Ramadhan 1431 H dan Kemerdekaan ke-53

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan tetamu mulia pembawa rahmat dan keberkatan, Ramadhan Kareem atau Ramadhan al-Mubarak. Istilah yang kedua sering digunakan di Malaysia dan istilah pertama merupakan istilah umum yang kedenagaran dan kedapatan di mana-mana sahaja.

Sekiranya penulis tidak silap, tahun ini masuklah tahun kedua Malaysia menyambut hari kemerdekaanya dalam bulan Ramadhan. Pastinya kita sebagai rakyat Malsysia yang beragama Islam perlu menggunakan peluang keemasan ini sebaik mungkin kerana untuk bertemu kembali bulan kemerdekaan tanah air kita dengan bulan Ramadhan pastinya perlu menuggu satu tempoh yang lama lagi.

Apakah erti kemerdekaan?
Kemerdekaan merupakan sebuah kata keramat yang sangat memberi kesan kepada perjalanan sejarah sesebuah ketamadunan dan ianya menjadi titik ukuran dalam menghayati sejarah negara. Perbandingan pasti akan dilakukan antara keadaan sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. Perbezaan dalam bentuk ekonomi, pemerintahan, sosio-budaya dan sosio-ekonomi, pendidikan, penghayatan agama, penghayatan patriotik dan sebagainya.

Namun apakah nilai dan eri kemerdekaan sebenarnya?
Pernah penulis membaca sebuah dialog kartun yang mana seorang sahabat bertanya sahabatnya yang lain berkenaan kemerdekaan. Sahabat tersebut menjawab kemerdekan baginya apabila dia selesai berjaya menjawab soalan peperiksaan. Lantas sahabat yang bertanya tadi terus menjawab bahawa kemerdekaan baginya adalah pelepasan daripada azab api neraka Allah SWT.

Pada pandangan penulis, kemerdekaan Malaysia yang kita rayakan dan bersama kita hayati ini merupakan sebuah kemerdekaan kepada sebuah 'negara bangsa'. Sebuah negara yang dicatat mendapat kemerdekaan melalui perundingan yang damai tanpa menumpahkan sebarang darah, berbeza dengan negara jiran Indonesia dan negara serantau yang lain. Walau hakikatnya sudah terlalu banyak darah yang mengalir. Sebuah negara yang mula dijajah pada tahun 1511 oleh pelabagai kuasa imperialisme barat dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, setelah 446 tahun dijajah.


Tunku Abdul Rahman ketika memberi amanat kemerdekaan di Stadium Negara 1957 mengatakan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara demokrasi yang berdaulat. Sebuah negara yang rakyat menjadi kuasa suara dan berdiri di atas kakinya sendiri sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat. Sehinggalah hari ini Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara demokrasi dengan raja berperlembagaan.

Akan tetapi, sejauh manakah Malaysia terus telah berdiri di atas kakinya sendiri? Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, Malaysia masih tidak mampu untuk mengubah dirinya daripada terikat dengan undang-undang atau perlembagaan yang dibuat oleh pihak penjajah. Mungkin ada yang melenting apabila ada golongan yang mempertikaikan kedudukan perlembagaan. Penulis juga amat tidak bersetuju dengan pihak yang mengatakan kononya menjalankan kerja mengikut perlembagaan, padahal dalam masa yang sama sebenarnya melanggar dan mencabul perlembagaaan. Bagaimanakah untuk bersama bertindak dengan kolektif atas perkara perlembagaan 3 (1) tersebut. Apabila Islam telah menjadi agama persekutuan, maka hendaklah segala undang-undang dan perlembagaan yang berkaitan dengan negara diberi nafas agama Islam. Bukan Islam sebagai atas nama agama persekutuan dalam skop yang kecil. Inilah pandangan seorang kerdil yang bukan mendalami ilmu undang-undang dan sejarah kenegaraan.

Melihat kembali erti kemerdekaan Malaysia, penulis yakin ia amat dirasai oleh golongan pendukung nasionalis atau pejuang pemikiran nasionalisme. Namun, pada hemat penulis golongan yang menjadikan Islam sebagai wadah semangat dan kefahaman serta teras kepada perjuangan kemerdekaan tidak akan dapat tidur lena dan tidak merasai nilai kemerdekaan yang sebenar selagi mana khilafah Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada 3 Mac 1924 tidak ditegakkan semula.

Jata Khilafah Uthmaniyah

Inilah wasiat dan warisan permata junjungan mulia Muhammad SAW, bersama sahabat baginda dan pejuang Islam yang terdahulu mengerah keringat mendirikan sebuah negara dan khilafah Islam. Inilah juga sebanarnya kehormatan ummah atau umat Islam. Selagi Islam tidak didirikan sebagai kuasa dan dijadiakan sebagai cara hidup yang syumul, selagi itulah umat Islam pada hakikatnya terus dipijak dan dihinjak penuh kehinaan.

Penjajahan minda
Sehingga ke hari ini, walaupun Malaysia dan negara-negara yang pernah dijajah telah merdeka di atas surat perjanjian atau lakaran sejarah, namun sebenarnya meraka masih dijajah. Sebagai contoh, rakyat Malaysia masih dijajah pemikiran mereka sistem undang-undang milik England yang masih digunapakai oleh Malaysia sekarang kononnya adalah sistem yang terbaik mengikut peredaran zaman. Dari sudut badan kehakimannya, ekonominya, politiknya, pengurusannya dan sabagainya. Penjajahan ini menyebabkan mereka memandang fundamental Islam merupakan asas yang jumud dan ketinggalan zaman. Dalam masa yang sama, golongan tradisinalisme pula menerima segala perbaharuan sekeliling sehingga menyebabkan pandangan mereka terhadap Islam begitu liberal.

Antara penjajahan minda yang berlaku sejak kebelakangan ini ialah rakyat Malaysia sudah terlalu dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Daripada hiburan kepada setinggi-tinggi peringkat manusia sehinggalah kepada serendah-rendah umur kanak-kanak. Golongan dewasa didedahkan dengan pelbagai program anugerah lagu dan pelakon. Golongan remaja pula disediakan platform artis dengan lahirnya pelbagai program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Tunjuk Ajarku Sifu dan lain-lain. Malah di peringkat kanak-kanak pula disediakan pentas bintang kecil dan sebagainya. Hiburan seolah sudah tepu di benak pemikiran golongan sasaran. Tidak hairanlah penulis pernah membaca sebuah blog yang menyatakan kekesalan dan kekecewaanya apabila rakyat Malaysia sibuk mencari Akademi Fantasia dan Bintang Kecing, tetapi Indonesia sibuk mengadakan program Pidacil. Walaubagaimanapun, beberapa perubahan baik telah berlaku dengan adanya Akademi Quran, Akademi Imam dan lain-lain rancangan yang sepertinya.

Apabila hiburan terlalu dihidangkan, maka rakyat akan leka dengan hiburan dan dunia fantasi mereka. Terlalailah mereka daripada permasalahn sosial yang semakin teruk. Keprihatinan terhadap pembelajaran dan pembentukan akhlak anak-anak. Terlupalah mereka dengan tuntutan Islam dalam kehidupan seharian. Maka, dengan ini hilanglah perihatin rakat terhadap isu kemanusiaan, penghayatan Islam dan pembentukan diri ke arah memperjuangkan hak rakyat dan tuntutan semasa.

Bila harga gula naik, rakyat akan risau memikirkan tentang gula. Bimbang memikirkan bagaimana untuk mendapatkan atau menuju kepada pendapatan yang lebih tinggi untuk menyara kehidupan. Sedang mereka serabut memikirkan semua ini, maka terlupalah mereka sebentar dengan korupsi yang berlaku, penyelewengan, permainan duit politik dan sebagainya.

Inilah juga yang berlaku di Mesir. Bagaimana pemimpin Mesir mengawal minda rakyatnya daripada sebarang gelombang kebangkitan yang besar. Caranya ianya Mesir terus menerus menyedidakan kehidudan yang sukar kepada rakyatnya. Taraf hidup yang semakin tinggi, namun pendapatan isi rumah masih tidak meningkat. Walaupun meningkat, hanya sedikit. Pengelasan penduduk (kasta) masih wujud dan tidak mampu membasmi kemiskinan secara menyeluruh. Apabila ini berlaku, rakyat Mesir tidak banyak berbicara tentang apa yang kerajaan telah buat, polisi-polisi kerajaan dan sebagainya. Mereka tidak mahu berfikir tentang semua ini kerana mereka lebih memikirkan semangkuk nasi untuk dihidangkan kepada keluarga mereka pada waktu malam nanti.

Penjajahan minda atau pengawalan minda bukanlah sesuatu yang baru. Ia berlaku secara tidak sedar dan kita boleh melihat dengan lebih jauh mengenainya melalui siri-siri The Arrivals, Phase 3, The Freemasonry dan lain-lain daripada wakeup project. Antara lain, kita boleh melihat apa yang belaku di India. Di dalam sejarah Tanah Melayu, India sering dikaitkan sebagai salah sebuah pusat pentadbiran England suatu ketika dahulu yang terletak di Goa. Penjajahan England terhadap India lebih dahulu dan lebih lama berbanding Malaysia. Dalam erti kata lain, penyaluran pemikiran barat telah terlebih dahulu tersebar di kalangan rakyat India. Kerana itulah dalam siri ilmu sains, India lebih menyanjung dan membesarkan kemajuan barat. Mereka kagum dengan kemajuan tersebut dengan cara meletakkan pananda aras kemajuan berdasarkan apa yang dikecapi oleh barat.

Akhirnya, India tidak mampu mencipta satu penemuan baru dalam bidang sains contohnya. Mereka hanya mempergunakan ilmu sains tersebut tanpa berfikir di luar kotak kerana kononnya ilmu sains tersebut telah up to date di seluruh dunia. Berkekalanlah mereka sebegitu tanpa ada penemuan baru daripada pihak meraka sendiri dan berterusanlah kemunduran rakyat mereka. Penghasilan mereka sama dengan negara lain yang melihat barat sebagai kiblat kemajuan. Baru-baru ini penulis melihat sebuah filem box office India yang bertajuk Three Idiots. Bila melihat sehingga akhir, serba sedikit fakta yang penulis terima berkenaan India terakui kebenarannya. Berkenaan pengelasan rakyat, sistem pendidikan, kiblat ilmu mereka, pemikiran mereka dan lain-lain.

Berbeza dengan Jepun. Melalui kemajuan yang mereka terima daripada barat, mereka telah mencipta satu penemuan baru. Sebagai contoh, orang barat memakan roti, tetapi orang Jepun memakan nasi, sama seperti Malaysia. Maka, untuk mengaplikasikan kemajuan tersebut, mereka mencipta periuk nasi elektrik yang lebih cepat untuk masak dan memudahkan bagi sesiapa yang tidak pandai masak nasi secara manual. Hasil daripada Dasar Pandang Ke Timur, maka Malaysia pun menerima kemajuan tersebut dan tersebarlah periuk-periuk nasi elektrik di Malaysia.

Kesedaran dan kehendak
Kita telah tahu bahawa penjajahan secara pemikiran sedang berlaku dan terus berlaku. Cuma adakah kita mengambil berat mengenainya? Kelalaian yang telah dilakukan oleh pihak musuh terhadap diri kita perlulah kita sedar awal dan bersedia untuk bertindak. Masa sekarang adalah masa bertindak dan bukan retorik teori semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak seringkali menyebut kolektif dan signifikan. Namun sesetengah perkara dan permasalah mungkin terlepas pandang untuk mengaplikasikan kalimah tersebut. Kerajaan Malaysia melalui beberapa badan dan kementerian kononya menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kes buang anak, anak luar nikah, gejala sosial, rogol dan pelbagai kes jenayah lagi. Tetapi cara mengatasinya tidak dilakukan secara kolektif melalui cara dan saluran yang signifikan terhadap permasalahan tersebut.

Sebagai contoh, kes buang anak dan anak luar nikah. Ia pastinya berlaku kerana beberapa faktor luaran dan dalaman. Antara faktor dalaman ialah kurangnya kefahaman agama dan tidak mampu mengawal nafsu. Faktor dalaman ini berpunca daripada beberapa faktor luaran seperti kelekaan ibubapa menerangkan cara hidup Islam yang sebenar, tersebar luasnya bahan pornografi yang mudah diakses dan didapati. Selain itu, terpengaruh dengan cara hidup barat dan rakan-rakan yang juga terpengaruh. Juga terkesan dengan budaya sekeliling.

Ia berbeza antara kalimah mencegah dan mengubati. Permasalahan buang bayi dan anak luar nikah bukan dengan cara mewujudkan 'sekolah mengandung', pemberian kondom percuma, pembelajaran seks sihat dan penjagaan wanita yang hamil luar nikah ini sehingga mereka bersalin. Akan tetapi, cara megatasinya perlulah bermula di peringkat akar umbi. Kawasan pembiakan pokok pisang liar di hutan tidak dapat dihapuskan melainkan ianya ditebang termasuk akarnya sekali. Dalam erti kata lain, pokok pisang tersebut perlu dicabut atau dicantas sehingga akarnya. Sekiranya ia ditebang atau dicantas di bahagian tengah, nescaya selepas dua minggu keadaan tidak akan berubah. Pokok-pokok pisang baru akan tumbuh di batang pokok yang telah ditebang setengah.

Penyelesaian secara kolektif perlu digiatkan. Kita mahukan anak muda-muda yang terhindar daripada pergaluan bebas untuk mengelakkan mereka terjebak dengan perlakuan seks bebas, tetapi dalam masa yang sama kita mengiklankan kehidupan pergaulan bebas melalui drama, filem hatta dalam rancangan realiti. Seperti di Akademi Fantasia, lelaki dan perempuan dengan tanpa halangan dan segan silu bertepuk tampar dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Filem-filem luar yang ada adegan panas kadang-kadang tidak dipotong bahagian panas tersebut. Malah penerbit filem negara sendiri ada yang sudah mula berjinak dengan 'cara' barat ini.


Apabila diadakan konsert besar-besaran, lelaki dan perempuan bercampur. Di sebuah padang yang diadakan konsert, lelaki perempuan berdiri berhimpit. Tidak mustahil di waktu tersebut ada yang mengambil kesempatan bersama pasangan mereka atau selepas konsert di tempat yang difikirkan selamat. Ketika musim menyambut detik jam 12 kemerdekaan dan tahun baru, situasi yang sama berlaku. Maka tidak hairanlah apabila kes anak luar nikah dan buang bayi meningkat dengan mendadak ketika sembilan bulan selepas 31 Ogos dan 1 Januri setiap tahun. Termasuk statistik terkini pada tahun 2009.

Bukan pembelajaran seks sihat yang perlu diajarkan, tetapi penggubalan semula sistem pendidikan agama dan menengah. Penghayatan semula cara hidup Islam yang sebenar. Bukan kondom percuma yang perlu diberikan, tetapi risalah dan buku-buku kecil percuma mengenai batas pergaulan lelaki dan perempuan di dalam Islam. Bukan sekolah mengandung yang perlu ditubuhkan yang kononya 'idea cerdik' pemimpin, tetapi penubuhan pusat penjagaan, pemeliharaan dan pengajaran yang didasarkan dengan kefahaman Islam yang lebih sebenar.

Islam sebagai penyelesaian
Saya yakin, orang yang mengeluarkan dan mengatakan idea-idea pelik ini tahu akan keadaan sebenar yang berlaku. Kerana jikalau tidak, atas sumber apakah mereka mengeluarkan idea tersebut? Cumanya mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham bahawa cara tersebut bukan cara penyelesaian yang kolektif dan signifikan. Hanya mahu 'melepaskan batok di tangga'. Bukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mereka rujuk sebagai penyelesaian, bukan juga Majlis Agama Islam Negeri mereka mengambil pandangan. Tetapi pendapat dan pandangan yang digunapakai berdasarkan pendapat Sisters In Islam, Islam Liberal, IFC dan sebagainya.

Apa yang digunapakai adalah idea pemimpin yang berkuasa untuk melaksanakan apa sahaja walaupun idea tesebut hanya 'sekadar' untuk menunjukkan mereka prihatin dengan keadaan dan masalah semasa. Bukan berdasarkan kepada keinsafan, pengahayatan dan kefahaman terhadap tanggungjawab yang rakyat telah pilih. Amat rugilah Malaysia dan segala generasinya apabila mempunyai pemimpin yang sebegini.

Semoga kita menghayati erti kemerdekaan atas dasar penghayatan Ramadhan. Semoga Islam akan kembali kerana 'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam'.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

(Surah Ali 'Imran 3:134-136)

1 Ramadhan 1431 Hijrah.
Hidup dalam mencari...

Comments