Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan. Sama ada ianya berhubung kait dengan Tuhannya, sesama manusia atau dengan alam. Kemaafan dan keampunan Allah adalah terletak kepada kemaafan orang yang dianiaya atau dizalimi. Andai mahu mendapat keampunan Allah, pintalah dahulu kemaafan dari yang dilakukan aniaya.
Namun, tidak semudah orang yang dilakukan aniaya memberi kemaafan. Bergantung kepada kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya. Bergantung juga hubungan antara kedua yang terbabit. Adakah mereka kawan, atau kawan istimewa. Atau hanya sekadar kenalan biasa yang baru bertemu. Atau mereka sebagai teman istimewa. Hatta sebagai adik beradik, kaum kerabat dan juga suami isteri.
Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Mungkin dalam sesuatu perkara kita beranggapan apa yang kita lakukan adalah betul dan terbaik, tetapi ia tidaklah sama keadaanya kepada orang lain. Bukan semua yang kita anggap betul, ia sememangnya boleh 'jadi betul' pada diri orang lain. Mungkin kita fikir cara kita betul, tetapi pada pandangan orang lain, mungkin ia salah dan dia sama sekali tidak menerima cara tersebut.
Bersesuaian dengan sifat sebagai makhluk, hamba dan insan. Makhluk adalah yang dijadikan. Kesempurnaan terletak pada Penciptanya dan pastilah yang dicipta tidak akan dapat menandingi kesempurnaan Pencipta. Kekuasaan pastinya terletak kepada yang berkuasa. Andai dilihat semula, antara seorang tuan dan seorang hamba, yang merintah pastinya tuan dan yang melakukan suruhan ialah hamba. Ini bermakna antara tuan dan hamba, pastilah dan mestilah kelebihan pada tuan dan bukan pada hamba. Atas kekurangan itulah, tidak hairanlah terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang dimiliki oleh sesorang hamba berbanding dengan Tuan, Tuhan dan raja bagi segala raja. Perkataan insan itu sendiri membawa makna lupa dan ia merupakan sifat kekurangan. Apakan ini tidak memperkuatkan bahawa pastinya manusia ini kekurangan segalanya, termasuklah dalam tindakan sehariannya? Pasti ada sifat kekurangan tersebut dan inilah yang membawa kepada tidakan yang salah dan silap.
Walaubagaimana berbicara tetang kemaafan sekalipun, pastinya yang disakiti lebih sukar menghadapinya lantas untuk memberi maaf. Hati yang telah tercalar, tergores, hanya empunya diri lebih mengetahui betapa besar kesilapan yang telah dilakukan terhadapnya. Persabahatan dan persaudaraan itu amatlah penting.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Kepada orang-orang yang aku pernah buat salah, terguris hati, rasa teraniaya, aku minta maaf banyak-banyak. Itu kelemahan aku. Kadang-kadang tidak semua apa yang aku lakuan itu adalah perbuatan yang betul. Ianya pasti membuatkan orang lain sakit hati dan sebagainya.
Aku nak minta maaf banyak-banyak kepada semua yang aku kenal. Baru kenal, lama kenal dan yang akan berkenalan. Aku tulis apa yang aku nak tulis. Selagi mana aku merasakan ianya bukan kesalahan, aku akan terus tulis.
Akhirnya, aku sungguh-sungguh minta maaf atas kesilapan yang aku pernah lakukan kepada sesiapa sahaja.. Maafkan aku.
Comments