Jawapan Isu AC di Tanta

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada ibu ayah pelajar yang begitu mengambil berat tentang anak-anak di bumi Tanta ini. Di sini saya ingin memberikan penerangan berkaitan tentang isu yang berlaku agar para ibu bapa boleh melihat dari sudut dua belah pihak.

Pertamanya, bumi Mesir ini cara pemerintahannya bukan seperti negara kita Malaysia. Boleh dikatakan ianya seperti di bawah perintah darurat dan penuh dengan peraturan-peraturan kawalan keselamatan yang amat tinggi. Di sini setiap laluan masuk dan keluar negeri-negeri akan dikawal oleh polis. Oleh sebab itu setiap perkara perlu ada dalam makluman polis. Sebagai contoh satu peristiwa yang pernah berlaku di Tanta, seorang pegawai JPMK yang hadir ke Tanta dengan tiada makluman oleh pihak polis Tanta. Maka apabila masuk ke sempadan Tanta polis perasan kereta diplomat bernombor plate hijau masuk. Lalu polis terus iring kereta tersebut sehingga smpai ke Tanta, lalu menanyakan beberapa soalan terhadap wakil rombongan tentang mengapa mereka tidak maklumkan kehadiran ke sini. Sebab bagi kerajaan Mesir, setiap diplomat atau orang asing keselamatan mereka akan dijaga.

Begitu juga dengan program ke Gamasah anjuran MM tahun lepas. Bila mahu masuk ke kawasan Gamasah, polis tidak benarkan sebab tiada makluman pada mereka. Akhirnya bila berbincang dengan ketua polis baru dibenarkan masuk. Itu pun ditugaskan dua orang polis untuk menjaga 24 jam tempat penginapan peserta.

Jadi, dengan dua kisah ini saya harap para ibu bapa memahami situasi di sini tidak sama seperti di negara kita. Pihak keamanan Mesir di Tanta telah menganggap pengerusi DPMT sebagai wakil pelajar di Tanta. Jadi, hal berkenaan pelajar dan rakyat Malaysia di Tanta akan ditanyakan kepada pengerusi. Ini kerana DPMT yang dinaungi PMRAM merupakan sebuah NGO berdaftar di sini. Maka berkenaan keselamatan rakyat Malaysia, pihak keamanan Tanta sering bertanya kepada Pengerusi dan memberikan ketetapan-ketetapan yang perlu dipatuhi.

Antara ketetapan yang diberikan ialah:-
1) Tidak boleh bergaduh dengan warga arab
2) Tidak boleh terlibat dengan politik Mesir (terutamanya pembangkang Ikhwanul Muslimin)
3) Tidak boleh terlibat dengan apa jua perkumpulan haram atau tunjuk perasaan
4) Hanya masjid-masjid tertentu sahaja yang dibenarkan para pelajar belajar, ini kerana ada sebahagian masjid yang dikuasai pembangkang
5) Hanya perlu satu sahaja markaz atau tempat berkumpul bagi pelajar Malaysia untuk tujuan pantauan pihak keamanan. Ini adalah ketetapan dari pehak keselamatan di Tanta.

Jadi wajar apabila idea pembukaan centre ini dikeluarkan ada wakil DPMT yg datang berbincang dengan Umi, sebagai satu jalan untuk menjaga keselamatan di sini. Bukan condem atau marahkan, cuma datang berbincang. Kemudian bila ditubuhkan juga AC ini, bila pihak keselamatan tahu, maka mereka ingin berjumpa dengan Puan Siti serta pengurus MM untuk mengetahui apa tujuan pembinaannya. Namun pihak Puan Siti menutup telefon dan tidak menjawab panggilan serta tidak membalas mesej yang disampaikan oleh pihak DPMT yang mahu menyelesaikan isu ini. Puan Siti memilih untuk mendiamkan diri. Adalah lebih baik Puan Siti berjumpa dengan pihak keamanan Tanta dan terangkan sebagaimana yang diterangkan dalam post kali ini. Itu cara yang betul.

Bila Puan Siti memilih untuk mendiamkan diri, jadi pihak keamanan menekan pengerusi DPMT kerana tidak dapat jawapan berkenaan status AC ini. Dengan sebab itu lahirnye isu ini yang mungkin pihak ibu bapa menganggap DPMT ini orang yang berfikiran negatif, tidak berlapang dada dan mengajak permusuhan kepada MM. Itu satu tanggapan yg salah dan perlu saya betulkan. Andai kata Puan Siti memilih untuk beri kerjasama dari awal lagi, insya Allah masalah ini sudah selesai.

Pihak DPMT dan PCT tidak pernah memusuhi MM, bahkan awal kedatangan ejen MM ke bumi Tanta ini DPMT dan PCT lah yg banyak membantu dari sudut perumahan, pendidikan dan kebajikan pelajar. Namun apabila pelajar MM semakin ramai, mungkin jasa DPMT dan PCT sudah tidak diperlukan lagi, maka kata-kata negatif lah yang dilemparkan kepada mereka. Amat baik sekali tindakan itu.

Akhir sekali saya berharap agar pihak ibu bapa jangan pandang serong kepada persatuan ini. Kerana persatuan inilah yang beri bantuan sebanyak-banyaknya kepada ejen MM sewaktu awal bertapak di sini. Malah sehingga kini pihak persatuan masih menghulurkan bantuan. Isu ini berkaitan isu keselamatan. Kalau tidak, tidak akan ditimbulkan dan dibesarkan. Andai pihak keselamatan datang menyerbu AC ketika mana program berlangsung, adakah pihak ibu bapa mahu anak-anak ibu bapa sekalian menjadi susah? Oleh itu, jalan sebaiknya ialah Puan Siti berjumpa dengan pihak keselematan Tanta dan terangkan tujuan pembinaan AC ini. Insya Allah masalah ini selesai..

Salam sayang dari saya..
Pelajar TANTA.

Sumber.

*Saya menyelusuri isu ini sejak awal, sejak kedatangan MM ke bumi Tanta. Sehinggalah ke hari ini. Kami di DPMT mengetahui apa yang berlaku. Semoga pihak tersebut bertindak dengan rasional adn profesional. Bukan mengikut hawa nafsu, emosi dan keegoan.

Hidup dalam mencari..

Comments