Kenapa Silap?

Kenapa sejak dua menjak ni seringkali berlaku kesilapan.
Lebih-lagi ejaan dan pembinaan ayat di dalam blog ini.

Adakah penulisan hasil daripada,
Jari yang menaip tidak seia-sekata dengan otak yang memikir?

Atau akibat otak yang terlalu laju memikir,
Sehingga jari tak sempat mengejar dan tercicir-cicir?

Atau jari masih tidak mampu mengikut kelajuan,
Otak yang memikir?


Ya,
Kadang-kadang sebahagian tubuh badan atau anggotanya,
Lebih laju tindakannya dari sebahagian yang lain.

Ya,
Kadang-kadang sebahagian juzuk manusia,
Lebih dahulu memberi respon dari sebahagian yang lain.

Ya juga,
Boleh berlaku sebahagian tubuh ingin terus bekerja,
Tetapi sebahagian yang lain telah kurang tenaganya dan perlu kerehatan.

Tika otak telahpun letih,
Tetapi akal memaksa untuk berfikir,
Kehendak mahu mendapat apa yang dimahukan.

Tika itu,
Otak yang letih atau tubuh badan yang letih?
Siapa yang memberi isyarat letih pada badan?
Adakah berlaku fikiran itu letih tetapi tubuh badan sebaliknya?
Kalau otak tiada pasti tubuh tidak terasa letih.

Tapi adakah adanya kewujudan sebelum letih,
Jika otak tiada?

Memang patut la syurga itu sangat mahal.

Hidup dalam mencari..
20 Jamadil Akhir 1432 H.

Comments