Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Friday, October 22, 2010

Saya Peduli!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada mulanya tergerak juga untuk memasukkan entri ini ke dalam blog. Pada waktu itu bisikan hati mahu menangguhkannya. Tetapi, apabila melihat dengan lebih terperinci berdarkan maklumat yang diperolehi, maka saya letak juga entri ini.

Saya tidak senang dengan apa yang telah berlaku. Di dalam situasi ini, sekiranya orang yang terbabit merupakan golongan bukan Islam sepenuhnya, mungkin boleh diterima. Akan tetapi, majlis ini sudahlah melibatkan orang Melayu-Islam yang menganjurkannya, malah pemimpin utama negara pula yang memberi sumbangan.

Gambar-bambar fesyen yang ditunjukkan boleh dilihat di sini.

Majlis berkenaan dinamakan Islamic Fashion Festival.

Apa yang Datin Rosmah Mansor nyatakan mengenai fesyen Islam global:

Melaka, Okt 9 (Bernama) - Pereka busana muslim dan pemilik butik di daerah ini harus berupaya untuk memperluaskan industri fesyen melalui kreativiti dan inovasi, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, mereka juga perlu menggunakan dan menyesuaikan diri dengan teknologi moden untuk menghasilkan jumlah yang lebih besar dan menjimatkan kos tanpa mengenepikan kualiti, katanya di Dunia Melayu, Dunia Islam Fashion Festival di Melaka International Trade Centre di sini Sabtu malam.

Melalui kaedah ini, produk busana Melayu dan Islam akan menjadi lebih kompetitif di pasaran domestik dan global, katanya.

Rosmah mengatakan bahawa minat terhadap pakaian Islam di peringkat antarabangsa akhir-akhir ini telah menandakan perubahan dinamik dalam interaksi antara budaya Timur dan Barat.

Dia mengatakan wanita Muslim juga mula menunjukkan minat dalam suasana gaya tersebut yang sesuai dengan nilai-nilai Islam.

Oleh itu, dia mengatakan hal itu tidak menghairankan jika oereka fesyen ternama kini sibuk mempromosikan nama jenama besar yang menghasilkan pakaian moden yang memenuhi syarat-syarat Muslim.

Rosmah kata perancang busana antarabangsa sekarang mula untuk melihat Islam sebagai pakaian 'fashion mode' menyegarkan mana tidak perlu dipromosikan dengan cara yang provokatif.

Baru-baru ini Rosmah mendedahkan bahawa pasaran global untuk busana Islam dianggarkan RM302 bilion.

Sumber.

Apa pula yang saya kata?

1- Matlamat tidak menghalalkan cara. Datin Seri Rosmah merupakan antara orang penting di dalam penganjuran Islamic Fashion ini. Melalui kenyataan akhbar, beliau menyatakan bahawa pereka dan pemilik butik perlu memperluaskan industri fesyen mereka melalui kreativiti dan inovasi serta menyesuaikan diri dengan teknoogi moden agar dapat menghasilkan produk yang lebih berganda. Katanya lagi, dengan cara ini busana Melayu dan Islam akan menjadi lebih kompetitif di pasaran domestik dan global.

Niat Datin Rosmah amatlah baik. islam tidak menghalang untuk seseorang memajukan diri dalam apa juga lapangan yang tidak membawa kepada haram sekalipun membuka busana atau butik pakaian. Walaubagaimanapun, matlamat yang hendak dikecapi melalui acara dan penganjuran seperti ini tidak diterima oleh Islam. Bukan sahaja rekaan fesyen mendedahkan aurat, lebih teruk lagi disertai dengan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW!

Saya telah menyatakan kepedulian saya terhadap masalah yang dibawa oleh pemimpin negara ini. Anda?

2- Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam. Sejak berzaman, penghinaan dan permusuhan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam terus berlaku. Melalui penerbitan filem, lukisan, pengedaran risalah, cemuhan, provokasi, kegiatan pengkhianatan dan lain-lain. Apabila mereka yang melakukan perbuatan tersebut merupakan orang bukan Islam dan terkenal susana hidupnya dengan permusuhan terhadap Islam, ia tidaklah pelik. Iatulah tabiat dan perangai musuh Islam.

Namun, apa yang malangnya ialah penghinaan secara 'senyap', 'terancang' dan 'bermuka-muka' ini dilakukan oleh orang Islam sendiri. Umat dan penganut Islam sepatutnya mempertahan dan memperjuangkan Islam agar terus tertegak di dunia ini, bukannya bersekongkol dengan musuh untuk menghina dan menghancurkan Islam. Lebih-lebih malng lagi, ia dihadiri dan direstui oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Apa yang diperjuangkan oleh beliau sebenarnya? Di dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam beliau ada menyatakan bahawa UMNO berjuang di atas tiga prinsip. Tiga prinsip tersebut ialah Melayu, Islam dan keharmonian sejagat. Melayu diletakkan yang pertama dan Islam yang kedua. Melayu akan diutamakan dan Islam sebagai perkara kedua. Sekiranya perkara Islam bakal membawa tidak senang kepada 'pendukung' dan ahlinya, demi menjaga kedudukan dan sistem barat ini, pastinya prinsip yang ketiga akan diutamakan dan Islam menjadi picisan dan diketepikan. Malah, mungkin sahaja dihina (dalam senyap) semata untuk mempertahankan perkara tadi. Adakah ini pemimpin Islam bagi sebuah negara Malaysia yang perlu dipilih oleh rakyat?

3- Antara pemimpin Islam dan bukan Islam. Banyak ulama terdahulu dan yang mu'tabar pada hari ini bersepakat bahawa pemilihan pemimpin yang bukan Islam yang tidak zahir maksiat yang dilakukan dan menghormati Islam, mereka lebih layak dipilih daripada pemimpin Islam yang zahir melakukan maksiat dan tidak menghormati Islam. Itulah yang disebut oleh para ulama ciri-ciri seorang pemimpin dan sekiranya mahu melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin selain daripada orang bukan Islam tersebut tidak boleh diberi tanggungjawab menyelia sebarang urusan dan perkara yang melibatkan hal ehwal umat Islam.

Perdana Menteri Malaysia yang keenam ini merupakan seorang Islam begitu juga isterinya. Apa yang dilaungkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO penuh dengan sorakan ahli melambangkan seorang pahlawan agama dan bangsa. Laungan semata tidaklah diperlukan sekiranya dalam masa yang sama, merupakan tali barut dan perancang kepada penghinan terhadap Islam.

Sebagai seorang pemimpin, pastinya beliau lebih mengetahui akan sensitiviti rakyat dan umat Islam terutamanya walaupun majlis yang dilaksanakan atas kehendak isterinya yang tercinta. Beliau perlu lebih telus dalam percakapannya dan polisi yang dibentangkannya. Hebat kata-kata beliau di dalam Perhimpunan Agung UMNO apabila menyatakan (yang Lebih kurang), "Jangan ada mana-mana yang mahu mempersoalkan kedaulatan bangsa Melayu. Samada mereka daripada bangsa Melayu sendiri ataupun daripada bukan melayu." Mengapa perlembagaan yang berkaitan dengan kedaulatan Islam langsung tidak disebut? Mereka yang menghina Islam dan mengadakan sebarang kejahatan terhadap Islam tidak disebut? Ini kerana untuk menjaga ahli daripada barisan komponen yang lain dan menjaga hati 'perancang musuh dunia Islam' yang telah mengawal mereka.

4- Bukan Datin Rosmah berkelayakan berbicara tentang fesyen Islam. Datin Rosmah berkata di dalam ucapannya:
Ladies and Gentlemen,

11. Contrary to the common belief that fashion and Islam are incongruous, I would like to reiterate that Islamic clothing, especially for women can still be fashionable, contemporary and stylish whilst fulfilling the Islamic requirements for conservative core and modesty. In fact, in affirming the coming-of-age of Muslim fashion through the impressive collections, Islamic fashion is now considered as the breath of fresh air in a global culture where the flesh can often eclipse the fabric on the runaway.
Siapa Datin Rosmah untuk menerangkan dan memberi piawaian terhadap fesyen dan pemaikan terhadap wanita muslim. Hukum-hukum Islam telah menjelaskan secara terperinci akan bagaimana seseorang muslimah perlu berpakaian. Walau semoden dan semaju mana duni ini telah belalu dan berputar, namun hukum Islam terus tetap dengan prinsip dan nilainya. Prinsip yang utama ialah menutup aurat. Maka, sekiranya sebarang fesyen atau rekaan melanggari prinsip ini, ia perlu ditolak secara langsung tanpa kompromi! Ini sebenarnya secara langsung bertentangan dengan ucapannya yang terdahulu iaitu:

6. Muslim women who love fashion are always looking for exciting new things to wear that also allow them to meet the religious requirements. As a result, Islamic fashion is fast becoming a lucrative business. Sumber.
Apakah keperluan agama tersebut? Keperluannya ialah menutup aurat, menjaga maruah si pemakai, tidak mendatangkan fitnah dan pastinya tidak mempunyai ciri-ciri menghina Islam! Apabila media dikuasai oleh kerajaan yang tidak membawa Islam sesuai pada tempatnya, maka inilah yang ditayangkan kepada rakyat dan menjadi ikutan generasi akan datang.

5- Kawalan media ternampak jelas di negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan kebebasan bersuara ini. Seingat saya, majlis Festival fesyen Islam ini tidaklah diwar-warkan di dalam akhbar perdana berbahasa Melayu seperti Utusan dan sebagainya. Ini kerana mungkin dikhuatiri menerima gelombang rakyat yang menyokong mereka. Berita dan majlis ini seolah disenyapkan oleh media perdana kerajaan kerana mereka tahu penganjuran ini sangat jelas menyalahi etika Islam dan budaya Melayu. Lebih-lebih lagi orang yang datang sebagai tetamu 'ter'hormat di dalam majlis ini ialah Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan juga pengasas Gagasan 1 Malaysia, 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Kehendak rakyat mana yang hendak didahulukan? Rakyat Islam atau bukan Islam. Sekiranya rakyat Islam, sepatutnya festival ini benar-benar diketahui aturcaranya agar tidak melanggari prinsip Islam.

Media akan dimanipulasi sesuka hati untuk "menjernihkan air mereka yang kotor dan mengotorkan air orang lain yang sememangnya jernih". Kawalan, eksploitasi dan monopoli media merupakan kekuatan ampuh mereka. Provokasi, prejudia dan konspirasi sangat mudah disebarkan di kalangan masyarakat untuk menguasai pemikiran dan tindakan mereka. masyarakat yang dungu dan tidak mengetahui hal ehwal semasa dan hal ehawal Islam pastinya akan bangkit sekiranya mengetahui perkara yang sebenar. Walaubagaimanapun, terdapat juga rakyat yang sedar akan keadaan ini, namun mereka terus senyap tanpa sebarang kritikan dan bantahan sebata untuk menjaga hati kerajaan dan 'periuk nasi' mereka.

6- Kepada mereka yang terus melayang. Perjuangan PAS bukanlah semata untuk politik. Malah ia berkait terus untuk membentuk modal insan yang luhur dan dalam masa yang sama membentuk masyarakat dan kerajaan yang memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila mahu merealisasikan matlamat ini, berdaasrkan keperluan semasa, penglibatan secara pembentukan manusia sahaja, dakwah semata tidaklah sesuai. Medan yang ada sekarang ialah untuk menggantikan pimpinan yang lebih baik.

Mursyidul Am PAS sendiri iaitu Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat seringkali mengatakan bahawa, sekiranya UMNO atau kerajaan benar-benar mahu menjalankan Islam dan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini, maka TIDAKLAH perlu PAS ini diwujudkan. Akan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya! Terdapat juga pihak yang terus menerus memperjuangkan bangsa yang seoalah menyatakan bahawa bangsa merupakan faktor utama kepada kemenagan Islam walaupun tidak dinafikan bangsa ada peranannya.

Di zaman Rasulullah SAW, bukan hanya bangsa Quraisy yang mempertahankan dan mendaulatkan Islam. Pembinaan sebuah negara Islam di Madinah al-Munawwarah selepas hijrah adalah hasil daripada bangsa Madinah dan bukannya Quraisy. Melalui perjanjian mereka untuk terus menerus mempertahankan Rasulullah SAW dan Islam, akhirnya Rasulullah SAW selamat sampai di Madinah. Malah, dengan bantuan inilah yang menjadikan negara Madinah terus bangun bersama Islam. Sekiranya diteliti, bangsa Madinah asalnya bukan Islam dan mereka semua berpuak-puak. Namun, atas dasar Islamlah mereka disatukan dan Islam dapat didaulatkan. Semuanya kerana kepimpinan RAsulullah SAW.

Gambar sekadar hiasan. Hijau itu ketenangan.

Sejarah membuktikan, hanya dengan menggantikan pemimpin yang bermasalah terhadap Islam sahaja yang mampu menukar suasana kepada kehendak Islam. Pemimpin dan sistem yang bermasalah terhadap Islam ini perlu ditukar kepada kepada pemimpin dan sistem yang memenuhi kehendak Islam.

Situasi tersebut sangat jelas untuk kita lihat bersama dengan apa yang berlaku semasa proses pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Sebelumnya Islam diperintah oleh khilafah Muawwiyah yang merupakan kejaraan dinasti atau perwarisan. Pemipin mereka memerintah penuh dengan kemegahan, berfoya-foya, hukum-hukum Islam diabaikan dan hak-hak rakyat diabaikan. Akklak masyarakat kembali runtuh, sistem sosial menjadi kucar-kacir dan ekonomi ahanya berlegar di kalangan bangsawan dan golongan pemerintah. Golongan ulama diketepikan peranan dan golongan juhala' dinaikkan sebagai rujukan. Akhirnya Muawwiyah walau hebat zahirnya, tetapi lompang besar di dalamnya.

Bermulanya kepimpinan dan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, baginda telah menukar segala sistem dan mengubah segala undang-undang yang tidak memenuhi nilai dan prinsip Islam. Bermula dari pemerintah yang suka berfoya-foya dengan kemegahan, mereka lantas ditukarkan. Sehinggalah kepada pemikiran dan cara kehidupan rakyat, semuanya ditukarkan kepada sistem Islam. Kesannya, rakyat semakin mendalami Islam, suasana Islamik diterapkan di dalam cara hidup dan pemikiran. Golongan pertengahan dan bangsawan bersama menjalankan amanah dan tanggungjawab masing-masing sehingga menyebabkan harta baitulamal melimpah, tiada lagi rakyat yang layak mererima zakat!

Malangnya, ketentuan Allah lebih berkuasa. Pemerintahan ini sempat berlalu selama dua tahun sahaja. Namun, bagaimana dengan hanya tempoh dua tahun semuanya dapat kembali kepada Islam yang sejati? Bagaimana hanya dalam tempoh dua tahun, akhirnya tiada lagi rakyat yang layak untuk menerima zakat? Kesan daripada pemimpin yang bersih hatinya, suci niatnya dan jelas matlamatnya untuk Islam dan rakyat di bawah kekuasaannya, pasti kehidupan menjadi aman dan harmoni.

Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Pelbagai dasar, rancangan, projek dilaksanakan. Tetapi masalah ekonomi terus-menerus berlaku dan kemiskinan rakyat tetap wujud. Bukan hanya miskin bisasa, tetapi 'rakyat termiskin'. Apa permasalahan yang berlaku sebenarnya? Apa yang berlaku ialah apabila akhlak pemimpin telah rosak dan mereka tidak menjadikan sebagai perlembagaan dan rujukan kehidupan sejagat.

Semoga Allah terus-menerus memberi kita hidayah dan kekuatan untuk membawa Malaysia ini ke arah keredhaan Allah SWT.

Tanah Melayu,
Kuala Lumpur.

14 Zulkaedah 1431 H.

Hidup dalam mencari...

Wednesday, October 20, 2010

Jawapan Isu AC di Tanta

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada ibu ayah pelajar yang begitu mengambil berat tentang anak-anak di bumi Tanta ini. Di sini saya ingin memberikan penerangan berkaitan tentang isu yang berlaku agar para ibu bapa boleh melihat dari sudut dua belah pihak.

Pertamanya, bumi Mesir ini cara pemerintahannya bukan seperti negara kita Malaysia. Boleh dikatakan ianya seperti di bawah perintah darurat dan penuh dengan peraturan-peraturan kawalan keselamatan yang amat tinggi. Di sini setiap laluan masuk dan keluar negeri-negeri akan dikawal oleh polis. Oleh sebab itu setiap perkara perlu ada dalam makluman polis. Sebagai contoh satu peristiwa yang pernah berlaku di Tanta, seorang pegawai JPMK yang hadir ke Tanta dengan tiada makluman oleh pihak polis Tanta. Maka apabila masuk ke sempadan Tanta polis perasan kereta diplomat bernombor plate hijau masuk. Lalu polis terus iring kereta tersebut sehingga smpai ke Tanta, lalu menanyakan beberapa soalan terhadap wakil rombongan tentang mengapa mereka tidak maklumkan kehadiran ke sini. Sebab bagi kerajaan Mesir, setiap diplomat atau orang asing keselamatan mereka akan dijaga.

Begitu juga dengan program ke Gamasah anjuran MM tahun lepas. Bila mahu masuk ke kawasan Gamasah, polis tidak benarkan sebab tiada makluman pada mereka. Akhirnya bila berbincang dengan ketua polis baru dibenarkan masuk. Itu pun ditugaskan dua orang polis untuk menjaga 24 jam tempat penginapan peserta.

Jadi, dengan dua kisah ini saya harap para ibu bapa memahami situasi di sini tidak sama seperti di negara kita. Pihak keamanan Mesir di Tanta telah menganggap pengerusi DPMT sebagai wakil pelajar di Tanta. Jadi, hal berkenaan pelajar dan rakyat Malaysia di Tanta akan ditanyakan kepada pengerusi. Ini kerana DPMT yang dinaungi PMRAM merupakan sebuah NGO berdaftar di sini. Maka berkenaan keselamatan rakyat Malaysia, pihak keamanan Tanta sering bertanya kepada Pengerusi dan memberikan ketetapan-ketetapan yang perlu dipatuhi.

Antara ketetapan yang diberikan ialah:-
1) Tidak boleh bergaduh dengan warga arab
2) Tidak boleh terlibat dengan politik Mesir (terutamanya pembangkang Ikhwanul Muslimin)
3) Tidak boleh terlibat dengan apa jua perkumpulan haram atau tunjuk perasaan
4) Hanya masjid-masjid tertentu sahaja yang dibenarkan para pelajar belajar, ini kerana ada sebahagian masjid yang dikuasai pembangkang
5) Hanya perlu satu sahaja markaz atau tempat berkumpul bagi pelajar Malaysia untuk tujuan pantauan pihak keamanan. Ini adalah ketetapan dari pehak keselamatan di Tanta.

Jadi wajar apabila idea pembukaan centre ini dikeluarkan ada wakil DPMT yg datang berbincang dengan Umi, sebagai satu jalan untuk menjaga keselamatan di sini. Bukan condem atau marahkan, cuma datang berbincang. Kemudian bila ditubuhkan juga AC ini, bila pihak keselamatan tahu, maka mereka ingin berjumpa dengan Puan Siti serta pengurus MM untuk mengetahui apa tujuan pembinaannya. Namun pihak Puan Siti menutup telefon dan tidak menjawab panggilan serta tidak membalas mesej yang disampaikan oleh pihak DPMT yang mahu menyelesaikan isu ini. Puan Siti memilih untuk mendiamkan diri. Adalah lebih baik Puan Siti berjumpa dengan pihak keamanan Tanta dan terangkan sebagaimana yang diterangkan dalam post kali ini. Itu cara yang betul.

Bila Puan Siti memilih untuk mendiamkan diri, jadi pihak keamanan menekan pengerusi DPMT kerana tidak dapat jawapan berkenaan status AC ini. Dengan sebab itu lahirnye isu ini yang mungkin pihak ibu bapa menganggap DPMT ini orang yang berfikiran negatif, tidak berlapang dada dan mengajak permusuhan kepada MM. Itu satu tanggapan yg salah dan perlu saya betulkan. Andai kata Puan Siti memilih untuk beri kerjasama dari awal lagi, insya Allah masalah ini sudah selesai.

Pihak DPMT dan PCT tidak pernah memusuhi MM, bahkan awal kedatangan ejen MM ke bumi Tanta ini DPMT dan PCT lah yg banyak membantu dari sudut perumahan, pendidikan dan kebajikan pelajar. Namun apabila pelajar MM semakin ramai, mungkin jasa DPMT dan PCT sudah tidak diperlukan lagi, maka kata-kata negatif lah yang dilemparkan kepada mereka. Amat baik sekali tindakan itu.

Akhir sekali saya berharap agar pihak ibu bapa jangan pandang serong kepada persatuan ini. Kerana persatuan inilah yang beri bantuan sebanyak-banyaknya kepada ejen MM sewaktu awal bertapak di sini. Malah sehingga kini pihak persatuan masih menghulurkan bantuan. Isu ini berkaitan isu keselamatan. Kalau tidak, tidak akan ditimbulkan dan dibesarkan. Andai pihak keselamatan datang menyerbu AC ketika mana program berlangsung, adakah pihak ibu bapa mahu anak-anak ibu bapa sekalian menjadi susah? Oleh itu, jalan sebaiknya ialah Puan Siti berjumpa dengan pihak keselematan Tanta dan terangkan tujuan pembinaan AC ini. Insya Allah masalah ini selesai..

Salam sayang dari saya..
Pelajar TANTA.

Sumber.

*Saya menyelusuri isu ini sejak awal, sejak kedatangan MM ke bumi Tanta. Sehinggalah ke hari ini. Kami di DPMT mengetahui apa yang berlaku. Semoga pihak tersebut bertindak dengan rasional adn profesional. Bukan mengikut hawa nafsu, emosi dan keegoan.

Hidup dalam mencari..

Monday, October 18, 2010

Pemurnian Sejarah: Zaman Paleolitik Itu Tidak Wujud!

Firman Allah SWT: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah al-Baqarah 2:20)

1- Sejarawan barat menyebutkan bahawa catatan mengenai sejarah bermula sekitar 3,500 SM. Sekitar 4,000 sehingga 3,500 SM merupakan zaman Nabi Musa AS kerana ada catatan mengatakan bahawa Nabi Musa bersama Firaun dan kaumnya adalah sekitar 4,900 SM. Walaubagaimanapun, sejarah bermulanya peradaban manusia adalah bermula sekitar 8,000 sehingga 10,000 SM.

2- Fakta yang dipelajari di seluruh dunia termasuklah di Malaysia mengenai sejarah awal tamadun manusia adalah tidak tepat. Menurut buku sejarah, zaman terawal dikenali sebagai Paleolitik, Neolitik, diikuti Mesolitik dan Logam. Menurut sejarah yang kita pelajari lagi, Paleolitik bermula 2,500,000 sehinggalah 8,000 SM.

3- Terdapat beberapa kekeliruan mengenai fakta kewujudan zaman Paleolitik ini. Sekiranya zaman Neolitik sehinggalah zaman Logam hanya megambil masa kira-kira 7,500 tahun sahaja iaitu bermula 8,000 SM sehinggalah 500 SM, bagaimanakah zaman Paleolitik mengambil menempuh masa yang terlalu panjang iaitu 2,492,000 tahun! Adakah tiada zaman atau tamadun manusia yang wujud antara tempoh tersebut? Jawapannya Ya! Bahkan hakikatnya zaman Paleolitik ini yang terbahagi kepada Awal (2.5 juta - 30 ribu SM) dan Lewat (30 ribu - 8,000 SM) ini sebenarnya tidak wujud!

4- Menurut kajian sejarah, Nabi Adam AS mula hidup di dunia setelah diturunkan ke bumi sekitar 10,000 sehingga 8,000 SM. Sekiranya kita mahu serasikan dengan fakta kajian sejarawan barat ini, tamadun kehidupan manusia awal hanya bermula sekitar tempoh tersebut sahaja.

5- Dikatakan bahawa manusia yang hidup di zaman Paleolitik ini dinamakan sebagai Homo Habilis dan Homo Sapiens. Ianya dikatakan bermula di benua Eropah. Teori sejarah menyebutkan bahawa antara faktor utama pembentukan sesebuah tamadun adalah disebabkan kedudukan di perairan sungai dan tepian laut. Ini kerana, manusia amat memerlukan air sebagai sumber kehidupan. Tetapi, di manakah sekitar benua Eropah tersebut mempunyai sungai utama yang mampu menyediakan kehidupan kepada manusia? Sejarah hanya menyatakan beberapa sumber utama sungai sahaja iaitu Mesopotamia, Nil, Euphrates, Tigris, Indus dan Hwang Ho. Tiada langsung sungai utama yang wujud di Eropah!

Kawasan yang didakwa bermulanya zaman Paleolitik di benua Eropah.

6- Terdapat beberapa fakta mengenai gambaran zaman Paleolitik yang bertentangan dengan kehidupan keluarga Nabi Adam AS sebagai manusia pertama di muka bumi. Antara kegiatan utama manusia Paleolitik ialah memburu binatang, memungut tumbuhan liar dan menangkap ikan serta kehidupan mereka secara nomad (berpindah-randah tanpa kediaman yang tetap). Penempatan mereka seperti di gua-gua atau pokok-pokok yang dibina menggunakan ranting kayu dan rumput-rampai. Mereka menghidupkan api menggunakan kaedah geseran, memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang, mengukir gambar di dinding gua serta mempercayai kehidupan selepas kematian.

7- Sudahlah zaman ini bermula di benua Eropah, maka di mana pula terdapatnya gua-gua serta bagaimanakah saiz pokok-pokok di benua yang mengelami empat musim ketara ini boleh digunakan sebagai kediaman taua penempatan? Sekiranya ada golongan yang mendakwa zaman Paleolitik bermula di Mesapotamia, ia sesuatu yang keliru juga. Jika dilihat dengan keadaan geografinya, hampir tidak wujud gua-gua (terutamanya) dan pohon besar di tepian sungai atau persisiran pantai di sekitar sungai Mesapotamia. Mengapa sehingga kini seolah tiada langsung peninggalan yang boleh dijadikan sebagai bukti wujudnya zaman Paleolitik ini!

Monumen manusia zaman paleolitik yang dipamerkan di China.

8- Antara golongan manusia yang dikatakan wujud pada zaman ini ialah Manusia Jawa, Peking, Neanderthal dan Cro-Magnon. Kesemua muka mereka mirip muka orang asli red indian dan seolah seiras. Bagaimana sebuah zaman yang mencecah berjuta-juta tahun hanya memiliki bentuk wajah yang seolah stereotaip dan diambil daripada sampel terkini (bukan daripada bahan artifak dan bukti sejarah yang benar). Manusia-manusia ini seolah disifatkan dengan golongan yang tidak mempunyai tadadun yang tinggi. Mereka hidup tanpa pakaian serta mempunyai bentuk fizikal yang menyerupai dan membenarkan Teori Darwin mengenai asal-usul manusia. Bagaimana mungkin Nabi Adam, isterinya Hawa dan anak-anak mereka hidup tanpa pakaian sedangkan mereka kelompok pertama hdiup di dunia?

Contoh-contoh gambaran pelukis mengenai kehidupan zaman Paleolitik




9- Sejarah Nabi Adam AS jelas menunjukkan bahawa bermula mereka dturunkan ke dunia, mereka telah dikurniakah oleh Allah SWT ilmu untuk mengurus kehidupan mereka. Perjalanan kehidupan mereka tersusun dan penuh perancangan. Setelah beberapa tempoh mendiami dunia, maka Saidatina Hawa melahirkan ada kembar dua pasang. Mereka ialah Qabil dan Iqlima, kemudiannya Habil dan Labuda. Sepertimana fitrah pasangan ibu dan ayah, Adam dan Hawa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak mereka. Anak-anak perempuan menguruskan rumah dan hal-hal wanita. Manakala anak lelaki pula mencari nafkah keperluan hidup mereka. Qabil bertungkus-lumus mengerjakan tanah pertaniannya dan Habil berjaya dalam lapangan penternakan. Bukti yang menunjukkan bahawa pertanian dan penternakan mereka sangat menjadi melalui kisah mereka untuk menetukan jodoh kehidupan masing-masing. Mereka harus menyerahkan korban mereka kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa" (Surah al-Ma'idah 5:27)

10- Allah SWT secara jelas telah menerangkan bahawa Dia telah mengajarkan kepada Nabi Adam AS beberapa nama. Peristiwa ini menunjukkan bahawa anugerah ilmu dan pemikiran telahpun Allah kurniakan kepada manusia sejak manusia pertama berada di dalam syurga lagi. Ini bertentangan dengan Teori Darwin yang menyatakan manusia berasal daripada beruk dan berevolusi berperingkat sehinggalah menjadi manusia seperti hari ini. Apabila manusia bermula daripada beruk, ini bermakna seolah manusia ini sebenranya haiwan dan bertukar menjadi manusia. Sedangkan Allah SWT telah menjelasnya dengan terang bahawa manusia dan haiwan itu merupakan dua kelompok makhluk yang sangat berbeza. Maka, anugerah ilmu oleh Allah SWT awal-awal lagi telah menafikan Teori Darwin yang penuh dengan elemen atheis dan rasis.

Firman Allah SWT: "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar” (Surah al-Baqarah 2:31)

Firman Allah SWT lagi: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?” (Surah al-Baqarah 2:33)

Dedikasi: Semua sekolah di Malaysia khususnya telah menipu anak pelajar sejak di bangku persekolahan lagi. Para murid ditipu, guru menipu tanpa disedari dan ahli akademik terus leka tertipu tanpa sebarang usaha 'sendiri' untuk pemurnian fakta sejarah. Terima kasih kepada para guru sehingga aku pada hari ini sedikit mampu untuk menilai pembohongan dan kebenaran sejarah.

Rujukan:
a) Al-Quran dan terjemahan
b) Buku Sejarah Peradaban Dunia KBSM
c) Buku Kisah Para Nabi
d) Internet

Hidup dalam mencari..

Wednesday, October 13, 2010

The Chosen One


The Chosen One by Maher Zain

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Source.

Selawat dan salam kepada junjungan mulia kekasih dan pesuruh Allah habibuna Muhammad SAW.

Dalam kehidupan kita seharian, pasti kita tidak lekang daripada berhadapan dengan pelbagai permasalahan, ujian kebimbangan, kegelisahan dan kemarahan. Menghadapi situasi yang genting ini sangat memerlukan kita mengawal emosi dan perasaan negatif yang menyelubungi.

Keadaan yang negatif ini, pastinya segera diambil tempat oleh para saitan untuk memastikan kita berada di dalam keadaan yang terpesong dan tersasar daripada kehendak agama dalam meluruskan mereka melalui akhlak-akhlak Islam.

Kalau bukan kita yang memulakan sesuatu permasalahan, namun situasi yang menyebabkan kita terpaksa menghadapi masalah tersebut (walau ia datangnya daripada luar diri sendiri) kadang-kadang membawa kita pula yang berkelakuan negataif dan tersasar daripada akhlak Islam.

Rupa-rupanya, sangat penting untuk kita membaca kehidupan Nabi Muhammad SAW yang banyak ditulis oleh cendiakawan Islam. Samada ia berbentuk perjalanan secara tarikh atau berbentuk perihal sifat kenabian baginda Muhammad SAW.

Apabila kita mengetahui sirah baginda, serta menyelusuri sifat baginda melalui Syama'il Muhammadiyah contohnya, pasti kita mampu mengawal sifat negatif yang menguasai diri. Rasulullah telah menunjukkan satu suri tauladan yang sangat luhur dan ideal. Sekiranya ada orang bertanya, apakan bentuk acuan akhlak yang mulia, maka jawapannya adalah acuan Saidina Ahmad ini.

Bila kita marah, kita ingat bagaimana Nabi Muhammad mengawal emosinya ketika menghadapi situasi yang sangat genting dan pastinya menimbulkan kemarahan. Ketika kita melalui kondisi yang sangat bermasalah, pelbagai halangan berlaku, segala perbuatan jadi tidak menentu serta kepala berserabut, mengenang keperibadian Nabi Muhammad SAW merupakan langkah yang terbaik.

Berkata menganinya berdasarkan teori amatlah mudah. Tetapi untuk melaksanakannya di dalam kehidupan seharian memerlukan mejahadah atau kesungguhan diri yang sangat tinggi. Sudahlah kita telah terbiasa dan mungkin terkesan dengan kebejatan akhlak hari ini, makanya sangatlah perlu kita bersabar dan berlatih untuk mengubah diri.

Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan Saidina Ibnu Abdullah ini adalah untuk menyempurnakan akhlak Islam yang mulia.

Semoga Allah SWT melimpahkan kurnia-Nya kepada nasab baginda Muhammad SAW, para cendiakawan serta pejuang agama Islam yang sentiasa mencontohi keperibadian baginda.

5 Zulkaedah 1431 H.

Hidup dalam mencari..

Thursday, October 7, 2010

Kahwin-kahwin

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sumber.


KAWIN KERANA APA?

Nabi saw bersabda:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.

2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihar farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Hadis riwayat at-Thabrani

Oleh itu kita kena lihat booster pendorong kepada perkahwinan kita. Ini sangat penting terutama lelaki yang akan mengetuai keluarga. Ini bagi memastikan perkahwinan kita diterima disisi Allah swt.

JADILAH LELAKI YANG TERBAIK

Lelaki perlu lebih bersdia untuk bahtera perkahwinan lebih dari wanita. Lelaki perlu melayan sebaiknya kepada isteri seprti Rasulullah saw melayan para isterinya. Nabi saw bersabda:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah orang paling baik kepada isterinya, akulah orang yang paling baik kepada isterinya."

Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim

JANGAN JADI DAYUS

Jangan pula salah anggap bahawa lelaki yang baik ini lelaki yang mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya. Nabi saw bersabda:

" 3 golongan yang tidak masuk syurga 1. Penderhaka ibu bapa 2. lelaki yang dayus 3. wanita yang menyerupai lelaki."

Hadis yang baik sanadnya seprti dinyatakan oleh pengarang kitab " safwatul ahkam."

Lelaki perlu mengajar perkara yang wajib kepada isterinya seperti ilmu akidah, solat, zakat, puasa, pernikahan, muamalat (jual beli Islam), pembersihan hati dan lain-lain. Kalau dia tidak mampu si lelaki wajib mengajak isterinya pergi kelas pengajian seumpama ini. Bagi pendapat saya kelas muamalat jarang ada di malaysia kerana kuliah malam kebiasaannya adalah tajuk umum. Lebih kepada kelebihan dan dakwah. Ilmu yang lebih mendalam terutamanya muamalat adalah jarang diajar.

PASANGAN MUSUH

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوّاً لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah al-Munafiqun ayat 14

Menurut sebab penurunan ayat ini di dalam hadis2 yang sahih adalah kerana lelaki2 yang berada di mekah hendak belajar ilmu Islam dari Rasulullah di madinah. Namun pasangan mereka yang merayu dan menghalang untuk belajar ilmu Islam. Kemudian turun ayat ini. Sepatutnya perkahwinan menyebabkan bertambah rajin untuk menuntut ilmu, berama ibadah dan berkerja untuk Islam tetapi yang terjadi sebaliknya berlaku. Pasangan yang berkahwin hendaklah pastikan ke3 perkara tadi bertambah selepas perkahwinan iatu ilmu , amal dan kerja Islam. Inilah keredaan tuhan dalam perkahwinan. Hanya Salah satu dr tadi bertambah juga tidak memadai kerana 3 perkara ini adalah saling melengkapi. Setakat seronok , happy, bg makan, hubungan kelamin , rumah , perlindungan diri mdan lain2 binatang pun boleh bagi hehe. Oleh itu pilihla pasangan elok2 samada lelaki atau perempuan.

NABI YANG SPORTING KEPADA ISTERINYA

Kalau perkara yang tidak dilarang sisuami hendaklah cuba melayan dan memenuhi kehendak isterinya seperti mana baginda bersama isterinya. Ini beberapa peristiwa Nabi melayan isterinya:

1. Nabi berlumba lari dengan aisyah (hadis BUkhari)

2. Nabi memanggil penyanyi pada hari raya untuk aisyah mendengarnya (hadis sahih)

3. Nabi bagi peluang kepada aisyah untuk melihat permainan tombak oleh org2 habsyah. Masa tu aisyah berada dibelakang nabi dan pipinya rapat dengan pipi Nabi. (hadis sahih Bukhari)

4. Aisyah dan Saodah melawak dengan depan Nabi. Mereka saling ambil makanan dan letak di muka madunya.

MUNAJAT

YA ALLAH DIRI INI TIDAK LAYAK MENDAPAT JODOH LANTARAN DOSA,

TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPAT JODOH YANG BAIK LANTARAN DOSA2,

TIDAK LAYAK MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK LANTARAN DOSA2,

TIDAK LAYAK MASUK SYURGA MU LANTARAN DOSA2,

TETAPI DENGAN RAHMAT MU KAMI BERHARAP AGAR ENGKAU BERIKAN KAMI JODOH YANG BAIK , YANG MENGHIBUR KAMI , YANG TAAT PADA KAMI, YANG MENEGUR KESALAHAN KAMI DENGAN BAIK, MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK DAN MASUK KE DALAM SYURGA MU DENGAN PASANGAN KAMI DI DUNIA.

YA ALLAH TERIMALAH KAMI ..


Tenangkan diri, solat istikharah, doa banyak-banyak. Kenali perempuan melalui ibu, kakak dan adik perempuan kita. Kenali kelaki melalui bapa, abang dan adik lelaki kita. Dll. Apabila Allah mengkehendaki, ia pasti terjadi. Andai Allah menghalang ianya terjadi, redha itu setinggi-tinggi akhlak.

Hidup dalam mencari..

Wednesday, October 6, 2010

Mari Menambahkan Penghayatan Solat Kita Seharian


Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya,
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang,
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
Dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik,
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam,
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani,
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Yang menguasai hari pembalasan,
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan,
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh,
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah,
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah,
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya,
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh,
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah,
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya,
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim,
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini,
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki,
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan,
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin,
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku,
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan,
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
Dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau,
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu,
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi,
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau,
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan,
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau,
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu, namun tak pula aku sanggup keNerakamu, kamilah hamba yang mengharap belas dariMu."Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."

Kebejatan Akhlak dan Solusi oleh Azhari

Salam sejahtera ke atas kamu dan salam satu Ummah Islamiyah.

Kes pertama: Sepupu saya ada sebuah klinik pengkhususan untuk penagih dadah membeli ubat bagi mengatasi tabiat penyalahgunaan dadah. Pastinya terdapat yang datang ke klinik tersebut masih membawa dadah di dalam poket mereka kerana bagi mereka setiap kali mengambil dadah, mereka akan mengambil ubat. Mudah-mudahan sedikit demi sedikit mereka mampu menjauhi perkara tersebut. Rupanya, yang hadir ke klinik ini daripada pengaggur sehinggalah kepada pegawai yang berjawatan besar.. Dadah, tidak mengenal mengsa pengambilnya.

Makanya, pastilah diketahui umum kebanyakan yang ke klinik ini adalah penagih dadah. Wujud pula segolongan pihak polis yang telah bersiap sedia di luar klinik. Apabila mengetahui ada di antara penagih ini ada yang membawa dadah sepeti mana yang saya katakan di atas, maka mereka akan menahan pesakit tersebut. Apa yang diugut oleh polis ini? Antara mereka (polis) akan mengugut untuk membawa pesakit masuk kes atau membayar kepada polis beberapa helai wang.

Kes kedua: Perkara ini telah saya dengar sejak sekian lama. Apabila pihak kastam atau imigresen menahan mana-mana barang yang dilarang, ke mana kelak barang tersebut akan dihantar. Sebagai contoh, kita kerapkali mendengar beberapa kes penahanan kereta, telefon bimbit, serta barangan lain yang ditahan dan dirampas dalam kuantiti yang bukan sedikit, malah boleh mencapai beberapa buah kontena.

Setiap orang ada keinginan dan nafsu. Dia kerani atau dia pegawai sekalipun, atas desakan nafsu, siapa yang mampu melihat barangan yang telah bertukar status kepada 'percuma' berada di dalam 'tangan' mereka sekarang? Dalam berita, barang-barang ini dilupuskan dengan hentakan dan hapusan jentolak. Akan tetapi adakah semuanya benar? Tidak ada langsungkah satu, dua atau lebih dari itu yang memasuki poket meraka? Barang-barang yang dirampas, ke masa perginya?

Kes ketiga: Baru-baru ini gempar dengan kes pembunuhan Sosilawati dan beberapa kes susulan yang lain. Juga kes yang ada kaitan di mana seorang peguam yang sepatutnya menegakkan undang-undang, telah melakukan pembunuhan.

Pelbagai lagi isu dan pemasalahan yang saya perolehi dan dengari. 'Mengharap pagar, pagar makan padi'.


Azhari
Azhari hari ini tidak boleh melekangkan diri mereka daripada isu semasa. Apabila saya pulang, kadang-kadang saya terkejut dengan adik saya yang darjah empat mampu menyatakan beberapa isu semasa yang diketahuinya dan mampu mengikuti perkembangannya.

Azhari hari ini bukan sahaja hanya menadah kitab kuliah, talaqqi kitab, berpersatuan ala kadar semata-mata. Dalam masa yang sama, pengetahun mengenai isu semasa umat Islam global dan tempatan (Malaysia) sangat perlu diambil perhatian. Kemampuan melakukan analisis dan pemerhatian terhadap beberapa kejadian menjadi satu keperluan kepada Azhari.

Mungkin situasinya agak berbeza apabila saya menetap di Kuala Lumpur. Hasil daripada perbincangan rakan sekerja contohnya, mampu membawa beberapa isu menjadi lebih luas perbincangan dan medan maklumatnya. Masyarakat yang sangat laju mengetahui isu semasa dan analisisnya, sehingga saya menjadi segan apabila tidak mampu mengupas dengan baik.

PMRAM
Tema pembentukan fikrah dan pengamalannya perlu dijalankan oleh pihak BKAN dan DPM seterusnya diperkasakan. Sebelum mampu menganalisis sesuatu isu dan perkara, bekalan mengenai maklumat atau intipati perbincangan perlulah diketahui. Sebagai contoh, persoalan mengenai kewajiban menjalankan tugas sebagai pengundi. Isu ini tidak boleh dijawab sesuka hati melainkan mempunyai asas ilmu daripada penulisan daripada Dr Yusif Qardhawi, Abul A'la Maududi, Said hawa, Imam Hasan Al-Bannda dan lain-lain tokoh Islam contohnya.

Selain daripada sumber Islam, pengetahuan mengenai atau daripada sumber Barat (penulisan orientalis contohnya) perlu juga diambil peduli. Ini kerana, daripada penulisan mereka, kadang-kadang kita mampu mengetahui perancangan permusuhan mereka terhadap Islam, strategi dan sebagainya.

Ya, kita perlu menentang sebarang fikrah madiah dan fikrah kepuakan. Akan tetapi tidak perlu dilayan sangat sehingga penumpuan kita dalam berorganisasi untuk melahirkan insan dan syakhsih yang cemerlang terbantut dek melayani sikap mereka ini.

Muhasabah
Baru saya sedar betapa besarnya tanggungjawab dalam menghadapi fenomena hari ini di lapangan realiti, Malaysia. Azhari bukan hanya mengisi bahagian J-Qaf, memberi ceramah di surau-masjid, mengajar kelas mengaji kanak-kanak, kelas KAFA dan lain-lain sahaja. Azhari perlu lebih bersedia untuk memasuki golongan elit, koporat, penyiaran, aktivis dakwah tejun ke masyarakat dan lain-lain. Bukan para doktor sahaja yang perlu bersedia on-call, malah Azhari juga. Azhari rupa-rupanya tidak boleh langsung merasakan berada di dalam zon selesa selama mereka memuntut pengajian. Kepala mereka perlu ligat dalam mengambil tahu pelbagai isu dalam masa yang sama cemerlang tarbiyah, akademik dan akhlak.

Kadang-kadang kita sangat memerlukan teori dan dalam masa yang sama, hanya teori kita tidak mampu bergerak tanpa menyesuaikannya dengan keadaan semasa.

Siapa (individu) dan pihak (perkumpulan) yang bakal mengubah kebejatan permasalahan ini semua?


*Sekiranya benar apa yang saya katakan tidak berlaku, baguslah. Tolong nyatakan kepada saya apa yang sebenarnya daripada fakta. Owh, ini bukan tuduhan. Sebagai rakyat biasa, saya mendengar banyak perkara. Maaflah, saya secara peribadi tidak mampu untuk mempercayai akhbar perdana 100%. Minta maaf atas segala kesalahan.

Hidup dalam mencari..

Sunday, October 3, 2010

Hari Gembira dan Sugar Daddy

Assalamualaikum. Selawat dan salam buat mulia Muhammad SAW.

Hari Gembira
Alhamdulillah pergerakan pada hari Jumaat lepas berjalan dengan baik. Selepas ke Shah Alam saya bergerak menuju ke Bangi untuk menziarahi para pensyarah di KUIS menaiki komuter. Sungguh, keadaannya tidak berubah semenjak tiga tahun lepas. Kepadatan stesen komuter, gerabak, kelambatan pergerekannya masih kurang menyenangkan hati saya. Walaupun sebelum ini saya pernah mendengar bahawa komuter ini telah ditambahbaik, namun masih tiada saya lihat 'bertambahnya'.

Antara yang saya melawat ialah Ustaz Mohd Farid Ravi bin Abdullah. Semasa di KUIS saya membantunya serba sedikit untuk menyunting buku yang ditulisnya iaitu berkenaan biografi tokoh agung hadith iaitu Imam Bukhari r.a. Di dalam hati memang ingin memilikinya satu. Akhirnya alhamdulillah pertemuan baru-baru ini beliau telah menghadiahkan kepada saya sebuah buku tersebut.

Inilah bukunya!
Bapa Gula
Sugar Daddy. Istilah ini pertama kalinya saye mendengar semesa di KUIS dahulu. Apa yang dimaksudkan dengan sugar daddy bolehlah dicari sendiri daripada internet. Ketika saya makan di food court KL Sentral, kelibat seorang lelaki dan seorang wanita ini benar-benar mencuri perhatian saya. Lelaki berumur sekitar umur 50-an dan wanita berumur sekitar 30-an. Lelaki berpakaian segak, kemas berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kemas. Wanita tersebut pula berbaju kurung sepasang bertudung agak singkat.

Ketika mereka sampai di food court lelaki ini hanya mengiringi wanita tersebut. Jalan mereka agak rapat. Tiba di dalam sebuah gerai, lelaki tersebut berkata "You nak makan apa, you minta je." Si makcik gerai pun menerangkan satu persatu menu yang ada di situ. Selepas menempah beberapa menu dan dibungkus, mereka beralih ke meja makan. Lelaki itu tetap mengiringi wanita tadi. Selesai duduk, saya masih memerhatikan mereka (dalam keadaan sambil-sambil). Ketika saya mahu beredar dari situ, saya sengaja berjalan di tepi meja makan mereka dan sempat menoleh. Mereka seolah berkeadaan biasa je. Si lelaki berkata "You nak air apa? You duduk je k. Biar I yang tempahkan. You nak air apa?" Besama gaya dan tindakan, lelaki tersebut lantas pergi menempah air. Saya tersenyum, dan beredar.

Sejak awal lagi, melalui kefahaman saya mengenai sugar daddy ini, saya pun terus beranggapan sedemikian. Ciri-ciri, gaya dan situasinya agak dekat. Seolah memang itulah yang berlaku dengan istilah tersebut.

Apa yang saya tahu, sugar daddy berasal dari negara barat. Namun, sudah melarat dan melebar di kalangan mahasiswa terutamanya di Malaysia ini. Bersama lelaki yang berduit, berusia (layak digelar sebagai bapa), sesetengah wanita ini sanggup berdampingan untuk mendapatkan beberapa manfaat daripada si lelaki.

Ini yang berlaku di kalangan masyarakat. Semoga ianya tidak berlaku di kalangan diri kita, keluarga kita, kaum kerabat, sabahat dan mudah-mudahan masyarakat terubat daripada situasi ini. Para mahasiswa terubat daripada penyakit ini.

Setiap orang ada melakukan kesalahan dan kesalahan yang terbaik ialah yang disusuli dengan bertaubat. Semoga ianya membawa pedoman dan kekuatan kepada penulis.

Hidup untuk Islam..

24 Syawal 1431 H

Saturday, October 2, 2010

Sandar perjuangan pada tarbiah, bukan semangat

Oleh Hazayani Zakaria

MARANG, 2 Okt: Lebih 5000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan pemuda bahawa golongan mereka penting dalam perjuangan Islam.

"Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam perjuangan sehingga Allah meletakkan satu surah yang khusus mengenai pemuda dalam al-Quran," kata Abdul Hadi.


Namun jelasnya, perjuangan pemuda haruslah ditunjangi tarbiah dan bukannya semangat semata-mata.

"Terdapat kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

"Oleh itu Allah meletakkan agenda tarbiah kepada perjuangan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas majlis itu mengulangi penegasan Abdul Hadi mengenai kepentingan tarbiyah di kalangan pemuda.

"Kita lihat bagaimana Presiden telah meletakkan asas-asas utama yang perlu difahami dalam proses tarbiyah.

"Bukan sahaja kita bergerak kerja atas dasar semangat tetapi dengan bimbingan, panduan daripada wahyu Allah dalam al-Quran dan hadis," kata Tuan Ibrahim.

Menurutnya juga, di samping ilmu dan kesungguhan, tarbiyah merupakan elemen penting dalam parti untuk menghadapi tekanan politik di negara ini.

"Dalam menghadapi tekanan politik di Malaysia, tarbiyah merupakan elemen penting dan kita harapkan agar kepimpinan yang lahir selepas ini dapat menilai sesuatu berdasarkan nas dan asas-asas yang bersumberkan sirah Rasulullah S.A.W.," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menyifatkan ijtima' ini sebagai tepat pada waktunya memandangkan PAS memerlukan jentera bagi menghadapi pilihan kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas tidak lama lagi.

"Ijtima' ini diadakan sesuai pada waktunya walaupun sebenarnya ia dirancang awal, sebelum berlaku kematian lagi.

"Ini boleh dijadikan asas bagi menyusun gerak kerja untuk pilihan raya di Galas dan kita harap ia menjadi pemangkin semangat untuk pemuda menghantar jentera ke sana," katanya.

Sumber.