Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bahan-bahannya:
Terung panjang yang sederhana dibelah dua
Kendondong yang telah dibelah (direbus terlebih dahulu agar menjadi separuh lembut)
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk kari daging
Kerisik
Bahan tumis tiga serangkai
Udang kering
Santan pekat
Gula melaka
Cili kecil (pemedas)
Garam
Gula
Cara-cara:
Panaskan minyak
Tumis bahan tiga serangkai
Tumis bahan yang ditumbuk separa hancur (bawang merah, bawang putih, udang kering)
Masukkan serbuk kari
Tumis semua bahan tadi sehingga naik minyak
Setelah naik minyak
Tambahkan sedikit air
Masukkan santan, kerisik dan gula melaka
Masukkan terung dan kedondong
Masukkan cili kecil
Tambah garam dan gula seindah rasa
Tunggu sehingga bahan masak, terung menjadi lembut untuk dikunyah.
Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan ikan selar atag sardin yang digoreng rangup.
Perrrgghhh...
Hidup dalam mencari..
Kota Damansara,
27 Rabi' al-Akhir 1439H.
Bagi edisi santai hari ini, saya ingin berkongsi resepi masak pajeri. Idea ini timbul kerana di rumah terdapat lebihan buah kendondong yang telah dibelah. Beli di sebuah kedai yang agak murah harganya. Agar buah tersebut tidak rosak dan seterusnya membazir, maka semangat membuat pajeri membuak-buak. Akibat teringat masakan mak yang semestinya sentiada melekat di hari dan ingatan. Sebelum ini banyak dah gambar makanan diambil, tapi akibat guna telefon murah, memori bermasalah. Gambar tak dapat nak display.

Comments