Tragedi Oktober

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
(walau sebenarnya 'Assalamualaikum' itu telah bermaksud sejahtera, salam sejahtera diucap jika ada yang bukan beragama Islam membaca blog ini)

Pada 26 Oktober 2014 yang lalu, telah meletus beberapa siri peperangan sepanjang siang hari pada tarikh tersebut. Ia berlaku tanpa diwar-warkan oleh media tempatan apatah lagi antarabangsa, walaupun peperangan ini meletus di daerah Gombak berhampiran UIAM. Situasi genting tidak semirip drama al-Maunah di Perak, bahkan ia lebih dahsyat daripada itu. Jika di Perak ia berlaku kerana senjata yang diculik keluar oleh sekelompok orang, tetapi di Gombak ini adalah lebih menghairankan. Ia berlaku disebabkan perebutan sebelah kepak ayam oleh sekumpulan adik-beradik yang dimasak oleh ibu mereka.

Pergeseran selama beberapa minit dan jam itu tidak berjaya untuk dibawa ke meja rundingan. Kedua-dua belah pihak tidak mahu bertolak ansur. Masing-masing mempertahankan hak autonomi mereka ke atas kepak ayam tersebut. Jika dahulu semasa kecil jika begaduh, kepada mereka akan saling dihentuk oleh mak, tetapi setelah berpuluh tahun situasi ini tidak lagi berlaku. Akibat daripada kejuan teknologi persenjataan dan mudahnya menimba ilmu di warfare melalui internet, mereka telah sepakat untuk menyelesaikannya di medan perang.

Jika ada pepatah berbunyi darah diganti darah, kini bagi mereka kerena kepak ayam, darah tercurah.

Beberapa keping gambar sempat diambil oleh seorang jurukamera ametur sebelum dan semasa tempoh gencatan senjata. Kerana peperangan sangat sengit, maka tiada sebarang gambar sempat diambil oleh jurukamera kerana jurukamera pada masa tersebut sedang melepak sarapan pagi.

Setelah berakhir perang, pihak kerajaan mengumumkan tiada sebarang korban dicatatkan. Cumanya, setelah beberapa ketika peperangan berlaku, akibatnya GST diumumkan (walau ia tiada kena-mengena). Apapun, aku berjaya mencabut bendera musuh sebanyak dua kali. Sekali ketika kami berkubu dari atas bukit, sekali semasa di bawah bukit. Haha, yeah!!

Di sini beberapa gambar yang sempat diambil.

Sebelum perang, kami terjumpa seorang budak yang beraksi seperti seorang puteri bermain pasir di tepi sungai.

Kecil-kecil cili api. Perlu diajar menggunakan senjata yang tiada api dulu. 

Chief Battalion  (bertudung paling kiri) sedang memberi kata-kata semangat kepada anak buahnya.

Ini adalah Chief Commander.

Chief pihak lawan telah berjaya di'tawan', huhu..

Sempat membeli belah di uptown. Senjata api dibeli dari pasaran gelap uptown.

Membaca doa tahlil arwah untuk ayam yang kepaknya direbut oleh kedua-dua belah pihak.

Perbincangan samada untuk menggunakan senjata kimia atau senjata nuklear dalam perang. Walaubagaimanapun, senjata paintball untuk jenis kimia atau nuklear masih belum direka setakat cerita ini ditulis.

Ada laporan dari gambar ini menyatakan bahawa terdapat anggota yang berkata "Huh, bestnya bau topeng ni!!!"

Walaupun mereka sepasang, namun mereka adalah dari kumpulan yang berlainan. Kumpulan mereka saling bertelagah merebut sekepak ayam yang dimasak oleh emak. Baru sepasang.


Setakat inilah sahaja laporan perang yang sempat dinukilkan. Yang tak sempat dinukil, tersimpan dalam memori dan hutan tersebut.

Penulis adalah salah serang anggota daripada dua kumpulan gerila ini. Walau gerila, mereka sesekali bukanlah gila, atau gelilah, atau gorila atau garilah. Bukan juga Rogayah. Penulis telah kena tembakan dua das di kepala, dua das di peha dan sedas di tangan. Tak patut betul, seboleh-boleh jangan attack kepala, ni tak. Adik aku sorang slumberber je nak tembak kepala aku. Grrr..

Dilaporkan oleh,
Mejar (B) Hakim Akasisa.

*B = Berimpian ^_^

(Cerita ini memang rekaan. Segala watak sememangnya orang yang betul.)

Bandar Baru Bangi,
20 Jamadil AKhir 1436H.

Comments