Hadapi Imtihan Dengan Senyuman Kecemerlangan

1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah SWT.

2. Sentiasa melazimi solat berjemaah samaada di rumah ataupun di masjid.

3. Sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir.

4. Sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT minta ditetapkan hati dan dilapangkan dada.

5. Berwuduk dan solat Witir sebelum tidur malam.

6. Solat sunat Taubat, Tahajud ,Hajat, dan Istikharah apabila terjaga pada tengah malam.

7. Mengenang kebesaran Allah SWT yang telah menjadikan kita serta segala makhluk yang ada diatas permukaan bumi ini

8. MengingatI nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT.

9. Dan yang terakhir, minta doa dan restu ibu dan Ayah.

Jadikanlah aku Ya Allah, hamba yang bertaqwa dan anak yang soleh..


10 Adab Terhadap Rasulullah SAW:-

1. Mencintai Rasulullah SAW.

2. Beriman dan percaya dengan segala perkara yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

3. Cintakan keluarga, sahabat dan sekalian umat Baginda SAW.

4. Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW.

5. Memuliakan dan mengamalkan sunnah Baginda SAW.

6. Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda dan bertawassul dengan Baginda SAW.

7. Mengadakan majlis memperingati Baginda SAW yang dapat membina dan memberi pengajaran kepada kehidupan manusia sejagat.

8. Menyebut nama Baginda SAW dengan penuh adab dan berselawat kepada Baginda apabila apabila mendengar nama Baginda disebut.

9. Menziarahi maqam Baginda yang berada di Masjid Nabawi Al-Madinah Munawwarah.

10. Sentiasa memuji Baginda dalam semua keadaan dan berakhlak dengan akhlak Baginda SAW.

*Saya memperoleh bahan ini dari komputer pejabat. Saya tidak pasti sumbernya. Kepada yang empunya bahan, saya minta izin ya! Tapi yang penting, moga ia bermanfaat untuk semua.. (^_^)

Hidup dalam mencari..

Comments