Biodata Asas Imam Al-Ghazali
Imam al-Ghazali
atau nama penuhnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali, dikenali
juga sebagai Algazel di Barat
Namun, keluarga Imam al-Ghazali
mempunyai latarbelakang
berpegang teguh dengan ajaran agama. Ayahnya merupakan seorang yang jujur dan
baik hati dan suka bergaul dengan para alim dan sering pula mendengar
uraian-uraian daripada mereka. Ayahnya juga selalu bergaul dan mendampingi para
sufi sambil memetik ilmu-ilmu agama serta berbakti dan berkhidmat kepada
mereka. Setelah ayahnya meninggal dunia ketika umur Imam al-Ghazali sekitar
enam tahun, beliau dan adik lelakinya yang bernama Ahmad hidup di bawah asuhan
dan penjagaan seorang sahabat ayah mereka yang merupakan seorang ahli sufi.
Setelah wang tanggungan kehidupan yang diwasiatkan oleh ayahnya habis, sahabat
ayah tersebut menasihatkan mereka berdua supaya pergi ke Tus dan belajar dan
menuntut ilmu di sana. Biodata Imam al-Gahazali ada
diceritakan dalam kitab al-Imam al-Ghazali Hujjatu al-Islami wa al-Mujaddidu
al-Miati al-Khamisah
Pemerintahan
Baghdad dan Khurasan ketika itu berada di bawah Dinasti Syiah al-Buwaihiyah teramsuklah
Oman dan al-Jabal dengan pemerintahnya menggupakai gelaran amir al-umara’
yang berpusat di Parsi. Pemerintah Baghdad dan Khurasan ketika itu
merupakan seorang raja yang bernama al-Malik al-Rahim bermula 440H sehinggalah
dikuasai oleh tentera Seljuk sekitar tahun 447H
Jadual 1: Ringkasan Hayat Imam al-Ghazali
Anggaran Tahun (Hijrah) |
Peristiwa |
450 |
Lahir di Tus |
465 |
Pengajian ilmu dengan Sheikh Ahmad al-Razkani dan kemudian pergi ke Jurjan dan menuntut ilmu dengan Sheikh al-Isma’ili. |
470 |
Kembali ke Tus dan menetap selama
tiga tahun. |
473 |
Pergi ke Naisabur dan menuntut
ilmu dengan Abi al-Ma’ali al-Juwayni dan al-Farmadi |
478 |
Selepas kewafatan al-Juwayni
beliau ke al-‘Askar atas permintaan Nizam al-Mulk |
Jamadil Awwal, 484 |
Diutus mengajar ke Baghdad |
484 sehingga 488 |
Tempoh pengajarannya di Baghdad
dan menjadi seorang yang terkenal dan disanjungi |
488 |
Meninggalkan kerjaya pengajar,
keluar dari Baghdad serta menunaikan haji. Seterusnya bermusafir ke Syam. |
488-490 |
Berpindah randah antara Damsyiq,
Baitul Muqaddis, Mekah dan Madinah |
490 |
Kembali ke Baghdad dan kekal di sana. Tempoh pengajarannya dipermudahkan. Kemudian bermusafir ke Hamdan |
493 |
Kembali ke Tus dan menetap di sana
dalam tempoh yang lama |
499 |
Mengajar di Madrasah Nizamiyah,
Naisabur |
503 |
Meninggalkan pengajaran dan
kembali ke Tus |
505 |
Wafat pada hari Isnin 14 Jamadil
Akhir di Tus |
Keilmuan Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali
mula menuntut ilmu pada usia muda berumur sekitar 15 tahun iaitu pada 465H
Ketika umurnya baru
mencapai 34 tahun sekitar 1091M, telahpun mencapai keharuman nama sebagai
seorang sarjana. Imam al-Ghazali telah berpindah ke Baghdad apabila dilantik
menjadi ketua kumpulan sarjana atau pakar hukum di Madrasah Nizamiyah, Baghdad
oleh Nizam al-Mulk iaitu Perdana Menteri kesultanan Maliksyah dari Kerajaan
Saljuk. Dalam tempoh itu, beliau menjadi sangat terkenal dan menjadi rujukan
para penuntut ilmu dari seluruh negara sehingga dilaporkan bahawa lebih
daripada 400 orang ternama dan ulama sedang duduk dalam majlisnya mendengar dan
menulis syarahannya
Imam al-Ghazali
merupakan sarjana atau tokoh dalam bidang fiqah, usul al-fiqh, falsafah dan
kesufian. Beliau berpegang dengan mazhab Syafi’i dalam fiqah serta menyertai
tarekat dalam kesufian. Imam al-Ghazali bermazhab al-Asya’irah dalam akidah,
malah dikenali sebagai pengasas ilmu kalam dalam mazhab tersebut. Beliau memberi peranan dan sumbangan yang
sangat besar dalam bidang keilmuan Islam terutama dalam falsafah, fiqah mazhab
Syafi’i, teologi, tasawwuf dan mantiq serta meninggalkan banyak penulisan dalam
bidang-bidang tersebut
Ketokohan dan
keilmuan al-Ghazālī tidak hanya diperakui oleh pengkaji Islam bahkan turut sama
diiktiraf oleh pengkaji-pengkaji Barat seperti Montgomery Watt
Teori-teori Psikologi
Psikologi berasal dari kata dalam bahasa Yunani Psychology yang merupakan gabungan dan kata psyche dan logos. Psyche berarti jiwa dan logos berarti ilmu, maka secara harfiah psikologi diertikan sebagai ilmu jiwa. Istilah psyche atau jiwa masih terlalu sulit didefinisikan kerana jiwa itu merupakan objek yang bersifat abstrak, ghaib dan sukar dimengerti kewujudannya. Sejak kebelakangan ini istilah jiwa sudah jarang dipakai dan diganti dengan istilah psikik. Psikologi dapat difahami sebagai ilmu yang mempelajari gejala-gejala kejiwaan dan dalam perkembangannya diertikan sebagai ilmu tentang tingkah laku manusia (Singgih, 1996).
Semua pendekatan psikologi mempunyai falsafahnya tersendiri sebagai titik permulaan tentang apa yang dimaksudkan sebagai manusia. Kepercayaan falsafah ini telah berubah secara dramatik mengikut masa dan saling berbeza. Kebimbangan utama ahli psikologi bagaimanapun kekal sebagai perbezaan antara manusia dan bukan manusia. Istilah psikologi masih belum wujud sebagai disiplin yang berasingan sehingga lewat 1800-an. Sejarahnya yang paling awal dikesan telah wujud ketika zaman Yunani awal iaitu Plato yang dikesan melalui perbahasan falsafah oleh al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.
Semasa abad ke-17, seorang ahli falsafah Perancis bernama Rene
Descartes (1596-1650M) memperkenalkan idea dualisme yang menegaskan bahawa
minda dan badan adalah dua entiti yang berinteraksi untuk membentuk pengalaman
manusia
Sarjana muslim terutama yang berbicara tentang falsafah dan
menyentuh konteks psikologi hari ini seperti al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu
Rusyd menganggap pencarian ilmu merupakan perintah Tuhan dan pengetahuan
tentang jiwa dan khususnya akal, sebagai komponen penting dalam pencarian ini. Al-Ghazali
menyebut tentang ketidakmampuan ahli falsafah adalah menjelaskan bahawa “jiwa
manusia adalah zat rohaniah yang serba lengkap, lengkap, tanpa prejudis. Ia
bukanlah jasad mahupun kesan dalam jasad, tidak pula bersambung dengan jasad
dan tidak pula terpisah daripadanya"
Al-Ghazali berpandangan bahawa istilah ‘diri’, ‘jiwa’ atau al-nafs ini digunakan dalam dua pengertian. Pertama, ia menjadi istilah umum yang membawa maksud padanya terkumpul sifat-sifat tercela terdiri daripada kekuatan kehaiwanan yang berlawanan dengan kekuatan pemikiran atau akal. Kedua, ia bermaksud jiwa atau al-nafs itu segala-galanya adalah hakikatnya, iaitu tempat yang dapat difahami dan ia dari alam kerajaan (al-Ghazali, Ma'arij al-Quds fi Madarij Ma'rifah al-Nafs, 1975). Jiwa, roh, hati dan akal adalah yang dimaksudkan dengan al-nafs/jiwa manusia, iaitu tempat yang boleh difahami (al-Ghazali, Ma'arij al-Quds fi Madarij Ma'rifah al-Nafs, 1975).
Al-Ghazali
Al-Ghazali juga menjelaskan bahawa interaksi antara akal dan nafsu
menentukan akhlak seseorang. Tatkala akal mendominasi syahwat, maka akan muncul
amalan terpuji. Sebaliknya, apabila syahwat yang mendominasi dan mengendalikan
akal, maka hati pun akan menuruti kehendak syahwat. Natijahnya muncul akhlak
atau amal yang jelek dari jasad tersebut
Sumbangan Teori Psikologi Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali
telah menggariskan tauladan melalui pembangunan diri secara komprehensif dalam
membentuk asas dan kesungguhan berdasarkan teks autobiografinya iaitu mencari
kebenaran dan memerangi kebatilan dan pemurnian hati serta pengukuhan nilai
spiritual
Seorang sarjana
psikologi Barat iaitu Edward menjelaskan perbezaan antara ilmu psikologi dan
kajian saintifik lain adalah berkenaan pemilihan subjek di mana psikologi
terutamanya cenderung untuk memerhati dan memahami tingkah laku manusia
Sigmund Freud berpendapat
watak semulajadi manusia adalah jahat (man is evil by nature), manakala
golongan humanis berpendapat manusia asasnya adalah baik, namun hanya dari segi
material dan fizikal. B.F. Skinner, seorang behavioris Amerika pula
berpandangan manusia tidak mempunyai watak dasar (man has no nature), sementara
Carl Rogers dengan pendekatan humanisnya beranggapan manusia baik secara
dasarnya (man is good by nature). Berbeza dengan Imam al-Ghazali yang
mengatakan bahawa watak manusia semulajadinya (by nature) adalah fitrah
dan suci (spiritual goodnes). Ini menjadikan seseorang manusia mempunyai
dua watak dasar (dual nature) iaitu baik dan jahat/buruk, iaitu
penentuan baik dan buruk watak tersebut ditentukan oleh keadaan spiritualnya. Ini
menjadikan watak seseorang manusia bukan bergantung kepada aspek penentuan
biologi (biological determinism) seperti pendapat Sigmund Freud, atau lingkungan
luar/persekitaran (environmental) seperti pandangan Skinner, atau diri
sendiri (internal, self) seperti anggapan Rogers
Tidak keterlaluan menyatakan sumbangan besar Imam al-Ghazali dalam konsteks psikologi berkait secara langsung dengan ilmu tasawwuf dan kebatinan. Walaupun istilah tasawwuf ini digunakan secara khusus dalam dunia islam, namun peranan serta fungsi ilmu tersebut diiktiraf dan digunapakai di seluruh dunia. Pengistilahan dan perbahasan psikologi sebagai suatu bidang khusus yang tidak hanya berada dalam konteks falsafah oleh sarjana Barat menjadikan karya-karya sarjana Islam lalu digali dan dikaji semula untuk mengimbangi pembangunan dan pengukuhan ilmu psikologi ini. Tujuan utamanya adalah bagi meneroka psikologi dari perspektif Islam, namun tidak dinafi sumbangan tersebut digunapakai dan dirujuk oleh sarjana Barat juga untuk mereka lebih memahami dan mendalami perbahasan ilmu psikologi ini.
Menurut Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan semua definisi tasawwuf Émenjurus kepada pengertian
yang sama iaitu ilmu penyucian jiwa. “Samada ianya disebut tasawwuf, ihsan atau tazkiyyatu
al-nafs, ia tetaplah membawa kepada maksud yang sama iaitu ilmu dan amal
berhubung penyucian diri bagi mencapai maqam yang tertinggi dari sudut ruhiyyah
dan mencapai redha Allah SWT”. Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi mendefinisikan
tasawuf adalah: “Suatu yang dengannya diketahui hal ehwal kebaikan dan
keburukan jiwa, cara membersihkannya daripada yang tercela dan mengisinya
dengan sifat-sifat terpuji, cara melaksanakan suluk dan perjalanan menuju
keredhaan Allah dan meninggalkan larangannya.” (Lihat Tanwir
al-Qulub fi Mu’amalah ‘Alam al-Ghuyub, m. 406)
Dalam banyak kata Al-Quran menyebut kata manusia dengan segala
penafsiran dan tujuannya seperti al-insan, al-nas, al-basyar dan bani adam.
Istilah-istilah ini kemudiannya diperincikan oleh al-Ghazali untuk mengetahui
komponen atau eleman yang membentuk diri ‘seseorang manusia’ tersebut
Sumbangan Teori Psikologi Imam Al-Ghazali kepada Bidang Pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah dirumuskan pada tahun 1988 secara holistik memberi penegasan dan komitmen yang tinggi terhadap keseimbangan, potensi dan kesejahteraan individu. Seseorang manusia merupakan komponen terkecil dalam membentuk sebuah masyarakat dan tamadun. Pelaksanaan falsafah ini sangat memerlukan pemahaman ilmu psikologi dan penghayatan terhadap ilmu tasawwuf bagi memastikan FPK ini mencapi hasilnya dalam konteks pembentukan karakter dan kemenjadian seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat.
Imam al-Ghazali menjelaskan pendidikan karakter perlu bermula pada
zaman kanak-kanak kerana ia merupakan peringkat paling kritikal untuk
pembentukan dan pembangunan karaker individu. Beliau memberikan lima kategori
utama bagi membangunkan karakter individu iaitu: (a) disiplin diri; (b)
penyempurnaan diri; (c) mengajar watak yang baik; (d) mengelakkan sahabat
buruk; dan (e) pencegahan daripada gaya kehidupan mewah
Pandangan Imam al-Ghazali bahawa pembentukan peribadi dan
personaliti bertujuan mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat boleh
diterjemahkan dalam konteks Psiko Pendidikan karakter di mana seseorang
individu mampu mencapai kebahagiaan melalui dua cara iaitu pengetahuan dan
perbuatan. Perbuatan yang terbaik adalah mengikut Nabi SAW yang dipanggil husn
al-khuluq (watak yang baik)
Pembentukan peribadi dan personaliti adalah selari dengan konsep
kemenjadian murid yang dibahaskan pada hari ini. Ruzlan (2017) menjelaskan
kemenjadian murid bermaksud kejayaan seseorang guru dalam mendidik muridnya menyebabkan
muridnya dapat menguasai apa yang telah diajar, bukan sahaja dari segi nilai
pendidikan bahkan nilai-nilai moral yang menjadikan murid itu sempurna.
Kemenjadian murid sudah tentu mempunyai hubungan yang signifikan dengan
kemenjadian guru. Keberhasilan untuk membentuk sahsiah pelajar dan memastikan
proses kemenjadian pelajar menjadi satu realiti bergantung pada keupayaan guru
melaksanakan tugas sebagai seorang guru 'sejati' ketika di sekolah
Aspek-aspek yang dititikberatkan dalam kemenjadian generasi
al-Quran (secara khusus dan pastinya kemenjadian seluruh murid secara umum)
adalah adalah seperti berikut; pertama berkaitan dengan penghayatan ilmu, kedua
adalah pembentukkan akhlak mulia, ketiga adalah peningkatan kecekapan dan
kemahiran, keempat adalah pencapaian akademik manakala yang terakhir adalah
aplikasi dalam kehidupan
Kritikan Terhadap Teori
Pada bahagian ini tidaklah dimaksudkan bahawa Imam al-Ghazali memberi kritikan terhadap teori-teori psikologi yang diuatarakan kerana teori tersebut wujud jauh terkemudian selepas tempoh hayat Imam al-Ghazali. Oleh yang demikian, bahagian ini hanya menjawab beberapa persoalan atau permasalahan yang wujud melalui teori psikologi yang diutarakan oleh tokoh psikologi Barat berdasarkan perspektif atau penegasan daripada Imam al-Ghazali.
1- Komentar Imam al-Ghazali terhadap Falsafah (Psikologi)
Antara peranan
penting al-Ghazali ialah beliau memperkenalkan idea-idea Ibnu Sina ke dalam
aliran Ahli Kalam dalam mazhab Asya’irah sehingga akhirnya idea tersebut
diterima pakai oleh tradisi Ahli Kalam ialah berkenaan psikologi manusia dan
penjelasan rasional kenabian (al-nubuwwah). Berdasarkan sebahagian teks
Aristotle yang diterjemahkan, Ibnu Sina membangunkan ilmu psikologi yang
menganggap kewujudan beberapa elemen jiwa manusia yang berbeza. Elemen-elemen
ini lebih kuat atau lebih lemah pada setiap individu manusia. Kenabian adalah
gabungan tiga elemen kemampuan yang dimiliki oleh para Nabi dalam bentuk
keterikatan yang sangat kuat. Elemen pertama membolehkan para Nabi memperoleh
pengetahuan teori dengan serta-merta tanpa belajar, kedua menjelaskan
pengetahuan yang diterima melalui simbol atau dalam bentuk perumpamaan termasuk
wahyu yang mengisahkan perkara yang akan datang dan ketiga untuk membawa kesan
terhadap alam di sekeliling diri para Nabi tersebut seperti penurunan hujan dan
kejadian gempa bumi. Hakikatnya, ketiga-tiga elemen ini wujud dalam diri setiap
manusia dalam ukuran yang kecil
Antara lain,
berdasarkan penentuan ontologi yang dilakukan oleh Ibnu Sina iaitu setiap
kejadian di alam ini ciptaan adalah dengan sendirinya di luar kawalan (mumkim
al-wujud bi-dzatihi) namun juga diperlukan oleh sesuatu yang lain (wâjib
al-wujûd bi-ghayrihi). Kenyataan ini memberikan tafsiran yang sesuai tentang
sesuatu ketentuan oleh Tuhan dan ia mudah diterimapakai oleh al-Ghazâlî
walaupun dia tidak pernah mengakui atau menggunakan perbahasan Ibnu Sina
tersebut. Ibnu Sina menyatakan kewujudan pertama adalah Tuhan dan seterusnya
menjadikan semua makhluk dan kejadian lain perlu. Namun bagi al-Ghazali, setiap
kejadian adalah kehendak Tuhan yang berbeza daripada zat-Nya, menjadikan semua
makhluk dan peristiwa dalam penciptaan-Nya memerlukan-Nya. Selain itu,
al-Ghazali melakukan penyesuaian andaian asas Ibnu Sina terhadap kosmologi
serta menerima hampir keseluruhan idea psikologi dan kenabian yang dibawa oleh
Ibnu Sina
2- Manusia Sebagai Seorang yang Rasional Versus Manusia Sebagai Mesin
Dehumanisasi
secara besar-besaran demikian juga psikoanalisis dan behaviorisme telah membawa
kepada kuasa ketiga dalam psikologi iaitu pendekatan humanistik. Ia merupakan
sebagai tindak balas kepada determinisme biologi psikoanalisis dan determinisme
alam sekitar behavioris. Kumpulan humanis menganjurkan pendirian
nondeterminisme di mana mereka menekankan kebolehan manusia untuk mencipta dan
mengarahkan nasib mereka sendiri. Bagi mereka manusia tidak dicipta oleh
mana-mana makhluk dan manusia juga tidak berkembang daripada apa-apa. Manusia
sangat bebas dan hanya diperlukan untuk memberi kehidupan dengan makna peribadi
dan manusia mempunyai kapasiti tanpa had untuk pertumbuhan dan pembaikan diri.
Secara ringkasnya, tuhan mereka adalah diri mereka sendiri. Akibatnya, matlamat
seorang humanis adalah untuk menghabiskan masa dan berusaha untuk menerangkan
apa yang seseorang mampu lakukan. Fahaman ini sangat berkait dengan fahaman
kebebasan, humanistik psikologi, penolakan terhadap ketuhanan dan Darwinisme
AI-Ghazali
menyedari berabad-abad yang lalu bahawa perbincangan tentang isu fitrah manusia
memaksa seseorang untuk segera menangani isu metafizik. Sepanjang karyanya, dia
menegaskan batasan alasan sesuatu teori, sementara dia mengakui peranan
kehendak dan pengalaman agama serta moral dalam usaha untuk memperoleh
pengetahuan. Hakikatnya, persoalan berkenaan manusia sebagai sebagai seorang
rasional atau sebagai mesin telahpun dijawab oleh al-Ghazali. Baginya apa-apa
kisah tentang sifat semula jadi manusia, acuan di mana manusia diciptakan,
tidak dapat dihayati sepenuhnya tanpa pemahaman tentang tujuan penciptaan dan
makna kehidupan sekarang. Allah (SWT) menyatakan dalam al-Quran: "Aku
hanya menciptakan jin dan manusia supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
(51:56)
3- Pergolakan Jiwa
Sigmund Freud memberi perspektif bahawa sesuatu pergolakan yang berlaku dalam jiwa manusia adalah berasaskan kepada minda. Rentetan itu, Freud cenderung untuk melihat potensi minda dalam memberi ketenangan dan kegelisahan kepada diri manusia kerana beliau percaya minda manusia mempunyai pelbagai bentuk tenaga temasuk psikik. Bagi mengenalpasti punca kepada pergolakan jiwa tersebut beliau mendapati bahawa tingkah laku manusia adalah berdasarkan kepada faktor-faktor yang tidak disedari (Denis & John, 2012; Charles & Michael, 2012; Dennis & John, 2011; Azlina, 2005; Freud, 1965). Faktor yang tidak disedari tersebut perlulah dikenalpasti terlebih dahulu dan Freud telah mengklasifikasikan minda kepada sedar, prasedar dan bawah sedar (Nurul Hidayah & Azlina, 2017).
Menurut al-Ghazali, apa yang dimaksudkan dengan jiwa atau al-nafs
sama ada maknanya merangkumi keseluruhan kekuatan amarah, syahwat yang ada pada
diri manusia, atau sifat kebaikan yang ada pada manusia pada hakikatnya, ia
adalah jiwa manusia dan zat jiwa itu sendiri. Akan tetapi ia disifatkan dengan
sifat yang berbeza mengikut kepada keadaan yang berbeza. Jika jiwa berada di
bawah suatu perintah dan tidak terganggu atau tiada pertentangan dengan
keinginan, maka ia dipanggil jiwa yang menenangkan. Allah SWT berfirman dalam
perumpamaan: “Hai orang-orang yang merasa tenteram, kembalilah kepada
Tuhanmu dengan hati yang ridha lagi redha” (Al-Fajr: 27-28). Jiwa, dalam
pengertian kekuatan amarah dan syahwat, gambaran jiwa sebegini tidak kembali
kepada Allah SWT, malah Ia jauh dari Allah
Menurut Sigmund
Freud, bahagian terbesar dari jiwa manusia berada dalam minda bawah sedar dan
merupakan sasal kepada semua hal serta mengandungi elemen-elemen penting
seperti nafsu, instinct, motivasi, dorongan terhadap hasrat seseorang
dan emosi
Al-Ghazali mendefinisikan karakter sebagai keadaan jiwa yang
mantap. Individu yang memiliki jiwa yang mantap adalah individu yang mengetahui
ilmu jiwa (ilmu psikologi) seterusnya mereka dapat mengenali ketidaksempurnaan
rohaninya. Oleh yang demikian, bagi memastikan individu memperolehi karakter
yang baik mereka harus memahami dan mengetahui tentang ilmu jiwa. Menurut
beliau lagi, karakter yang baik dapat dicapai dengan adanya komponen karakter (al-khuluq)
iaitu tindakan, kekuatan, pengetahuan dan keadaan jiwa.
Perbahasan karakter merujuk nilai moral, sikap, perilaku dan budi
pekerti yang membezakan seseorang dengan yang lain. Al-Ghazali berpandangan
bahawa karakter yang baik akan sentiasa mensucikan jiwa mereka dari
anasir-anasir yang buruk. Ia selari dengan apa yang dinyatakan oleh Ibnu Sina
bahawa semua ciri moral, baik dan buruk adalah diperolehi dari manusia dengan
cara berubah dan menyesuaikan diri mengikut pengaruh persekitaran dan sistem
pendidikannya
Rujukan
Abdul
Ghofur & Unisma Bekasi. (2018). Tasawuf Al-Ghazali: Landasan Psikologi
Pendidikan Islam. Jurnal Islam Nusantara, 2(1), 1-16.
Al-Afkar
#86: Definisi Tasawwuf. (23 8, 2022). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/4094-al-afkar-86-definisi-tasawwuf
al-A'sam,
A. a.-A. (1998). al-Filasuf al-Ghazali. Kaherah: Dar Quba'.
al-Ghazali, A. H. (1962). The Book of Knowledge. (N. A. Faris, Trans.) Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.
al-Ghazali,
A. H. (1964). Mizan al-'Amal. Kaherah: Dar al-Ma'rifah.
al-Ghazali,
A. H. (1975). Ma'arij al-Quds fi Madarij Ma'rifah al-Nafs. Beirut: Dar
al-Afaq al-Jadidah.
al-Ghazali,
A. H. (2007). The Alchemy of Happiness. (C. Field, Trans.) Kuala
Lumpur: Islamic Book Trust.
al-Ghazali,
A. H. (t.th). Ihya' Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Ma'rifah.
al-Ghazali,
A. H. (t.th). Kimiya’ al-Sa’adah. In A. H. al-Ghazali, Majmu’ah Rasail
al-Imam al-Ghazali (pp. 447-457). Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiah.
al-Ghazali,
A. H. (t.th). Tuhafat al-Falasifah. Kaherah: Dar al-Ma'rifah.
al-Hanbali,
A. H.-'. (1986). Syazarah al-Dzahb fi Akhbar min Dzahb (شذرات
الذهب في أخبار من ذهب).
Damsyiq: Dar Ibn Kathir.
Ali,
A. H. (1995). The Nature of Human Disposition: al-Ghazali's Contribution to
an Islamic Concept of Personality. Intellectual Discourse, 3(1),
51-64.
al-Qaradawi,
Y. (1993). al-Imam al-Ghazali bayna Madihihi wa Naqidihi (al-Ghazali
between his Proponents and Opponents). Cairo: Maktabat Wahbah.
al-Syami,
S. A. (1993). al-Imam al-Ghazali Hujjatu al-Islami wa al-Mujaddidu
al-Miati al-Khamisah. Damsyiq: Dar al-Qalam.
al-Uthman,
A. K. (t.th). Sirah al-Ghazali wa Aqwal al-Mutaqaddimin Fihi. Damsyiq:
Dar al-Fikr.
Block,
M. (2011). Maslow’s Hierarchy of Needs. In N. J. Goldstein S, Encyclopedia
of Child Behavior and Development. Boston: Springer. doi:10.1007/978-0-387-79061-9
Blumenthal,
A. H. (2001). A Wundt Primer. In R. D. Rieber RW, Wilhelm Wundt in
History. Boston: Springer. doi:10.1007/978-1-4615-0665-2_4
Bowering,
G. (1995). The Alchemy of Happiness. Journal of Near Eastern Studies, 54(3),
227-228.
Dennis,
C. & John, O. M. (2011). Psychology: A Journey. United States:
Wadsworth Cengage Learning.
Dennis,
C. &. (2012). Introduction to Psychology: Active Learning through
Modules Twelve Edition. United States: Wadsworth Cengage Learning.
Edward,
D. C. (1968). General Psychology. London: The Mac Millan Company.
Fakhry,
M. (1970). A History of Islamic Philosophy. London: Columbia
University Press.
Fernald,
Dogde & Fernald, P. S. (1996). Overview of General Psychology.
Bostoon: Houghton Mufflin Company.
Fleet,
K. (2009). The Cambridge History of Turkey: Byzantium to Turkey, 1071-1453
(Vol. 1). (K. Fleet, Ed.) University of Cambridge: Cambridge University
Press.
Gregory,
J. F. & Erika, L. R. (2010). Psychology Making Connection. New
York: McGraw-Hill Higher Education.
Gregory,
J. F. & Erika, L. R. (2012). Psychology: Perspective & Connection
(2nd ed.). New York: McGraw-Hill.
Griffel,
F. (14 Ogos, 2007). al-Ghazali. Retrieved 21 Ogos, 2022, from Stanford
Encyclopedia of Philosophy: https://plato.stanford.edu/entries/al-ghazali/
Griffel,
F. (2009). Al-Ghazali's Philosophical Theology. Oxford: Oxford
University Press.
James,
W. (2012). The Varieties of Religious Experience. Oxford: Oxford
University Press.
Mehta,
N. (2011). Mind-body Dualism: A Critique from a Health Perspective. Mens
Sana Monogr, 202-209. doi:10.4103/0973-1229.77436
Mohamad
Khairi, O. & Asmawati, S. (2010). Peranan Sekolah dan GUN dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM:
Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 11, 117-130.
Mohd
Khir Johari bin Abas & Aida Soraya binti Yusof. (28 December, 2020). Manusia
Daripada Sudut Pandang Al-Ghazali: Telaah Kitab. Attarbawiy: Malaysian
Online Journal of Education, 4(2), 140-147.
Munaimunah,
H. (1987). Tarikh al-Daulah al-Buwaihiyah. Beirut: al-Dar
al-Jami'iyyah.
Nurul
Hidayah & Azlina. (2017). Psikologim daripada Perspektif Islam dan
Barat. Kuala Nerus: Penerbit UMT.
Rahem,
Z. (2018). Menggali Paradigma Pendidikan Berkeadaban dari Kitab Ayyuha
Al-Walad dan Kimiatus Sa’adah. Jurnal Islam Nusantara, 2(1), 60-71.
Rahman, K. A. (2014). Jihad Pendidikan: Satu Sorotan Kepada Autobiografi Al-Ghazali (1058M-1111M) Al-Munqidh Min Al-Dalal. Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 1, 55-68.
Ronald,
C. & Elizabeth, G. (2011). Psychology around Us. United States:
John Wiley & Sons.
Sakinah Salleh & Alwi Mohd Yunus. (23 12, 2021). Pembangunan Psiko-Pendidikan Karakter: Analisis Teori Psikologi Barat. Jurnal Perspektif, 13(2), 22-32.
Sakinah
Salleh & Rahimah Embong. (2017). Educational views of Ibnu Sina. Al-Irsyad:
Journal of Islamic and Contemporary Issues, 2(1), 13-24.
Silke
Schmidt, M. P. (2005). Clinical Psychology. In K. Kempf-Leonard, Encyclopedia
of Social Measurement. Texas: University of Texas at Dallas.
Watt,
W. M. (1953). The Faith and Practice of Al-Ghazali. London: George
Allen and Unwin Ltd. Retrieved from https://www.ghazali.org/works/watt3.htm
Zetty Nurzuliana Rashed & Ab Halim Tamuri. (2017). Pendekatan IHES Melalui Kurikulum Pendidikan Islam Membentuk Kemenjadian Generasi Al-Quran. Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan (ISPEN2017) (pp. 17-24). Kajang: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Comments