Hidup biarlah berbakti.. (2)


Salam sejahtera kawan-kawan.

Ini gambar daripada Facebooknya selepas 13 jam daripada gambar terdahulu. Sebelum ini ada kenyataan yang lebih khusus mengenai fitnah terhadap Pengerusi DPMT sesi 2009/2010. Namun ianya telah dipadam. Sekiranya anda (wahai sang pegawai) ingin menarik balik, bukan dengan cara membiarkan status dan komen-komennya dibiarkan. tetapi menulis status yang baru menyatakan kemaafan secara terbuka kepada Pengerusi DPMT dan keseluruhan ahli-ahlinya.

Mahu apa ceritanya? Silalah klik.

Pada Muktamar PMRAM kali ke -77 yang lepas, seluruh ahli yang hadir menyetujui usul yang dicacangkan oleh salah seorang perwakilan daripada Selangor. Usul tersebut menegaskan agar semua ahli PMRAM menggesa pihak terbabit (secara umum yang telah banyak menyusahkan mahasiswa di Mesir ini) agar meningkatkan intigriti.

Pada saya, pihak JPMK yang berada di sini bukanlan berfungsi untuk menyusahkan pelajar. Akan tetapi membri khidmat yang terbaik kepada para mahasiswa dalam mereka meneruskan pengajian dalah keadaan aman dan sentosa.

Pengaruh politik yang terlalu kuat di kalangan sesetengah pegawai JPMK menyebabkan mereka mengenakan pelbagai kesusahan kepada mahasiswa. Hendaklah ditukar pegawai yang ada sekarang kepada pegawai yang lebih profesional kerjanya, mempunyai kredibiliti dan benar-benar mahu menolong para mahasiswa dalam pengajian mereka. Memudahkan urusan pengkuliahan mereka serta bersikap seperti ayah dan ibu bagi para mahasiswa. Bukan seperti ibu atau bapa angkat yang bersikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab. Akan tetapi seprti ibu kandung yang penuh kasih sayang dan bersifat peramah.

Biarlah kita bersama berniat untuk Islam dalam kehidupan ini. Bukan mempunyai hati yang busuk dan hanyir.

Hidup dalam mencari..

Comments