Doa Khatam Quran

Alhamdulillah,
Semoga ianya diberkati dan dirahmati.


Menangislah..

Ilmu sanad merupakan antara ilmu utama di dalam Islam yang tiada di dalam syariat agama lain. Ia ibarat kita mendambakan cahaya matahari yang dibiaskan cahayanya oleh si bulan. Walau kita tidak mendapat cahaya mentari secara langsung, biarlah kita menerimanya daripada bulan. Kalau tidak pun, daripada dinding yang terkena cahaya si bulan tersebut.



Anda mahu membaiki lori diesel anda yang mempunya tiga sambungan dengan sembilan pasang tayar yang tersusun. Pastinya anda tidak akan bertanya orang yang pakar dalam sains komputer. Melainkan anda mahu menukarkan lori diesel anda menjadi salah seorang ahli kepada transformers. Maka, anda perlu bertanya kepada mekanik atau pakar automotif.

Mekanik atau pakar automotif pulak, anda kena pastikan ia bahagian mana. Kalau setakat mekanik basikal dan motor empat lejang dengan ekzoz sempit penambah kuasa bunyi yang menyengitkan, ianya tidak berbaloi. Apa yang dia tahu? Juga sekiranya anda bertanya kepada pakar automotif pesawat Discovery yang telah melakukan beberapa siri penjelajahan ke ISS, sama ke enjin lori diesel anda dengan enjin pesawat Discovery? Pesawat Discovery pun boleh diistilahkan dalam automotif ke?

Kesemua ini, apa yang lebih meyakinkan anda adalah mereka ini datang bersama dengan sijil-sijil pakar mereka. Maka, hilanglah kesangsian anda terhadap ilmu dan kepakaran mereka. Namun, kesesuaian dan keperluan tetap perlu dipertimbangkan. Ilmu yang anda yakin dari siapa mereka memperoleh ilmu tersebut. Bersama bukti dan sandaran yang sepatutnya.

Semoga masa yang mendatang lebih memberikan manfaat.

Tanta,
3 Syaaban 1432 H.

Comments