Fenomena Fotografi

Me?

Mengambil gambar bukanlah sesuatu yang menyukarkan. Malah kanak-kanak kecil juga mampu memetik butang capture andai diberi kepadanya kamera dan disuruh untuk menangkap gambar. Namun begitu, hakikat setiap gambar yang diambil akan melambangkan sebuah inspirasi tanpa disedari.

Kelainan sudut dalam sesebuah gambar yang ditangkap menggambarkan fenomena emosi dan kekreatifan akal orang yang menangkapnya. Keadaan sesuatu gambar yang diambil dengan gabungan latar warna dan cuaca adalah kerana ingin mempersembahkan 'mood' si penangkap gambar atau 'mood' suasana yang dipilih.

Ulangtahun yang ke-3

Apabila berjaya menangkap sesebuah gambar yang lain dan sering berbeza daripada yang sebelumnya akan memberikan suatu kepuasan. Puas memberikan 'sesuatu' sebagai hadiah kepada diri dalam mencari diri dan alam. Kepuasan yang hanya akan dirasai kepada orang yang benar-benar meminati bidang ini. Aku masih belum menemuinya...

Expert Games '09

Besi, tumbuhan, manusia dan langit

Jantung pisang, rindunya bersama budu...

Dalam setiap gambar yang diambil, pastinya si penangkap gambar mempunyai masej yang tersendiri yang ingin disampaikannya melalui gambar yang ditangkap. Seperti gambar daripada jurugambar yang masyhur hasil daripada tangkapannya, Kevin Carter. Membawa masej kemanusiaan yang menjurus kepada keadaan kemiskinan rakyat Afrika. Dikatakan, hasil gambar yang ditangkapnya menerima pelbagai komen. Sebahagian memujinya kerana berjaya mengambil gambar tersebut bagi menyatakan kepada dunia dalam mesej kemanusiaan. Namun sesetengahnya mengutuk kerana beliau tidak menyelamatkan kanak-kanak kecil yang tunggu untuk dimakan oleh burung ereng. Akibat tertekan akhirnya beliau membunuh diri.


Kevin Carter 1994 Pulitzer Sudan

Pelbagai lagi contoh masej selain daripada kemanusiaan seperti alam semulajadi, sifat alam, pewarnaan, gambaran perasaan dan sebagainya. Setiap manusia pastinya mempunyai akal, perasaan dan emosi. Gambar-gambar mampu menyampaikan masej tersendiri yang amat mudah untuk terkesan lebih-lebih lagi dalam bentuk kemanusiaan.


Selain itu, gambar mampu memberi dan menyampaikan maklumat kepada diri seseorang dalam memberikan sesuatu kesimpulan terhadap perkara yang berkaitan dengan kejadian tertentu atau yang dialami oleh dirinya secara peribadi. Selagi ianya tidak melanggar batas agama, selagi itu fotografi harus dijadikan wasilah dakwah Islam yang berkesan. Penggunaan tayangan gambar di dalam ceramah-ceramah motovasi, ceramah kesedaran akhlak dan pelabagai lagi mampu membawa audiens bersama-sama menyelusuri dan mengahayati fenomena dan suasana gambar-gambar tersebut.


Gambar-gambar mampu memberi kesan yang mendalam kepada semua tanpa mengira usia, kedudukan dan pangkat berdasarkan fenomena gambar yang diambil bersama situasi semasa gambar tersebut dipersembahkan. Dalam kebanyakan perkara, fitrah kejadian akan mendahului dan memenangi tempat dalam jiwa manusia. Akhirnya jiwa manusia tadi akan menerima fitrah kejadian dirinya dan hakikat kuasa yang mentadbir alam maya ini.


Maha Suci Allah SWT yang telah menjadikan emosi, perasaan dan akal manusia ini sangat unik dan akhirnya menjurus kepada akidah yang sejati dan pengabdian yang hakiki.

Hidup dalam mencari...

Comments