Tentang Banjir

Assalamualaikum

Inilah sudut pandang saya, idea 20 sen.

Ramai yang mengatakan banjir pada tahun ini seumpama atau lebih teruk pada tahun 1971. Boleh dikatakan saban tahun ianya berlaku. Maka, suatu perancangan dan tindakan bersepadu perlu dibuat.

Di sini, terdapat tiga bentuk pengurusan yang perlu dibuat;

1- Sistem Sungai dan Saliran
- Perlu ada satu polisi dan pantauan yang tegas terhadap penerokaan tanah terutama di kawasan hutan takungan air. Perlu ada piawaian serta aktiviti penanaman semula. Ini kerana hutan sangat penting sebagai kawasan tadahan air di kawasan hilir sungai.

- Sungai-sungai didalamkan dan dilebar serta tebing sungai diperkukuh dengan binaan konkrit atau batu. Dicadangkan dipasang dinding bolehubah bagi menahan limpahan air ketika banjir ketika bencana


2- Sistem Kawalan Banjir
- Dibina beberapa kawasan/kolam takungan air yang besar di kawasan tertentu sepanjang sungai2 utama sehingga ke kawasan lembangan. Air limpahan banjir akan masuk ke dalam kolam takungan bagi mengelak limpahan yang besar ke kawasan lebih rendah. Jika dibuat sistem penapisan atau loji yang baik, ia boleh dijadikan sumber air bersih.

- Diwujudkan kawasan floodplain bagi mengalirkan limpahan air. Kawasan tersebut penting bagi menampung banjir agar tidak melimpah ke kawasan penting.

- Pembinaan benteng sungai serta terusan yang memecahkan aliran sungai ketika banjir ke kawasan lain seperti takungan, floodplain, laut atau cantuman seungai lain.

- Dibina benteng atau pintu aliran banjir yang boleh diubah di kawasan penempatan, hospital, sekolah atau berkeperluan tinggi.

- Jalan-jalan utama dikukuh atau ditinggikan setelah dikelapasti melalui kawasan rendah. Ia bertujuan jalan tersebut tetap boleh digunakan sekiranya berlaku banjir.

- Bentuk penempatan boleh diubah kepada pangsapuri atau flat. Perlu disusun plan pembangunan agar tempat-tempat penting seperti klinik/hospital, sekolah dan selainnya dibina tinggi. kawasan perumahan dan seterusnya kawasan pertanian.

3- Pengurusan Bencana Banjir
- Sistem pengurusan banjir perlu dikaji semula dan ditambahbaik. Semua pusat penempatan sementara sepatutnya telah dikenalpasti sejak dahulu. Sebulan sebelum musim angin monsun melanda, segala keperluan ketika banjir telah berada dalam keadaan stand by di semua pusat penempatan sementara. Antaranya janakuasa elektrik, sistem bekalan air bersih, simpanan/stor makanan, ubat-ubatan serta depoh pengangkutan banjir seperti perahu dan lain-lain.

- Sistem amaran paras air perlu diaktifkan lebih awal dan sentiasa dalam keadaan bersedia yang dikendalikan oleh pihak berautoriti bagi memberi amaran lebih awal kepada penduduk.

Kos menambahbaik semua pengurusan ini mungkin menelan belanja yang tinggi. Namun jika ia dibuat dengan perancangan rapi, untuk jangka masa panjang, ia boleh menjimatkan daripada proses bantuan bencana ketika banjir dan proses pemulihan selepas banjir setiap tahun.

*Telah ditulis semasa musim banjir 2015, Putrajaya.

Bandar Baru Bangi,
14 Jamadil Awwal 1436H.

Comments