Al-Fatihah Kepada Syeikh Muhammad Syed Tantawi, Syeikhul Azhar.

Hari ini seperti kalut sedikit.

Beberapa perkara yang telah dilakukan tadi terjadi banyak kesilapan dan kesalahan.

Hari ini (10 Mac 2010) telah kembalinya ke pangkuan Rabbul Izzati seorang ulama' agung, Syeikhul Azhar, Syeikh Muhammad Syed Tantawi di Riyadh, Arab Saudi kerana mengalami sakit jantung.

Terkenang aku beberapa lagi muka ulama' yang semestinya kerinduan terhadap mereka sangatlah tebal dan semakin menebal. Syeikh Ali Jum'ah, Syeikh Usamah Al-Azhari, Syeikh Jamal Farouq, Syeikh Ahmad Hajani, Syeikh Dr. Yusri dan selain mereka.

Tidak aku nafikan, sejak pergi ke Masjid Al-Azhar minggu lepas, keinginan untuk ke sana kembali semakin menebal. Namun, kekangan masa dan sedikit tanggungjawab menghalang. Melihat wajah mereka, menyentuh tangan mereka, merasai jari jemari mereka..

Al-Fatihah...

Ya Allah,
Kau sampaikanlah aku kepada mereka,
Dengan berkat mereka dan rahmat-Mu.

Ya Allah,
Sungguh merekalah pewaris para Nabi,
Menjalankan perintah-Mu,
Menyuruh kebaikan,
Menegah Kemungkaran.

Ya Allah,
Di mana kedudukanku berbanding mereka,
Merekalah golongan mutaqarrabun terhadap-Mu,
Mereka syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
Kau pautkanlah hati-hati kami dengan mereka,
Merasai kehadiran Rasul-Mu Al-Amin,
Teguhkanlah kami di atas jalan-jalan mereka.

Ya Allah,
Betapa agung rahmat-Mu,
Naungilah kami bersama pewaris kenabian ini,
Moga kami sentiasa menyusuri mereka,
Mengikuti langkah mereka,
Hidup dan mati,
Melalui jalan Nabi-Mu,
Yang dibawa oleh mereka..

Ya Allah,
Berikan kekuatan untuk terus istiqamah..

Hidup dalam mencari..

Comments

mfk said…
Al-fatihah...
(-_-\)