Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Thursday, July 28, 2011

Ingatan Ramadhan

Lakukan apa jua yang menenangkan dirimu,
Selagi ia tidak terlencong dan tersasar.

Zaman kanak-kanak memang menyeronokkan. You can do what you think it is good for yourself. Tidak kiralah walaupun pada pandangan orang bisa akan berkata "Isy, budak-budak ni.." Ini kerana, sudah sememangnya budak-budak.

Ingatan 1 (Curi minum)
Ingat lagi. Suatu hari tu, entah mengapa badan tidak larat semacam. Waktu asar. Emak sedang solat asar. Maka kaki melangkah ke bilik air. Menggunakan plastik aiskrim pop yang telah tinggal sekerat. Mengunci pintu. Buka kepala pili, menadah air. Dan akhirnya, tekak merasai betapa air paip itu sunggu sedap! Apa, curi makan? Tak pernah lagi..

Wednesday, July 27, 2011

Hidup Kita

Hidup ada dua,
Di dunia dan di akhirat.

Hidup ini di dunia,
Hidup itu pula di akhirat.

Hidup ini sukar ditafsir,
Sedangkan hidup itu adalah tafsirannya.

Hidup ini ada konflik,
Ada persaingan,
Ada permasalahan,
Ada kemurungan dan kesedihan,
Yang pasti hidup ini satu keburukan,
Cuma bagaimana,
Melalui keburukan berpandukan kebaikan.

Tuesday, July 19, 2011

القصيدة العاشرة

خَيْرَ البَرِيَّة نَظَرَة إِلَيَّمَا أَنْتَ إِلاَّ كَنْزُ العَطِِيَّة
Wahai sebaik-baik manusia lihatlah padaku
Engkau tiada lain melainkan rahmat bagi umatmu

يََا بَحْرَ فَضْلٍ وَتََاجَ عَدْلٍجُدْلي بِوَصْلٍ قَبْلَ المَنِيَّة
Wahai lautan kemuliaan, mahkota keadilan
Berilahku jalan hubungan sebelum menemui kematian

Sunday, July 17, 2011

القصيدة التاسعة

طَالَمَا أَشكُو غَرَامِى
يَا نُورَ الوُجُودْ
وَأنَادِى يَا تِهَامِى
يَا مَعْدِنَ الجُودْ

Lama sudah aku menanggung rindu
Wahai cahaya alam yang indah
Serta menyeru wahai Nabi
Punca ilmu dan pemurah

Friday, July 15, 2011

Indah Hidup Bersama Tuhan

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima dariNya

Bijak menggunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Thursday, July 14, 2011

Cinta Tanpa Syarat?

Sememangnya kalimah yang tersusun di dalam ayat tersebut tidak asing dalam kehidupan sesiapapun. Tetapi entah mengapa sejak menemukan ayat keramat ini, daripada sebuah blog yang diberi nama sedemikian, hati dan otak seringkali cuba mengertinya dengan lebih mendalam. Sesuatu akan menjadi biasa dalam hidup seseorang apabila perkara tersebut telah menjadi amalannya. Namun sebaliknya bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar atau merasai disebalik ayat tersebut.

Cinta merupakan sesuatu yang abstrak dan boleh ditujukan kepada apa jua yang berbentuk objek atau abstrak. Dalam bentuk realiti mahupun fantasi. Sesuatu yang telah, sedang dan akan berlaku. Sesuatu yang wujud ataupun tidak. Cinta adalah hak seseorang dan ianya bebas untuk ditampal dan diikat kepada mana-mana daripada perkara-perkara di atas tadi

Tuesday, July 5, 2011

Doa Khatam Quran

Alhamdulillah,
Semoga ianya diberkati dan dirahmati.


Menangislah..

Ilmu sanad merupakan antara ilmu utama di dalam Islam yang tiada di dalam syariat agama lain. Ia ibarat kita mendambakan cahaya matahari yang dibiaskan cahayanya oleh si bulan. Walau kita tidak mendapat cahaya mentari secara langsung, biarlah kita menerimanya daripada bulan. Kalau tidak pun, daripada dinding yang terkena cahaya si bulan tersebut.

Falsafah Bumi

= Dunia

Tiba-tiba terdetik untuk memperkatakannya. Entah dari mana datangnya idea ini, pastinya segala perkara daripada Allah swt jua. Satu niat yang baik sudah dikira pahala, itu belum lagi dilakukan. Berganda-ganda ganjarannya apabila ia dilaksanakan. Berbanding niat yang tidak baik, ia dikira dosa apabila dilakukan.

Apa ada dengan bumi?
Bumi merupakan planet yang ketiga dalam turutan planet sistem suria. Sehingga ke saat ini, hanya bumi yang diiktiraf sebagai planet yag mempunyai kehidupan di alam zahir ini. Dikatakan Marikh juga mempunyai kehidupan. Namun di dunia serba moden ini teori ini masih tidak dapat dibuktikan. Maka, tidak perlulah jika mahu cari kehidupan zahir lain selain bumi. Nikmati puas-puas dahulu di bumi sebelum berangan hendak ke luar bumi.

Falsafah bumi mudah. Jikalau mahu bertanya, 'what the most beautiful planet?' Maka kita mesti menjawab dahulu 'Earth'. Sungguh ke? Sungguh la. Cuba tengok Utarid, Zuhrah, Marikh, Neptune dan Zuhal. Tidakkah cantik dan indahnya bumi adalah 'lebih' dari semua planet-planet yang lain?

Bila anda ke luar bumi, anda akan mampu melihat betapa keindahan bumi ini mampu memukau penglihatan anda. Lihat sahaja imej-imej yang diperoleh daripada satelit. Itu bukan lagi anda melihat dengan mata kepala sendiri, anda pasti sudah terpukau akan keindahannya.

'Indahnya bumi'. Terdetik di sanubari anda. bentuknya bulat. Kebiruan, kehijauan, lingkaran-lingkaran putih awanan, keunikan daratan dikelilingi lautan. Separuh bercahaya sedangkan separuh yang lain gelap. Antara keduanya lain pula kecerahannya.

Musytari cantik pada tompohan gergasinya. Zuhal indah pada gelangnya. Marikh terpesona melihatnya dengan merah yang menyala. Tidak kurang juga Neptune, cantik sekali dengan kebiruannya. Namun, adakah semua planet ini mampu menandingi indahnya Bumi?

Terpesona kita bukan apabila melihat bumi dari jauh? Ya, ia sangat pasti.

Kalaulah ada makhluk berakal lain yang hidup di Neptune, tatkala melihat Bumi, pasti mereka berkata sungguh indah Bumi. Dalam keadaan mereka masih tidak 'masuk' ke dalam ruang kehidupan Bumi lagi. Semestinya anda mempunyai jawapan untuk mereka.

Wah, indahnya Bulan. Oh bulan! 'Engkaulah lambang kesetiaan cinta kami berdua'. Sekiranya sudah berpoligami, 'Engkaulah lambang cinta kami bertiga atau berempat'. Oh bulan! Mengapa engkau sungguh mempersonaku. Tapikan, hakikatnya bagaimana ye keadaan permukaan bulan itu?


Hakikatnya?
Ya, Bumi ini sungguhlah indah di pandangan mata. Namun, seingkali manusia mudah tertipu dengannya. Mudah sekali.

Lihat sahaja permukaan Bumi antara gelap dah bercahaya. Tidak lain hanya warna yang kelam atau kelabu. Sungguh tidak cantik. Tiada warna. Yang ada samada gelap atau cerah atau antara keduanya. Namun, adakah anda yang di bumi ini akan membenarkan kata-kata tersebut sedang anda menghadap kaki langit tika terbit dan terbenamnya sang mentari?