, bagaimanakah kedudukan mereka sekiranya berlaku peperangan antara Mesir dan Israel? Apakah kemungkinan masyarakat Kristian ini? Membantu kerajaan Mesir mempertahan dan melawan Israel atau membantu mereka? Kita juga sudah sedia maklum bahawa Kristian dan Yahudi tidak akan meredhai Islam sehinggalah islam ini lenyap atau mengikuti telunjuk mereka.


Andai Kristian di mesir berpegang kepada permusuhan terhadap Islam, maka akan ‘robek’lah negara Mesir ini. Namun, andai masyarakat Kristian berpegang kepada semangat menghormati agama Islam disamping merasai perpaduan dengan masyarakat Islam, maka akan terselamatlah Mesir. Semangat nasionalisme dalam diri masyarakat Kristian yang wujud, berkemungkinan mampu mempertahankan Mesir daripada sebarang perkara yang tidak disenangi.


Fakta mengatakan bahawa gereja terbesar di Afrika terdapat di Mesir. Ini jelas menggambarkan besarnya pengaruh Kristian dalam Mesir itu sendiri. Negara Mesir bukanlah negara bersifat perdagangan ataupun teknologi, tetapi ia merupakan negara tentera. Sehingga kini, Mesir masih diperintah di bawah perintah darurat.

Inilah hakikat keadaan Mesir. Sebuah negara republik, gerbang ilmuan Islam dan penuh dengan sejarahnya yang tersendiri.


Hidup dalam mencari…

Comments

Balqis said…
Wah, saya tidak tahu Kristian juga antara penduduk majoriti yang membentuk mesir. Kalau di Malaysia, yang diperjuangkan adalah penyatuan bangsa, di mesir pula, adalah penyatuan agama? Maknanya di sini, ada bangsa arab yang islam dan kristian, bukan?

Sungguh sy tidak tahu~ teima kasih kerana berkongsi!
al-hakim said…
Ya, Kristian merupakan agama anutan terbesar selepas Islam. Bukan penyatuan agama kerana agama yang berlainan mustahil untuk disatukan. Tetapi ia lebih kepada penyatuan bangsa Arab Mesir yang berbeza agama untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Andai Islam dan Kristian bermusuhan di dalam satu negera, maka akan mudahlah mereka ditumpaskan...

Bagaimana kehidupan berbilang agama Ukraine?
Balqis said…
Di Ukraine lain pula ceritanya.
Muslim di Ukraine ditindas dan terdapat diskriminasi dalam banyak perkara. Kasiha, sedangkan ini adalah tanah tumpah mereka dahulu, tetapi menjadi seperti second class citizen sahaja selepas Russia mengambil alih sehingglah kepada kemerdekaan ukraine pada 1991.
sewaktu mula-mula sampai di sini, itulah yang terjadi.
Alhamdulillah, saya lihat sejak kedatangan kami, pelajar2 Islam, Muslim di Ukraine sudah berani menonjolkan diri~
Nanti saya poskan tentang kehidupan Muslim di Ukraine, sudah ada draftnya, cuma belum di post lagi, tunggu waktu yang sesuai...
Balqis said…
Mahu tentang kehidupan berbilang agama di Ukraine?

Baca di sini.
atau terus sahaja baca di sini.

Selamat membaca!
Wallahua'lam.