Malam Interaksi Pimpinan Tanta

TANTA, 28 Ogos - “Tak Kenal Maka Tak Cinta” itulah pepatah melayu yang selalu diungkapkan bagi seseorang individu atau mungkin juga diguna pakai dalam sesuatu program suai kenal antara dua pihak.

Maka bertepatanlah dengan ungkapan tersebut dengan program yang dianjurkan oleh DPMT malam tadi iaitu Malam Interaksi Pimpinan 2010 (MANTAP ’10).

Tujuan dianjurkan program tersebut adalah untuk merapatkan lagi ukhuwwah di antara pimpinan dan juga ahli Tanta serta mengenali pimpinan lebih dekat lagi.


Selain itu juga, program ini dianjurkan bertujuan untuk menerangkan struktur organisasi baru dan gerak kerja akan datang setiap unit. Program yang bermula selepas solat terawih itu, telah dirasmikan oleh Saudara Mohd Sulaiman Ismail selaku Pengerusi DPMT 2010/2011.

Kad Raya Aidilfitri 1431 Hijrah AJKT DPMT.

Antara ucapan beliau ialah tujuan program ini diadakan dan pentingnya ada persefahaman diantara dua pihak samada dari pimpinan mahu pun ahli sendiri.

Sejurus selepas majlis perasmian, penyampaian cenderahati kepada perasmi yang disampaikan oleh pengarah MANTAP ’10, Saudara Hamizan Abdul Karim serta tayangan slide show MANTAP ’10 yang telah disediakan oleh Tanta Multimedia Centre (TMC) dan seterusnya sesi taaruf dan ramah mesra bersama AJKT DPMT 2010/2011.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyerahan watikah perlantikan kepada Penasihat 1 dan 2 DPMT, Ketua Unit Hisbah, Ketua Unit Bait Muslim, Juruaudit 1 dan 2 DPMT dan penghulu-penghulu setiap kamsis serta timbalan penghulu.

Saudara Mohd Faizol Endut memulakan sesi taaruf bagi Penasihat 1 dan Ketua Unit Bait Muslim diikuti taaruf setiap penghulu kamsis dan diakhiri dengan taaruf bagi Ketua Unit Hisbah DPMT, Saudara Muhammad Zahidi Mat Noh.

Sebelum majlis berakhir, ahli Tanta dihidangkan dengan tayangan slide show mengenai Taqwin separuh Penggal DPMT oleh Saudara Syed Nasiruddin Syed Othman, Setiausaha Agung DPMT dan persembahan nasyid Al-Irsyad Tanta yang juga merupakan Johan nasyid PMHK KEKAL'10 PMRAM di Dataran Asyir baru-baru ini.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan majlis jamuan Mee Bandung yang telah disediakan oleh Saudara Al-Azmi Rosdiyanto.

Sumber: 1 dan 2.

*Bagusnya, semuanya disebutkan nama.. (^_^) Mee bandung yang dimasak memang sedap!! Umph..

12 Syawal 1431 H
Tanta, Mesir.

Comments