Lakukan apa jua yang menenangkan dirimu,
Selagi ia tidak terlencong dan tersasar.
Zaman kanak-kanak memang menyeronokkan. You can do what you think it is good for yourself. Tidak kiralah walaupun pada pandangan orang bisa akan berkata "Isy, budak-budak ni.." Ini kerana, sudah sememangnya budak-budak.
Ingatan 1 (Curi minum)
Ingat lagi. Suatu hari tu, entah mengapa badan tidak larat semacam. Waktu asar. Emak sedang solat asar. Maka kaki melangkah ke bilik air. Menggunakan plastik aiskrim pop yang telah tinggal sekerat. Mengunci pintu. Buka kepala pili, menadah air. Dan akhirnya, tekak merasai betapa air paip itu sunggu sedap! Apa, curi makan? Tak pernah lagi..
Ingatan 2 (Main mercun dan meriam buluh)
Suatu ketika peperangan telah meletus. Di padang permainan, berlaku perang mercun. Menggunakan mercun roket dan 'thunderclap'. Memang meriah. Macam dalam perang sungguh. Seronok mendengarnya. Dan dengar desas-desus, ada mercun yang masuk ke dalam rumah orang!! Manakan tidak, rumah flat menghadap padang. Tidak kena 'musuh', masuk ke rumah orang..
Lagi semasa habis tadarus quran. Di surau lama. Bersama abang Izuddin anak kepada pakcik Osman. Adiknya bernama Nizam. Kepalanya memang gila-gila walaupun kaki surau. Umur emapt tahu lebih tua. Pergi bahagian belakang surau, di dinding longkang besar ada lubang saluran air. Masukkan mercun thunderclap. Tutup dengan batu (kot, sebab lupa). Kemudian bunyi berdesing...... pom!! Pergh, memang best.
Rasanya ketika di Sambest. Tingkatan lima. Di bangunan asrama. Dengan siapa, dah lupa. Beberapa ujikaji fizik dilaksanakan. Menggunakan tin biskut berpetak empat. Diletakkan di atas penghadang balkoni. Kemudian masukkan mecun bola dan... cepat tutup!!! Kebaboom!! Akhirnya, yang petak bertukar bulat. Kesian..dan terpelanting ke bawah.
Ketika kecil dulu, biasa di KL main mercun padi je. Sekali, bila balik kampung pakcik sedara ada mercun yang lebih besar. Mercun cina yang mereka guna untuk halau hantu. Memang best, sebesar-besar jari remaja saiznya. Digantung di daun pisang yang menjadi bahan ujikaji tahap keberkesanan dan kekuatan letupan. Pram, pam, pom, pom, pom, pom.. (dan setersunya bagi mercun yang masih belum meletup). Maka hasilnya, terkesian rasanya pada daun pisang tadi..
Sebenarnya mercun roket memang kurang best. Manakan tidak, ada yang jenis berbunyi ketika terbang. (Ketika itu hati berasa bahagia tidak usah dikata) Tapi tiba-tiba tiada letupan. Huh, frust betul.
Mercun mancis, mercun padi, mercun bola, mercun gasing, mercun thunderclap, mercun bunga, mercun gasing, mercun cili kering(?) dan pelbagai lagi. Ini yang selalu main, sebab itu ia diingati.
Bab meriam buluh, hanya mereka yang telah menapat pangkat kolonel dan ke atas sahaja. Kalau di kampung hutan pokok, maka meriam buluh. Kalau di bandar hutan batu atau bangunan, maka meriam paip. Jujurnya saya tidak pernah terlibat secara langsung, cuma pernah terlibat sedikit dengan belajar dan bermain meriam tanah.
Tapi kan, dewasa ini kemahiran mengendalikan mercun sudah tidak seperti dulu. Banyak anggota-anggota badan yang terpaksa di tanam terlebih dahulu sebelum kepala dan perutnya. Malah, tidak kurang yang tidak sempat hancur di makan ulat kerana telah terlebih dahulu handur di'makan' mercum dan meriam buluh. Apa yang penting, sendiri main, sendiri beringat..
Ingatan 3 (Tarawih, moreh dan tadarus)
Umur pun budak-budak lagi kan. Letih solat tarawih, daripada duduk bersahaja, lebih baik ukur tahap ketinggian orang yang sedang ruku' kan? Dari hujung saf sebelah kanan, sehingga hujung saf sebelah kiri. Siapa yang paling tinggi ruku'nya. Last-last ada pakcik tu tegur. Erk..
Pernahlah juga mengelat ponteng tarawih. Yelah, main mercun punya pasal kan. Tapi tak selalu. Mahu kena rembatan dan tengkingan big bos, ha, beranilah.. Tapi biasa ponteng selepas rakaat kelapan. Bila solat witir kian tiba, maka bergegas kembali ke surau. Nanti kantoi kan susah..
Memang bulan puasa bulan makan. Bukan bulan tahan makan. Sudah berbuka di rumah, tunggu pula moreh di surau. Jangan nk tipu, ramai orang akan lapar sesudah tarawih. Jadi tidak hairanlah, siapa pun peringkat umur mereka, kecil besar, tua muda, remaja dewasa, selepas solat mesti meluru ke hidangan moreh. Tapi biasa akan beri laluan kepada kanak-kanak dulu. Kemudian baru orang dewasa. Disebabkan ayah AJK masjid, maka selalu juga bersahur dengan makanan moreh. Kan tidak perlu susah-susah sediakan sahur.
Lepas moreh, jom kita tadarus. Makan moreh banyak maka bersusah-susahlah membaca quran. Perut penuh. Siapa join tadarus nanti akhir Ramadhan dapat duit raya dan sehelai kain pelekat seorang. Jadi, setiap tahun memang tidak beli kain pelekat. Bekalan percuma di bulan Rmadhan sudah mencukupi.
Di waktu mula-mula berjinak menunggang motor, waktu selepas tadarus adalah yang terbaik. Minta izin ayah nak guna motor, kemudian keliling taman. Mempelajari segala skil yang ada. Tidak cukup selepas tadarus, boleh tambah selepas solat subuh. Itu sebab sekarang sudah menjadi penunggang handalan dengan sekali kemalangan dan beberapa kali melanggar side mirror kereta orang. Bercita-cita menunggang motor besar..
Ingatan 4 (Sahur dan berbuka)
Sahur memang waktu yang paling rajin sekali untuk kelopak mata ini dibuka. Tidur menonggeng. Gerak sekali, tidur meniarap. Gerak sekali lagi, duduk bersila kemudian sambung tidur dengan memeluk bantal. Bila suara orang yang mengejut semakin meninggi, itu merupakan amaran awal. Maka bergeraklah ke bilik air. Kemudian, sambil-sambil buat urusan, sambung tidur lagi. Nasib tak pernah terpelosok kaki masuk ke dalam lubang yang penuh misteri itu.
Keluar bilik air menghadap pinggan. Sehebat mana dan sesedap mana pun lauk, ia bagaikan nasi putih bersama air masak sahaja. Kemudian sambung tidur lagi ketika menghadap makanan. Bila begitu, maka makannya pun sikit. Di kala siang, pandai pula merungut lapar. Baru padan muka..
Pernah sekali tu baru belajar puasa. Fuh, memang dasyat. Longlai macam orang tak makam sepuluh hari. Makan sekali muntah akibat angin. Maka terlepeklah di kerusi. Boleh pula gambar diambil. Mereka memang mahu mendajal diriku ini.
Buka puasa semua orang macam harimau kebuluran di tengah padang pasir sahara. Mak budak, ayah budak, budak-budak semua sama sahaja. Macam-macam bernafsu dan teringin. Tapi bila berbuka sedikit sahaja yang dijamah. Yang lainnya disimpat sebagai bekalan sahur. Tu la, lain lain kena sabar. Jangan diturut nafsu makan tu. Nanti banyak makan, banyak pula keluarnya. Berwaspada. Amalkan sunnah yang terbaik.
Ingatan 5 (bubur lambuk)
Aduh, memang terbaik. Di sini mana ada bubur lambuk. Masa kecil-kecil dulu, pergi solat asar pasti bawa bersama tupperware. Tidak pun, apa-apa bekas. Ada makcik yang malas ambil, senang-senang je diorang kirim. Lepas solat pergi beratur untuk ambil bubur lambuk. Tetapi disebabkan anak seorang AJK surau, kadang-kadang tu dapat pas VIP. Bukan beratur di luar, tapi siap masuk dapur laki. Ditambah dengan bawang goreng dan daun sup. Maka, kelihatan la wajah-wajah yang tak puas hati termasuk pakcik-pakcik. Ha, tu la. Lain kali kena la jadi AJK masjid, ok?
Tiba berbuka. Pertama makan kurma dulu. Minum air sikit. Kemudian jamah dulu bubur lambuk. dapat daging dua tiga ketul, memang terbaik. Kalau-kalau pakcik tukang masak tu buat bubur istimewa. Siap ada kacang dan udang. Lagi terbaik. Tapi Haji Nin telah lama meninggal dunia. Sedih sangat. Pakcik tu memang baik. Al-Fatihah..
Penutup
Kebanyakan ingatan ini adalah sekitar tidak melebihi dua belas tahun. Kecuali belajar menunggang motor sekitar umur empat belas ke lima belas tahun. Semua ini kenangan dalam sebuah kehidupan. Setap orang ada cerita masing-masing. Indahkanlah hidup ini seindah kehendakNya.
Tanta,
26 Syaaban 1432 H.

Comments