Penjajahan Pemikiran


Sejak jatuhnya Bandar Melaka ke tangan Portugis maka bermulalah era penjajahan di tanah Melayu ini. Pernjajahan ini merupakan rentetan daripada suburnya idoelogi kolonialisme dan metarialisme pada waktu itu. Negara-negara sebelah ufuk Barat berlumba-lumba untuk menjajah. Sebab ianya berlaku kerana penjajahan ini akan melambangkan kekuasaan kepada mereka dan mahu memonopoli perdagangan.

Namun, secara tidak sedar, sedikit demi sedikit penjahan Negara atau negeri membawa kepada penjajahan pemikiran. Pemikiran yang dibawa adalah bersifat sekular yang mahu emmisahkan urusan pentadbiran dengan agama.

Memang benarlah apabila dipersoalkan adakah mudah untuk menghilangkan penjajahna pemikiran ini sedangkan ngara kita baru 50 tahun merdeka sedangkan penjajahan telah berlaku lebih daripada 400 tahun.

Antara yang aku dapati kesan tersebut ialah apabila kedapatan buku-bubku sejarah tahun 80-an (kalau tak silap aku) masih menggunakan istilah 'pemberontak' kepada pejuang pembebasan daripada penjajah seperti Rentap di Sarawak, Datuk Maharaja Lela di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan, Sharif Masahor di Sabah dan Tok Gajah di Terengganu.

Kita boleh lihat bagaimana penjajahan ini membawa kepada satu situasi bahawa apa yang mereka lakukan adalah benar dan membawa kepada perubahan yang lebih baik atau dengan kata lain membawa kepada permodenan. Lantas di dalam siri penjajahan mereka, meeka membawa pemikiran mreka adalah bangsa yang terbaik dan termoden dan mahu membawa permodenan.

Dengan cara ini, penjajahan mereka akan dibaluti dengan pemikiran bahawa negara-negara yang dijajah perlu mengikut kepada peredaran barat dalam segenap perkara. Maka, terdapatlah sebahagian yang terpengaruh dengan ideologi ini. Mungkin kerana sogokan wang ataupun mereka merasakan bahawa Baratlah kiblat mereka.

Walaupun istilah 'pemberontak' telah dihapuskan dalam 'pemurniah sejarah' namun masih kedapatan yang tidak benar dan kurang tepat. Wallahu a'lam.

Malangnya, kita masih terkesan dengan penjajahn pemikiran ini secara sedar ataupun tidak di dalam pentadbiran, masyarakat mahupun di dalam diri kita sendiri. Di dalam Islam, sesuatu yang baik yang dibawa walaupun siapapun orangnya perlulah kita ambil pengajaran. Selagi ia tidak melangggar dasar aqidah, syariah, akhlak dan adapt resam kita.

Walaupun begitu, kita harus terima bahawa masih wujud isme yang tidak baik dan kurang sesuai daripada penjajahan lalu yang masih diamalkan dan digunapakai. Perkara ini seharusnya kita kaji dan ambil endah agar keharmonian bangsa dan negara untuk genarasi akan datang tidak rosak dan tercemar.

Semoga kita sama-sama mengambil penagajaran daripada sejarah lampau…

Comments