Kerana Allah Untuk Islam



Semuanya MESTI kerana Allah untuk Islam.

Sebab kau lahir telah pun sebagai Muslim.
Sebab agama kau memang agama Islam.
Sebab Nabi kau Muhammad Ibnu Abdullah al-Amin.
Sebab kau menagih rahmat Tuhan kau dan syafaat Nabi kau.

Kalau kau belajar tinggi untuk gaji dan kerjaya hebat,
Kalau kau kerja keras untuk duit dan takut kefakiran,
Kalau kau buat sesuatu kerana semata kepuasan diri,
Kerana menuntut habuan dunia semata.



Kau rugi dan bertimpa-timpa penyesalan.

Kalau kau nak kawin pun,
Kenalah kerana Allah untuk agama kau,
Kau nak kawin kerana semata perasaankah?,
Kerana mahu anakkah?

Kalau kau fahami Islam, kau mesti lalukan untuk Islam.
Korbankan apa yang kau ada, kau sayang.
Adakah ada yang lebih kau sayangi sebenar-benarnya selain Allah?
Selain Rasulullah?

Kalau Abu Bakar sanggup tinggalkan hanya Allah dan RasulNya untuk Keluarga,
Kalau Umar sanngup gadai separuh kekayaannya,
Kalau Abdul Rahman bin Auf menyerahkan hartanya untuk Islam,
Kalau Bilal sanggup dengan batu panas yang menindih,
Kalau Sumayyah sanggup tercabut anggota tubuhnya,
Kalau Muhajirin sanggup tinggal harta, rumah dan anak isteri,
Kalau Ansar sanggup menghadiahkan isteri-isteri mereka,
Kalau bapa, anak dan tuan sendiri sanggup dibunuh,
Kalau Umar Abdul Aziz sanggup memadamkan nyalaan lilin,

Dan lagi.. dan lagi..

Apa lagi yang kau tak sanggup wahai diri?
Kebijakan, perasaan, kekuatan,
Masa, wang, nyawa,
Itu semua pinjaman,
Ke mana kau nak salurkan semua ini?
Kalau bukan kerana Allah untuk Islam?

Andailah syurga itu berada di depan,
Matamu dan mataku..

Dipetik dari sumbernya.

Hidup dalam mencari..

Tanta,
16 Jamadil Akhir 1432 H.

Comments