Muqaddimah Kitab
Dengan nama Allah dan segala Puji bagi Allah, selawat dan salam keatas Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Segala Puji bagi-Nya dan Maha Suci-Nya, aku mengucapkan syukur di atas limpahan seluruh nikmat dan aku bermohon kepada-Nya ditambahi kelebihan-Nya dan kemuliaan-Nya. Kepada-Nyalah sahaja kami memohon pertolongan dan pengampunan. Kami berlindung dengan Allah daripada sebarang kejahatan diri kami dan keburukan amalan-amalan kami. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya, maka dia tidak akan disesatkan. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada hidayah baginya.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Penghulu kami Muhammad Sallallahu 'Alaihi wasallam, hamba-Nya, rasul-Nya yang lemah lembut akhlaknya dan kekasih-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman di dalam al-Quran:
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."
فاذكروني أذكركم
"Maka ingatlah kepada-Ku nescaya Aku akan mengingatimu."
"Maka ingatlah kepada-Ku nescaya Aku akan mengingatimu."
Firman Allah SWT di dalam Hadith Qudsi:
من شغله القرأن وذكري عن مسألتي أعطيته خير ما أعطى السائلين
"Sesiapa yang sibuk berzikir kepada-Ku, sehingga tiada masa untuk memohon kurnia-Ku, nescaya akan Aku berikan kepadanya sebaik-baik apa yang pernah Aku berikan kepada orang-orang yang bermohon." (Riwayat Bukhari)
Inilah sebaik-baik keadaan seseorang hamba dengan Tuhannya iaitu keadaan sentiasa berzikir, mengingati Tuhan sekelian alam serta membesarkan-Nya dan seumpamanya. Mempersembahkan kepada Allah seluruh nafasnya dan berhajat kepada-Nya dengan berdoa.
Sesungguhnya para ulama r.a.hum telahpun menyusun zikir-zikir dan doa-doa dengan penulisan yang sangat banyak. Adapun bab ini (berkaitan zikir dan doa) tersangatlah luas dan tidak mungkin aku mampun manjangkaunya. Hanya sekadar yang berpatutan dan tidak merangkumi keseluruhannya.
Akan tetapi akan menunjuki kepada apa yang terpenting datangnya daripada al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW, perbuatannya, ilmunya dan sebagainya.
Aku bermohon kepada Allah SWT untuk membahagikan buku ini kepada tujuh bab beserta pendahuluan dan penutup.
Bab 1: Fadhilat-fadhilat dan Adab-adab
Bab 2: Pembukaan Zikir dan Doa
Bab 3: Zikir
Bab 4: Doa
Bab 5: Selawat-selawat keatas Nabi Muhammad SAW daripada hadith yang ma'thur.
Bab 6: Wirid-wirid harian daripada al-Quran dan hadith.
Bab 7: Zikir-zikir Nabi SAW yang ma'thur pada keadaan dan waktu yang berbeza.
Telah didatangkan daripada Sahih Muslim, daripada Abi Hurairah r.a. bahasawanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
من دعا إلى هدى كان له من الأجر من أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا
"Sesiapa yang bedoa kepada hidayah, baginya satu pahala daripada pahala-pahala orang yang mengikutinya (dalam berdoa), tidak dikurangkan daripada pahala-pahala mereka walaupun sedikit."
Aku bermohon kepada Allah SWT hidayah dan taufiq dan menjadikan amalan ini ikhlas kehadrat Allah SWT.
وحسبنا الله ونعم الوكيل
Penyusun: 'Izzuddin Abdul Hamid Jum'ah.
Comments