Agenda Yang Diperjuangkan

Assalamualaikum.

Baru-baru ini PAS telah mengumumkan resolusi tentang pengupayaan bangsa Melayu. Ini semua sebagai satu langkah 'penceritaan' semula kepada rakyat Malaysia umumnya dan kepada orang yang masih tidak kenal sejarah perjuangan PAS.

Alhamdulillah, sedikit respon baik daripada beberapa pihak. Namun, saya sebenarnya sangat berasa hairan dan sangat terguris hati. Adakah selama ini beberapa NGO gerakan Islam masih tidak sedar bahawa PAS telah berjuang untuk bangsa Melayu sejak sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi? Adakah mereka tidak tahu bahawa Melayu menjadi objek kedua selepas Islam dalam senarai perjuangan PAS?

Saya rasa bersyukur dan berpandangan positif dengan komentar Presiden ISMA yang meyambung baik tindakan pemerkasaan Melayu oleh PAS ini. Namun, seolah menyatakan selari dengan slogan ISMA. Mengapa ISMA tidak sedar bahawa PAS sejak dahulu perjuangkan Melayu?

Cubalah wahai semua pendukung IRC, JIM, ISMA, IKRAM, PEMBINA, HALUAN dan seumpamanya. Apakah tujuan dan matlamat pertubuhan anda semua?

Jika mahukan Islam, PAS sememangnya perjuangkan Islam. Jika mahukan Melayu, PAS sejak sebelum merdeka memperjuangkan bangsa Melayu. Lihat sahaja apa yang telah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Jika mahukan dakwah, sejak dahulu lagi PAS menggerakkan dakwah sebagai pilihan utamanya. Cuma dakwahnya tertumpu kepada kepimpinan negara dan di dalam jalan politik.

Mengapa anda semua tidak mahu mendukung dang menyokong PAS dalam erti kata sepenuhnya bersama PAS? Jika anda mahu mewujudkan dakwah kepada Melayu, mengutamakan Melayu dalam agenda penubuhan, bukankah ianya tidak syumul? Bagaimana dengan kaum lain dan masyarakat orang asli yang bukan Melayu? Bagaimana mereka ini perlu didakwahkan? Sekiranya anda mahu mengutamakan Melayu?

Lihat sahaja, antara prejudis bangsa lain seperti Cina dan India, mereka tidak mahu memeluk Islam kerana takut akan dilabel sebagai masuk Melayu. Lihat! Bukankah ini satu fenomena yang sangat tidak bagus. Kita mahu perjuangkan nilai Islam yang tulen dan dikembangkan kepada seluruh mad'u di Malaysia ini. Andai sekerat sahaja, mahu perjuangkan Melayu, ke mana pula agenda kita untuk tarik seramai mungkin yang bukan Islam memeluk Islam?

Sakit dada saya memikirkannya.

Sejak dahulu, saya membaca beberapa pandangan orang kuat ISMA. Mereka menulis siapah yang perlu diundi semasa pilihanraya. Antara PAS dengan UMNO. Antara PKR/DAP dengan BN. Namun akhirnya kesimpulan yang diberikan ialah kepada UMNO kerana melaluinya Melayu akan bersatu dan Islam akan dijulang.

Wahai orang yang masih tidak sedar. Lihatlah sejarah, beleklah sejarah. Singkaplah sejarah perjuangan UMNO dan BN ini. Mengapa anda semua masih tidak sedar bahawa perjuangan mereka sebenar adalah memperkasakan pemikiran penjajah?

Mengapa anda melihat langkah PAS terlibat di dalam politik ini sebagai langkah yang tidak boleh diterima. Kerana jika andai anda menerima, anda tidak akan menubuhkan kumpulan lain yang mendakwa memperjuangkan Islam dan Melayu.

Bersama di dalam PAS, memperjuangakan agenda Islam, keadilan, agenda Melayu, pemerkasaan ekonomi bumiputera. Ke mana halatuju anda sekalian wahai IRC, IKRAM, JIM, ISMA, PEMBINA dan HALUAN serta seumpamanya.

Anda berkata dakwah dan tarbiyah PAS tidak syumul dan mantap. Maka, mari bersama perkasakan PAS, bukan tubuh persatuan lain. Dahulu ada pihak yang mengatakan bahawa PAS tidak syumul kerana tiada agenda pemerkasaan ekonomi. Maka Al-Arqam ditubuhkan. Ekonomi Melayu seolah berjaya mendominasi. Wujudkan pelbagai cawangannya. Ada bas sendiri, kemudakan pengangkutan yang bagus. Ada siaran penerangannya sendiri.

Ini semua dilihat sebagai satu momentum baru kepada Melayu kerana dilihat berjaya memperkasakan Melayu melalui ekonomi. Namun, apabila terjadi kesalahan faham mengenai akidah, maka Al-Arqam digulingkan. Akhirnya semuanya digulingkan bersama dengan 'harapan' pemerkasaan ekonomi tadi.

Sudahlah kemunculannya memperkasa ekonomi boleh dilihat sebagai satu langkah yang sangat baik dan komprehensif. Akhirnya diharamkan keseluruhannya. Segala yang baik dari ekonomi itu juga semuanya telah bersama dikuburkan. Mengapa pendekatan ekonomi itu tadi tidak dijanakan kembali?

Saya ingin merujuk kepada sebahagian kenyataan yang dikeluarkan didalam web ISMA.

"Pendirian ini dilihat sinonim dengan perjuangan ISMA yang berslogankan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” yang memperjuangkan pembinaan jatidiri dan kesatuan bangsa Melayu bagi memperkukuhkan kedudukan agama Islam di Malaysia.

“Pendirian terbaharu PAS ini akan menambahkan lagi keyakinan ahli-ahli ISMA terhadap dasar perjuangan mereka”, tegas Ustaz Abdullah lagi.

Sebelum ini, ISMA telah menganjurkan dua program berskala besar dua tahun berturut-turut dalam menyuarakan agenda perjuangan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” iaitu Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA) pada Januari 2010 dan Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) pada Januari 2011."
Sumber.

Seolah menyatakan Melayu ini telah dahulu diperjuangkan oleh ISMA dan PAS menuruti dari belakang. Seolah PAS yang mengikut pendekatan ISMA. Seolah ISMA yang terlebih dahulu dan terkehadapan dalam perjuangan Melayu ini. Seolah ingin menunjukkan anda 'HERO' dalam agenda Melayu Islam.

Wahai IRC, JIM, IKRAM, ISMA, PEMBINA, HALUAN dan seangkatan dengannya. Sekiranya anda tidak mahu bergabung tersu dengan PAS kerana kononnya tidak mahu terlibat dengan politik yang menganggap bahawa plitik ini kotor. Kerana PAS lebih dominan dengan politik sehingga anda semua tidak sedar dengan agenda dakwah dan Melayu yang sejak awal telah dikumandangkan oleh PAS.

Berjuanglah anda kalian dengan penulisan, luahan idea, kajian, penyebaran kesedaran kepada rakyat umum kepada prinsip Islam yang sebanar. Tegurlah pemerintah dengan medium anda yang anda miliki. Teranglah kepada rakyat nilai dan erti keadilan, kesamarataan, demokrasi dan sebagainya dengan jelas kepada masyarakat. Kaitkanlah dengan berani fenomena yang berlaku sekarang dengan nilai realiti. Bukan sekadar konsep dan teori yang jauh dengan panggang realiti.
Nilailah kembali, adakah dengan perjuangan anda sejak dahulu membuahkan hasil yang baik kepada kesedaran terhadap Islam kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhan. Adakah perjuangan anda boleh membawa kepada pemahaman orang bukan Islam terhadap Islam yang sebenarnya? Akhirnya membawa peningkatan orang memeluk Islam di negara ini.

Anda berhempas pulas perjuangkan Melayu yang PAS pun telah perjuangkan. Anda mahu perjuangkan dakwah yang PAS pun telah laksanakan sejak dulu. Bolehkan anda fikir, apakah platform terbaik dalam menghadapi realiti pemerintahan pada hari ini, dalam memastikan Islam itu benar-benar diletakkan di tempatnya.

Baru-baru ini ada ahli koponen BN yang menghina dan mencela menganai Islam. Mengenai aurat dan hukum menyentuh dan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Di dalam kempen pilihanraya dalam seminggu ini, pihak pemerintah menggunakan gambar Anwar Ibrahim yang meliwat Tuan Guru Nik Aziz. Mengapa semua pertubuhan ini langsung tidak mengupas isu-isu ini? Mengapa semuanya diam? Sedikit komentar terhadap tulisan ini. Tolonglah jangan mengkaji hanya di hujung lalang, tapi kajilah struktur lalang dari hujungnya sehingga akar-akarnya.

Bangunlah dan sedarlah. Apa agenda anda sebenarnya. Kata-kata pemimpin hanya dalam isu-isu tertentu yang dilihat ada kepentingan sendiri. Bukan kepentingan Islam, Melayu dan kepentingan keadilan yang sebenarnya. Bukan kepentingan yang menyeluruh!

Sedarlah wahai anda semua. Apa kepentingan pada hari ini? Apakah keutamaan anda semua dalam perjuangan anda? Janganlah anda tanpa sedar sebenarnya pembantut berkembangnya Islam dengan sempurna.

Maaf, saya langsung tidak menyokong keyataan ini.


Menuggu bila tibanya kenyataan 'menegur' dan 'menasihati' oleh pertubuhan seperti JIM, PERKASA, ISMA, IKRAM terhadap pengikut pemerintah ini. Saya rasa ini bukan hanya isu politik, tetapi isu akhlak MELAYU/ISLAM yang diperjuangkan oleh golongan tersebut.



Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
25 Rabi'ul Awwal 1432 H.

Comments

Anonymous said…
kalau pembentukan hanya pada kepimpinan sahaja, mmg la xgerak org lain...
dan

adakah hanya dengan menyokong PAS baru boleh masuk syurga? adakah masuk ikram/ISMA/dll baru boleh masuk syurga?

keputusan ditangan Allah, bukan?

politik is not the only solution.
Islam itu syumul - jangan sempitkan pemikiran.

lg satu..
masalah zaman sekarang ni, orang2 atasan dalam mana2 organisasi kerajaan atau bukan kerajaan, politik terutamanya mahupun office sekecik manapun adalah suka kata-mengata, caci maki, mengumpat. mungkin sebabnya adalah kurang toleransi dan komunikasi.

masing2 dabik dada kata mereka yg betul, org lain salah.

maka, renung2 lah diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain
uhibbuka fillah said…
saya sebenarnya sedih bila ada suasana macam ni...dan saya harap semua yg baca juga turut berasa sedih...sedih bukan sebab x sokong pas atau isma atau ikram atau sebagainya...sedih sebab kita saling benci membenci, dan kata mengata(umum)...perkara yg kita lakukan bukan seperti apa yang kita faham dan apa yg kita sering katakan...

Apabila sesutu perkara itu telah berlaku (dengan tertubhnya NGO islam yg lain) tidak guna untuk kita mengeruhkan keadaan dengan dengan menyalahkan saudara islam kita selagi apa yg dibawa itu tidak melanggar syarak dan sebagainya.

mari kita sesama islam kembalikan perasaan berbaik sangka dalam setiap apa agenda yg dibawa sebab saya sgt yakin dan percaya semua NGO yg disebutkan ada kelebihan masing-masing...

jgn membuatkan hati kita tidak tenteram dengan memikirkan perkara yg kita sendiri sudah tahu boleh mengeruhkan keadaan selain menambahkan perasaan tidak sayang antara sesama muslim...

Setiap perkara yg berlaku itu ada hikmahnya yg Allah sahaja yg tahu...dan ingatlah syaitan akan cuba sentiasa menggoda manusia dengan pelbagai cara yg kita sendiri tidak sangka...ingatan utk diri saya sendiri...

semoga tulisan ini dpt beri manfaat...dan ini hanya tulisan hati saya sebagai seorang islam...jika salah saya sedia terima teguran...


-islam adalah cara hidup-

ALLAH AKBAR