Resepi Brown Rice: Nasi Goreng Ikan Masin Cili Padi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa menjak menjadi subjek untuk kajian atau istilah lainnya mungkin bahan eksperimen oleh sekumpulan penyelidik, maka diberikannya secara berkala bekalan beras perang atau brown rice. Pada peringkat awal-awal dahulu, mereka memberikan beras putih disertakan bersama sebuah  rice cooker jenama Jiashi model JSW-6661B. Seingat-ingat dua kali diberikan beras putis, kemudian beras perang ini sehingga sekarang.

Ini antara gambar yang diperoleh dari internet.

Kajian ini dilaksanakan dengan kerjasama Taylor's University, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), University of Nottingham dan  Institute for Medical Research (IMR) serta telah diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, UPM dan UKM.

Asasnya beras mempunyai pelbagai jenis dan warna. Entri kali ini tidak membicarakan dengan panjang berkenaan beras atau beras perang sebab tujuan utamanya lain. Tujuan hari ini ialah berkongsi resepi atau penyediaan menu untuk beras perang.

Manakan tidak, beras perang ini boleh dikategorikan sebagai 'rare' dan boleh jadi tidak sama cara penyediaan menunya seperti beras putih biasa. Gambar beras yang diperoleh di atas adalah dari internet iaitu  bersumberkan artikel bertajuk Chemical Compositions and Physical Properties of Selected Malaysian Rice: A Review. Jika ditenung dari gambar-gambar ini, boleh jadi beras yang dibekalkan ini adalah dari jenis Red Cargo Rice. Sebegitulah warnanya dan bentuknya.

Gambar jenis beras dan warnanya.

Daripada carian internet, red cargo rice ini ialah sejenis beras bijirin berbentuk panjang tanpa gluten (non-glutinous) yang serupa dengan beras perang yang lain, tanpa digilap menjadi putih. Warna beras adalah merah atau ungu atau merah meroon. Namun apabila dibuat lagi carian ia hampir sama dengan Bhutanese Red Rice dan Primera RiceSekam bijirin daripada beras jenis ini dikeluarkan semasa proses pengilangan. Hasilnya ia tetap mengekalkan semua nutrien, vitamin, dan mineral secara sempurna tanpa dimusnahkan dalam lapisan bran dan germ (embryo).

Di bawah ini adalah struktur sebutir beras.


Beras perang ini telah dimakan beberapa kali. Namun dalam tempoh sebulan ini terdapat satu lagi kajian susulan berkenaan pemakanan beras perang ini dalam tempoh sebulan lagi. Kajian ini mengkehendaki suatu perjumpaan secara berkumpulan untuk masing-masing berkongsi pengalaman pengambilan peras merang ini sebagai menu menggantikan beras putih biasa. Maka dikongsikanlah cara masakan atau menu atau resepi yang boleh dicuba. Idea menu adalah berdasarkan contoh dari internet atau inspirasi sendiri mana yang mungkin berkenan dek tekak. Beras ini mempunyai bau yang agak kuat, struktur yang berbeza dan kesan rasa yang juga berbeza di lidah.


Dikongsikan Nasi Goreng Ikan Masin Cili Padi..

Bahan-bahannya mudah sahaja untuk ditumis iaitu bawang merah, bawang putih, ikan masin, cili padi atau cili kampung dan sedikit garam. Ikan masin diambil isi sahaja. Sedikit garam ditambah berkemungkinan rasa masin dari ikan masin tidak mempu menyimbangkan perasa nasi goreng. Perasa ditambah dan digoreng sebiji telur goreng mata kerbau sebagai sedikit lauk. Hasilnya, nasi goreng ini telah habis dimakan.

Disebabkan rasa dan baunya yang agak ketara berbanding beras biasa, maka cara masakan bertujuan mengurangkan bau dan menyembangkan rasa agar tidak terlalu ketara atau kuat.

Sekian setakat ini.

Hidup perlu bersyukur..

Bandar Baru Bangi,
25 Rabi'ul Awwal 1444H.

Comments