Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebanrnya tidak mahu menangguhkan kemasukan entri ini. Malas nak simpan. Jadi masukkan jua ke dalam blog. Semuanya gara-gara memaksa diri untuk meng'update' blog ini kerana kekerapan yang sangat rendah untuk entri pada tahun 2019. Kerana kesibukan dan kekangan masa, walau semua itu sebenarnya hanya alasan.
Pada saya untuk 'update' blog tidaklah boleh seolah tanpa tujuan. Mesti perlu ada tajuknya, isinya, perbincangannya dan rujukan asas yang berkaitan. Tidaklah akan menyebabkan penulisan entri seolah-olah syok sendiri. Kerana berpegang kepada etika ilmu dan penulisan, maka kepala yang telah sibuk membaca, merujuk, mengkaji dan menulis kajian lain, menjadi sedikit kepenatan untuk mencari idea bagi sesuatu entri ke dalam blog.
...
Tempoh hari, ikan Lee Koh yang dibeli hanyalah dua ekor. Berbaki seekor ini saya buat bakar menggunakan rencah Ikan Bakar adabi. Manakala potongan ikan Jenahak yang telah dibeli lebih awal sebelum itu kemudiannya saya masak bakar dengan rencah masak stim limau. Insha Allah ada rezeki boleh berkongsi pula masakan ikan kerapu. Masakan saya kongsi hanyalah masakan biasa, namun kerana semangat nak 'update' blog ini, maka diraikan peranannya di alam maya.
Hidup terus mencari...
Bandar Baru Bangi,
4 Jamadil Akhir 1441H.
Comments