Kek Coklat Moist

Assalamualaikum.

Beberapa minggu yang lalu, sebiji kek telah berjaya disiapkan dan dimakan. Kek tersebut diberi nama 'Kek Coklat Moist' atau nama Melayunya kek coklat lembab.

Pada asalnya, kek yang hendak dibuat adalah kek valvet. Tetapi kerana ianya agak remeh dan lebih banyak bahan yang perlu disediakan, akhirnya kek yang penuh kelembaban ini yang dibuat.

Setelah pada hari tersebut tiga kali keluar membeli bahan-bahan kek, Alhamdulillah kek ini telah siap pada jam 1:00 pagi. Haha.. Akibat pasaraya yang penuh, malas beratur, bahan tertentu yang tiada dan kekangan masa.

Resepi kek diambil dari blog ini. Cuma yang tidak dimasukkan ialah coklat emulco.

Baru saya tahu mengapa 'hantu coklat' seperti saya sanggup membeli walau harga agak mahal dan kenapa ianya mahal. Anggaran kos kek yang telah disiapkan tersebut melebihi RM 35. Wow.. Sebelum merantau dulu, biasa buat kek biasa je, tapi sekarang kena la upgrade kemahiran.



Walau saya lelaki, entah mengapa sangat minat memasak dan bidang masakan. Kalau ada peluang ke kursus chef dan pengurusan mekanan, pasti pergi punya. ^_^

Kek habis sudah, gambar je ada.


Gambar perempuan belakang tu macam tak sabar-sabar merasai kek yang sangat awesome ni..






Hidup dalam mencari..

Bandar Baru Bangi,
11 Jamadil Awwal 1436H.

Comments