Baru-baru ini, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah hadir ke bumi Mesir sebagai transit sebelum ke Turki untuk menghadiri majlis berkaitan dengan Palestin. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam ceramah umumnya. Pada awalnya, ceramah beliau lebih kepada kalam tasyji' (kata-kata semangat) dan penerangan mengenai sejarah Palestin dan keagungan pemerintahan Islam lampau.
Sesi menjawab soalan yang diajukan lebih tertumpu kepada waqi' (keadaan) pelajar yang belajar di Mesir sama ada dalam bidang pengajian Islam mahupun perubatan. Ini kerana, soalan daripada kalangan pelajar dan jawapannya lebih kepada tindakan bagi golongan pelajar juga.
Aku agak tertarik dengan beberapa isu yang dibangkitkan pemberi soalan. Pernah sebelum ini timbul istilah "protaz". Siapa mereka? Singkatan kepada 'profesional ustaz'? Dikatakan golongan profesional bertindak dalam memberi penjelasan mengenai agama lebih daripada golongan ustaz. Seperti mereka lebih lebih tahu tentang agama daripada ustaz atau golongan ulama'.
Di sini, perlu setiap orang jelas maksud profesional. Istilah profesional tidak boleh dikaitkan dengan golongan yang berpendidikan selain daripada agama sahaja. Ini kerana, makna profesional sendiri bermaksud pakar. Sekiranya seseorang pakar dalam bidang masakan, maka ia disebut sebagai profesional dalam bidang chef atau masakan. Sekiranya seseorang pakar dalam bidang kejuruteraan mahupun matematik, maka mereka digelar profesional dalam bidang-bidang tersebut. Maka, samalah juga jika seseorang pakar dalam bidang agama Islam, maka ia juga boleh digolongkan dalam golongan profesional. Cuma sekiranya mahu membezakan golongan tersebut, terdapat istilah yang orang telah guna walaupun ianya masih belum tepat. Iaitu golongan akademik dan golongan ulama' atau agamawan. Golongan akademik lebih kepada bidang bukan yang berkaitan dengan agama dan golongan agamawan adalah sebaliknya. Jadi, jangan dikatakan tiada profesyen profesional di dalam bidang agama.
Aku tertarik dengan nukilan daripada seorang pelajar senior di sini. Kenapa bila golongan ulama' memberi penjelasan atau memberi jawapan mengenai sesuatu persoalan atau masalah, terdapat 'cakap-cakap' secara belakang-belakang atau terang-terangan, mempertikaikan penjelasan yang diberikan? Mereka mengatakan golongan ulama' jumud, tidak berfikiran kontemporari, tidak mengikuti arus perderan masa dan sebagainya. Kenapa mahu mempertikai dan membantah kata-kata 'golongan pakar' di dalam agama? Persoal itu, ini, dari mana sumber, siapa sumbernya, terlalu mendalam bukan atas dasar ingin menegtahui secara ikhlas tetapi kerana mahu mempertikaikan. Kenapa, bila seseorang itu sakit, berjumpa dengan doktor, diberi ubat, terus diikut arahan doktor. Menuruti dosnya, berapa kekerapannya, apa pantangnya dan sebagainya tanpa sebarang pertikai? Kenapa tidak ditanya, kenapa saya perlu makan ubat ini, apa kandungan ubat, dari mana sumber ubat, dari mana kilangnya, kenapa perlu makan sekali, dua kali, sebelum makan atau selepas makan? Tentu sahaja kerana doktor tersebut lebih mengetahui dan pakar dalam bidang tersebut. Samalah juga keadaannya dengan situasi ulama' tersebut. Bukankah golongan ulama' merupakan golongan profesional dan pakar dalam bidang agama?
Pembinaan masyarakat perlulah bermula daripada individu itu sendiri. Daripada individu, dibawa kepada bait muslim atau bait mithali. Kemudian kepada masyarakat Islam dan seterusnya pembinaan sistem, negara dan pemerintahan Islam. Asas ini perlu difahami oleh setiap individu muslim. Islah nafsak, wad'u ghairak, perlu dijadikan pegangan. Jangan tunggu sehingga diri dirasakan sempurna baru mahu bertindak memperbetulkan masyarakat yang rosak. Seseorang manusia sesekali tidak akan sempurna kejadian luar dan dalamannya kecuali Nabi Muhammad SAW. Andai dirasakan diri banyak kekurangan, maka perlulah diperbaiki dan andai dirasakan diri banyak berdosa dan tidak layak membawa serta menyeru kebaikan, maka bertaubatlah dan berhijrahlah meninggalkan terus segala perkara maksiat. Perlulah bermujahadah melawan hawa nafsu dan bermujahadah untuk istiqamah dalam perkara kebaikan.
Dipersoalkan pertambahan yang mendadak pelajar tibb atau perubatan di bumi Mesir. Inilah realitinya. Perjanjian mu'adalah telah ditamatkan dan akhirnya sudah tiada lagi sistem tranfer credit pengajian kepada lepasan institut pengajian tinggi di Malaysia yang mahu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Kelayakan pelajar STAM untuk sambung pelajaran ke Mesir juga sudah semakin diperketatkan. Hasilnya, makin berkuranganlah pelajar atau pelapis yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam.
Pelajar perubatan bertambah dengan mendadak daripada pelbagai institut, agen dan sebagainya dengan pembiayaan JPA, Majlis Agama Islam Negeri, MARA, persendirian dan sebagainya. Jangan terlalu dilihat daripada sudut negatifnya, tetapi perlu mencari penyelesaian dengan jalan positif. Hakikat yang berlaku sukar untuk diubah kerana itulah yang sedang realitinya.
Pengajian Usuluddin, Syariah, Lughah, Qiraat, Usul Fiqh dan sebagainya merupakan ilmu dan khazanah Islam. Tetapi jangan dilupa bahawa bidang perubatan juga merupakan khazanah Islam. Bidang perubatan jugalah merupakan antara bidang yang telah sampai puncak kegemilangan keilmuannya suatu masa dahulu. Keadaan yang berlaku perlulah dicari peluang dan ruang. Gabungkanlah golongan ulama' pengajian Islam ini dengan golongan doktor. Mencari kesesuaian, persefahaman dan penyatuan.
Tidak dinafikan akibat agenda dan perancangan musuh Islam, akhirnya ilmu dan ulama' Islam ini telah dibahagi-bahagikan bidangnya. Dipisahkan perubatan dengan usuluddin, dipisahkan senibina, sosiologi, kejuruteraan, astronomi dan sebagainya dengan syariah. Dipisahklan lagi ilmu pengajian Islam itu kepada usuluddin, syariah, lughah, adab, usul fiqh, qiraat dan sebagainya. Sehingga dunia Islam kini tidak mampu untuk melahirkan golongan ulama' seperti ulama'-ulama' terdahulu yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu sekali gus.
Walaupun ianya suatu kerugian tetapi kita masih punya jalan. Inilah yang diperlukan dan hendaklah dilaksanakan iaitu gabungan golongan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pengajian Islam secara kolektif dan sinergi. Perlu diwujudkan perkumpulan atau organisasi yang ahlinya terdiri daripada kepelbagaian profesyen itu tadi. Secara tidak langsung, penyatuan ilmu Islam dapat dilakukan semula dalam merungkai kembali kegemilangan yang telah lama terpadam. Membentuk suatu penyatuan, kesatuan, kesamaan fikrah dalam memperjuangkan Islam.
Amal berjemaah merupakan tunjang kepada kekuatan dalam memastikan kelangsungan dakwah dan amal Islami. Setelah kita mampu membentuk satu fikrah, maka kita perlu bergerak secara berjemaah. Sekiranya, bergerak dalam individu, pelbagai masalah adn kelemahan akan berlaku. Antaranya, futur (putus asa) dalam medan perjuangan. Melaksanakan amal Islami atas dasar semangat semata dan bukan atas dasar kefahaman Islam bakal mengundang episod kegagalan.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: "Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan." Di sini jelas membuktikan, Islam itu sendiri tertegak atas dasar jemaah dan bukannya individu ataupun perseorangan. Dengan jemaah akan lahir kekuatan, ukhuwah dan persefahaman. Sebatang lidi sangat mudah untuk dipatahkan berbanding 50 batang lidi yang dikumpulkan bersama. Seekor kambing sangat mudah diratah oleh dua atau tiga ekor serigala berbanding sekumpulan 20 sehingga 30 ekor kambing. Pastinya akan timbul juga kegerunan daripada serigala-serigala tersebut.
Islam sangat menitikberatkan agar amal Islami ini dilaksanakan secara berjemaah. Inilah jemaah yang mahu kita bina. Jemaah mahasiswa Islam, jemaah mahasiswa azahari, jemaah mahasiswa di bumi Mesir, tidak kiralah apa jua bidang yang diceburi. Janganlah pengajian Islam membawa haluannya dan pelajar perubatan membawa haluannya. Masing-masing membawa haluannya sendiri. Perlunya kita sehaluan atas nama Islam walaupun bidang kita berbeza.
Amal berjemaah tidak bermaksud kita menubuhnya pelbagai jemaah atau mendirikan berbilang-bilang jemaah. Jemaah perlulah satu agar kekuatan dan perjalanan dakwah menjadi padu dan jitu.
Politik merupakan tunjang dalam perlaksanaan Islam. Kuasa politik merupakan lambang kepada pemerintahan dan penguasaan. Politik bergerak atas platform kepimpinan. Jangan dilihat bahawa, politik terpisah daripada Islam. Jangan dilihat bahawa isu politik tidak boleh boleh berganding dengan isu-isu agama yang lain. Ini kerana politik itu sendiri sebahagian daripada Islam dan politik tidak dapat lari perkaitan dan persangkutannya dengan Islam.
Andai direnung kembali bagaimana pembinaan negara Islam Madinah al-Munawwarah. Ia bermula daripada perjanjian yang akhirnya membawa kepada ketaatan kepada kepimpinan. Dari sana ia membentuk kekuatan masyarakat. Daripada peringkat rakyat sehinggalah peringkat kepimpinan. Kekuatan pemertintahan itulah yang diperlukan dalam memastikan perlaksanaan Islam yang adil dan syumul itu berjaya.
Bahan bacaan yang paling utama bagi mahasiswa Islam adalah al-Quran kerana disana tersimpan segala petunjuk, penyinar segala keraguan, penyuluh setiap kegelapan, penenang segala kesempitan dan kunci segala ilmu.
Kekuatan akan diperolehi dengan pembacaan dan penghayatan al-Quran. Perlulah ianya dijadikan sebagai teman kemana sahaja setiap waktu. Tadabbur dalam pembacaan mudah-mudahan diperoleh hikmah dan syafaat. Perlulah istiqamah dalam amalan berdasarkan ilmu dan bukan atas dasar taqlid semata-mata. Sentiasa memohon kekuatan dan pertolongan Allah SWT dalam menjalani kehidupan. Memahami dan menguasai bidang pelajaran yang diceburi merupakan suatu tuntutan. Pelajaran hendaklah diutamakan dan tidak banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.
Majlis berakhir sebelum jam 10:00 malam. Banyak lagi perkara yang perlu aku dalami...
Hidup dalam mencari...

*****

Comments
Kerana merasakan bidang agama itu seperti menjentik semut di atas lengan, maka mereka menganggapnya remeh. Sebab itulah golongan ini sering mempertikaikan apa sahaja kata2 dari alim ulama'. Mind set mereka begini, ' kerana aku rasa aku lebih pandai dari ulama' yang hanya sekolah pondok itu'. (sekadar contoh, ya)Maka sebab itulah mereka memperlekehkan golongan ulama' dan meninggi darjatkan golongan profesional lainnya. Bg mrk, kepercayaan kepada sesuatu itu perlu dibuktikan (kononnya) di hadapan mata kepala mereka sehingga mereka boleh menerima dgn akal sengkek mereka.
Tindakan : Golongan ulama jg perlu tingkatkan ilmu mereka, rajinkan diri mentaakul segenap segi ilmu dalam bidangnya, malah kalau boleh bidang yang di luar jangkauan pengajiannya, barulah boleh meyakinkan golongan protaz ini. Kita mmg tdk boleh menghalang kemunculan mrk krn setiap zmn pun mereka ini sebenarnya ada.
Iya, jemaah itu mengukuhkan duduknya Islam di muka bumi Tuhan ini. Kalau bersatu, tentu takkan roboh, seperti kata kamu, bukan? Harapnya, kalian di Mesir itu tidak kira dari bidang apa pun, jangan bertingkah pangkah, ya! Kutip sebanyak mana khazanah tinggalan anbiya' dan ulama' dr sana, dan bawa pulang lalu serikan langit dan bumi Malaysia ini dgn ilmu kalian. Kalian beruntung krn di sana kalian ada khazanah Islam dan sains sekaligus. Jadi, jangan sia-siakan! Sebaik-baiknya, kalau sudah belajar perubatan, tambahkan juga diri dgn ilmu Islam, maka cantik dan indah jadi nanti pengamalannya. Juga kalau sedang belajar ilmu Islam, rajin2kan diri selongkar ilmu2 tinggalan ulama' islam yang lain. Banyakkan? Begitulah, semoga membawa kebaikan untuk semua pd akhirnya! Subhanallah!!
Artikel yang menarik!