Pemikiran Orang

Salam sejahtera.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad SAW.

Bukan mudah mahu mengubah pemikiran orang. Itu sebabnya pelopor perjuangan kemerdekaan tanah Nusantara dan dunia amnya terdiri daripada kaum muda atau dalam istilah lainnya belia. Ketika zaman pra-kemerdekaan, golongan muda yang terdiri daripada lepasan pengajian daripada timur tengah menjadi perintis menghidupkan dan mengibarkan semangat juang membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Malah ditambah dengan situasi masyarakat Malaya ketika itu yang berpendidikan terpengaruh dengan slogan pembebasan negara daripada penjajahan dan semangat nasionalisme yang tumbuh subur ketika itu.

Semangat kemerdekaan ini terus-menerus membakar di kalangan penduduk bandar dan golongan berpelajaran. Golongan yang berpelajaran tidak semestinya tergolong daripada golongan elit. Apabila mereka semakin mendominasi gerakan kemerdekaan ini, mereka yang terkenal dengan panggilan Golongan Muda mendapat tentengan daripada Golongan Tua. Bagi perspektif Golongan Muda, Malaya perlu dibebaskan bukan sahaja daripada penjajahan Jepun, malah penjajahan England juga. Malaya perlu bebas memiliki dan mentadbir negaranya sendiri tanpa ada campurtangan pihak luar.

Malah, apa pula persepsi Golongan Tua. Bagi mereka penjajahan Jepun membawa bencana dan memberikan kehidupan yang tidak baik kepada rakyat Malaya. Bagi meraka, penjajah Englandlah yang telah banyak membantu Malaya mengusir Jepun dan memberikan 'kehidupan' kepada mereka. Pada mereka, penjajah Inggeris ini perlu terus ada untuk memberikan kehidupan kepada mereka. Pengusiran penjajah daripada Tanah Melayu bakal mengundang suasana tidak harmoni dan tidak maju.

Suasana atau kondisi ini terus menerus berlaku sehinggalah ke hari ini. Sesetengah golongan masih berfikiran seperti Golongan Tua berfikiran dahulu. Sesetangan golongan tua mengungkapkan "Elektrik dah ada, aiar dah ada, jalan pun dah bertar, apa lagi nak?" Bagi mereka, itu sahaja yang diperlukan untuk kehidupan ini. Kehidupan bagi mereka benar-benar bermakna apabila hidup dalam keadaan aman dan semuanya ada.

Namun, adakah semua itu sebenarnya mencukupi bagi seseorang individu muslim? Bukan dalam Islam menyeru kepada peperangan dan susah payah, namun itulah hakikat sebenarnya yang perlu diahadapi oleh umat Islam untuk memastikan agama ini terus dimartabatkan dan julang tinggi sebagai syiar dan cara hidup syumul. Hidup Nabi SAW sejak kerasulannya, bukan penuh dengan aman dan kebahagiaan, tetapi penuh dengan pancaroba, ujian, seksaan, kepayahan, semngat juang dan sebagainya. Selagi Islam tidak berada di tempatnya, selagi itulah kehidupan, hayat, jiwa, umur dan nyawa mereka dikorbankan untuk proses tersebut.

Jadi, sudah cukupkah hanya dengan air dan elektrik? Sudah cukupkah dengan beras, minyak, lampu jalan dan bertar? Hakikatnya, ia masih tidak cukup. Kerana apa? Kerana ia bukanlah matlamat dalam prinsip harakah Islamiyah. Bukan ini semua yang digariskan oleh Islam untuk masusia keseluruhannya berusaha menujunya. Islam menuntut kepada undang-undang Islam dilaksanakan, cara hidup Islam yang sebenar diaplikasikan, sistem Islam diserapkan ke dalam kehidupan manusia dan segala proses kehidupan manusia perlu selari dengan aqidah dan syariah yang benar. Inilah yang dikehendaki oleh Islam.

Sekiranya kita terus berasa mencukupi dengan apa yang ada sekarang, makanya apakah beza antara matlamat kehidupan kita dengan kehidupan orang kafir? Mereka hanya akan menuntut kepada kerajaan mereka keperluan dan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Sperti yang dikatakan tadi, jalan perhubingan, penghasilan makanan, elelktrik, air dan segala keperluan asas yang lain, menajda ekonomi rakyat membantu rakyat dan selainnya. Ia sama dengan mana-mana tempat di dunia. Tetapi Islam tidak. Bukan setakat senarai itu sahaja yang perlu dipenuhi. Malah ia lebih jauh kehadapan melangkaui alam dunia dan alam akhirat.

Perumpamaan yang mudah. Islam pada zaman Mekah mendapat tekanan dan ancaman daripada kaum kafir. Seolahnya mereka (umat Islam) diajajah di negara sendiri dan ditindas serta diseksa. Selapas peristiwa hijrah ke Yathrib atau nama lainnya Madinah, ia boleh diumpamakan umat Islam mendapat kemerdekaan dengan erti kata dapat meujudkan sebuah negara Islam sendiri. Sebuah negara milik Islam, milik sistem Islam dan milik cara hidup Islam. Selepas itu, kerja Rasulullah SAW tidak hanya terhenti di situ. Malah bermulalah tugas baru Rasulullah menyebarkan dan mengajar manusia tantang hukum-hakam dan syariat Islam. Sistem Islam dijadikan tunggak utama pembinaan masyarakat keseluruahnnya.

Mari kita kiaskan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Perjuangan kemerdekaan bukan hanya atas status sempadan dan naungan pentadbiran semata. Bila sudah merdeka, bebas dari penjajahan barat dan jepun, maka selesailah tugas sebagai rakyat negara. Rakyat sudah boleh hidup dengan aman dan tenteram daripada sebarang kekejaman dan manipulasi penjajah. Kerja pun sudah ada, pentadbir pun anak jati negara, kilang-kilang industri semakin membangun, pelaburan dan aktiviti eksport import semakin rancak. Ekonomi rakyat semakin dapat dijana. Selesailah perjuangan. Bukan itu sahaja sebenarnya! Akan tetapi ia sangat berkaitan dengan sistem negara, cara hidup, pengaplikasian hukum-hakam syariah Islam atau undang-undang Islam. Malangnya, keseimbangan ini tidak berlaku dengan baik dan stabil sejak kemerdekaan Tanah Melayu sehinggalah ke hari ini.

Jata Khilafah Uthmaniyah.

Hidup aman dan tenteram, semua ada itu dan ini, anak cucu beranak dan bercicit, berkembang biak maju dan bahagia. Bukanlah peringkat yang lengkap yang telah disediakan oleh Islam. Peringkat yang lengkap merangkumi tujuh pering yang bermula dengan peribadi muslim sehinggalah kepada Khilafah Islamiyah. Tercapaikah sistem khalifah ini sekiranya pemikiran 'cukup dengan apa yang ada' sekarang menjadi tepu di kalangan rakyat Malaysia hari ini? Matlamat hidup di setiap saat kehidupan kita adalah Islam, bukannya elektrik, air, jalan bertar, lampu jalan, rumah selesa, anak, rumah, kereta dan bini besar. Bukan! Semua itu BUKAN!

Kembali kepada fitrah dan memahami hahikat kehidupan ini. Pemikiran manusia kini perlu diterapkan dengan pemahaman Islam yang sebenar. Semoga Allah SWT menjadikan kita sebahagian daripada pejuang agama Allah ini. Islam tidak memerlukan kita, namun kita yang memerlukan Islam.

*Suatu hari di dalam sebuah slot ceramah, seorang penceramah bertanyakan ada tiga golongan dalam umat Islam Pertama, Ulama; kedua, Pemikir; dan ketiga, Aktivis. Maka saya memilih pemikir. Seorang pemikir perlulah juga seorang aktivis an seorang ulama pstinya merupakan seorang pemikir dan aktivis Islam secara tidak langsung.

**Saya cukup pantang apabila golongan mahasiswa atau belia terus menerus dihalang mengamalkan kehamanan Islam dan kesedaran mereka. Halangan demi halangan diwujudkan. Sudahlah tidak bawa Islam yang sebenar, ini menghalang pula orang yang mahu membawa Islam. Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan taufiq kepada kita semua. Amin..

22 Syawal 1431 H
Pertemuan Dua Sungai, Malaysia.

Hidup untuk Islam..

Comments