Ihna Fidaka Ya Rasulullah!!


Semoga Allah melaknati orang-orang yang menghina Allah, Rasul dan Islam.

Pelbagai fitnah dan penghinaan yang telah didombakan oleh para orientalis dan umat yang kuffar. Ianya telah bermula sejak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Bagaimana Nabi s.a.w. telah dihina dengan balingan batu oleh kanak-kanak kaum Thaif dan bagaimana Nabi s.a.w. telah dilempar dengan najis oleh seorang perempuan tua Yahudi. Namun, adakah di sana kita dapat melihat tindakan Rasulullah s.a.w. untuk membalas dendam atau membalas kembali kejahatan yang telah dilakukan tersebut?

Sungguh mulia peribadimu Ya Rasulullah s.a.w. Nah, lihat! Bagaimana balingan batu oleh kanak-kanak Thaif dibalas Rasulullah s.a.w. dengan doa untuk kesejahteraan mereka? Bagaimana lemparan najis oleh perempuan yahudi tua dibalas oleh Rasulullah s.a.w. dengan lawatan baginda terhadapnya ketika sakit? Inilah keluhuran budi seorang manusia kamil, penghulu segala Nabi, kekasih Allah, pemberi syafaat dan manusia pertama yang menjejakkan kaki ke dalam syurga. Bagindalah juga seorang nabi akhir zaman penutup segala perutusan Nabi, amat menyayangi umatnya. Ingatlah ketika mana Nabi menunggu ruhnya dicabut oleh malaikat maut, apa yang terkeluar dari bibirnya tidak lain hanyalah "Ummati, ummati..." (Umatku, umatku…)

Sesungguhnya golongan kuffar mengakui akan ketokohan Nabi s.a.w. sebagai seorang yang sangat mulia dan berkeperibadian sempurna. Diletakkan Nabi sebagai manusia yang paling berpengaruh. Kerana apa? Kerana peribadinya yang mulia. Manakan tidak, hidupnya dibimbing oleh kuasa yang mencipta segala makhluk dan segala keindahan. Akhlaknya al-Quran, memberi peringatan kepada manusia atas kelakuan mereka. Penyampai berita gembira dengan nikmat kasih sayang Allah serta pemberi peringatan azab pedih Allah s.w.t. terhadap sesiapa yang tidak menikuti risalah baginda. Namun, hanya orang yang buta dan tuli mata hatinya terus sesat kerana telah dihijab oleh Allah s.w.t. sehingga hari kiamat dan pasti mereka menerima azab yang sangat pedih.

Inilah kebodohan orang kafir yang menghina Allah dan RasulNya. Inilah kebongkakan orang kafir yang memandang hina umat Islam. Mereka bongkak dalam kebodohan, buta dan tuli hati mereka. Penuh dengan kegelapan dalam kesesatan dan Allah tambahkan lagi mereka kehinaan di akhirat kelak. Akibat kedengkian, dendam kesumat dan kedunguan mereka, akhirnya mereka hanyut tanpa bantuan dan perlindungan Maha Mengadili.

Filem FITNA menggambarkan secara jelas kepada kita bahawa terdapat golongan kuffar yang tidak melihat dan mengkaji Islam dengan mendalam secara ilmiah. Apatah lagi untuk menghayati kajian mereka. Perkataan dan pandangan mereka terhadap Islam sangat sempit dan hanya bersifat luaran, menuruti segala kehendak hawa nafsu mereka.

Serangan pemikiran terhadap umat dunia perlu dihadapi dengan jalan ilmiah dan strategi yang tersusun dari dari peringkat individu sehinggalah peringkat jemaah. Sebagai individu Muslim, perlulah perbanyakkan selawat dan kembali menghayati dan menghidupkan dengan bersungguh-sungguh sunnah Rasulullah s.a.w. Mempelajari dan mendalami sirah kehidupan Rasulullah s.a.w. Bagaimana kita mampu mempertahankan Islam dan Rasulullah s.a.w. sekiranya dalam diri kita masih kikir dengan ilmu sirah Nabi dan fakir dengan amalan sunnah baginda? Inilah kelalaian kita! Kelalaian yang akhirnya melemahkan peribadi kita pejuang risalah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.

Organisasi-organisasi dan pertubuhan-pertubuhan Islam perlu lebih aktif dan kreatif dalam menyampai dan memberi gambaran Islam yang sebenar kepada umat dunia. Bukan hanya di kalangan umat Islam sahaja, tetapi perlu diperluaskan ruang lingkupnya kepada bukan Islam. Mereka harus tahu bagaimanakah ajaran al-Quran yang sebenarnya dan bagaimanakah peribadi manusia mulia yang diutus membawa risalah tersebut sebagai bukti indahnya Islam ini.

Forum, perbincangan dan edaran risalah perlu dilakukan. Di pejabat-pejabat, kampus-kampus, masjid-masjid, dewan-dewan orang ramai, pasar-pasar, tempat-tempat awam dan sebagainya. Negara kita Malaysia negara yang majmuk. Oleh kerana Islam itu syumul, maka dakwah kita juga perlulah syumul. Menghadapi mansyarakat dan merapati mereka. Masuk ke dalam kelompok mereka. Tidakkah dahuluRasulullah s.a.w. masuk ke tengah-tengah masyarakat musyrik Mekah untuk berdakwah kepada mereka? Mengapa kita tidak mahu menggunakan sebaik mungkin peluang daripada perubahan situasi politik negara kita sekarang?

Penghinaan terus menjadi. Fitnah terus berleluasa, semakin besar, semakin marak apinya. Inilah ia zaman fitnah dan huru hara. Jolokan kepada dunia akhir zaman. Walau apa pun yang terjadi, Islam wajib dipertahankan dengan segala qudrat, harta dan darah. LAWAN TETAP LAWAN. Tapi persoalannya, sejauh manakah persiapan dan bekalan diri kita untuk menghadapinya??

Comments