Kelebihan Memasak Sendiri dan Kerabu Mangga

Aktiviti memasak bukan terhad kepada wanita sahaja. Malah ramai golongan tukang masak yang profesional terdiri daripada kaum lelaki. Memasak sendiri sama ada di rumah atau lebih sedang dengan memasak sendiri dalam sesuatu keadaan mempunyai banyak kelebihan. Terdapat beberapa kelebihan apabila seseorang lebih memilih untuk masak sendiri.


Antara kelebihan memasak sendiri ialah:

1) Memberi kepuasan

Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri terhadap sesuatu yang hendak dimakan atau diminum. Citarasa bergantung kepada ingatan seseorang terhadap sesuatu makanan yang pernah dimakan, keadaan kesihatan, latar belakang keluarga yang membentuk sesuatu kebiasaan atau adat, atau mungkin citarasa boleh berubah dalam sekelip masa.

Kerabu Mangga

Kepuasan tidak hanya diperoleh disebabkan memenuhi citarasa, tetapi disebabkan oleh minat atau hobi. Seseorang yang melakukan sesuatu yang diminatinya pasti menjadikan ia dilakukan dengan sukarela dan hati yang tenteram walau tidak dinafikan boleh terjadi dilakukan dalam keadaan terpaksa dan tidak tenang.

Istilah kepuasan setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dan pastinya 'kepuasan' adalah kemuncak tertinggi terhadap sesuatu perbuatan yang telah dilakukan.


2) Meningkatkan kreativiti dan pengalaman

Tidak semestinya memasak sendiri boleh menjadikan sesuatu sajian lebih sedap, bernutrien dan lebih diterima oleh lidah. Kebiasaan, sesuatu resepi yang diikuti sama ada daripada buku atau internet telah diakui kesedapannya. Bahan-bahan yang tidak sama dengan resepi asal sama ada terlebih atau terkurang, cara memasak atau penggunaan alat yang tidak sesuai, juga faktor alam yang berlaku semasa memasak kadang kala hasil masakan tidak memberi pengalaman yang manis.

Namun, adatnya sesuatu perbuatan dilakukan secara berulang walau kerap berlaku kesilapan pastinya akan menuju ke ara lebih baik dan kesempurnaan. Alah bisa tegal biasa, practices makes perfect. Disebabkan lidah setiap orang berbeza, ditambah dengan citarasa berbeza dan mudah berubah, tahap kreativiti dan pengalaman boleh bertambah.


3) Menjimatkan perbelanjaan

keadaan ini pastinya akan berlaku. Tidak dinafikan harga makanan siap masak yang dijaul semakin lama semakin mahal. Adatnya begitu, harga bahan mentah semakin naik, keperluan seharian semakin seningkat, kos-kos lain kehidupan juga meningkat. Akhirnya tindakan menaikkan harga makanan tidak dapat dielak. Sebagai seorang pelanggan kita tidak boleh mempersoalkan sekiranya haraga sesuatu makanan itu dinaikkan atau tinggi, melainkan harga yang ditetapkan tidak masuk akal. Pilihan yang ada ialah, kita secara sukarela pergi ke kedai yang lain untuk membeli makanan. Merancang dengan keperluan semasa dan kemampuan sendiri adalah langkah yang bijak.


4) Mengekalkan kesihatan

5) Menjamin kebersihan

Memasak sendiri tidak menjamin mengekalkan kesihatan dan kebersihan. Ini kerana kesihatan seseorang sangat bergantung kepada cara dan gaya hidup seseorang. Walaupun di kedai menjual makanan yang asasnya sihat dan tidak memberikan kesan negatif terhadap badan seseorang, namun sekiranya cara pemakanan tidak betul ia boleh mengundang penyakit jua. Di rumah adalah tempat yang lebih privasi, kadang-kadang menjadikan ia tempat yang lebih bahaya dan berisiko kepada orang yang 'melantak' secara tidak sihat kerana mereka berasa selesa tidak ada orang lain yang melihat.

Menjaga kebersihan adalah penghayatan asas kehidupan dan keperluan kepada kehidupan yang sihat. Kesedaran sivik ini tidak membezakan sama ada sesuatu makanan dijual di kedai mahupun disediakan sendiri di rumah. Malah tidak dinafikan jaminan kebersihan dan kualiti sesuatu makanan lebih tinggi di kedai, restoran atau hotel kerana mereka ini memetuhi undang-undang dan peraturan operasi perniagaan serta sering dikunjungi oleh bahagian penguatkuasaan sama ada daripada kerajaan tempatan atau pusat berkenaan peraturan terhadap makanan ini.

Gambar di atas menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerabu mangga. Syukur dan terima kasih keizinan daripada jiran untuk 'menculik' mangga beliau. Dalam keadaan muda, ianya sangat masam. Hasil kerabu mangga yang dibuat memang sangat terada masamnya. Namun jika telah masak ranum, mangga jenis ini adalah yang paling didukai. Rasanya dimulai dengan rasa masam kemudian diadun dengan rasa manis. Mangga ini dipetik dari pokok  terus dibuat kerabu mangga dan bakinya diperam.

Hidup perlu bersyukur..

Bandar Baru Bangi,

6 Dzulqaedah 1442H.

Comments