Terima Kasih Daun Keladi

Salam sejahtera.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.

Semalam saya dimaklumkan oleh bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Muhyiddin Yasin melalui peruntukannya telah memberikan sebanyak RM 5 juta kepada penduduk flat Taman Melati. Flat yang berkaitan ialah sebanyak 55 buah bermula Blok A sehingga Blok E dan Blok F berhampiran kawasan Klang Gate. Saya tidak pasti bilakah pengumuman ini dibuat, kemungkinan sekitar sebelum Ramadhan lepas. Peruntukan tersebut termasuk membaiki bumbung, mengecat dan beberapa pemuliharaan lain.

Melalui maklumat yang saya pernah dengar melalui ayah saya, flat-falt ini mula dibina pada tahun sekitar tahun 1981. Flat terawal sebanyak 4 buah iaitu Flat B-1, B-2 A-13 dan A-14. Pada ketika itu bekalan elektrik masih belum dimasukkan. Generator perlu digunakan untuk mencerahkan kawasan flat ini. Dihidupkan sekitar jam 6 petang sehingga 6 pagi keesokannya (kalau tidak silap). Malah, ayah saya menceritakan bahawa pada ketika itu kawasan tapak pasar malam (yang ada sekarang) masih ada aktiviti mendulang bijih timah! Tidak muslahilah ayah mengetahui banyak sejarah kerana beliau merupakan orang yang terawal sampai di kawasan Taman Melati dan Kampung Wira Jaya (yang sekarang ini kebanyakan kawasan telah bertukar kepada Melati Utama) iaitu sekitar tahun 1975.

Di bawah ini adalah gambar kawasan dan flat yang merangkumi di bawah peruntukan RM 5 juta.

Flat A sehingga Flat E

Kawasan Flat F yang berhampiran dengan Klang Gate.

Terdapat juga gambar YB Muhyiddin Yassin di dalam majlis pemberian peruntukan tersebut. Tetapi akan di upload kemudian kerana simpanan di dalam komputer lain.

Semoga Allah memelihara Malaysia dengan Islam.

*Saya menginap di Blok B-1.

Hidup untuk Islam..

Comments