Kadang-kadang kita terlalu terleka dengan kemewahan yang telah kita kecapi. Walaupun pada kita ia bukanlah suatu kemewahan yang besar, namun kita terlupa dengan mereka yang berada 'di luar sana' atau 'di sebalik dunia' sana.

Hakikatnya apakah kita telah mensyukuri segala nikmat tersebut yang dikurniakan oleh Allah SWT pemilik segala yang wujud, para malaikatnya, para jin, manusia, haiwan-haiwan yang melata, hidupan-hidupan seni yang bertaburan, hidupan laut yang penuh keajaiban dan planet-planet dan berjuta bintang yang bertaburan. Pemilik dan Pencipta alam maya dan alam abadi.


Kita...
mereka...



.
Kita..

mereka...



Saudara kita di 'sebelah sini'...
saudara kita di 'sebelah sana'...



Hidup kita 'di sini'...

hidup meraka 'di sana'...



Maka, tidak zalim dan tidak pelik apabila Allah SWT mengisyaratkan bahawa manusia yang tidak bersyukur, bagi mereka azab yang benar-benar pedih. Andai bersyukur, ditambahi nikmat. Namun nikmat dan hikmah yang diberi, hanya Allah SWT lebih mengetahui untuk hamba-hambaNya apa yang terbaik untuk mereka...

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim 14:7)

Antara tanda syukur ialah melaksanakan segala ketaatan dan tanda seseorang itu kufur ialah apabila melakukan maksiat dan kemurkaan kepada Allah SWT...

Comments

Ibnurashidi said…
sungguh kesian melihat gambar kanak-kanak itu...