Minda Bawah Sedar

Salam Sejahtera.

Sengaja ingin berkongsi seperkara.

Daripada inbox.

Mizan,leh tlg TRAnSLIT kn bHSA arb ke bm?
30 Nov 2010
00:07:33

TP akU email kt ko la.he2.
30 Nov 2010
00:09:32

He2.ko xda wt PaPe kn.bg ur emailk.
30 Nov 2010
00:10:49

Daripada sent item.
Blh, wkmslm inrya Allah..
30 Nov 2010
00:08:24

Ok,xpe.. =)
30 Nov 2010
00:09:37

student_unic@yahoo.com
30 Nov 2010
04:24:53

Pasti ada yang tertanya. Apa fasalnya inbox dan sent item ini dimasukkan? Sms yang diberi oleh rakan saya ini telah saya balas dalam keadaan saya tidak menyedarinya. Pada malam tersebut saya tidur jam 11:00 malam lebih. Saya hanya benar-benar sedar sms yang diberikan apabila saya bangun dari tidur.

Saya sedar dan saya membaca sms yang terakhir. Terkata dalam hati, "Eh apsal dia ni tiba-tiba tanya tentang kelapangan dan minta email?" Bila saya buka inbox dan sent item, baru saya sedar bahawa saya telah bersembang dengan rakan saya ini dalam minda bawah sedar!

Apabila saya memaklumkan kepada rakan mengenainya dia terkejut. Hehe.. Dia kata lebih kurang "Isy bahaya ko ni.." (lebih kurang sebab sms tersebut dah terpadam)

Suatu hari saya pernah berpeluang mengikuti program SPIES anjuran kerajaan negeri Selangor kepada penjawat awam kerajaan. Saya menjadi salah seorang fasilitator atas permintaan seorang rakan yang juga merupakan penceramah bagi konsultan tersebut. Pelbagai ilmu dan pengetahuan baru yang saya perolehi. Teruja dengan ilmu NLP dan hipnosis.

Saya pernah melihat sebuah video. Pada asalnya saya menyangka ia seoalh memukau seseorang. Namun seorang rakan mengatakan bahawa ianya salah satu daripada hipnosis. Rancangan daripada Indonesi tersebut menarik. Mereka mengambil sepasang kekasih yang jalan bersama dan menjalankan proses tersebut. Selepas bersedia untuk melaluinya, mereka dibiarkan melihat lingkaran hitam dan putih di atas sebuah skrin dan lingkaran tersebut dipusingkan. Sampel yang pertama dibuat ke atas lelaki.


Tiba-tiba pengendali atau pengacara rancangan berkata "Kamu tidur", lantas lelaki tersebut tertunduk dan tidak menyedarkan diri. Kemudian persoalan mengenai 'disebalik' hidup ditanyakan dan lelaki tersebut menjawabnya dengan jujur. Akhirnya segala yang tersimpan dan tersurat dalam hati si lelaki diketahui oleh si perempuan. Berubahlah muka si perempuan apabila beberapa perkara diberitahu dengan jujurnya oleh si lelaki.

Kemudian situasi yang sama dilakukan terhadap si perempuan. Perkara yang sama berlaku dan si perempaun pun menjawab beberapa persoalan dengan penuh jujurnya. Itulah sebahagiannya dan terdapat lagi beberapa siri rancangan tersebut. Mahu cerita mengenai hipnosis, semuanya boleh diketahui dengan mencari di internet.

Seorang rakan yang juga pengamal rawatan dan motivasi melalui hipnosis, telah mampu memberikan pelbagai kesan positif. Peserta yang sakit kepala dan tidak tenang, akhirnya setelah dihipnosiskan, hilang sakitnya dan hilang apa yang tidak menenangkan tersebut. Dia mereka lapang diri dan nafasnya berjalan lancar. Namun tidak menggunakan cara seperti dalam rancangan iatu menggunakan lingkaran. Dia lebih menggunakan membayangkan dan menghadirkan diri dalam suasana yang aman, tenang dan menyeronokkan.

Suatu ilmu yang baru sebagai salah satu alternatif dalam memulih dan memelihara peribadi masyarakat dan permasalahannya. Perlu betul penggunaannya! Jangan disalahgunakan! Selagi tiada perkara menyalahi Islam dan mempunyai kebaikan.

Anda juga pasti pernah mengalami beberapa perkara yang terjadi di bawah minda sedar anda.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
24 Zulhijjah 1431 H.

Comments

al-hakim said…
Cuba anda melihat gambar lingkaran tersebut lama-lama. Tenung sekitar lima saat sudah mencukupi. Kemudian anda alihkan muka blog ini ke atas atau ke bawah tanpa mengubah kedudukan penglihatan anda. Pasti gambaran lingkaran tersebut masih wujud dan menghilang secara perlahan-lahan sekitar sehingga tiga saat. Tetapi dengan gambar2 yang lain ia tidak selewat begitu untuk hilang dari pandangan. -Hanya selingan..