Assalamualaikum.
Beberapa minggu yang lalu, kerana mahukan sesuatu yang lain dan ingin mencuba sesuatu yang baru, disamping minat memasak, maka resepi keli salai masak lemak ini telah disajikan sebanyak dua kali. Kedua-duanya versi bandar iaitu versi BBB dan KL.
Ikan keli salai yang sedap adalah apabila ia disalai di atas bara yang tidak terlalu besar, sekadar berasap-asap. jika sehingga ada api atau bara yang terlalu kuat, maka ikan keli tersebut bertukat menjadi ikan bakar. Kelebihan salai ia mempunyai aromanya yang tersendiri dan aroma itulah yang membangkitkan selera menjadikan trademark bagi mana-mana resepi 'salai'.
Saya jarang berkongsi resepinya kerana di luar sana, laman-laman banyak berkongsi resepi ini. Asalnya jiran yang suka masak daging salai masak lemak. Tetapi kerana daging agak mahal, maka ditukar dengan ikan keli, Ada duit lebih baru buat daging pula.
Apa yang penting, guna kunyit hidup.
Daun kunyit penting untuk naikkan bau.
Gunakan campuran santan dan lebihkan susu sejat cair, untuk kurangkan kolestrol.
Tambahkan aksersori agar dapat dialih pandangan pada kan sahaja.
Jadi saya hanya berkongsi gambar-gambarnya sahaja.
Jika blog ini menayangkan gambar-gambar makanan yang mungkin boleh menyebabkan ada yang terliur, ia hanya sekadar untuk berkongsi. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk ya. Yuk!!
Di bawah ini ikan keli salai masak lemak versi BBB.
Arang yang digunakan adalah lebihan semasa berkelah bakar ayam di Tanjung Biru, Negeri Sembilan beberapa bulan yang lalu.
Di bawah ini pula ikan keli salai masak lemak versi KL.
Arang yang digunakan adalah lebihan daripada bakar kambing dan ayam, makan ramai-ramai dengan mak ayah dan adik-beradik.
Hitam-hitam itu adalah fungus hitam. "Saya suka, saya suka", bak kata Memey.
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit menuntut atau belajar dan terus belajar untuk masak. Terima kasih kepada isteri yang jadi assistant 'selesaikan' sehingga terhidang atas meja. ^_^
Kena buka restoran atau catering ni.
Hidup dalam mencari..
Bandar Baru Bangi,
14 Jamadil Akhir 1436H.
Comments