Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Monday, February 28, 2011

Agenda Yang Diperjuangkan

Assalamualaikum.

Baru-baru ini PAS telah mengumumkan resolusi tentang pengupayaan bangsa Melayu. Ini semua sebagai satu langkah 'penceritaan' semula kepada rakyat Malaysia umumnya dan kepada orang yang masih tidak kenal sejarah perjuangan PAS.

Alhamdulillah, sedikit respon baik daripada beberapa pihak. Namun, saya sebenarnya sangat berasa hairan dan sangat terguris hati. Adakah selama ini beberapa NGO gerakan Islam masih tidak sedar bahawa PAS telah berjuang untuk bangsa Melayu sejak sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi? Adakah mereka tidak tahu bahawa Melayu menjadi objek kedua selepas Islam dalam senarai perjuangan PAS?

Saya rasa bersyukur dan berpandangan positif dengan komentar Presiden ISMA yang meyambung baik tindakan pemerkasaan Melayu oleh PAS ini. Namun, seolah menyatakan selari dengan slogan ISMA. Mengapa ISMA tidak sedar bahawa PAS sejak dahulu perjuangkan Melayu?

Cubalah wahai semua pendukung IRC, JIM, ISMA, IKRAM, PEMBINA, HALUAN dan seumpamanya. Apakah tujuan dan matlamat pertubuhan anda semua?

Jika mahukan Islam, PAS sememangnya perjuangkan Islam. Jika mahukan Melayu, PAS sejak sebelum merdeka memperjuangkan bangsa Melayu. Lihat sahaja apa yang telah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Jika mahukan dakwah, sejak dahulu lagi PAS menggerakkan dakwah sebagai pilihan utamanya. Cuma dakwahnya tertumpu kepada kepimpinan negara dan di dalam jalan politik.

Mengapa anda semua tidak mahu mendukung dang menyokong PAS dalam erti kata sepenuhnya bersama PAS? Jika anda mahu mewujudkan dakwah kepada Melayu, mengutamakan Melayu dalam agenda penubuhan, bukankah ianya tidak syumul? Bagaimana dengan kaum lain dan masyarakat orang asli yang bukan Melayu? Bagaimana mereka ini perlu didakwahkan? Sekiranya anda mahu mengutamakan Melayu?

Lihat sahaja, antara prejudis bangsa lain seperti Cina dan India, mereka tidak mahu memeluk Islam kerana takut akan dilabel sebagai masuk Melayu. Lihat! Bukankah ini satu fenomena yang sangat tidak bagus. Kita mahu perjuangkan nilai Islam yang tulen dan dikembangkan kepada seluruh mad'u di Malaysia ini. Andai sekerat sahaja, mahu perjuangkan Melayu, ke mana pula agenda kita untuk tarik seramai mungkin yang bukan Islam memeluk Islam?

Sakit dada saya memikirkannya.

Sejak dahulu, saya membaca beberapa pandangan orang kuat ISMA. Mereka menulis siapah yang perlu diundi semasa pilihanraya. Antara PAS dengan UMNO. Antara PKR/DAP dengan BN. Namun akhirnya kesimpulan yang diberikan ialah kepada UMNO kerana melaluinya Melayu akan bersatu dan Islam akan dijulang.

Wahai orang yang masih tidak sedar. Lihatlah sejarah, beleklah sejarah. Singkaplah sejarah perjuangan UMNO dan BN ini. Mengapa anda semua masih tidak sedar bahawa perjuangan mereka sebenar adalah memperkasakan pemikiran penjajah?

Mengapa anda melihat langkah PAS terlibat di dalam politik ini sebagai langkah yang tidak boleh diterima. Kerana jika andai anda menerima, anda tidak akan menubuhkan kumpulan lain yang mendakwa memperjuangkan Islam dan Melayu.

Bersama di dalam PAS, memperjuangakan agenda Islam, keadilan, agenda Melayu, pemerkasaan ekonomi bumiputera. Ke mana halatuju anda sekalian wahai IRC, IKRAM, JIM, ISMA, PEMBINA dan HALUAN serta seumpamanya.

Anda berkata dakwah dan tarbiyah PAS tidak syumul dan mantap. Maka, mari bersama perkasakan PAS, bukan tubuh persatuan lain. Dahulu ada pihak yang mengatakan bahawa PAS tidak syumul kerana tiada agenda pemerkasaan ekonomi. Maka Al-Arqam ditubuhkan. Ekonomi Melayu seolah berjaya mendominasi. Wujudkan pelbagai cawangannya. Ada bas sendiri, kemudakan pengangkutan yang bagus. Ada siaran penerangannya sendiri.

Ini semua dilihat sebagai satu momentum baru kepada Melayu kerana dilihat berjaya memperkasakan Melayu melalui ekonomi. Namun, apabila terjadi kesalahan faham mengenai akidah, maka Al-Arqam digulingkan. Akhirnya semuanya digulingkan bersama dengan 'harapan' pemerkasaan ekonomi tadi.

Sudahlah kemunculannya memperkasa ekonomi boleh dilihat sebagai satu langkah yang sangat baik dan komprehensif. Akhirnya diharamkan keseluruhannya. Segala yang baik dari ekonomi itu juga semuanya telah bersama dikuburkan. Mengapa pendekatan ekonomi itu tadi tidak dijanakan kembali?

Saya ingin merujuk kepada sebahagian kenyataan yang dikeluarkan didalam web ISMA.

"Pendirian ini dilihat sinonim dengan perjuangan ISMA yang berslogankan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” yang memperjuangkan pembinaan jatidiri dan kesatuan bangsa Melayu bagi memperkukuhkan kedudukan agama Islam di Malaysia.

“Pendirian terbaharu PAS ini akan menambahkan lagi keyakinan ahli-ahli ISMA terhadap dasar perjuangan mereka”, tegas Ustaz Abdullah lagi.

Sebelum ini, ISMA telah menganjurkan dua program berskala besar dua tahun berturut-turut dalam menyuarakan agenda perjuangan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” iaitu Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA) pada Januari 2010 dan Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) pada Januari 2011."
Sumber.

Seolah menyatakan Melayu ini telah dahulu diperjuangkan oleh ISMA dan PAS menuruti dari belakang. Seolah PAS yang mengikut pendekatan ISMA. Seolah ISMA yang terlebih dahulu dan terkehadapan dalam perjuangan Melayu ini. Seolah ingin menunjukkan anda 'HERO' dalam agenda Melayu Islam.

Wahai IRC, JIM, IKRAM, ISMA, PEMBINA, HALUAN dan seangkatan dengannya. Sekiranya anda tidak mahu bergabung tersu dengan PAS kerana kononnya tidak mahu terlibat dengan politik yang menganggap bahawa plitik ini kotor. Kerana PAS lebih dominan dengan politik sehingga anda semua tidak sedar dengan agenda dakwah dan Melayu yang sejak awal telah dikumandangkan oleh PAS.

Berjuanglah anda kalian dengan penulisan, luahan idea, kajian, penyebaran kesedaran kepada rakyat umum kepada prinsip Islam yang sebanar. Tegurlah pemerintah dengan medium anda yang anda miliki. Teranglah kepada rakyat nilai dan erti keadilan, kesamarataan, demokrasi dan sebagainya dengan jelas kepada masyarakat. Kaitkanlah dengan berani fenomena yang berlaku sekarang dengan nilai realiti. Bukan sekadar konsep dan teori yang jauh dengan panggang realiti.
Nilailah kembali, adakah dengan perjuangan anda sejak dahulu membuahkan hasil yang baik kepada kesedaran terhadap Islam kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhan. Adakah perjuangan anda boleh membawa kepada pemahaman orang bukan Islam terhadap Islam yang sebenarnya? Akhirnya membawa peningkatan orang memeluk Islam di negara ini.

Anda berhempas pulas perjuangkan Melayu yang PAS pun telah perjuangkan. Anda mahu perjuangkan dakwah yang PAS pun telah laksanakan sejak dulu. Bolehkan anda fikir, apakah platform terbaik dalam menghadapi realiti pemerintahan pada hari ini, dalam memastikan Islam itu benar-benar diletakkan di tempatnya.

Baru-baru ini ada ahli koponen BN yang menghina dan mencela menganai Islam. Mengenai aurat dan hukum menyentuh dan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Di dalam kempen pilihanraya dalam seminggu ini, pihak pemerintah menggunakan gambar Anwar Ibrahim yang meliwat Tuan Guru Nik Aziz. Mengapa semua pertubuhan ini langsung tidak mengupas isu-isu ini? Mengapa semuanya diam? Sedikit komentar terhadap tulisan ini. Tolonglah jangan mengkaji hanya di hujung lalang, tapi kajilah struktur lalang dari hujungnya sehingga akar-akarnya.

Bangunlah dan sedarlah. Apa agenda anda sebenarnya. Kata-kata pemimpin hanya dalam isu-isu tertentu yang dilihat ada kepentingan sendiri. Bukan kepentingan Islam, Melayu dan kepentingan keadilan yang sebenarnya. Bukan kepentingan yang menyeluruh!

Sedarlah wahai anda semua. Apa kepentingan pada hari ini? Apakah keutamaan anda semua dalam perjuangan anda? Janganlah anda tanpa sedar sebenarnya pembantut berkembangnya Islam dengan sempurna.

Maaf, saya langsung tidak menyokong keyataan ini.


Menuggu bila tibanya kenyataan 'menegur' dan 'menasihati' oleh pertubuhan seperti JIM, PERKASA, ISMA, IKRAM terhadap pengikut pemerintah ini. Saya rasa ini bukan hanya isu politik, tetapi isu akhlak MELAYU/ISLAM yang diperjuangkan oleh golongan tersebut.



Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
25 Rabi'ul Awwal 1432 H.

Friday, February 25, 2011

Go Back To Egypt

Hidup dalam mencari di perjalanan..

Kuala Lumpur,
22 Rabi'ul Awwal 1432.

Wednesday, February 23, 2011

Keistimewaan Pembaca dan Penghafaz Al-Quran

Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga
Dari Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barang siapa membaca al-Quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi)

Berada dalam rahmat Allah
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)." (Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.; katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia. "Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w.?"Jawab baginda: "Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Hakim dan An-Nasaie)

Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: "Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya." (Hadis riwayat muslim)

Dipakaikan mahkota pada hari kiamat
Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu-bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud).

Monday, February 21, 2011

Jaga Lidah Kamu Wahai Dr. Asri dan Anda Perlu Meminta Maaf!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejujurnya saya bukanlah selayaknya untuk berbicara dengan terperinci dalam menghukum dan menilai keperibadian seseorang ulama. Lebih-lebih lagi mereka golongan yang taqwanya sangat tinggi di sisi Allah SWT.

Cumanya saya sangat terkesan dengan bicara seseorang yang sangat mudah memberi kenyataan yang negatif dalam memberi komentar terhadap ucapan dan keperibadian ulama. Tiba-tiba sakit dada membaca entri tersebut.

Saya telah mengetahui tentang ini, iaitu seolah terdapat perbezaan pendapat antara Syeikh Tusuf al-Qardhawi dan Syeikh Ali Jum'ah, Mufti besar Mesir. Ringkasnya, Syeikh Yusuf al-Qardhawi bersetuju dengan tindakan rakyat menjalankan demonstrasi, manakala Syeikh Ali Jum'ah sebaliknya.

Tiba-tiba ada pula seorang ulama Malaysia ni mudah-mudahnya untuk menghukum keperibadian salah seorang dari mereka. Pada saya, tindakan ini sangatlah tidak bertanggungjawab dan ini menggambarkan betapa jeleknya hati dan pandangan beliau. Sila baca di sini.

Saya hairan, adakah beliau telah memandang apa yang berlaku dengan pandangan hati yang adil dan bersederhana? Adakah beliau telah mempertimbangkan segala apa yang berlaku berdasarkan kepada semua keadaan dari pelbagai sudut?

Menempelak keperibadian seseorang ulama yang telah jelas ketinggian ilmu dan sifat taqwanya, janganlah mudah melakukan sedemikian. Bagaimanakah anda mahu meminta maaf atas perbuatan ini sedangkan anda di Malaysia dan Syeikh jauh nun di sana?

Adakah anda sanggup menanggung bebanan dosa hasil daripada salah tanggapan yang telah anda canangkan di laman internet? Bukankah prasangka buruk merupakan pembohongan yang paling jelek?

Cubalah bertenang dan bijak dalam menilai sesuatu perkara. Saya sangat bersetuju dengan apa yang diungkapkan di dalam blog ini.

Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita dalam beradab dan terhadap ilmu dan pengamal ilmu yang sebenarnya.

*Sebenarnya diri ini sangat 'terguris' dengan pandangan Dr. **** yang telah beliau nyatakan di dalam lamannya.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
18 Rabu'ul Awwal 1432 H.

Saturday, February 19, 2011

Gambaran Kapitalisme 1Malaysia

'Najib harus lebih ikhlas'

Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2 peratus yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya.

Angka 7.2 peratus perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5peratus dan 6.1peratus dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.

Pertumbuhan 14.5 peratus yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7 peratus pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek - pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4 peratus hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura. Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya - padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia. Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.

Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan kerajaan persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3 peratus (perlombongan) dan 4.3 peratus (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2 peratus (perlombongan) dan 1.7peratus (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.

Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara. Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.

Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.

Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.

Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6. 1peratus dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia. Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura. Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2 peratus kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1 peratus kepada pertumbuhan ekonomi. Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1 peratus dan 28.3 peratus berbanding KDNK bagi tahun 2010.

Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang kerajaan persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1 peratus berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7 peratus dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6 peratustahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3peratusbagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk FDI sebanyak AS$7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah AS$37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2 peratus hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran. Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.

Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.

Malangnya, kerajaan persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik. Makanya, sebarang dasar ekonomi yang diperkenalkan sebagai reaksi politik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.


KAPITALISME MALAYSIA


Mencari semangat dan kefahaman baru demi kemenangan agama Islam di Malaysia khususnya dan alam amnya.

Hidup dalam mencari..

Pendang, Kedah.

16 Rabi'ul Awwal 1432 H.

Thursday, February 17, 2011

Terus Melangkah



Saya teringat dan tertarik dengan video ini yang pernah diperkenalkan secara tidak langsung oleh seorang sahabat. Maka di sini sebagai perkongsian dan penghayatan.

Merancang dan menuju perjalanan yang semakin jauh.

Hidup dalam mencari..

Monday, February 14, 2011

Tebang Tinggi - Yasin

,


Terbang Tinggi.

Kuala Lumpur,
11 Rabi'ul Awwal 1432 H.

Thursday, February 10, 2011

Transformasi Pendidikan

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

9 Februari 2011

Orang awam seperti saya tidaklah layak untuk membicarakan secara khusus mengenai pendidikan Islam yang dilaksanakan di Malaysia. Lebih-lebih lagi mengkritik, mempersoal dan menolak sistem yang telah ada pada hari ini. Walaubagaimanapun, disebabkan sistem kehidupan kita hari ini masih berada di bawah minda penjajahan, kita seolah terus meletakkan diri kita di bawah cengkaman penjajahan. Baik dari segi pemikiran mahupun sistem. Maka apa yang dilihat masih kurang, ia boleh lagi dikritik atau istilah seumpamanya.

Kehadiran yang tidak disengajakan
Kehadiran saya ke Wacana Pendidikan Islam 2011 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan IIUM Entrepreneurship & Consultancies Sdn. Bhd. bukanlah sesuatu yang telah dirancang awal. Setelah pulang sementara ke rumah di waktu rehat, saya kembali ke UIAM. Semasa melalui kawasan kampus saya terlihat mengenai iklan ini. Berhentikan motor di tepi jalan seketika dan melihat dengan lebih dekat iklan yang hanya bersaiz A4 bewarna bewarna merah jambu. Dalam hati saya teringin benar untuk menghadirinya. Saya tertanya dalam hati, mengapa tidak disedari sejak dari awal..

Saya segera ke bangunan Research Managemant, naik ke pejabat dan bertanya tentang wacana tersebut. Segera di bawa ke tempat program. Dalam hati agak gelisah kerana ini bermakna saya ponteng waktu kerja yang sepatutnya! Tapi inilah yang dikatakan tidak dirancang. Kurang dari 10 minit keputusan dan tindakan diambil.

Prof. Dr. Muhammad Kamal Hassan
Ketika saya masuk ke bilik seminar, Prof. sedang memberikan pembentangannya. Akibat tidak memasuki dari awal program dan hanya mula mendengar di pertengahan ucapan beliau, pada awalnya saya 'ternganga' seketika. Selepas sekitar lima minit baru saya mula memahami kondisi perbincangan. Sebelum ini saya terlepas sekali mendengar syarahan Prof. di UIAM

Jujurnya bila berpeluang mendengar kata-kata daripada orang yang bertaraf Prof., sesuatu yang sangat berharga. Saya suka untuk memahami cara mereka berfikir dan memberikan pendapat atau respon dalam bidang perbincangan yang diperkatakan. Kehadiran sebenarnya adalah menjurus kepada golongan profesional pendidikan Islam, kementerian dan mereka yang berkaitan. Saya tidak termasuk! Rugi tidak hadir sesi awal kerana antara pembentang adalah Prof. Dr. Sidek Baba. Tidak sampai seminggu saya baru mendengar suaranya di IKIM.fm. kagum dengan ucapan dan cara pemikiran beliau.

Kesyumulan Pendidikan Islam
Awalnya Prof. menerangkan bahawa beliau bersetuju dengan manhaj tarbiyatul Islamiyah yang dibawa oleh Syeikh Syed Qutb melalui al-fikrah al kamilah atau al-tasawwur al-Islamiyah. Daripada ini seolah beliau berpendapat bahawa pendidikan Islam atau tarbiyah Islamiyah ini perlulah bersifat sempurna dan menyeluruh (komprehensif) serta merangkumi seluruh pandangan Islam terhadap kehidupan manusia.

Walaubagaimanapun, perbincangan apa bezanya 'Pendidikan Islam' dan 'Pendidikan Agama Islam' masih dalam kesamaran. Apakah istilah yang sesuai dan sepatutnya serta selari dengan sistem dan konsep pendidikan pada hari ini? Hari ini, istilah yang digunakan ialah Pendidikan Islam dan ini merupakan salah satu subjek di dalam silibus sekolah rendah mahupun menengah bagi pelajar beragama Islam. Namun, istilah ini bukan asal yang digunakan oleh cendiakawan Islam terdahulu.

Antara Asalah dan Mu'asarah
Sebagai contoh, Prof. menyatakan Imam Al-Ghazali menamakan kitabnya sebagai Ihya' 'Ulum ad-Din (menghidupkan ilmu-ilmu agama) melambangkan bahawa di sana terdapat satu lagi ilmu yang berlawanan dengan 'Ulum ad-Din itu tadi iaitu 'Ulum ad-Dunya (ilmu-ilmu dunia). Ia juga seolah selari dengan pembahagian ilmu asas iaitu 'Ilmu al-Wahy (ilmu wahyu) dan 'Ilmu al-Kauniyah (ilmu kejadian). Maka, bagaimana untuk kita kembali kepada kesepaduan pendidikan Islam yang sepatutnya.

Prof. juga menerangkan bahawa kita pada hari ini menghadapi kondisi ilmu sains yang sekular dan ilmu agama yang konservatif. Atau dengan kata lain, kita berhadapan situasi pendidikan yang mahu mempertahankan al-Asolah (keaslian) dan dalam masa yang sama perlu berhadapan dengan susana al-Mu'asarah (kontemporari). Prof. mempersolakan, bagaimana mempelajari sifat dua puluh Allah SWT (walau ada perbincangan lain mengenai sifat-sifat Allah tersebut) mampu untuk menghadapi dan menangkis sebarang serangan pemikiran atau agama yang berlaku mutakhir ini. Adakah mampu ilmu tersebut digunakan dalam kita mempertahankan apa yang sepatutnya?

Dengan itu, Prof. berkata setelah kita lama melalui pemikiran penjajahan ini, lantas sedar bahawa sistem barat, ideologi ciptaan manusia ini telah hancur nilainya, maka telah tiba masanya (pada saya sejak dahulu lagi) untuk kita sedar dan bertindak memperbaikinya kembali. Antara jalannya, kita mampu untuk mengkritik ilmu sains pada hari ini yang berpijak atau bertunjangkan ilmu sekular. Maka dari ini (bermula dengan kesedaran, kemudian mengkritik dan berterusan dengan tindakan lain) inilah, proses Islamisasi ilmu itu kita jana dan perkasa kembali.

Saya sedikit rugi kerana akibat terleka mendengar ucapan Prof, terlupa untuk menyalin nota atau ringkasan yang diberikan melalui pancaran microsoft power point.

Konsep 'Membaca Dua Buku'
Ini lebih kurang sama maknanya dengan 'Ulum ad-Din dengan 'Ulum ad-Dunya, al-Asolah dengan al-Mu'asarah serta 'Ilmu al-Wahy dengan 'Ilmu al-Kauniyah. Konsep ini juga telah dibawa oleh cendiakawan silam Islam. Namun saya tidak teringat siapakah yang mewujudkannya. Apa yang dimaksudkan dengan 'membaca dua buku' ini adalah membawa dua buku atau kitab iaitu kitab al-Wahy (kitab wahyu) dan kitab al-'Alam (kitab alam).

Apa maknanya? Ini bermakna, kita sebagai umat Islam perlu kembali (dan sepatutnya terus berpegang dan mempertahankan) pembacaan, penelitian dan pengkajian terhadap dua ilmu atau kitab ini. lmu asolah yang mempunyai nilai ilmu wahyu perlu dipelajari dan dihadamkan di dalam ruang lingkup pemahaman semasa. Ilmu kauniyah, mu'asarah dan 'alam inilah yang berubah akibat berubahnya kehidupan manusia sehingga memerlukan 'pemahaman semasa' itu tadi.

Hari ini dunia barat telah menguasai kitab atau ilmu alam ini. Ilmu teknologi, sosial, kemajuan, ekonomi, sains moden dan sebagainya. Barat mendahului semua itu. Akibat pegangan mereka adalah sekular, maka sudah pasti semua ilmu tadi tiada nilai agama kerana pada mereka agama telah diletakkan sebagai salah satu elemen budaya setempat sahaja.

Sewajibnya, untuk kita kembali kepada kesepaduan pendidikan agama Islam itu, maka ilmu-ilmu tadi tidak seharusnya bersifat dualisme yang menggambarkan ianta berpisah atau terpisah daripada penelitian serta pemahaman ilmu-ilmu wahyu, ilmu asolah dan ilmu agama. Apabila kita berbicara mengenai keperincian sel-sel dan sistem tubuh badan manusia, ia mesti dikaitkan secara langsung dengan ilmu agama Islam. Apabila kita berbicara mengenai tindak balas kimia dan pergerakan atom atau zahrah, perlu kita kaitkan secara langsung dengan ilmu agam Islam. Malah, apabila kita berbicara mengenai mekanikal dan fenomena fizik, ia pasti tidak dapat lari untuk dikaitkan dengan ilmu asolah atau ilmu wahyu agama Islam.

Saya sangat tertarik dengan istilah yang digunakan oleh Prof. iaitu kita perlu menjana 'Sains dimurnikan dengan agama dan agama diperkuat dengan sains'. (Adakah agama ini tidak kuat sehingga menafikan kesempurnaanya dan perlu diperkuatkan dengan ilmu sains? Atau dengan agamalah bukti kesempurnaan dan kemunculan ilmu sains tersebut? Ini perbincangan lain).

Halangan Pluralisme
Semua kehendak ini tidak terjadi sekiranya Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi mengubah struktur pembelajaran. Sepatutnya apabila Islam telah menjadi agama rasmi persekutuan bagi Malaysia, maka kedudukan dan autoriti agama ini perlulah diletakkan di tempat yang selayaknya.Pemerkasaan bidang pendidikan melalui pendekatan agama Islam pelulah diberikan prioriti utama. Kepincangan gejala sosial mendambakan pendidikan Islam yang padu mampu menjadi penyelesai terhadap permasalahan tersebut.

Mungkin kerajaan tidak mampu untuk mewujudkan dua sistem pendidikan di peringkat pembelajaran sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Akan tetapi, penelitian dan penstrukturan semula kandungan pembelajaran agar selari dengan kehendak agama Islam kerana segala nilai baik dalam semua agama itulah sebenarnya nilai Islam. Sebagai contoh, mengambil suapan merupakan larangan dalam agama Islam dan perbuatan ini telah menjadi suatu nilai negatif di dalam semua agama. Maka, tiada halangan untuk agama lain bersetuju dengan nilai yang dibawa oleh Islam.

Kebimbangan ini wujud akibat kemungkinan agama lain menolak menjadikan Islam sebagai nilaian utama di dalam sistem pendidikan negara. Adakah agama lain tiada nilai yang baik? Mengapa Islam perlu dijadikan ukuran utama dan tidak nilai daripada agama lain? Semua persoalan ini telah dijawab sebentar tadi.

15 Langkah
Di sini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan apa yang telah disenaraikan oleh Prof. sebagai 'A Variety of Intellectual Effort/Academic Work Which Can Be Undertaken As Part of The Islamicisation of Human Knowledge'. Usaha ini sebenarnya perancangan yang mahu dirancakkan di UIAM.

1. Integration or incorporation
2. Serious critique and/or critical assessment
3. Reform (islah), renewal (tajdid), revival (ihya') or relevantisation
4. Comparative analysis/studies
5. Accepting, acknowledging, affirming and adopting
6. Inviting to, promoting, extolling, supporting and popularizing
7. Enjoining or encouraging or leading
8. Refuting, rejecting, prohibiting, discouraging, objecting, countering, repelling, deconstructing
9. Defending, protecting, supporting
10. Reorientation
11. Synthesizing
12. Improving
13. Reconstructing
14. New Construction
15. New Invention

Menurut Prof. langkah yang ke-13 dan ke-14 merupakan langkah yang terpenting dan paling sukar untuk dilaksanakan. Ini kerana melibatkan keseluruhan kehendak penulisan ini. Iaitu menjadikan agama Islam sebagai agama yang syumul pada kedudukannya dan relevan diserapkan dalam keseluruhan sistem pendidikan nasional.

Sejak Di Mesir
Sejak di Mesir saya mula terfikir bagaimana untuk kita menjadikan nilaian pendidikan hari ini meupakan nilaian yang adik dan sejahtera daripada sebarang ideologi barat dan pengaruh yang bersifat kepentingan tertentu. Sebagai contoh, sejarah yang dipelajari sejak dahulu sehingga ke hari ini merupakan sejarah yang berat sebelah. Maklumat yang disampaikan kepada pelajar hanya mengikut telunjuk idea barat dan kepantingan politik. Teori barat dijadikan sumber utama dan kehendak politik memutarbelit sejarah agar salah kerajaan di 'zaman dahulu' disembunyikan daripada diketahui oleh pemikiran rakyat. Manakala pihak yang tidak sebulu dengan kerajaan dianggap musuh dan pengkhianat bangsa negara. Sungguh memualkan tindakan ini.

Contoh yang lain, silibus pendidikan hari ini sebenarnya tidak mampu membentuk keharmonian negara secara menyeluruh. Pendekatan menyenaraikan Rukun Negara selepas kejadian 16 Mei 1969 adalah langkah yang patut dipuji. Akan tetapi, nilai Rukun Negara ini langsung tidak diserapkan dengan menyeluruh dan bersepadu ke dalam pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah mahupun pengajian tinggi.

Rukun pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan itu tidak menjadi tulang belakang dalam membentuk pemikiran dan keperibadian rakyat keseluruhan. Walau apapun agama mereka, fitrah peranan agama adalah membawa nilai yang baik kepada manusia. Akibat kearjaan lebih mengutamakan kelahiran modal insan untuk kemajuan metarial dan keperluan industri, maka lesaplah nilaian agama ini di dalam jatidiri rakyat. Contoh mudah yang lain, adakah Pendidikan Moral yang diajar di sekolah-sekolah meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai tajuk pertama di dalam silibusnya?

Sekolah Contoh
Secara tidak rasmi, kesedaran untuk kembali pendidikan Islam yang syumul ini telah dilakukan melalui penubuhan sekolah-sekolah swasta pendidikan Islam. Sebagai contoh yang saya perolehi daripada wacana tersebut ialah sekolah di bawah UIAM sendiri dan Sekolah Setia Budi. Walaubagaimanapun saya pasti bahawa perlaksanaannya masik belum menyeluruh meliputi keseluruhan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah.

Akan tetapi, ini merupakan satu langkah baik dan saya kira penubuhan PASTI juga antara yang meyumbang walaupun di peringkat pra-sekolah. Perlu lebih ramai pihak yang berkesedaran untuk menubuhkan sekolah-sekolah seperti ini dan terus berani membawa pembaharuan kembali menghayati kesempurnaan pendidikan agama Islam. Kewujudan sekolah-sekolah ini secara tidak langsung menjadi satu contoh atau indicator kepada kerajaan bagi mengembalikan penghayatan Islam di dalam pendidikan sekolah-sekolah awam kerajaan.

Apabila kewujudan sekolah ini bertambah dan kedudukannya semakin kuat dan berkembang, maka pengaruh 'mendesak' menjadi lebih kuat kepada kerajaan. Kerajaan melalui kementerian yang berkaitan perlu memenuhi kehendak untuk kembali kepada Islam dan ini bakal meletakkan pendidikan agama Islam sebagai suatu keutamaan dalam membentuk pemikiran dan peribadi masyarakat keseluruhannya.

Suruhanjaya Pendidikan Nasional
Ini idea yang tiba-tiba saya terfikir semasa wacana berlangsung. Apa ya peranan suruhanjaya ini? Saya pun bukan ahli dalam membentuk dasar sesebuah organisasi. Namun saya melihat setelah kita semua menyedari bahawa sistem barat tidak mampu membawa kemajuan yang seiring dengan ketinggian peribadi rakyat sesebuah negara, maka kita perlu melakukan apa yang disebut oleh Prof. pada langkah yang ke-13 dan ke-14. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam perlu dilakukan penggubalan konsep, method atau apa yang perlu.

Nilai keagamaan perlu dijadikan elemen utama pendidikan dengan memberi penekanan kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna, dalam ilmu sains rendah, sains am, sains tulen dan sains kejuruteraan, penolakan fahaman atheis perlu jelas. Di dalam pendahuluan mana-mana subjek yang berkaitan selain sains, pengenalan perlu diberikan bahawa segala yang berlaku menunjukkan adanya yang mencipta dan mentadbir iaitu Tuhan. Semua agama percayakan Tuhan dan ilmu sekular hari inilah sebenarnya diresapi dengan ideologi atheis.

Pendidikan jasmani dan kesihatan, pendidikan sivik dan selainnya perlu memberi penekanan terhadap pembinaan akhlak yang fitrah. Bukan hanya dalam bentuk teori dan penggunaan bahasa yang terlalu ideal retorik dan seumpamanya. Pendidikan menjauhi zina, meminum arak, berjudi, rasuah, dadah, merokok, pembuangan bayi, ini semua hakikat yang berlaku sekarang. Pendidikan yang disampaikan kepada murid perlu lebih telus dan bersifat realiti. Apa yang boleh diajar melalui contoh tauladan guru boleh dilaksanakan secara tidak langsung.

Sebagai contoh, tidak perlu saya rasa kita meletakkan nilai baik seorang pelajar dengan menulis 'menolong guru mengangkat buku'. Ini kerana pendidikan sebegitu boleh diajar melalui tauladan guru. Akan tetapi, permasalahan 'realiti' itu perlu lebih ditekankan melalui pengajaran, pendengaran, penghayatan, peperiksaan iaitu berbentuk input dan output. Agar murid dan pelajar lebih jelas dan menhayati maklumat tersebut untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian.

Selain itu, setiap matapelajaran melalui silibusnya perlu lebih diberi pengahayatan nilai terhadap subjek tersebut. Sains melalui eksperimennya, akaun dan ekonomi melalui amalan amanah dalam pengiraan dan pengurusan. Bahasanya dengan penghayatan nilai budi dan estetika budaya melalui bahasa. Sejarahnya melalui membentuk keperibadian dan jatidiri patriotik terhadap nagara dan bukan nasionalis terhadap bangsa.

Fakta-fakta dan maklumat sejarah perlu dipinda agak lebih telus dibentangkan kepada mesyarakat, pelajar dan murid. Kebenaran perlu dizahirkan walaupun ianya sepahit hempedu untuk diluah dan dinyatakan. Pengorbanan individu dan penanan mereka perlu diletakkan sama tinggi dengan 'tokoh rasmi' yang digazetkan kerajaan. Kesedaran untuk memiliki dan menyayangi negara yang merdeka dan demokrasi perlu ditanam di dalam sanubari setiap pelajar dan murid. Menjauhi sentimen yang tidak sihat dan mampu bertoleransi dalam hidup masyarakat majmuk. Membina pemikiran yang rasional, adil dan berpandangan jauh, bukan terlingkup dengan perjuangan menegakkan benang yang basah, bersifat perkauman dan hipokrasi.

Melalui suruhanjaya ini juga, pendidikan agama Islam akan mendapat kedudukannya yang tersendiri kerana Islam adalah agama rasmi persekutuan. Hanya satu agama rasmi iaitu Islam. Tidak seperti di Indonesia bahawa agama rasminya ada enam kesemuanya. Dengan kedudukan ini, peluang Islamisasi pendidikan nasional menjadi lebih luas. Ahlinya perlu terdiri daripada pakar dan golongan profesional setiap bidang dan 'ahli' mengenai pendidikan. Tiada campurtangan politik dan kepentingan politik. Perbincangan dan keputusan perlu dibuat sebulat suara, bersifat keadilan untuk kepentingan negara dan rakyat.

Penutup
Hakikatnya, pendidikan adalah satu istilah yang sangat keramat di atas muka bumi ini. Ia bakal menentukan halatuju seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara. Andai pendidikan hari ini yang telah tempang tidak dipulih dan diberikan rawatan yang sepatutnya, tidak mustahil anak negara yang bakal lahir kelak semuanya memiliki sindrom terencat nilai positif. Bukan hanya ekonomi yang perlu diberi transformasi, tetapi pendidikan itu yang lebih utama ditransformasikan.

Hidup dalam mencari Dan memberi..

Kuala Lumpur,
7 Rabi'ul Awwal 1432 H.