Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Thursday, January 27, 2011

Ungu -Tuhanku


Sama-sama dengar dan hayati.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
22 Safar 1432 H.

ملتقى خريجي الأزهر 2011


يشارك العلامة الدكتور يوسف القرضاوى، رئيس الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين، في اللقاء التحضيرى للملتقى السادس لخريجى الأزهر، الذي تعقده الرابطة العالمية لخريجى جامعة الأزهر يوم الإثنين 24 الجاري، بمركز الأزهر للمؤتمرات.

ومن المقرر عقد الملتقى السادس لخريجى الأزهر نهاية العام 2011 إن شاء الله، تحت عنوان " أهل السنة والجماعة: الأشاعرة ــ الماتريدية ــ أهل الحديث.. دعوة إلى الوحدة والتسامح ونبذ الفرقة والتطرف".

ويهدف هذا الاجتماع إلى تبادل الرأى بين المدارس المختلفة لدى أهل السنة والجماعة للتوصل إلى توافق فى الرأى حول القضايا الإسلامية الكبرى لما يعزز التضامن الإسلامى على أساس من الاجتهاد الرصين الذى يستند إلى كتاب الله وسنة نبيه، وإلى تراث ثرى يقبل التعدد فى الاجتهاد ويجمع المسلمين على كلمة سواء.

ويشارك فى اللقاء نخبة من العلماء والمفكرين، منهم: د. على جمعة مفتي الديار المصرية، الشيخ عبد الله بن بيه، د. سلمان بن فهد العودة، د. محمد سليم العوا، المستشار طارق البشرى، د. محمد عمارة، د. محمد سعيد رمضان البوطى، د.أحمد الريسونى، د. عصام البشير وزير الأوقاف السودانى الأسبق.

مصدر


آخر


يشارك فضيلة الشيخ الدكتور سلمان بن فهد العودة في الملتقى السادس للرابطة العالمية لخريجي الأزهر والذي تعقده الرابطة بإذن الله يوم الإثنين المقبل بعنوان "أهل السنة والجماعة.. دعوة إلى الوحدة والتسامح ونبذ الفرقة والتطرف".



ويهدف الملتقى إلى تبادل الرأي بين المدارس المختلفة لدى أهل السنة والجماعة للتوصل إلى توافق في الرأي حول القضايا الإسلامية الكبرى لما يعزز التضامن الإسلامي على أساس من الاجتهاد الرصين الذي يستند إلى كتاب الله وسنة نبيه، وإلى تراث ثري يقبل التعدد في الاجتهاد ويجمع المسلمين على كلمة سواء.

ويشارك الشيخ سلمان العودة في الملتقى إلى جانب الدكتور محمود زقزوق وزير الأوقاف والدكتور يوسف القرضاوي والدكتور علي جمعة والشيخ عبد الله بن بيه والدكتور عبد الله الحسيني هلال والدكتور محمد سليم العوا والمستشار طارق البشري والدكتور محمد عمارة والدكتور محمد سعيد رمضان البوطي والدكتور أحمد الريسوني والدكتور عبد المجيد النجار من تونس والدكتور مصطفى بن حمزة من المغرب والدكتور الشريف حاتم العوني عضو مجلس الشورى السعودي والدكتور عصام بشير وزير الأوقاف السوداني الأسبق والدكتور محمد عبد الفضيل القوصي والدكتور حسن الشافعي.

كما تعقد الرابطة العالمية لخريجي الأزهر يوم الأحد المقبل بقاعة الإمام محمد عبده محاضرة للشيخ عبد الله بن بيه بحضور فضيلة الإمام الأكبر شيخ الأزهر. مصدر


تحت رعاية الأزهر الشريف، يجتمع كبار علماء العالم الإسلامي السني الاثنين 24-1-2011 في فعاليات الملتقى ‏التمهيدي للملتقى العالمي لرابطة خريجي الأزهر، وتأتي دعوة هذا الكم من العلماء من مختلف أنحاء العالم لأول ‏مرة إلى ملتقى رابطة خريجي الأزهر في إطار خطة الأزهر لاستعادة ريادته واحتواء كافة تيارات أهل السنة، ‏وتوحيد كلمتهم من خلال لقاءات دولية.‏

ويشارك في اللقاء عدد من كبار علماء العالم الإسلامي؛ أبرزهم الشيخ يوسف القرضاوي رئيس اتحاد علماء ‏المسلمين، ود. سليم العوا، ود. طارق البشري، ود. عبد الله بن بيه من موريتانيا، والشيخ محمد سعيد رمضان ‏البوطي من علماء سوريا، ود. مصطفى بن حمزة من المغرب، ود. الشريف حاتم العوني، ود. كمال إمام أستاذ ‏الشريعة بجامعة الإسكندرية.‏

كما سيحضر هذا اللقاء التمهيدي الدكتور محمود حمدي زقزوق وزير الأوقاف، والدكتور علي جمعة مفتي ‏مصر، والشيخ سلمان العودة، و د.حسن الشافعي الأستاذ بكلية دار العلوم، ود.أحمد الريسوني من المغرب، ود. ‏عبد المجيد النجار من تونس، ود. عصام البشير وزير الأوقاف السوداني السابق.‏

وأوضح د.محمد السلماني مستشار شيخ الأزهر أن ملتقى خريجي الأزهر سيعقد تحت عنوان "أهل السنة ‏والجماعة" في سبتمبر القادم.‏

وقال لـ"أون إسلام": "لقد رأى شيخ الأزهر أن يكون هناك لقاء تحضيري يسبق الملتقى العالمي يتضمن عددًا من ‏الفعاليات لتوحيد صف علماء أهل السنة، حتى يشاركوا في تحديد الموضوعات التي ستتم مناقشتها في ملتقى ‏الأزهر".‏

وأضاف أن "جمع كبار العلماء من مختلف مشارب أهل السنة بالأزهر في ذلك الملتقى نابع من ضرورة أن ‏تتعانق التجارب داخل الأزهر لتمثل الثقافة الإسلامية العتيقة للتجديد اعتمادا على استعادة القديم وإعطائه روح ‏العصر".‏

وأكد السلماني أن "الأزهر في عهد الدكتور الطيب ينهج نوعًا من الديمقراطية لوضع أجندة المؤتمر، وتشمل كافة ‏الاتجاهات وفي ضوئها يعقد المؤتمر وتحدد موضوعاته".‏

صف واحد

وحول سبب تسمية الملتقى قال:" أن الملتقى يأتي لجعل أهل السنة صفا واحدا حيث توجد تيارات عديدة بين ‏السنة، وهذه رسالة الأزهر، بحيث يضم كافة التيارات من أهل السنة، بحيث إذا تم الحوار نكون صفا واحدا ولا ‏يكون هناك خلاف، فهو ترتيب البيت السني، وبعث مصطلح "أهل السنة".‏

وعن فعاليات الملتقى التحضيري أوضح السلماني أن تلك الفعاليات ستبدأ غدا الأحد بمحاضرة للدكتور عبد الله ‏بن بيه، وبحضور شيخ الأزهر الدكتور أحمد الطيب في قاعة الإمام محمد عبده للحديث عن التجديد.‏

وأضاف أن اللقاء التحضيري للمؤتمر الدولي لرابطة خريجي الأزهر، سيتواصل الإثنين المقبل حيث سيشهد هذا ‏اليوم لقاء تشاوريا لصنع برنامج وأجندة العمل للملتقى الكبير لترتيب البيت الداخلي لأهل السنة والجماعة.‏

واستطرد السلماني: "إن ثالث فعاليات اللقاء التحضيري ستكون ندوة يوم 26 يناير 2011 تحت عنوان «الاجتهاد ‏بين النصوص الشرعية ومقاصده» لتكون دعوة صريحة للالتزام بالنصوص الشرعية، والنظر للمقاصد لأنه علم ‏غائب عن الأزهر لفترة طويلة، فلم يأخذ حقه من الذيوع والدكتور الطيب يريد إحياء هذا العلم".‏

وأضاف أن تلك الندوة ستكون برئاسة د. كمال إمام أستاذ الشريعة بجامعة الإسكندرية، ويشارك فيها الدكتور ‏مصطفى بن حمزة من المغرب، والدكتور الشريف حاتم من السعودية، والمفكر عبد المجيد النجار من تونس، ‏والدكتور أحمد الريسوني من كبار علماء المغرب، لافتا إلى أن هذا كله في إطار انفتاح الأزهر على علماء العالم ‏الإسلامي ومحاولة التجديد.‏

مصدر

الصور مزيد هنا وهنا


Monday, January 24, 2011

Krisis Nilai: Di Manakah Kedudukan Islam dan Timur?

Pendahuluan
Apakah bezanya antara harga dan nilai? Dari segi bahasa mungkin ia membawa makna yang berbeza, namun dari segi istilah keduanya mebawa makna yang lebih kurang sama. Iaitu suatu perkataan yang dijadikan sebagai ukuran dalam memberikan kedudukan dalam kayu ukur sesuatu barang atau perkara dalam bentuk hakiki ataupun kiasan. Ianya berbentuk relatif bergantung kepada pemikiran setiap individu.

Namun nilai yang dijadikan objek di sini bukanlah dalam bentuk relatif individu, tetapi dalam bentuk pandangan dan pentafsiran umum sosial sesebuah masyarakat. Sebagai contoh dalam skop agama Islam memandang hina perlakuan zina, lesbian dan gay. Malah budaya asli timur juga memandangnya sedemikian. Akan tetapi bagi selain agama Islam yang telah terseleweng membenarkan perkara tersebut serta budaya barat menjadikannya sebagai elemen kehidupan masyarakat mereka.

Bermulanya Krisis Nilai
Menjadikan budaya atau adat sebagai panduan atau penanda aras dalam mencapai kehidupan harmoni sesebuah masyarakat merupakan suatu amalan yang salah dan tidak tepat. Hanya agama yang mampu menuntun masayarakat ke arah kehidupan yang harmoni.

Walaubagaimanapun, terdapat sarjana yang menjadikan agama sebagai suatu budaya. Istilah ini mungkin benar andai mahu dikaitkan dengan agama lain selain agama samawi seperti agama Islam, Nasrani (Kristian) dan Yahudi. Ini kerana hanya tiga agama tersebut yang diiktiraf diturunkan oleh tuhan melalui catatan sejarah yang benar dan realiti. Agama-agama lain dianggap sebagai bawaan manusia semata yang mendakwa diri mereka sebagai wakil atau perintis agama tersebut tanpa sebarang bukti dan pegangan yang kukuh seperti agama Buddha dan Hindu.

Era kebangkitan perindustrian Eropah atau renaissance menggambarkan bermulanya penolakan yang kuat terhadap agama. Pengasingan antara agama dengan hal pentadbiran masyarakat atau kehidupan masyarakat timbul akibat rakyat sudah muak dengan penyelewengan pihak gereja ortodoks. Akibatnya, agama tidak lagi mempunyai nilai tersendiri dan mulia, malah terdapat sarjana barat yang menyatakan agama hanyalah sebahagian daripada nilai budaya masyarakat dan agama Islam tidak terlepas daripada fenomena ini.

Berlarutan daripada itu, timbulnya idea modernisme dan humanisme. Modernisme mendakwa manusia perlu menacapai suatu tahap kemajuan tanpa sebarang perkara yang menghalang. Manusia perlu mengubah sudut pandangan mereka terhadap kedunuiaan dan menerima segala yang baru itu sebagai kebaikan dan elemen penting dalam mencapai kemajuan dan kehidupan dunia.

Humanisme pula mendakwa bahawa, kesan daripada kemajuan teknologi dan sebagainya, manusia mampu bergerak dan memperoleh kejayaan dalam kehidupan tanpa disandarkan kepada kepercayaan atau kekuasaan Tuhan. Manusia mampu menangani perlbagai masalah dan isu yang berkaitan dengan manusia dan kemasyarakatan. Pegangan budaya dan adat tradisional kelompok tertentu bangsa adalah berlawan dengan falsafah humanisme. Bagi ideologi ini, kini telah jatuhnya penguasaan agama dalam era globalisasi teknologi ini.

Semua permasalahan ini bermula daripada perancangan Yahudi. Apabila mereka mendakwa mereka adalah bangsa terbaik pilihan Tuhan, maka manusia dan bangsa lain mereka (goyim) pandang seperti anjing. Penghinaan mereka terhadap bangsa dan agama lain melahirkan permusuhan yang mendalam. Penguasaan dan kepimpinan dunia haruslah berada di dalam tangan mereka dan bukan bangsa lain. Inilah hasil yang membawa kepada lahirnya sikap rasis.

Permusuhan ini terus berkembang dan semakin mendalam sehingga lahirnya ideologi zion dan perancangan freemasonry. Mereka dengan perancangan yang penuh licih dan bersistem mahukan umat dunia ini menjadi rosak selain bangsa mereka. Mereka mahu menjaga kedudukan dan kehormatan bangsa mereka dan dalam masa yang sama memusnahkan sistem kehidupan masyarakat goyim dalam pentafsiran mereka.

Perancangan ini membuahkan hasil apabila berjaya mewujudkan fahaman-fahaman tadi. Akhirnya wujudlah ideologi yang menolak wujudnya kehidupan selepas mati, syurga neraka dan menafikan kewujudan Tuhan iaitu athiesme. Keahlian pertubuhan zionisme kenegaraan dan freemasonry mengutamakan mereka yang mempunyai kedudukan utama sesebuah negara dan tidak mempercayai Tuhan. Atau mereka yang tidak kuat pegangan agama serta lemah berpegang kepada kerukunan budaya dan adat.

Dalam memastikan athiesme ini benar-benar kukuh dalam minda manusia perlbagai agama baru diwujudkan dan dimanipulasikan seperti agama babiyah dan baha'iyyah. Pelbagai famahan baru diwujudkan seperti hidonisme yang menjadi ikutan baru masyarakat dunia. Hasilnya, manusia tidak lagi berpegang kepada kitab agama atau 'perintis' agama mereka. Sudahlah agama tidak menjadi panduan, apatah lagi budaya dan adat resam yang paling mudah ditinggalkan akibat tidak secocok dengan kemodenan dan kemajuan.

Malaysia Yang Masih Dijajah
Sejarah mengatakan bahawa Tanah Melayu ini mula dijajah pada tahun 1511 oleh Potugis bermula di negeri Melaka. Kolonial ini berubah tangan selama lebih 400 tahun kepada Belanda kemudiannya, Inggeris dan Jepun sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ia bukan suatu tempoh yang singkat tetapi menjangkau kepada lapan generasi keturunan.

Namun, hakikatnya kemerdekaan yang diperoleh Malaysia bukanlah kemerdekaan hakiki yang menjamin bebasnya dan meredekanya kehidupan serta pemikiran rakyatnya. Kemerdekaan hanyalah dalam bentuk mainan politik dan pengaruh agar cengkaman pemikiran dapat terus berlaku.

Kita tidak menafikan bahawa kedatangan penjajah, British utamanya telah merintis kepada kemajuan negara. Akan tetapi, tidakkah kita sedar bahawa kemajuan dan kemodenan yang dibawa inilah yang penuh dengan ideologi barat tadi. Kemajuan ini yang telah membawa bersamanya humanisme, modenisme, kapitalisme, sekularisme dan metarialisme serta kristianisasi ke dalam tanah Melayu.

Antara contoh mudah boleh kita lihat bagaimana Jepun telah menyerang dan menjajah tanah Melayu. Pada waktu tersebut, pentadbiran negara di tangan British serta segala pengurusan ekonomi dan ketenteraan berada di bawah pentadbiran British. Setelah sekian lama dijajah, masyarakat Malaya telah memberikan kebergantungan kehidupan mereka hanya kepada British. Mereka sudah hilang kewarasan bahawa tanah air milik mereka ini perlu mereka sendiri yang mentadbir dan mempertahankan.

Kesannya, mahukah tentera Britis dan Banggali sanggup mempertaruhkan nyawa mereka semata-mata untuk mempertahankan negara orang lain? Berbaloikah mereka untuk berjuang habis-habisan melawan Jepun sedangkan kekayaan telahpun mereka perolehi? Terbayarkah dengan kesungguhan mereka menyekat kemaraan Jepun sedangkan mereka masih mempunyai tanah air sendiri di barat?

Walaupun Leftenan Adnan sebagai simbol 'wira', berbangsa Melayu, anak jati tanah air Malaya berputih mata mempertahankan Malaya, namun seolah penghargaan tidak diberikan oleh orang selepasnya. Pengajaran bahawa British sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri, hanya mahu membolot segala kekayaan hasil bumi, mentadbir ala barat tanpa mengendahkan budaya dan adat setempat, mempermain institusi diraja dan kesultanan Melayu tidak diambil pengajaran. Itu tidak lagi disebutkan semua pejuang Melayu mempertahankan tanah air sebelum era 1900-an.

Pengkhianatan dibuat oleh pemimpinan Melayu sendiri. Selepas Jepun undur, mereka inilah yang merengek dan menyendeng-nyendeng pihak British serta mengharapkan kerjasama mereka dalam mengendalikan tanah air sendiri. Bukannya mereka tidak tahu akan sikap British? Tidak lain dan tidak bukan kerana meerka mahu mempertahankan pangkat, kedudukan dan penguasaan ekonomi.

Perlembagaan Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu terpaksa mengambil tunjuk ajar British. Cadangan yang bermuka-muka untuk mengambil hati British sahaja yang disepakati oleh pihak Perikatan pada waktu itu. Akan tetapi Perlembagaan rakyat yang dicadangkan oleh rakyat sendiri hanya dipandang sebelah mata oleh Perikatan. Akhirnya cadangan yang dihantar ke Britis untuk perundingan perlembagaan hanya diambil daripada puak-puak Perikatan dan bukannya daripada suara dan kehendak majoriti rakyat Malaya ketika itu.

Sistem ekonomi, pentadbiran, ketenteraan, raja berperlembagaan, pelajaran, penyusunan sosial dan kemasyarakatan semuanya diambil daripada acuan British. Perikatan sangat takut untuk menyimpang daripada kehendak British kerena kelak mereka akan kehilangan harta dan pangkat serta kedudukan. Inilah maruah yang telah sengaja dibiarkan dipijak dan dihinjak serta dihina pihak British yang telah dilakukan oleh pemimpin Perikatan pada waktu tersebut.

Kemewahan terus menjadi prinsip hidup. Penguasaan terhadap kekayaan, kroni dan rasuah mula merebak. Kemajuan ala barat, kekayaan ala kapitalisme, kemajuan acuan metarialistik menjadi formula kehidupan Perikatan. Segala projek dan program untuk masyarakat Malaya ada agenda dan muslihat tersendiri. Bukan untuk kebaikan rakyat secara menyeluruh, tetapi bersikap diskriminasi terhadap rakyat pelbagai bangsa.

Peristiwa 16 Mei 1969 sebagai bukti bahawa para pemimpin ini tidak ikhlas dalam mentadbir Malaysia serta memberi khidmat dan kebajikan terbaik kepada rakyat. Barulah golongan ini terbuka mata kesan sistem pengurusan dan pentadbiran mereka yang korup dan terlalu berbangga dengan sistem British. Bukan meerka tidak tahu bahawa darah mereka adalah Melayu dan tanah air mereka adalah Malaysia. mana mungkin cara hidup, budaya dan adat boleh sama dengan masyarakat barat atau British.

Sirnanya Nilai Islam dan Timur
Mari kita renung bagaimana nilai barat ini telah memprogram minda manusia. Hari ini, nilai yang diterima ialah apabila lampu isyarat bewarna merah, maha berhenti. Bewarna kuning bersedia untuk berhenti dan hijau berjalan. Inilah nilai yang diterima di seluruh dunia. Masih tidak wujud di dunia menggunakan warna biru, ungu dan kelabu asap bagi menggantikan warna merah, kuning dan hijau.

Pada hari ini, nilai sivil lebih diutamakan daripada nilai agama atau budaya. Elemen perundangan hari ini masih terikat dengan sivil dan hanya kesalahan tertentu yang di dakwa melalui perundangan syariah. Sivil ini telah mengatasi kesempurnaan Islam. Hanya skop kekeluargaan dan berkaitan umat Islam secara khusus yang dibicarakan melalui mahkamah syariah. Tetapi segala aspek kehidupan umum manusia dibicarakan melalui sivil sedangkan zina, mencuri, membunuh, menuduh berzina, bersumpah, jual beli, perdagangan semuanya ada aturan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Islam telah meletakkan bahawa segala amal perbuatan hanya ditumpukan kepada Allah SWT. Segala kayu ukur perbuatan dan amalan mertilah berasaskan kepada agama baik dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Selain daripada itu adalah ditolak samada budaya, adat, harta, aliran pemikiran dan seumpamanya.

Pengakuan seorang lelaki yang menyatakan bahawa di seorang gay adalah tidak salah di sisi undang-undang. Filem 'Anu Di dalam Botol' tidaklah salah menurut perlembagaan Malaysia. Tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan kepada si pengaku gay tersebut. Tiada sebarang kritikan daripada pihak pemerintah dan tiada sebarang tindakan daripada Jabatan Agama mana-mana negeri dalam menghalang tayangan filem tersebut.

Nilai gay telah diterima masuk untuk diserasikan di dalam masyarakat Islam dan budaya ketimuran. Nilai gay telah diterima pakai sebagai nilai yang diiktiraf oleh perundangan di barat. Mendedahkan bahagian dada, memakai pakaian seksi, menonjolkan segala yang boleh telag lama diamalkan di barat. tetapi kini ia mahu diserasikan dengan masyarakat Islam dan timur. Tiada seorang mufti, pegawai agama kerajaan, kementerian wanita dan sebagainya dalam menegur dengan tegas cara pemakaian para artis.

Apabila gambar pelakon berpakaian seksi berbigini, tiada seorang menteri yang tegur. Tiada mana-mana jabatan agama yang bertindak melalui lisan, tulisan dan hukuman undang-undang. Kerana ia sudah diterima dalam perlembagaan barat hari ini walaupun salah bagi peraturan Islam. Nilai yang ditaja hari ini adalah dada yang didedah, pinggul yang menawan, muka yang cantik dan suara yang lunak. Nilai yang diperjuangkan oleh bidang hiburan dan artis hari ini adalah nilai feminisme dan eksploitasi wanita. Kerana nilai yang diikuti hari ini ialah nilai 'tanpa panduan' ciptaan hawa nafsu manusia dan bukan nilai yang bersifat rabbaniyah.

Hilangnya nilai ketimuran bukan hanya melanda rakyat berbangsa Melayu sahaja. Walaupun hakikatnya nilai Islam yang telah hilang dalam jatidiri Malayu. Tetapi hilangnya nilai ketimuran ini juga melanda rakyat berbangsa Cina, India, Sikh dan segala kaum asli dan pribumi semenanjung Malaysia dan Borneo. Semuanya kerana terkesan dan terpengaruh dengan nilai luaran yang tidak disandarkan kepada panduan agama, budaya malah adat sekalipun. Nilai yang bebas untuk ditafsirkan dan terbuka luas dalam menerima sebarang perubahan yang kononnya selari dengan keperluan kemajuan semasa.

Pemimpin kerajaan hari ini menggunakan tanda aras untuk menilai kemajuan negara ini adalah mengikut kayu ukur barat. Kekayaan negara diurus bukan mengikut nilai Islam dan budaya ketimuran, tetapi melalui pengurusan barat bersifat kapitalisme. Maka sebab itu, setelah 50 tahun medeka, masih lagi ada rakyat yang hidup melarat fakir dan miskin. Sebab itu sehingga hari ini masih terdapat penempatan rakyat yang tidak dapat dihubungi dengan jalan raya yang bertar dan elok. Sebab itu masih ada kawasan pedalaman rakyat yang masih tidak menerima bekalan air dan elektrik yang lancar dan menyeluruh. Sebab itu juga pelajaran kurang diberi perhatian yang adil dengan keseluruhan penduduk negara. Berlaku diskriminasi pendidikan di negara ini.

Apabila masih wujud golongan seperti ini (orang asli, peribumi, fakir miskin, hidup melarat) ni negara ini, maka masih adalah peluang meneruskan cengkapan politik dan pemikiran terhadap rakyat. Mahu penguasaan idealisme barat terus-menerus bertapak di bumi Malaysia. Apabila masih ada orang miskin, maka masih adalah untuk pra wakil rakyat dan menteri menyalurkan sumbangan golongan ini. Masih adalah peluang untuk mereka kononnya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan membuat jalan bertar, memberikan bekalan air bersih, menyambung talian telefon serta elektrik dan sebainya. Sudahlah mengambil kesempatan atas kemelaratan yang dirancang, lebih parah kebanyakannya hanya janji untuk kepentingan politik.

Mungkin ada antara menteri ini yang berfikiran, 'Oh haram makan hasil judi dan arak'. Maka dengan sumber judi dan arak yang sah di sisi undang-undang inilah bakal digunakan untuk menurap jalan dan menaiktaraf kemudahan awam tadi. Akan tetapi, kekayaan minyak contohnya yang 'dilihat' lebih halal dipusing kekayaan tersebut di kalangan kroni dan menteri. Tidak mustahil apabila wujud bidalan tempoh lima tahun adalah tempoh bagi para wakil rakyat mengumpul kekayaan. Sebab itulah judi dan arak ini terus dipertahankan oleh kerajaan. Sebagai sumber utama untuk kemudahan awam.

Nilai Islam dan ketimuran sangat memandang tinggi nilai keadilan dan kemanusiaan sejagat. Namun nilai ini telah semakin malap di dalam pentadbiran Malaysia. Juga telah sirna di kalangan masyarakat yang berfikiran jumud. Sebagai contoh, apabila disebut tentang kesalahan Anwar Ibrahim yang meliwat, kesalahan ini terus dijaja di jalanan. Maka puak BN menundukkan kaya 'YA' Anwar Ibrahim bersalah. Apabila disebut pula mengenai pembunuhan Altantuya, maka puak yang sama mengatakan 'YA' bahawa Najib tidak bersalah. Adakah mungkin pesalah yang tidak jujur berbohong akan mengaku salah?

Nilai individu dalam komponen BN hari ini telah semakin hina dan jelek. Anggukan dan gelengan mereka adalah berdasarkan tali yang mengikat hidung masing-masing. Pergerakan mereka adalah berdasarkan kepada tali-tali yang mengawal kaki, tangan, lutut dan sendir tubuh badan mereka. Sudah hilang jati diri, maruah diri, bangsa dan agama. Semuanya juga adalah berdasarakan politik wang dan kemewahan yang telah menyelinap ke seluruh darah tubuh badan.

Hari ini juga, nilai 'teruna' dan 'dara' sudah semakin hilang. Nilai yang diperjuangkan oleh Islam dan budaya timur. Keinginan seksual dan gambaran pornografi terus tersebar luar melalui media masa terutama tabloid, akhbar perdana, majalan dan seangkatannya. Adakah perlu akhbar perdana memaparkan seraong bekas pelakon porno berubah karier ke bidang nayanyian dengan dinyatakan dengan jelas nama dan segala yang berkaitan dengan pelakon tersebut. Adakah perlu dipaparkan seorang artis menolak tawaran berlakon porna oleh sesbuah syarikat hiburan dengan menyatakan secara jelas nama pelakon dan syarikat yang menawarkan lakonan porno tersebut. Inilah jalan sulit yang digunakan untuk mengembangkan pemikiran seks di kalangan masyarakat. Tidakkan nanti ada yang mengambil kesempatan mencarinya di internet dan mereka bakal dihidangkan pengetahun baru mengenai seks yang bebas.

Pemikiran Jumud
Apabila nilai agama Islam dan ketimuran hilang daripada jatidiri rakyat Malaysia maka mereka tidak mampu lagi membezakan manakah yang baik dan buruk. Manakah yang betul dan salah. Apabila berlaku masalh tempatan, solusi yang dicari bukan daripada tempatan, tetapi meminta panduan dan tunjuk ajar barat juga. Masalah penderaan dirujuak kepada barat. Masalah kehijauan bandar dirujuk kepada negara yang tidak mempedulikan kehijauan. Masalah sosial tempatan mengambil kaedah barat. Kemajuan bandar dan luar bandar diambil dan diukur mengikut ukuran barat.

Inilah hasilnya. Sudah diketahui bahawa barat hari ini telah rosak, tetapi mengapa masih diambil teori-teori daripada barat? Mengapa masih menjadikan barat sebagai sandaran pengurusan masyarakat, ekonomi dan politik? Kejumudan rakyat akan terus parah apabila pemimpinnya juga berfikiran jumud. Kejumudan pemikiran pemimpin inilah yang membuka ruang penjajahan moden seolah menyediakan madu berisi racun di dalamnya.

Solusi? dan Penutup
Segala permasalahan ini tidak akan berakhir sekiranya pemimpin dan kerajaan tidak kembali kepada panduan Islam dan timur yang sebenar. Ia tidak terhasil apabila kerajaan yang tidak mahu mengikut agama Islam ini digulingkan dan digantikan dengan kearjaan yang lebih berjiwa rakyat dan lebih sensitif dalam mempertahankan nilai Islam atau agama, budaya dan ketimuran.

Ia bermula daripada setiap individu. Pemilihan wakil rakyat dalam menentukan sesbuah kerajaan perlu diambil berat dan serius oleh semua lapisan masyarakat. Pemilihan mengikut pertimbangan agama dan bilai yang benar dan bukannya atas nilaian palsu serta tidak adil.

Semoga Allah merahmati bumi Malaysia dan rumpun Melayu ini.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
19 Safar 1432 H.

Monday, January 17, 2011

Penukaran BKKIMM Kepada IMAM Tanda Kerajaan Melaka Terdesak dan Bersikap Tidak Matang

Pendahuluan
Pada 28 Disember 2010 yang lepas, pelajar Malaysia di Mesir dan keseluruhan ahli PMRAM khususnya bersama seluruh barisan kepimpinan BKAN dan PMRAM cawangan terkejut dengan pengumuman Menteri Besar Melaka yang mahu memansuhkan BKKIMM. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam telah mengeluarkan kenyataan tersebut di dalam ucapannya yang mahukan persatuan baru bagi menggantikan BKKIMM tiada kaitan dengan PMRAM. Persatuan baru yang mahu ditubuhkan dinamakan sebagai Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM).

Jika kita menyorot kembali sejarah, situasi sama pernah berlaku terhadap Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor pada tahun 2005 dan Negeri Sembilan. Pada waktu tersebut, BKASM telah ditukar kepada Badan Anak Selangor (BAS). Kesemua tindakan ini merupakan tindakan terdesak dan tidak matang kerajaan negeri yang mentadbir dan mengurus hal ehwal mahasiswa di Mesir.

Tuduhan Melulu
Sejak berzaman, PMRAM seringkali dituduh sebagai pihak yang meng'kader' ahli pembangkang. Tuduhan melulu tanpa bukti yang kukuh dan sahih ini barangkali dilihat sebagai satu tuduhan oleh pihak yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka takut pemikiran mahasiswa akan diserapkan dengan pemahaman Islam yang betul yang akhirnya pemahaman tersebut bakal membawa gelombang ke arah mewujudkan sistem hidup berteraskan Islam. Pihak ini takut golongan gama terpelajar daripada Mesir ini bakal menegur kerajaan yang bermasalah pada masa akan datang.

Jika kita meneliti keadaan persatuan mahasiswa di Mesir, kita akan mendapati bahawa banyak persatuan yang berdaftar di bawah kedutaan Malaysia di Kaherah. Sedangkan PMRAM tidak berdaftar dengan kedutaan tetapi berdaftar dengan pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Suasana ini menyebabkan keadaan 'tidak senang duduk' pihak kedutaan (KBMK), jabatan penuntut Malaysia (JPMK) dan beberapa persatuan yang bernanung di bawahnya. Tuduhan ini bukannya baru. Tidak dapat disangkal lagi bahawa tuduhan ini antaranya berpunca daripada pihak yang menuntut di Mesir juga dan mungkin akibat kehilangan kuasa dan pengaruh akhirnya mereka menuduh PMRAM dan semua persatuan yang di bawahnya sebagai generasi pembangkang.

Daripada awal tuduhan ini dilemparkan, tiada sebarang bukti kukuh yang dibawa. Tuduhan yang hanya mengikut emosi dan perasaan ini langsung tidak melambangkan kredibiliti dan sikap rasional. Bukan sahaja golongan mahasiswa yang melemparkan tuduhan ini, malah ada di antara pegawai kerajaan negeri dan pusat yang melemparkan tuduhan sedemikian. Sikap seperti ini hanya menambah perasaan dengki kepada PMRAM dan ahlinya serta bersikap pilih kasih dan berat sebelah dalam menyalurkan kebajikan.

Akibat Terdesak
Pertukaran BKIMM kepada IMAM juga dilihat sebagai suatu tindakan 'terdesak' oleh pegawai negerinya iaitu En. Anwar bin Idris. Beliau merupakan bekas pelajar Al-Azhar Kuliah Usuluddin (Tafsir dan Ilmu-ilmunya) di Tanta. Sejak kedatangannya di Mesir dan malah sebelum itu lagi, beliau memang bergiat aktif sebagai kepimpinan Kelab UMNNO di Mesir. Beliau juga pernah hadir ke Mesyuarat Agung UMNO sebagai wakil pelajar di luar negara daripada Mesir. Dalam ucapannya di sana, beliau pernah menyuarakan agar PMRAM ini dimansuhkan kerana ada kaitan dengan pembangkang.

Kedatangan menteri Besar Melaka seolah membawa 'khabar' daripada Malaysia. Berkemungkinan beliau mendapat arahan daripada 'orang yang lebih atas' agar memantau anak negerinya di Mesir dan lakukan apa sahaja asalkan mahasiswa atau persatuan yang berkait dengan PMRAM diambil tindakan dan dibubarkan.

Bahang pilihanraya dan musim pertukaran kerajaan seolah semakin dirasai. Mungkin juga tindakan terdesak ini bertujuan menguatkan keyakinan kepimpinan pusat di Malaysia yakin dengan prestasi mereka (pegawai hal ehwal pelajar) dan Menteri Besar sendiri dalam menangani mahasiswa yang tinggi kesedaran mereka terhadap Islam. Diketahui umum bahawa kerajaan Malaysia pada hari ini sangat takut dengan mahasiswa yang mempunyai fikiran matang dan mendalam terhadap ilmu Islam serta sedia untuk bertindak demi Islam.

Keyakinan daripada kerajaan pusat seolah ditagih oleh pihak ini (konco-konco pegawai hal ehwal pelajar) agar mereka terus diberi mandat untuk mentadbir, mengawal dan mempergunakan mahasiswa Islam Mesir umumnya dan anak-anak negeri Melaka khususnya pada sesi akan datang. Atau dengan kata lain dalam tempoh lima tahun lagi. Apabila kekuasaan tersebut di dalam tangat mereka, maka mereka bebas bertindak kepada mahasiswa sesuka hati dan dalam masa yang sama mendapat 'kesenangan hidup' di bumi Mesir.

Situasi terdesak ini juga dilihat kesan daripada kedudukan persatuan pelajar PMRAM semakin teguh dan mendapat sokongan kebanyakan mahasiswa Islam mahupun perubatan di Mesir. Malah, pada hari ini, hubungan PMRAM dengan Kedutaan Malaysia Kaherah (KBMK) bertambah baik pada era kepimpinan Presiden Shahrizan. Mengapa ianya berlaku padahal pegawai KBMK juga datangnya daripada kerajaan pusat? Ini disebabkan, pegawai KBMK lahir daripada ujian PTD dan mereka mempunyai kefahaman berkhidmat untuk negara. Bukan untuk kerajaan dan parti-parti tertentu.

Sejak dahulu lagi, pihak yang sangat kuat mahu memusnahkan PMRAM adalah pegawai daripada JPMK dan kebanyakan daripada pegawainya merupakan wakil UMNO di Mesir. Mereka berkhidmat bukan atas tujuan menyeluruh mahasiswa Mesir, tetapi menjurus kepada kepentingan parti politik, Kelab nadi UMNO dan persatuan-persatuan tertentu yang menjadi proksi untuk mereka masuk kepada pelajar dan menyebarluaskan perpecahan daripada PMRAM.

Penarikan Zakat
Isu penarikan zakat merupakan isu utama yang dimainkan oleh mana-mana kerajaan negeri yang bermusuh dan tidak senang dengan PMRAM. Ugutan menarik bayaran zakat telah pun berlaku sejak sekian lama. Antara palajar negeri yang terbabit adalah daripada negeri Selangor, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan. Kini ia berlaku terhadap pelajar dari negeri Melaka.

Zakat merupakan harta yang dikutip daripada umat Islam dan diedarkan kepada golongan-golongan tertentu yang layak menerimanya. Antara golongan yang layak menerima zakat adalah pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Mereka termasuk dalam golongan ibnu sabil.

Apabila penarikan zakat ini mahu dilakukan, pelbagai persolan timbul. Siapakah sebenarnya yang mengawal agihan zakat ini kepada yang berhak? Adakah terdapat diskriminasi atau atau pengagihan yang tidak adil kepada para mahasiswa di Mesir? Sekiranya wang zakat tersebut memang telah 'diperuntukkan' untuk diedarkan kepada para mahasiswa, tetapi tidak berlaku sedemikian, maka ke mana akan dialirkan wang tersebut? Bagaimana pula hukum orang yang bertanggungjawab untuk mengagihkan wang zakat tetapi mereka tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut?

Pelbagai ugutan berlaku terhadap ahli PMRAM. Apakah kuasa para pegawai hal ehwal pelajar dari negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Melaka yang mengugut penarikan zakat? Siapakah mereka dan apakah kelayakan mereka dalam menentukan golongan yang boleh menerima zakat yang telah diluluskan di dalam Islam itu sendiri dan majlis pungutan zakat negeri-negeri? Bukan amanah Allah SWT yang tidak dijalankan, malah mendatangkan kezaliman terhadap para mahasiswa dan melakukan penganiayaan.

Sekiranya duit zakat yang sepatutnya diberikan kepada mahasiswa, tetapi disekat oleh pegawai hal ehwal pelajar di Mesir, ke mana duit tersebut dibelanjakan? Adakah ianya hanya disimpan di dalam 'peti besi' di pejabat mereka? Atau bakal dibelanjakan oleh persatuan yang bermotifkan politik seperti Kelab Nadi UMNO Mesir? Atau akan digunakan untuk kesenangan dan tujuan peribadi? Semoga ianya tidak berlaku kerana apabila ia berlaku bakal mengundang azab Allah SWT.

Akibat Tidak Menerima Islam Secara Menyeluruh
Ini semua rentetan daripada pihak yang bermusuh dengan Islam. Atau pihak yang menerima Islam setengah dan meninggalkan Islam setengah. Hanya menerima Islam dalam solat, ibadat dan ritual semata serta menolak Islam yang syumul merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Agenda ini bukan hanya dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia pada hari ini, tetapi merupakan perancangan musuh Islam antarabangsa.

Pihak UMNO tidak boleh tidak perlu menghantar dan menjalankan agenda politik kebangsaan di bumi Mesir bagi memanjangkan survival politik sempit. Mereka perlu melahirkan ustaz-ustaz yang menyokong perjuangan kebangsaan dan meletakkan mereka di skop kecil. Mereka tidak mahu melahirkan para ustaz yang mempunyai kefamahan yang mendalam terhadap agama.

Ini semua agar selari dengan agenda freemasonry, Islam sekular, Islam liberal dan Islam progresif yang hanya mementingkan pembanguan luaran sahaja tanpa menitikberatkan nilai akhlak Islamiah dan etika profesional. Malah melalui ustaz-ustaz ini mereka mahu meresapkan pemikiran Islamphobia agar umat Islam di Malaysia berasa takut untuk berjuang menegakkan Islam. Takut untuk berjihad dan menyatakan kebenaran terhadap pemimpin dan kerajaan yang korup.

Apabila persoalan Islam di dalam UMNO dibincangkan, kita akan dapati bahawa UMNO tidak mampu menegakkan Islam segabai tujuan dan matlamat, malah tidak mampu untuk mempertahankah bangsa Melayu pun! Apabila menyorot kembali sejarah, tujuan UMNO untuk terus kekal sebagai pemerintah adalah kerana mahu memiliki kekuasaan ekonomi dan cengkaman pemikiran terhadap rakyat. Kepentingan peribadi diutamakan berbanding kepentingan masyarakat keseluruhan. Kepentingan omongan 'bangsa Melayu' lebih diutamakan berbanding kepentingan Islam.

Sikap Tidak Matang dan Kebudak-budakan
Apabila perkara ini terjadi jelas benar sikap tidak matang golongan UMNO atau mereka yang disebalik tabir mahu menubuhkan IMAM. Bukan mereka tidak tahu tindakan mereka itu betul atau tidak. Bukan mereka tidak tahu bagaimana penerimaan pelajar atau mahasiswa Melaka terhadap tindakan ini. Bukan mereka tidak tahu untuk menilai bagaimana suasana kehidupan mahasiswa dan persatuan di sini.

Tindakan mahu terus mengugut pelajar ini merupakan tindakan 'bodoh' dan tidak melambangkan kebijakan pimpinan mereka. Mereka seolah langsung tidak mengetahui selok-belok perundangan dan etika penjawat awam sebagai pegawai hal ehwal pelajar sebagai suatu realiti yang tidak boleh senang-senang dilanggar dan dicabul. Tidak bijak menghadapi realiti dan takut dengan bayang-bayang sendiri merupakan jolokan yang sesuai untuk mereka ini.

Perangai Menteri Besar Melaka dan pegawal hal ehwal pelajar negeri Melaka ini merupakan perangai yang tidak ubah seperti anjing-anjing kecil yang menyalak. Menyalak bertujuan menakutkan para mahasiswa dengan pelbagai ugutan dan amaran. Menyalak untuk memberitahu bahawa mereka itu 'berkuasa' dan ada 'kekuatan' kepada mahasiswa terpelajar di Mesir. Tanpa mereka sedar bahawa salakan mereka membuatkan mereka lebih dipandang benci dan penuh sinis.

Penutup
Kepada mahasiswa di Malaysia, yang memperjuangkan hak mahasiswa dan Islam, inilah hal keadaan rakan dan sahabat anda di Mesir. Terus menerus ditindas dan dizalimi. Memang, bukan mudah untuk berhadapadan dengan mereka yang telah beku otak dan pemikiran dangan isme kebangsaan dan takut dengan Islam yang sempurna. Semoga kita semua saling mendoakan dalam memastikan yang dizalimi mendapat hak dan Islam kembali mendapat tempatnya yang mulia.

Kronologi konspirasi penukaran BKKIMM kepada IMAM.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
12 Safar 1432.

Saturday, January 15, 2011

Madah Renungan

A confidence is one's great individual abilities to achieving the impossible potentials.

Jgn menangis krn CINTA, menangislah krn DOSA. Sabda Rasulullah s.a.w "Siapa yg berbuat dosa dlm ketawa, akan dicampakkan ke neraka dlm keadaan menangis." juga "Ada 2 titisan yg Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada. Kedua titisan air mata yg jatuh krn takutkan Allah."

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik. Maka ketahuilah, bahwa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu ~ Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..

" Janganlah engkau bersahabat di jalan Allah, kecuali dengan harmoni. Janganlah bersahabat dengan makhluk, kecuali dengan nasihat menasihatkan. Janganlah berhubung dengan hawa nafsu kecuali dengan pertentangan. Dan jangan berhubung dengan syaitan, kecuali dengan permusuhan." Dzun Nun Al-Mishri (Nama asalnya Abul Faiz Tsauban bin Ibrahim, lahir pada tahun 180 H di Mesir)

Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT tapi kenapa banyak DUGAAN, kadang-kadang kita minta KETENANGAN tapi MASALAH yang timbul, kadang-kadang kita minta KEBAHGIAAN tapi KEKECEWAAN yang diberi. ...DUGAAN menjadikan kita KUAT, MASALAH menjadikan kita BERFIKIR, KEKECEWAAN menjadikan kita TABAH..." Hebatnya ALLAH swt..Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini: "Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka ALLAH swt menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya)..." (Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Barangsiapa yang menjaga kepentingan saudaranya, maka Allah akan memerhatikan kepentingannya. barangsiapa melapangkan kesulitan sesama muslim, maka Allah mudahkan kesulitannya di hari kiamat. Barangsiapa yang menutupi keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya kelak.

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara; Wajahmu dengan air mata keinsafan, Lidahmu dengan zikir, Hatimu takut dan gementar kepada Allah SWT, dan Dosa-dosa silam yang disulami dengan taubat.

Duhai insan, menjadi manusia yang benar-benar memahami dan melaksanakan tujuan penciptaannya bukanlah suatu pilihan tetapi suatu keperluan. Rasalah bertanggungjawab untuk hidup penuh erti kerana hidup di sini hanya sekali. Bukankah setiap manusia pasti kembali kepada Tuhannya? Lalu apalagi yang kita harapkan selain kembali dalam redhanya..?

Di persimpangan kehidupan aku dipertemukan denganmu seorang sahabat yang membuatku mengenal erti kehidupan. Kadang-kadang ku terfikir, betapa beruntungnya aku dipertemukan denganmu. Seorang sahabat yang padanya terdapat serpihan-serpihan semangat pejuang yang membiaskan padaku. Ya Allah aku bersyukur dipertemukan dengnnya, yang membawaku mengenal cintaMu, yang ku temui di lorong-lorong kehidupan, penuh dengan ketulusan hati. Ukhuwah ini tulus Ya Rabb. Peliharalah dia dalam menggapai redhaMu.

Ya Allah, aku bermohon dapat bersama sahabat yang setia membenarkan erti perjuangan. Dan aku juga dapat menjadi orang yang sentiasa membenarkan perjuangan yang ikhlas seperti as-Siddiq kepada Rasulullah.

Seorang hamba sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak dimiliki. Seorang hamba sentiasa sedar dirinya yang layak diuji dan seorang hamba sentiasa sedar lahirnya hanya untuk Dia.

"Aku mengasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya." (Imam asy-Syafi'e) Dari sahabat untuk sahabat.

Yakin pada Allah bukanlah mengahadap terkabulnya segala harapan. yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaanNya pada ketentuanNya, rasa bahgia dengan ujian walaupun perit. Di situ air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah, diuji kita sebagai tanda sayangNya.

Apabila tibanya Aidiladha, ramai tertanya-tanya, apa yang patut dikorbankan? Sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan. Kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk Islam. Jangan berkira-kira untuk Islam. -Hassan Al-Banna.

Dalam jauh perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan. Terimalah ia dengan kekuatan. Kadang dugaan mendatang, kadang kejayaan gagal dicapai. Namun, itulah ujian dalam mencari Iman.

Andai engkau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan menjauhinya. Andai engkau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana dengan satu keburukan kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya kerana apabila buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan mengkin kau akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya. Bersahabatlah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati, yang merosakkan jiwa seseorang,kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu meninggalkan dosa beerti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Imam ghazali berkata: '' apabila seseorang itu mencintai seseorang yang lain kerana ALLAH, maka hendaklah apabila membencinya kerana ALLAH juga. sebab punca yang menyebabkab anda mancintai seorang manusia itu mestilah kerana ia amat taat kepada ALLAH , ataupun kerana ia dicintai disisi ALLAH disebabkan amalan-amalannya yang baik. tetapi bila orang itu bermaksiatkepada ALLAH, tentu anda akan membencinya kerana ia menderhaka kepada ALLAH dab terkutuk di sisi ALLAH.

Hadith : Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim)

Tazkirah hari ini: 4 Perkara yang paling berharga pada diri manusia Rasulullah SAW telah bersabda : Ada empat perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah : 1-Akal. 2-Agama. 3-Malu. 4-Amal Soleh. Maka akal akan hilang disebabkan marah, Agama akan hilang disebabkan dengki, Malu akan hilang disebabkan tamak, Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati, yang merosakkan jiwa seseorang,kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu meninggalkan dosa beerti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan

"Tidak diperbolehkan iri hati kecuali dalam dua hal yaitu seorang yang diberi kemampuan oleh Allah untuk membaca dan memahami al-Quran kemudian mengamalkannya baik pada waktu malam ataupun siang, dan seseorang yang dikaruniai harta oleh Allah kemudian ia menafkahkannya di dalam kebaikan baik pada waktu malam maupun siang." (Bukhari Muslim)

Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: "Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Hadith : Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." (Muslim).

Aku mengeluh buruknya hafalanku... "Jauhilah maksiat ", pesan guruku, "Kerana ilmu itu cahaaya, Dan cahaya Allah bukan untuk pelaku dosa " - Imam Syafi'i -

Kata Imam Hassan Basri: " Orang yang bertaqwa itu adalah apabila dia berjumpa dengan seseorang , maka dia akan berkata : orang ini lebih baik dariku." YA RAHMAN, YA RAHIM, kurniakan kami kasih sayang sesama kami, ajari kami husnu zhon (bersangka baik) sesama kami, ikhlaskn hati kami dalam setiap amalan.

Istighfar adalah dgn lidah, taubat adalah dgn menjauhkan hati dan anggota dari melakukan dosa. Kedua-duanya bekerjasama dlm satu haluan dan cita-cita yang disebut doa, untuk mendapatkan keampunan daripada Allah swt.

Kata Syeikh Al- Husaini: Beberapa tanda org yg berkarat hatinya,
1. Mereka tidak sedih ketika ketinggalan melakukan amal baik
2. Mereka tidak merasa menyesal pabila melakukan kesalahan
3. Sentiasa berkawan dgn org yg sentiasa lupa kepada NYA.

YA WAHAB, YA SAMI', YA MUQIIT, keluarkan kekotoran dunia dari hati kami, perbaiki sifat buruk kami, kuatkan peribadi kami

*Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang terus-menerus menghantar madah-madah ini lewat yahoo messenger..

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
10 Safar 1432 H.

Thursday, January 13, 2011

Rindu Terubat

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, konferen di Universiti Malaya telah selesai. Namanya The Annual International Quranic Conference 2011 telah menghadirkan pelbagai cendiakawan Al-Quran dari seluruh negara. Walaupun kebanyakan yang hadir datangnya daripada Arab Saudi, namun intipati perbincangannya sangat menarik dan meluas. Bertempat di Akademi Pengajian Islam bermula 11 sehingga 12 Januari 2011. Bayaran cuma RM 50 kerana saya daftar awal.


Kedatangan ahlul Qur'an ini sebenarnya serba sedikit menampahkan semangat saya utnuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun pembentangan hanya berbentuk sinopsis atau ringkasan terhadap kajian, namun itu sekadarnya yang mampu oleh penganjur. Manakan tidak, format pembentangan kertas kerja rasmi atau formal, walaupun di peringkat antarabangsa hanya sekitar tidak melebihi 20 minit. Di konferen ini pun, pembentang hanya dibenarkan sekitar 10 ke 15 minit sahaja.

Berapa banyak tajuk kajian yang dibentangkan? Bayangkan, selama dua hari ada lima sesi pembentangan. Setiap sesi ada tiga bahasa iaitu Arab, Inggeris dan Melayu. Bahasa Arab ada tiga tempat, manakala Inggeris dan Melayu masing-masing satu. Secara purata, setiap sesi bagi setiap kelas terdapat tujuh kertas kerja yang telah dibentangkan. Lebih seratus kajian atau kertas kerja telah dibentangkan selama dua hari!

Namun, apakan daya. Pinjaman yang Allah beri hanya satu roh dan satu jasad. Kesemua elemen dalam pasangan roh dan jasad ini tidak mampu untuk menghadiri dan menanggapi kesemua pembentangan kertas kerja. Apapun, alhamdulillah, sesuatu yang baru telah diperolehi.

Apa yang lebih best ialah, dalam melepaskan rindu terhadap makanan Arab. Wah, sungguh terharu! Bukan murah dan senang untuk mendapatkan yang murah makanan-makanan Arab ni. Akhirnya nasi beriani, daging kambing atau khuf, kekacang, manisan, roti, ayam dan lain-lain dapat dirasai. Memang benar-benar terubat rindu makanan Arab.

Alhamdulillah, walaupun mereka masyarakat Arab, ada makanan sendiri, ada perangai sendiri, mereka tetap sahabat dan saudara seIslam. Mereka tetap ahli al-Qur'an. Subhanallah! Betapa ilmu kalamullah ini sangatlah luas sehingga ke hari ini masih dikaji. Inilah sebasar-besar mukjizat dari penghulu segala Nabi buat kita umatnya akhir zaman. Mukjizat sempurna merangkumi segala mukjizat daripada segala Nabi.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
8 Safar 1432 H.

Saturday, January 1, 2011

Istisyraq (Orientalisme)

Salam sejahtera. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia, ketua angkatan Perang Uhud, penghulu segala Nabi, Muhammad SAW. Sehingga seluruh ahli keluarga Baginda para sahabat dan penegak agama Allah selepas mereka.

Takrif
Bahasa: Istisyraq diambil daripada perkataan sya-ra-qa yang bermaksud timur. Makna perkaatan ini berkisar daripada arah timur matahari terbit.

Istilah: Para sarjana Islam sebenarnya berbeza pendapat dalam memberikan makna yang sebenar bagi istisyraq ini. Ada golongan yang meluaskan skop makna perkataan ini dan ada pula yang menyempitkannya. Ia memasuki bidang penerimaan dan penolakan, pengambilan dan pengabaian serta penetapan dan penafian.

Oleh yang demikian, para sarjana Islam cuba memperinci dan memusatkan skop perbincangan istilah isytisyraq ini daripada medan yang terlalu luas keperbincangan yang lebih khusus dalam mencapai kefahaman yang sebenar.

Jalan utama yang digunakan untuk memperoleh dan menetapkan kefahaman menganai istisyraq ini ialah melalui amalan atau praktis istisyraq itu sendiri. Sebahagian istilah tidak mampu kita fahami hanya melalui makna perkataan. Pemerhatian terhadap amali daripada perkataan tersebut membantu kepada pengambilan makna yang lebih tepat.

Makna Umum Istisyraq (Orientalisme)
Dr. Ahmad Gharab - Istisyraq ialah cara pemikiran barat iaitu kaedah barat dalam memberi pandangan mengenai sesuatu dan mendalaminya bersama. Ia terdiri daripada mengetahui perbezaan di antara barat dan timur. Pertamaya membezakan melalui pemuafakatan unsur-unsur dan keduanya membezakan pengetahuan.

Dr. Syukri al-Najjar - Beliau telah meletakkan tiga kefahaman mengenai istisyraq iaitu akademik, etnik dan kolonial (penjajahan). Dari segi akademik istisyraq bemaksud setiap apa yang dijhususkan di dalam satu cabang pengetahuan yang berhubungkait dengan timur samada ia dekat atau jauh. Dr. Muhammad Ibrahim al-Fayumi telah memberi komen terhadap maksud ini dengan menyatakan bahawa apa yang dikehendaki daripada kalimah istisyraq ini ialah berkenaan segala pengajian atau pembelajaran budaya timur atau bahasa timur atau pengkhususan terhadap sosiologi atau antropologi timur.

Dari segi etnik ia bermaksud satu cara untuk berfikir yang menumpukan perbezaan ilmu pengetahuan, pemikiran, sejarah dan etnik di antara timur dan barat. Apa yang jelas ialah kefahaman ini adalah sebahagian daripada takrif Dr. Ahmad Gharrab. Beliau berpendapat bahawa istisyraq ini tidak lebih daripada suatu sifat bagi cara dan kaedah yang digunakan oleh para orientalis. Tidak terbit daripadanya satu takrif yang umum. Beliau ada ada menolak makna orientalisme bermaksud cara berfikir bagi orang barat terhadap pengajian ilmu timur.

Dari segi kolonial ia bermaksud cara untuk memahami timur dari sudut kawalan kolonial dan percubaan mengembalikan sistem, mengembangkan dan berhukum (melaksanakan undang-undang) dengannya.

Walaubagaimanapun, makna yang diberikan oleh Dr. Syukri al-Najjar tidak lengkap kerana tidak mengambil berat terhadap pengajian agama dan tidak meletakkannya sebahagian daripada kesedaran para orientalis. Sekiranya orientalisme ini hanya dibincangkan sekitar gerakan politik penjajahan semata dan bukan gerakan keagamaan, seolah ini merupakan suatu sokongan kedua kepada para orientalis. Akibatnya, hilanglah elemen bahawa orientalisme ini memusuhi Islam.

Prof. Edward Said - Cara masyarakat barat untuk mengawal dan menguasai kedaulatan atau pemerintahan timur.

Prof. Yusuf Ahmad Daghir - Ia dinamakan gerakan keilmuan dan kekal makna ini dengan pembelajaran pembangunan ketimuran; setiap apa yang berubah, hadir, pupus dan kekal; setiap apa yang belawanan dengan kemajuan daripada kekuatan ruhiyah dan kesan pemikiran, kesasteraan, kesenian dan keagamaan; segala apa yang berkaitan dengan kemajuan yang lalu; segala apa yang berkaitan dengan bangsa, jenis, mazhab dan pembelajaran.

Dr. 'Abdul Mu'tal Al-Jabari - Pembelajaran ilmu-ilmu timur dan keadaan-keadaan persejarahan, kepercayaan, tabiat susananya dan pembangunan kotanya, kemanusiaan, pembelajaran bahasa dan loghat; tabiat kelompok manusia dalam setiap masyarakat timur; pembelajaran personaliti dan hal keadaannya, ideologi pemikiran dan mazhab di dalam pelbagai bentuk dan jenis.

Prof. Ahmad Hasan al-Ziyat - Pembelajaran orang-orang barat mengenai sejarah timur, masyarakatnya, bahasa, sastera, keilmuan, adat, kepercayaan dan hikayat-hikayat. Beliau juga mengetengahkan makna yang lain daripada zaman pertengahan yang menyebut "Adalah apa yang dimaksudkan dengan orienlaisme pada zaman-zaman pertengahan ialah pengajian Ibrani dan kaitannya dengan agama serta pengajian Arab dan kaitannya dengan ilmu.

Pengertian orientalisme yang diberikan oleh wikipedia ialah istilah yang digunakan sebagai contoh atau penggambaran aspek budaya timur di barat oleh para penulis, pereka dan seniman. Atau dengan kata lain gambaran barat terhadap timur. Ia boleh digandingkan seperti gambaran barat terhadap Islam iaitu pengganas dan Islamfobia.

Makna Khusus Istisyraq (Orientalisme)
Setelah kita mengetahui makna orientalisme secara umum, serta perlbagai perbezaan yang wujud dalam memberikan makna orientalisme yang sebenar, hakikatnya masih terdapat pelbagai persamaan. Apabila kita mahu menyorot pula makna orientalisme secara khusus, ia tetap tidak dapat lari dengan pelbagai perbezaan pendapat dan ketidaktepatan makna dalam mletekkan satu garis penentuan bersifat ilmiah atau akademik.

Sebahagian para cendiakawan dalam memberi penentuan makna orientalisme ini, mereka telah mengkhususkan skop perbincangan oerintalisme yang luas ini sehingga telah meringkaskan beberapa aspek yang berkaitan. Kemudian mereka telah mengambil kaitan aspek lain yang pada mereka perlu dijadikan contoh dalam pemaknaan orientalisme. Antara makna khusus orientalisme adalah:-

Rudy Bert: Suatu ilmu yang dikhususkan dengan pemahaman bahasa tertentu.

Dr. Ahmad Gharab: 1- Kajian ilmiah yang dilakukan oleh orang barat yang terdiri daripada negera-negara penjajah timur terhadap pelbagai sudut. Ia meliputi sejarah, budaya, agama, bahasa, sistem masyarakat, politik, kekayaan, penempatan berdasarkan unsur-unsur kaum dan budaya timur. Ia bertujuan mengawal dan menguasai untuk kepentingan barat. Rasional penguasaan ini adalah dengan pembelajaran dan pengkajian serta pandangan-pandangan yang dizahirkan dengan ilmiah dan tersusun mengikut tajuk tertantu.

2- Kajian ilmiah oleh orang barat yang terdiri daripada ahli kitab (orang Kristian dan Yahudi) mengenai Islam dan umat Islam melalui pelbagai sudut kepercayaan, budaya, syariat, sejarah, sistem masyarakat, kekayaan, dan penempatan. Ini semua dengan tujuan membentuk acuan baru Islam dan hal keadaannya serta menimbulkan keraguan umat Islam terhadap agama mereka, menyesatkan mereka serta menggesa umat Islam mengikut cara barat (menjadikan barat sebagai idola). Cara mereka mewujudkan idola ini adalah dengan pengkajian serta pandangan-pandangan yang dibuat dalam bentuk ilmiah dan bersifat khusus. Mereka mendakwa wujudnya persamaan unsur budaya Barat-Kristian dan timur-Islam.

Dr. Ibrahim al-Namlah: Orientalisme adalah bersumberkan cendiakawan bukan Islam dari timur dan barat, berbangsa Arab ataupun tidak untuk mengkaji ilmu-ilmu umat Islam dan kemajuan mereka, kepercayaan, ikutan kaum-kaum mereka dan adat kehidupan mereka.

Prof. Adnan Wazan: Kefahaman am meletakkan adat di atas satu bentuk pemikiran iaitu dengan pengkajian kemajuan kehidupan masyarakat timur secara umum dan kehidupan masyarakat Arab secara khusus. Makna ini telah memberi pengkhususan yang lebih mendalam dengan meletakkan tambahan perkataan 'umat Islam' kepada 'bangsa Arab' sehingga menafikan selain mereka. Makna ini memberi kefahaman yang mendalam mengenai orientalisme agama menggunakan makna yang khusus.

Dr. Zaqzuq: Kajian khusus barat mengenai (Islam) timur terhadap bahasa mereka, sastera, sejarah, kepercayaan, syariat, kemajuan melalui gambaran umum.

Kesimpulannya, orientalisme bolehlah diberikan makna iaitu kehendak barat mengkaji (Islam) timur di dalam semua sudut dan setiap isu.

Kuala Lumpur,
26 Muharram 1432 H.

*Kemaskini (15 Safar 1432 H)