Persona Wanita

Seseorang wanita dijadikan Allah penuh dengan sifat yang sangat istimewa. Apabila disebut sangat istimewa bermakna ia mempunyai kelebihan tersendiri yang tiada pada lelaki. Jika seseorang manusia dijadikan dengen penuh kesitimewaan dan keajaiban, ia bermaksud semua manusia, lelaki mahupun wanita. Namun, wanita dijadikan sangat istimewa kerana sifatnya menyempurna kehidupan lawan jenisnya iaitu lelaki.

Allah menjadikan ada sebagai khalifah, lambang kekuatan mentadbir dan mengurus sesebuah kehidupan itu terletak kepada lelaki. Kelebihan yang Allah berikan kepada Adam dan seluruh lelaki menjadikan ianya suatu sifat fitrah yang dikurniakan kepada golongan ini. Mentadbir dan mengurus kehidupan ini merupakan amanah Allah dan ianya termasuk segala hal yang berkaitan ibadah secara umum mahupun khusus. Itulah Adam, contoh tonggak kepada seluruh manusia dan golongan lelaki sebagai tonggak kepada kehidupan sesebuah keluarga.




Allah juga menjadikan Hawwa selepas dijadikan Adam. Adam yang pada awalnya dijadikan secara bersendirian, melaknakan kehidupan dan ketaatan secara bersendirian, menerima amanah khalifah secara bersendirian, kemudian Allah menjadikan Hawwa sebagai peneman. Ada pendapat yang menyatakan Hawwa dijadikan daripada sebahagian tulang rusuk Nabi Adam. Mungkin ada kebenarannya.

Allah menjadikan Hawwa bukan sebagai entiti yang kedua atau berasingan, terasing daripada kejadian Adam. Adam dijadikan sebagai induk dan Hawwa diwujudkan bukan dalam bentuk induk yang kedua. Namun, kejadian Hawwa adalah daripada sebahagian daripada diri Adam itu sendiri.

Kejadian Hawwa menandangan fitrah kehidupan yang maya dan fana ini, selain daripada lambang kesempurnaan dan kebijaksanaan Allah Taala mentadbir dan mengurus alam. Daripada diri dan zat Allah itu sendiri telah menceritakan akan perlunya Adam hidup bukan secara bersendirian.

Ketika Allah itu yang sememangnya wujud semulajadi, wujudNya Allah tanpa mula dan akhir, kemudian dia mencipta singgahsanaNya atau kursiNya, mencipta 'arasynya, mencipta para malaikatNya, mencipta syurga dan neraka, mencipta para jin, planet dan bintang dan umumnya alam ini. Allah itu sebagai khaliq dan seluruh selain daripadaNya adalah makhluk. Itulah kefahaman terhadap adanya pasangan sebagai fitrah dalam kehidupan dan kejadian.

Kemudian Allah menciptakan syurga. Di dalamnya Allah menciptakan Nabi Adam. Apabila Allah menciptakan syurga, pastinya ada kewujudan lain sebagai pasangan kepada syurga dan ia adalah neraka. Apabila Allah menyuruh seluruh malaikat dan jin sujud kepada Nabi Adam, seleuruh malaikat menunaikan ketaatan dengan bersujud kepada Adam sebagai tanda kemuliaan dan kehormatan. Adapun golongan jin yang ingkar ini, mereka digelar iblis akibat keengganan sujud kepada Adam.

Maka wujudlah pasangan berikutnya iaitu malaikat dan iblis. Malaikat adalah golongan hamba yang dijadikan daripada cahaya, sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah. Adapun jin dijadikan daripada api, merupakan golongan yang ingkar kepada suruhan Allah, melah sombong terhadapNya.

Jin yang ingkar ini disebut sebagai iblis, sedangkan jin yang beriman, mereka diaanggap tetap beriman sebagaimana manusia jua. Kebesaran Allah menjadikan manusia daripada tanah sebagai khalifah yang mentadbir alam ini, sangatlah besar hikmah dan keistimewaannya. Kerana bumi yang disediakn oleh Allah untuk kehidupan ini dibina dan diadun daripada elemen tanah dan air. Itulah eleman yang sangat berhubungkait dengan kejadian manusia. Mana mungkin malaikat yang dijadikan daripada cahaya dan jin yang dijadikan daripada api boleh mampu dan sesuai untuk mentadbir bumi yang terdiri daripada 30% daratan dan 70% lautan ini?

Di dalam diri setiap manusia adanya dua sifat yang bertentangan. Itulah pasangan seterusnya, iaitu sifat baik dan sifat buruk. Manusia yang baik, taat, dan dipenuhi dengan segala sifat mahmudah, merekalah golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Hidup mereka adalan menunjuki kepada kebaikan dan kebenaran. Sedangkan manusia yang jahat, ingkar, dan dipenuhi dengan segala macam sifat mazmumah, merekalah golongan yang disebut sebagai syaitan. Sifat-sifat ini sama wujudnya di dalam diri jin. Kerana itulah dijelaskan bahawa syaitan itu terdiri daripada manusia dan jin.

Apabila Allah memerintahkan Adam turun ke dunia ini, maka makin ketaralah sifat-sifat yang berpasangan ini. Atau mungkin kita boleh sebut sebagai sifat yang berlawanan. Sifat yang sama tidak boleh dipasangakan, tetapi boleh diselarikan atau diseiringkan. Adapun sifat yang berlwanan dan berpasangan ini melambangkan kesempurnaan sebuah kehidupan yang diciptakan oleh Allah swt.

Di dunia, dijadikan malam dan pasangannya siang. Dijadikan pagi dan pasangannya petang. Dijadikan laut dan pasangannya daratan. Dijadikan bumi dan pasangannya langit. Dijadikan gunung-ganang dan pasnagannya sungai-sungai yang mengalir. Semuanya diwujud dengan keseragaman yang sempurna, apabila jantan itu pasangannya betina dan lelaki itu pasangannya wanita.

Atas kapasiti itu, daripada setiap pasangan yang Allah wujudkan, kita dapati bahawa antara salah satu yang dipasangkan itu terwujud terlebih dahulu. Allah itu khaliq, terwujud dahulu daripada makhluk. Syurga itu terwujud dahulu daripada neraka. Golongan malaikat yang penuh taat itu terwujud dahulu daripada golongan iblis yang ingkar dan sombong. Langit dan syurga itu terwujud dahulu sebelum wujudnya dunia sebagai tempat tinggal Adam kemudiannya. Dan Adam itu terwujud dahulu sebelum wujudnya Hawwa. Kewujudkan yang terkemudian itu menunjukkan ia berperanan sebagai menyempurnakan kehidupan dan alam ciptaan Allah ini. Namun ditegaskan, wujudnya makhluk bukan kerana Allah memerlukan makhluk, tetapi sebagai tanda Allah itulah sebagi Tuhan dan khaliq yang menciptakan.

Peranan pasangan Allah jadikan ianya sebagi penyempurna. Siang penyempurna kepada kewujudan malam. Neraka penyempurna kepada kewujudan syurga. Iblis sebagai penyempurna kewujudan malaikat. Dan wanita adalah penyempurna kepada kewujudan lelaki.

Wanita tu dijadikan sebagai penyempurna. Bermakna, jika wanita tiada maka kehidupan seseorang lelaki tidak ada ertinya. Jika wanita tiada di sisi, maka kosonglah hidupnya. Jika tiada ibu, maka tiadalah seorang bapa. Terdahulu daripada itu, jika tiada isteri, mana mungkin ada ertinya label seorang suami?

Peranan penyempurna mengindahkan lagi perjalanan alam dan kehidupan ini. dengan persona seorang wanita, seorang isteri menjadi pelayan kepada suaminya. Itulah juga tujuan Hawwa diwujudkan, akan menjadi peyan dan peneman kepada Adam. Agar adam dapat membezakan adanya kewujudan lain yang lebih menyejukkan dan menyegarkan matanya berbanding pohon-pohon yang berdiri tegap tanpa gerak di hadapan bebola matanya. Sehingga ada beza antara sebatang pokok dengan seorang manusia.

Apakah keindahan di dalam syurga itu tidak lagi mampu menjana suatu keindahan yang lengkap dan memuaskan di dalam mata Adam? Sehingga ia masih terasa adanya kekurangan dalam hidupnya? Maka kejadian Hawwa ini menjadikan satu bukti bahawa syurga itu bukanlah suatu kejadian yang dijadikan sebagai penyempurna dalam kehidupan seseorang lelaki. Bukan kemewahan, harta, kekayaan, materi yang menjadi kepuasan dalam pandangan dan keinginan hati Adam. Tetapi yang memenuhi serta mengatasi semua itu tadi hanyalah dengan wujudnya seorang wanita.

Dengan terciptanya Hawwa, maka datanglah keceriaan dan perginya kesepian. Datangnya kegembiraan dan perginya kesedihan. Datangnya kenikmatan dan perginya kesakitan. Kewujudan Hawwa memenuhi keperluan hidup Adam. Pohon syurga, air sungai syurga, buah-buahan di dalam taman syurga, wujdunya malaikat yang mendampingi Adam, itu semua tidak langsung mampu memenuhi hakikat penciptaan Adam itu sebagai seorang manusia dan seorang lelaki.

Hawwa dijadikan dengan penuh mempersonakan mata Adam. Dengan keasyikan yang wujud pada diri Hawwa menjadikan Adam seorang berada di dalam dunia lain. Seolah syurga itu sudah tiada nikmat dan indahnya, melainkan kenikmatan dan keindahan itu hanya dapat dipenuhi dengan kewujudan semata-mata Hawwa. Jadi, tidak hairanlah iblis menjadikan peluang ini sebagai perangkap untuk mengeluarkan Adam dari syurga dan merendahkan martabat Adam sebagai khalifah dan makhluk yang paling mulia.

Hawwa dijadikan godaan, walau hakikatnya tiada salah godaan tersebut. Hawwa sebagai pasangan kepada Adam dan isteri kepada Adam, maka sememangnya itulah godaan itu ditujukan kepada Adam, suami dan pasangannya jua. Namun, godaan itu bukan suatu bentuk keintiman sebagai sebentuk pasangan, tetapi sebagi fitnah dan ujian. Godaan yang bukan berdasarkan cinta berahinyang sejati, tetapi ditipudaya oleh iblis dengan dipenuhi dendam dan kesumat terhadap Adam. Kerana Hawwa itu persona Adam, kerana Hawwa itu kekasih Adam, kerana Hawwa itu pasangan Adam, maka mahu dikeluarkan Adam dari syurga.

Dendam kesumat itu asalnya hanya kepada Adam, manusia pertam yang dicipta Allah. Namun, amat mustahil Adam itu sahaja yang dikeluarkan daripada neraka dan hidup di dunia tanpa pasangannya. Apakah selayaknya sebuah pasangan itu dipisahkan? Apakah selayaknya hanya Adam turun ke dunia dan Hawwa terus kekal di syurga?

Kerana Allah tahu bahawa itulah pasangan yang akan memenuhi keperluan Adam ketika di dunia kelak, Hawwa diturunkan bersama. Hawwa menjadi suri hiasan dalam hidup Adam. Sedap mata Adam memandang Hawwa, pastinya keindahan itu ada pada wajah Hawwa, pasti juga keindahan itu wujud pada bentuk kejadiannya, pasti juga keindahan itu wujud pada tuturkatanya, pasti juga keindahan itu wujud pada keintiman dan kemerraan yang ditunjuki Hawwa kepada pasangannya Adam, dan pasti juga keindahan itu wujud daripada keserasian di dalam jiwa yang Allah telah campakkan di dalam hati mereka berdua.

Persona wanita itu juga wujud dalam bentuk kebijaksanaannya. Persoana wanita itu juga wujud dalam bentuk penampilannya. Persona wanita itu juga wujud dalam bentuk ramah, malu, komunikasi dan tutur katanya. Persona wanita itu juga wujud dalam bentuk keramahan dan ketaatannya. Persona wanita itu juga wujud dalam bentuk kepantasan dan ketepatan membuat keputusan, membantu pasangannya dalam hal rumahtangga atau kehidupannya. Persona wanita yang sering tidak disedari juga adalah kataatannya kepada Allah dalam segala bentuk ibadah khusus mahupum umum. Malah, jangan dinafikan persona wanita itu juga pastinya wujud dalam bentuk kejadian fizikal khusus pada dirinya. Sesuatu yang berlawanan, pastinya ada perbezaan. 

Akhirnya, apabila persona-persona ini tidak dijaga, tidak dipelihara dengan baik, tidak diambil berat, tidak dibajai dan disirami dengan koreksi dan menambahbaik diri, tiadalah lagi cerminan dan fungsi yang sepatutnya dalam kejadian Hawwa untuk Adam.

Hidup dalam mencari erti..

Bandar Baru Bangi,
29 Jamadil Awwal 1437H.

Comments