Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Friday, March 30, 2012

Solat dan Doa Dhuha: Mari Amalkan

30 March 2012.

Solat dhuha merupakan salah satu solat sunat yang sangat digalakkan ke atas umat Islam. Ia mempunyai manfaat yang besar bagi bagi membuka pintu rezeki kita. Rasulullah SAW sangat menggalakkan agar kita istiqamah melaksanakannya. Inilah antara amalan yang tetap diamalkan oleh Rasulullah SAW.


Berkenaan waktu afdhal solat Dhuha ialah ketika sinar matahari kian panas dan semakin meninggi. Ini berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdhalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Tuesday, March 27, 2012

Otak

Tuesday, 27 March 2012.

Pernahkah anda lupa di mana anda telah letak kaca mata atau kunci kereta anda sebentar tadi?

Pernahkah anda merasakan tanpa sedar anda telah sampai ke tempat kerja atau ke rumah sedangkan sebentar tadi anda melalui pemanduan dan penunggangan?

Pernahkah apa yang anda hasilkan melalui anda menaip mahupun anda menulis tidak sama dengan apa yang anda fikirkan?

Pernahkah rakan anda mengatakan anda sebenarnya menyebut B dan bukan A seperti yang anda dakwa?

Mari Doa Keampunan

Tuesday, 27 March 2012.

“Ya Allah. Jika selama ini, rasa sesal kami belum cukup untuk memadamkan dosa yang pernah kami lakukan, maka saat ini, saksilah wahai Tuhan bahawa rasa penyesalan itu telah memenuhi serta memberatkan hati kami kini.”
“Jika hati kami ini keras, maka Kau lembutkanlah.
“Jika hati kami ini degil, Kau lunakkanlah.”
“Ya Allah, jika hati ini lupa akan keagungan dan kebesaranMu, lupa akan murka dan azabMu; peringatkanlah.”
“Ya Allah jika hati ini, lupa akan api nerakaMu; sedarkanlah.”

Monday, March 26, 2012

Hari Pertama, Hadiah Buku


Sunday, 25 March 2012.

Hari ini merupakan hari pertama bergelar 'pelajar' kembali. Walaupun ia bukanlah untuk penerusan yang rasmi, tetapi kerana keinginan menambahkan ilmu dalam bidang syariah. Dahulu di KUIS sangat bimbang mengambil bidang ini kerana ia berkaitan dengan memberi hukum. Takut-takut andai memberi hukum yang salah akan memeberi dosa yang berganda. Itu persepsi pada awal.

Apabila sudah tua sikit hari ini, keinginan mendalami syariah semakin mendalam. Dengan rezekiNya dapatlah mendaftar dan memulakan pengajian pada hari pertama walaupun kelas telah beberapa minggu berjalan.

Hari pertama merupakan hari yang cukup menggembirakan. Masuk sahaja bilik kuliah, bulu roma menegang. Segala memori lalu belajar di KUIS datang dan merasai semangat baru. Memang benar, suasana belajar di Malaysia berbeza ketika di Mesir dahulu. Kebanyakan pelajar yang ada adalah daripada golongan ibu-ibu, bapa-bapa, abang dan kakak Ada beberapa kerat yang lebih muda.

Thursday, March 22, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H




Thursday, 22 March 2012.



Andai lumpur itu boleh mencerahkan wajah, inginku lumurkan di wajahku,
Andai klorox itu mampu membersihkan hati, mahuku minum dan berkumur dengannya.

Sunday, March 18, 2012

Kebijaksanaan

Sunday, 18 March 2012.


Ia boleh terbit dari dalam diri seseorang melalui dua cara. Samada ia merupakan sesuatu yang diwarisi atau ianya hasil usaha yang bersungguh.

Wednesday, March 14, 2012

Just Take 5 Minutes

Wednesday, 14 March 2012.

Just take your time to hear this sound.
Switch from your stress and stringy brain.
To relax and peaceful mind.

Your center in your life is your mind, your soul and your belief.
So, take them together in one amazing synergy of new energy.

Tuesday, March 13, 2012

I Like Orchestra

Thursday, 13 March 2012.

I don't know how, when and why I like orchestra very much.
Of course because of their sound, their music and their rhythm.
One player like a ship on a turbulence sea.
And the others ship with their own way.
If you see from side, you can see the all ship together.
To make a one amazing gesture.
Look how a conductor can manage all the ships.

أستغفر الله


Perihal Syurga
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya. (2:25)

Thursday, March 8, 2012

Ceritera 7 Mac 2012


Ceritera 7 Mac 2012

Bangun pagi sperti pagi-pagi yang biasa. Tapi ada lain skit hari ini. Ada sesuatu agenda lain yang hendak dilakukan.
Pinjam motor adik. 
Pergi kerja.

Pergi Suruhanjaya sumpah.

Sunday, March 4, 2012

Mendidik Anak Ala Kehidupan Nabi SAW


Nabi Muhammad tidak boleh dijadikan teladan hanya dari segi ibadahnya sahaja. Teladan yang perlu diambil oleh kita semua perlulah menyeluruh seumpama menyeluruh dan sempurnanya Islam untuk setiap masa dan tempat.

Riwayat hidup Nabi SAW merupakan riwayat yang sangat berharga dan tiada tolok bandingnya jika mahu dinilai dengan segala kekayaan di atas muka bumi ini. Hanya mereka yang sedar, prihatin dan berusaha mengorek sebanyak mungkin murtiara dan kekayaan dalam sirah Baginda ini akan mendapat kebahagiaan dan kecemerlangan dalam hidup dan berumahtangga.

"Tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan memberi rahmat ke seluruh alam"

1- Memelihara daripada hedonisme
Sejak kecil Rasulullah SAW sudah menghindarkan diri daripada sebarang penyembahan berhala yang dianggap tuhan oleh nenek moyangnya. Baginda tidak terpengaruh dengan keinginan yang salah dengan menjadikan berhala sebagai sembahan, pemujaan, pengharapan dan memberikan korban.